Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

Antara punca atap / bumbung genting bocor.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 чер 2021
  • Kenapa berlaku masalah kebocoran di siling rumah:
    Perkara seperti ini sering melanda kepada pemilik rumah lama ,tapi rumah baru pun ada berlaku sedemikian, kenapa?
    Biasanya faktor bumbung. Pengubahsuaian rekabentuk yang tidak sesuai mempengaruhi sistem pengaliran air yang turun diatasnya.
    Keretakan concrete, berlaku juga pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara concrete slab gutter, kebiasaannya sukar untuk mengenal pasti tempat berlaku kebocoran yang tepat.
    Genting - Berlaku akibat keretakan pada alur genting atau genting pecah, kerosakan genting biasanya berlaku sewaktu pemasangan dimana pijakan tukang sewaktu bekerja. Berlaku juga jika terdapat objek terbang sewaktu ribut. Kesukaran mengenal pasti tempat berlaku bocor yang sebenar terjadi jika ada pemasangan aluminium foil di bawah atap, sebab halangan ini memberi kesan besar mengenal pasti tempat sebenar yang bocor, cara mengesan spot bocor yang terbaik ialah dari dalam siling kerana terdapat cahaya menembusi dibawah bumbung. Jika atap genting adalah pemasangan baru, berlaku kebocoran mungkin di sebabkan kecerunan atap yang rendah, dimana bila hujan terlalu lebat disertai angin yang kuat akan menolak air yang turun naik keatas atau disebut reverse flow. Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.

КОМЕНТАРІ • 9

  • @syairanihave788
    @syairanihave788 3 роки тому +1

    terima kasih perkongsian nya bang...semoga maju jaya dunia akhirat

  • @shamsul5907
    @shamsul5907 Рік тому +2

    benda yg abg pegang tu nama dia bitumen mat..sy pn insyaAllah esok nk buat kat perabung jgk, nk ganti gn saf tape dgn gam+pu strip(utk lekat antara perabung)

  • @goose9947
    @goose9947 2 роки тому +1

    Terbaik bos

  • @saiidahsapari3938
    @saiidahsapari3938 3 роки тому +1

    👍👍👍

  • @mohdshukur7224
    @mohdshukur7224 7 місяців тому +1

    X perlu simen balik ker rabung tu?

    • @HishamKasim
      @HishamKasim  7 місяців тому

      Tak perlu simen kalau tak de makhluk yang nak mengalihkanya.. contoh kalau kawasan ada monyet/beruk.. kawasan angin kuat/ribut.. mungkin kena simen..

  • @airofd
    @airofd Рік тому

    asl x boleh pakai pasir?
    saya pakai simen + pasir + susu
    salah ke?

    • @HishamKasim
      @HishamKasim  Рік тому

      Saya ada tanya hardware, dia kata pakai simen gum.. simen biasa + pasir lama-lama dia tertanggal dari rabung (saya punya rumah la)..

    • @ViperLGH
      @ViperLGH Рік тому +1

      @@HishamKasim Simen gum guna pasir yang lebih halus dan tajam, membuatkan daya pegang permukaan lebih baik.