PEKAN SIPUTEH | DIKATAKAN SEBUAH PEKAN MATI NAMUN MEMPUNYAI AURA KLASIK BEGITU KUAT

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 2 жов 2024
  • #channel20sen
    Pekan Siputeh salah satu antara beberapa pekan lama yang masih wujud di negeri Perak. Namun, kewujudannya kini sungguh jauh berbeza jika dibandingkan pada era zamannya.
    Pekan Siputeh terletak 7km daripada bandar Batu Gajah dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit ke destinasi.
    Bangunan rumah kedai yang terdapat di pekan ini dibina sebelum perang dunia kedua lagi. Ianya sama dengan binaan rumah-rumah kedai lama yang banyak terdapat di pekan-pekan lama sekitar negeri Perak.
    Apabila berada di Pekan Siputeh ini kita akan merasai aura klasik begitu kuat sekali, Walaupun hiruk pikuknya sudah lama berlalu pergi.
    Kewujudan pekan Siputeh juga saling berhubung kait dengan perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah yang sememangnya menjadi hasil utama negeri Perak suatu ketika dahulu.
    Sayangnya selepas sahaja perusahaan bijih timah mulai merosot maka beberapa pekan yang suatu ketika dahulu menjadi tumpuan manusia mula hilang seri dan peranannya. Pekan Siputeh juga tidak terkecuali.

КОМЕНТАРІ • 124

  • @maznahibrahim6321
    @maznahibrahim6321 Рік тому +30

    Saya dan adik2 saya lahir dipekan ni. Moyang saya bukak kedai runcit disebelah kedai kopi BohLin. Aduh sedihnya tengok keadaan pekan ni. Mengimbau kenangan masa kecil2 dulu.

  • @azwanabdullah148
    @azwanabdullah148 Рік тому +11

    Dokumentari menarik dan berpengetahuan. Saya baru tahu tentang pekan kecil ini melalui siri anda ini.

  • @puterabetta8526
    @puterabetta8526 Рік тому +8

    Patut kerajaan negeri perok bleh majukan buat eko pelancongan kekal kan bangunan la ada sejarah tu sekian admin

  • @lintaw4907
    @lintaw4907 Рік тому +8

    Bagus channel ni. Blh perkenalkan lagi pekan2 lama mcm di papan, pusing. Situ ada istana lama.

  • @rozekrashid572
    @rozekrashid572 Рік тому +11

    Mohon jgn la diroboh..ini salah satu tinggalan sejarah

  • @malayaichannel
    @malayaichannel Рік тому +6

    Dia gini. Selain dari lencongan jalan, pekan2 ni jd pekan tinggal bila populasi org tua lagi tinggi dari orang muda. Ni jadi bila org2 muda pindah ke bandar bsr mcm KL/Selangor/Penang/JB/Ipoh utk. Yela dulu family business. bila anak2 dah kerja kat bandar, xde yg teruskan legasi. So kedai2 kat pekan tu semua tutup akhirnya

  • @muhammadizzat294
    @muhammadizzat294 Рік тому +8

    sedih plak tgk rumah2 kedai ni...🥲🥲🥲

    • @muhammadizzat294
      @muhammadizzat294 Рік тому

      tuan sudah buat lawatan ke rumah Sybil Kathigasu...sebelah SJKC Papan...

  • @wansyahzuliramawansyah4336
    @wansyahzuliramawansyah4336 Рік тому +7

    Bukak kedai mesin kat bangunan TU

  • @samuraimalaya...
    @samuraimalaya... Рік тому +5

    Kpg aku nie....tu tmpt aku main berlari terjun sungai bagai...yg tau je knp jadi mcm tu.. pembangunan pesat...jalan2 di ubah...balai polis tutup...balai polis lama di bom masa dorg berlakon filem leftenan adnan...tu yg berkecai2 tu ..byk lagi sejarah...

