Sejarah suku Kayan Uma Belun di Baram, Sarawak
Вставка
- Опубліковано 7 лют 2025
- Cerita & sejarah Sub-Kayan Uma Belun di Long Pilah,Baram - Versi 1
Uma Belun di Baram adalah serumpun dengan Uma Belur Leo Dian di Belaga..Di Apau Kayan dahulu kala, dek kerana peningkatan jumlah komuniti Uma Belun di sana, kami telah bermigrasi ke Sarawak untuk mencari tanah baru dan kehidupan baru, dan telah berpecah dalam perjalanan ke Sarawak..Cerita niang datuk ialah lebih kepada di sebelah Uma Belun Baram..Maren Uma/Bangsawan yg membawa Uma Belun ke Baram ialah Lake’ Balei Luhat & Lake’ Anyi Lirung..Kami telah menetap di Long Titi dan beberapa lagi sebelum berpindah ke Long Pilah dan telah berlaku beberapa cerita menarik sepanjang bermigrasi ini..Akhirnya Uma Belun telah bergabung dgn sub-suku Kayan Uma Pliau di Long Pilah..Jumlah kami Uma Belun di Long Pilah adalah sedikit berbanding Uma Pliau..
Nama di sebalik Belun/Belor??
Perkataan asal dan nama di sebalik Belun ialah di rekodkan oleh penulis Sejarah Kayan niang Pastor Ding Ngo dari Kalimantan dan direkodkan semula sekitar 1980an..Perkataan asalnya ialah Beluh..Dahulu kala sub suku ini sering berumah/uma di atas bukit, telah berlaku satu peristiwa di mana uma mereka telah runtuh menyembah bumi..Beluh(bahasa kayan) ialah runtuh..Kerana sering runtuh,nama suku ini telah diabadikan/dikaitakan dgn Uma Beluh/rumah yg sering runtuh..kerana peredaran zaman, namanya telah sedikit berubah kpd Belun/Belor/Beluh namun membawa maksud yg sama..
Video oleh Shaun Anyi Wan Emang
Diedit oleh Noel Anyi Wan
Bahasa yang dituturkan Amai ini sama dengan bahasa saya (Kayaan Uma Lekan, Apau Kayaan, Kabupaten Malinau,Kalimantan Utara, Indonesia)🙏