Kisah Pembunuhan Orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan (Parit Tinggi) [Part 3]

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 лис 2022
  • Nota penting: Sekiranya anda mengunjungi tapak purba Desa Penarikan di Bahau, berhati-hati terhadap individu/ anak muda yang tidak dikenali yang mendekati anda dan cuba memeras ugut/ meminta wang dari anda atas alasan "bayaran toll kepada penduduk tempatan". Jangan beri sebarang wang kerana tindakan tersebut hanya menggalakkan perangai kudis seumpamanya ke atas pengunjung yang lain pada masa hadapan dan hanya memberikan imej buruk terhadap penduduk tempatan yang kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang baik dan berbudi tinggi.
    Ikuti perjalanan saya menelusuri kisah sejarah hitam pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlaku pada 15 dan 16 Mac 1942.
    Jenayah pembunuhan ini dilakukan oleh unit Tentera Jepun dari Kompeni ke-7, 11th Regiment - 5th Guards Division yang berpengkalan di Kuala Pilah English School atau Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.
    Sebelum itu saya perlu menjelaskan serba sedikit mengenai sejarah migrasi etnik Cina ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada awal abad ke 19 dan 20 bagi mendapat pemahaman yang jelas mengenai kewujudan masyarakat Cina yang besar di Kuala Pilah (sebuah kawasan di pedalaman).
    Bagi memahami fakta kewujudan masyarakat Cina yang ramai di Kuala Pilah, saya perlu membawa anda untuk menelusuri sejarah penggunaan jalan penarikan yang terletak di Daerah Bahau, Negeri Sembilan. Jalan ini telah digunakan sejak beribu tahun lamanya dan menjadi arah laluan orang-orang Cina yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu sebelum wujudnya kapal wap dan kemudahan rel keretapi pada penghujung abad ke 19. Jalan ini turut menjelaskan mengapa Pekan Kuala Pilah yang terletak di kawasan pedalaman Tanah Melayu mempunyai komposisi penduduk Cina yang tinggi sejak 200/ 300 tahun yang lalu.
    Lokasi video part 3 ini diambil di Desa Penarikan, Bahau, Negeri Sembilan dan Pangkalan Sg. Ulu Muar di Kuala Pilah (lokasi pelabuhan purba Kuala Pilah).
    Music credit:
    1. Ryno's theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Gymnopedia No. 1 by Erik Satie; dan
    3. Nocturne Op. 9 by Chopin.
    Rujukan:
    1. The Golden Chersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsular before A.D. 1500 by Professor Paul Wheatley. University of Malaya Press, Kuala Lumpur (1961).
    fnd-fnd.com/me...

КОМЕНТАРІ •