  • @azeefaziz1395
    @azeefaziz1395 Рік тому +5

    Saya menyokong content2 sebegini. Kredit kpd admin. Supaya usaha ini mendapat perhatian pbt berkaitan utk mencari alternatif bg memulihara dan mengeksploit kekuatan yg ada pd tempat2 sebegini. From ipoh with❤

  • @mohdnoorazmanmdsarip1853
    @mohdnoorazmanmdsarip1853 Рік тому +7

    Kalau kat kolumpor kompom naik kondo ni

  • @fahreinsalleh1892
    @fahreinsalleh1892 Рік тому +5

    Kalau dapat diputarkan masa...ingin kembali ke zaman ini..tapi apakan daya...semua tinggal kenangan.

  • @fazilsalleh5533
    @fazilsalleh5533 Рік тому +5

    Meriah kan kembali seperti dalam filem Paloh..

  • @rafinahsuleiman9347
    @rafinahsuleiman9347 Рік тому +7

    patut dikekalkan bangunan lama ini.hanya perlu dibaik pulih.utk tatapan generasi akn dtg.

  • @aeiouu149
    @aeiouu149 Рік тому +4

    Seronok boleh Ronda2 wpun tak terkait. Suka sejarah lama..

  • @lintaw4907
    @lintaw4907 Рік тому +7

    Bangunan rumah2 kedai lama di Perak semua sama design walau berlainan lokasi. Tak seperti harini bangunan yg dibina berbeza2 rupa dan bentuk. Minta rungkaikan bagaimana kerajaan pda ketika itu blh terfikir utk membina rumah kedai yang semua sama bentuk pembinaan

  • @Gemashero795
    @Gemashero795 Рік тому +4

    Kebanyakan pekan 2 yg unik di kinta Valley boleh memeohon UNESCO status. Pekan 2 hanya berada di Msia.

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +5

    Wow 😲😲😲 menakjubkan sekali masyallah hebat nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤

  • @razalisabudin2311
    @razalisabudin2311 3 місяці тому +3

    Dulu muda2 ditahun2 80an naik bas ekspress simpang ke bagan serai walau makan lamasampai 8jam dari k.l dijalan lama ni tapi seronok.kena pulak dengar bastu pasang lagu balik kampung oleh allahyarham sudirman.itu pengalaman yang tak kan dirasai generasi sekarang walau sedih air mata darah sekalipun.klau naik keretapi pulak sampai tanjung rambutsn ada satu pakcik tu jual rambutan "selak bulu nampak isi selak isi nampak bijik." Kami punya gelak.pakcik tu pun dah meningge kot.saya pun dah warga emas sekarang.seronok betul dulu.

  • @al-fahal-yus6297
    @al-fahal-yus6297 Рік тому +6

    Ini laluan aku setiap hari naik basikal ke sekolah SYS pd tahun 81 dan 82. Kpg aku kat sini la. Kalau ikut hala ke Balai Polis lama tu, ada lombong, airnya jernih dan dalam.
    Dulu mmg ada penempatan org2 Melayu dan Cina, ke hujung lagi ada rumah org Benggali dan masih ada hingga sekarang. Rumah org Melayu pun dah tinggal satu atau dua buah je lagi. Rumah org Cina dah x de. Mereka tinggal kat rumah kedai tulah..
    Makcik aku masih tinggal kat situ. Mmg kenangan mengusik jiwa bila menonton video ini. Tq admin..

  • @mazninawawi937
    @mazninawawi937 Рік тому +7

    Mungkin boleh di jadikan tempat pelancongan, baik pulih bangunan lama, jadi kan sebagai "old town" atau nostalgia...??? Kerajaan negeri dan federal kena fikir kan sesuatu ler...

  • @nassirismail
    @nassirismail Рік тому +5

    Boleh jadi tempat perfileman aka Malayawood (Hollywood) ttg kisah2 lama dan baru .. Pe cam? Ada yg berminat ??..

    • @kngfq6821
      @kngfq6821 Рік тому

      Boleh PM @Atuk Encem utk booking tempat Perfileman bagi sape yg berminat

  • @xgrandbattlex
    @xgrandbattlex Рік тому +4

    Tengok dekat Penang . Mereka buat cantik2..

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 Рік тому +5

    Memang tempat berhantu kawasan rumah aku tak jauh kawasan Seputeh tempat jadi sarang penagih dadah

  • @azazuloveu7944
    @azazuloveu7944 Рік тому +5

    Bangunan kedai sungai raya pon sama

  • @GamingZone-dc4uw
    @GamingZone-dc4uw Рік тому +4

    Boleh menggamit kenagn lama kalau pegi tempat mcmni,tak perlu dh pakai time machine hihi

  • @taliblateh4481
    @taliblateh4481 Рік тому +7

    Sepatutnya pihak yang berkuasa ambil langkah buat pemuliharaan terhadap bangunan² lama buat tatapan generasi muda. Adalah malang jika bangunan² tersebut di biarkan begitu sahaja.

    • @azeefaziz1395
      @azeefaziz1395 Рік тому

      Amat setuju. Pbt kena la amek inisiatifdlm pemuliharaan kawasan seliaanya

  • @shaikasgar748
    @shaikasgar748 Рік тому +4

    Pekan2 lama yg telah tidak berpenghuni lagi masih banyak terdapat di negeri Pahang dan Perak. Klw kerajaan negeri2 terbabit ada tenaga yg kreatif dan juga bajet yg mengizinkan, saya rasa pekan2 ini boleh dibangunkan semula utk mengembalikan keceriaan mereka.

  • @salmahismail3372
    @salmahismail3372 Рік тому +4

    Sepatutnya kerajaan Negeri Perak ambil tahu tentang daerah ini.naikan taraf dan bangunkn semula pekan ini menjadikn pekan Lagenda dan Memori utk generasi yg akn dtg.majukn sebagai pusat pelancongan.

  • @blackphanter3447
    @blackphanter3447 Рік тому +4

    pekan ni pernah diceroboh oleh komunis mungkin penghuni situ rasa takut

  • @rodziariffin7876
    @rodziariffin7876 Рік тому +4

    Sayu .. tengok pekan Siputeh

  • @lailimohd6763
    @lailimohd6763 Рік тому +7

    Yes3. Boleh d majukan lagi jika ada jutawan yg ada kreative buat macam d s'pura.

  • @kasehazy73
    @kasehazy73 Рік тому +3

    Kalau di negara luar misalnya di china kerajaan mereka sgt kreavitf dlm melestarikan kg2/penempatN2 lama dgn idea2 yg sgt2 bernas..menjadikan tempat tersebut membangun serentak dgn kemajuan maka sejarah2 dulu tetap ada hingga skrg..idea mereka mmg jauh berbeza dgn kita..tlglah bg la..cedokkan idea2 dr luar utk tempat2 sejarah mcm ni..

  • @ahag-qf4gg
    @ahag-qf4gg Рік тому +4

    Kami berharap kerajaan negeri mengekalkan. Pekan in jadikan pekan klasik untok warisan. Negeri perak. Dari negeri JOHOR

  • @mohdradzi2180
    @mohdradzi2180 Рік тому +5

    Banyak pekan² kecil di perak dah jadi mcmtu..termasuk dkt umah saya iaitu pekan trong

    • @syamsulanuar5307
      @syamsulanuar5307 Рік тому +1

      Trong skang dah bertambah maju.. dah banyak taman perumahan dan kemudahan lain.. itu belum lg WCE siap

  • @zaidhashim7132
    @zaidhashim7132 Рік тому +6

    Apa fungsi Jabatan Warisan Kesenian dan Pelancongan?? Ini salah satu daripada peranan penting mereka membaik pulih dan memulihara kelestarian khazanah warisan budaya

    • @Gemashero795
      @Gemashero795 Рік тому +1

      Badan warisan tiap2 bulan dapat gaji buta

  • @atokddylife375
    @atokddylife375 Рік тому +3

    sepatutnya jadikan tmn perumahan jer kwsn ni

  • @travelerforever8849
    @travelerforever8849 Рік тому +3

    Banyak jalan utama di bina dilencong dari melalui pekan2 kecil ini di Perak tu la antara puncanya kenapa banyak yg mula merosot..

  • @nooramizazaini9114
    @nooramizazaini9114 Рік тому +4

    Di perak mmg byk pekan koboi..

  • @ZullFadli-o6h
    @ZullFadli-o6h 2 місяці тому +1

    Klu tgk pd peta Pekan ni, jln yg melalui pekan ni asal nya bersambung dr jln parit-ipoh hala ke ipoh... mungkin diorg buat satu jln baru bersambung dgn jln parit -ipoh skrg..jika tgk jln ni mcm da 2 kli di potong utk sambungan baru

  • @ayaihebat4547
    @ayaihebat4547 Рік тому +6

    Sy tinggal di taman siputeh sini.. cuma 1hari je pekan lama ni ramai org lalu, hari jumaat. Sbb di hujung pekan lama ni trletaknya masjid siputeh jd hari jumaat je lah ramai jemaah lalu

  • @engkualang1381
    @engkualang1381 Рік тому +5

    Deretan Kedai ini patut diwartakan oleh. Pihak Muzium Negeri Perak Dan Kerajaan Negeri. Senibina yg mempunyai nilai sejarah

  • @muhammadazfar5951
    @muhammadazfar5951 Рік тому +6

    Mengimbau sejarah setempat... Menarik
    Penceritaan yang jelas... Terbaik 👍👍
    Sy pun orang baru Dalam dunia UA-cam ni Mohon tunjuk ajar Tuan 🤩

  • @lintaw4907
    @lintaw4907 Рік тому +4

    Bagus channel ni. Blh perkenalkan lagi pekan2 lama mcm di papan, pusing. Situ ada istana lama.

  • @geehumaizigeehumaizi8924
    @geehumaizigeehumaizi8924 Рік тому +4

    Ada satu tempat lebih kurang mcm pekan seputih ni iaitu pekan lahat lama x jauh pekan seputih ni...masa saya kecik akhir 80an dgn 90an selalu berbasikal ke Lahat lama..situ ada pejabat pos dgn balai polis.. balai polis masih ada lagi tapi pejabat pos dah naik hutan...

  • @ikhwansaloot
    @ikhwansaloot Рік тому +4

    Ghost town mcm di USA

  • @rocksteady1231
    @rocksteady1231 Рік тому +3

    Dulu selalu lalu jalan ipoh lumut.... Pekan ni sebelah kanan.

  • @owlgothic248
    @owlgothic248 Рік тому +5

    Saya suka pekan ini

  • @FuadYahya-c6n
    @FuadYahya-c6n Рік тому +4

    Sedap suara admin t q

  • @iskhrm1688
    @iskhrm1688 3 місяці тому +2

    Harap state gomen buat sesuatu, sekurang2 nya cat bangunan2 tersebut. Repair sikit2 yg.mana patut. Kot boleh convert jadi rumah burung walet ke, dijadikan store ke, atau buat homestay.

  • @afs29488
    @afs29488 Рік тому +3

    Dari raja hingga ke menteri bergadai pajak biarlah jadi terdahulu jangan ikut perangai ini buruknya jadi tinggal sepi sunyi lagi Sita berpanjangan dosa mereka dari baca...
    Biarlah generasi baru mula dengan kisahnya biar buka semua perak tutup lesunya lama

  • @zairulazhar8845
    @zairulazhar8845 Рік тому +4

    ada hantu...hehehehe👻

  • @weddeychew567
    @weddeychew567 Рік тому +5

    Terbaik

  • @z14gaming25
    @z14gaming25 Рік тому +3

    Teman beli rokok je Singah sana kulu kelo tiap hari

  • @shahrolanuar791
    @shahrolanuar791 Рік тому +3

    Sungguh nostalgia.😌

  • @yuzie1983yuzie
    @yuzie1983yuzie 4 місяці тому +2

    sy paling suka tengok channel sebegini rasa nk g je situ nk tengok, walaupun sy orang pahang.bagus buat rancangan bergini supaya anak2 muda tahu sejarah lama yg tidak ada di ajar di sekolah2.

  • @gxh6232
    @gxh6232 Рік тому +3

    Ini semuanya atas pembukaan jalan raya by pass atas dasar kemajuan dan pembangunan negeri demi masyarakat setempat dan pengguna jalan raya luar..namun begitu kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif bagi menghidupkan kembali pekan lama ini dan pekan² yang lain yang senasib dengannya bagi tatapan generasi baru yang x pernah lalui proses transformasi zaman dahulu kala

  • @anuaranuar3473
    @anuaranuar3473 Рік тому +3

    Blh di pelihara utk pelanchong menghayati..

  • @khalilmaamor8970
    @khalilmaamor8970 Рік тому +3

    teman lahir disini th 60an semua ada balai polis, market,bomba,forrest,rumah pekerja majlis itu semua tinggal kenangan dah

  • @alhallaj3331
    @alhallaj3331 Рік тому +3

    Shamer cik gayah lawa...masih lawa sehingga saat ini🥰🥰🥰

  • @mattjalinho1022
    @mattjalinho1022 Рік тому +3

    Banyak-banyak pekan..Pekan kat Pahang besar sikit dari banyak-banyak pekan tu🤭

  • @jandaperawan9703
    @jandaperawan9703 Рік тому +3

    design bangunan lebih kurang mcm kt gopeng.. antik

  • @sharonleong7120
    @sharonleong7120 Рік тому +4

    Menarik dan terbaik. Terima kasih.👍👍👍🤩🤩🤩

  • @kodin9631
    @kodin9631 Рік тому +3

    salam..perak ada beberapa pekan lama separa mati..temoh salah satu

  • @z14gaming25
    @z14gaming25 Рік тому +3

    Teman beli rokok je Singah sana kulu kelo tiap hari

  • @khairolazmannamzaloriahk7925
    @khairolazmannamzaloriahk7925 Рік тому +2

    PEKAN TRONOH antara yang popular untuk lokasi penggambaran filem & drama. Filem Hong Kong, Melayu antara yang buat pengambaran kat Pekan Tronoh. KALA MALAM BULAN MENGAMBANG arahan Arwah Mamat Khalid buat kat Tronoh. ICE KACANG PUPPY LOVE shooting kat Tronoh. Bangga jadi anak Tronoh

  • @Dalail-cz5od
    @Dalail-cz5od Рік тому +3

    Kata pepatah ada gula ada semut..! Macam tu lah kayaknya nasib pekan siputeh....

  • @evo3rox
    @evo3rox Рік тому +4

    Geng paranormal dh masuk sini ke blum🙄

    • @aeiouu149
      @aeiouu149 Рік тому +1

      Baru nak tanya 😁😁

  • @mohdshukorabdulmalik1451
    @mohdshukorabdulmalik1451 Рік тому +4

    Kenapa la xde pihak yang nk baik pulih semula bangunan yg bersejarah ni,dlu aku selalu lalu pekan ni utk ke Ipoh...memang sedih betoi la aku tengok...

    • @shazmanhadi
      @shazmanhadi Рік тому

      Kementerian & jabatan yg berkaitan sibuk nak membodek menteri & KP diorg. Daripada diorang nak pening kepala nk buat kertas kerja nk kekalkan tempat tersebut, baik diorg duk kat opis sambil kipas mana2 yg patut. Senang keje.

  • @finnesttech
    @finnesttech Рік тому +2

    Selain siputih, simerah, sibaju hijau pun ada.terbaik docu ni

  • @sufisufian7747
    @sufisufian7747 Рік тому +2

    Bokeh di restore blik utk tujuan sejarah dan pelancongan

  • @shamsudinman612
    @shamsudinman612 Рік тому +2

    Dulu teman rajin lalu disini masa kroje di IPD manjung Tahun 80an dulu x de lebuh raya Ipoh lumut.lalu ikut sinilah.

  • @wb488fkdperak9
    @wb488fkdperak9 Рік тому +3

    Teringat kenangan thn 80an

  • @wanahmad2567
    @wanahmad2567 Рік тому +2

    Perak negeri besar,tanah banyak,sebab itu pekan kecil mcm ini orang Perak tak ambil peduli pun.

  • @warmobile9451
    @warmobile9451 Рік тому +2

    Jĝn di ubh suai bgn nya bolih jadi bhn sjrh utk jenerasi akn dtg

  • @jemidin6108
    @jemidin6108 3 місяці тому +1

    Kena buat Renovation & Restoration. Cat balik dan bangunkan semula. Ni la yg penting ada pemimpin yg prihatin

  • @Asmyth666
    @Asmyth666 Рік тому +3

    Papan pusing pun rare

  • @mohdfahmi8841
    @mohdfahmi8841 Рік тому +3

    Lawa.nya.

  • @catwomen5519
    @catwomen5519 Рік тому +2

    Sdp nye suara .. 🤭

  • @rosnanosman7471
    @rosnanosman7471 Рік тому +3

    Saya pun dilahirkan disitu...byk kenangan bersama arwah atuk n nenek...mandi sungai didepan sek cina...

  • @shaarisaid4339
    @shaarisaid4339 3 місяці тому +1

    Zaman 60an,70an dan era 80an pekan papan dan pekan seputih hidup sbb bas penumpang masuk setiap masa dan hari tapi bila dah buka laluan lebuhraya bas2 biasa dah tak masuk lalaun pekan seputih dan pekan papan jadi ianya tidak menjadi tempat tumpuan lagi..

  • @ahag-qf4gg
    @ahag-qf4gg Рік тому +2

    Kekalkan warisan

  • @megatabdulhalim7760
    @megatabdulhalim7760 3 місяці тому +1

    Siapa pemilik kedai² ini..

  • @razalisabudin2311
    @razalisabudin2311 3 місяці тому +1

    Sebab sekarang dah ade highway tu salah satu sebab pekan2 yang berada dijalan2 lama menunggu mati.sedihhhh

    • @ZullFadli-o6h
      @ZullFadli-o6h 2 місяці тому

      Klu tak sebabkan ada jln baru sambungan dr parit ke Ipoh, mne la tak mati Pekan ni...

  • @aloysiuspereira6986
    @aloysiuspereira6986 9 місяців тому +2

    Jalan baru dari Gopeng ke Kuala kangsar akan lalu pekan seputeh...... harap berita baik

    • @vescara6911
      @vescara6911 6 місяців тому

      Tak ada la

    • @saudagarperantau8331
      @saudagarperantau8331 4 місяці тому

      Haha tulis betul-betul bang. Siputeh, bukan Seputeh. Kang orang ingat Seputeh yang di Bangsar , KL tu pula.

  • @fitryyusub107
    @fitryyusub107 3 місяці тому +1

    👌👌👌🌟🌟😢😢 0:19 🇵🇸🇵🇸🍉 0:23

  • @CikguHafezJMalim
    @CikguHafezJMalim 10 місяців тому +1

    Kenang-kenangan hidup ...

  • @ahmadfaizalothman1480
    @ahmadfaizalothman1480 3 місяці тому

    Sejak ada lebuh raya. Org hendak terus ke kl.

  • @jayjay357
    @jayjay357 3 місяці тому

    Minum minyak sawit

  • @mcpopriazmanazman6471
    @mcpopriazmanazman6471 5 місяців тому +1

    Dulu ada balai Siputih

  • @zaidhashim7132
    @zaidhashim7132 Рік тому +2

    Nilah ropenya Yob .tak mandang dah😔😭😒