Toki & Rohana Jalil - Naluri Cinta (HD)
Вставка
- Опубліковано 9 лют 2025
- Naluri Cinta
~~ To'ki & Rohana Jalil
Di daerah itu langit kelabu sejak lama
Suria di situ tiada lagi bercahaya
Degup jantung dan denyutan nadi
Di setiap saat ada yang terhenti
Melalui penderitaan hari ke hari
[*] Disedari betapa pun berat mata yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung penderaan
Hanya kesalan dan kata-kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas kemunafikan makhluk bernama manusia
[**] Usahlah kita mengharapkan lagi
Dari mereka kata simpati
Pengucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati
[***] Hanyalah kita sesama kita
Yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta kemanusiaan
Hanyalah kita sesama kita
Yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta kemanusiaan
Kemanusiaan...
Repeat [*], [**] & [***]
Salam dari USA,Florida
Saya dilahirkan dan dibesarkan di Bosnia. Menyertai Tentera pada usia 17 tahun dari perang hari pertama hingga akhir Perang 1995. saya diberkati menjadi salah seorang daripada mereka yang selamat dari perang.Alhamdulilah. Saya mendapat visa tetap ke Amerika Syarikat. Saya berpindah selepas perang pada tahun 1996 dan masih tinggal di Amerika Syarikat. Terima kasih Rakyat Malaysia kerana memberi sokongan kepada orang Bosnia semasa dan selepas perang.
Wasalam.. Terbaik sahabat.. Semoga anda Dan keluarga sentiasa Di lindungi Allah swt....
@@istar1036 Amin🤲
Terima Kasih my friend
@@Zudana 👍👍👍👍
@@Zudana wau boleh cakap melayu,belajar kt mana fasih bahasa melayu?
@@i7vii953 Selam Alejkum Brother.
Adakah anda bertanya, saya boleh berbahasa Melayu dengan lancar?
Alfatihah buat arwah akak Rohana Jalil.semoga akak Rohana ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Amin ya Rabbal Alamin 🤲. terima kasih sebab menceriakan zaman kanak kanak kami😭😭😭
Allahumma Aamiin.
Aamiin
Aamiin
Aamiin
Ku menangis uuuwwwaaaaaa 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭
Bagi sye,To ki ni antara penyanyi yg memiliki vokal yg sangat baik..dah boleh di iktiraf sebagai legend sebaris dgn penyanyi2 lain seperti Amy,Awie,Man Bai dan yg lain-lain..hairan sungguh,takde pihak pun mengambil berat tentang kebajikan penyanyi lama terutama penyanyi-penyanyi tahun 90an yg banyak memberi sumbangan utk memajukan industri muzik tanah air..ingat nak jadi penyanyi hebat dlm tahun 90an senang ke macam sekarang,rakam satu lagu pun dah berlagak seperti superstar legend, tak semudah itu Guys,harus memiliki sekurang-kurang sebuah album yg mengandungi 12 lagu di dlmnya baru org iktiraf sebagai artis..jadi sye menyeru kepada pihak yg berwajib agar memberi sedikit penghargaan terhadap sumbangan bakat dan penat lelah mereka pada masa lalu...
Saya sgt setuju dgn kenyataan tuan. Vokal dia sgt mantap sebenarnya. Gayanya tersendiri. Sebaris dgn artis artis hebat yg tuan sebutkan itu. Sebab tu lagi lagunya jarang dinyanyikan semasa karaoke dsbnya sebab lontaran vokal nya x ramai yg boleh sampai. Lirik liriknya pun sgt berkesan di hati pendengar...bukan kosong tanpa pengisian. Ini antara lagu yg sgt istimewa bagi saya.
lagu ni saya dah dengar dari kecik kecik lagi.lagu ni popular pada tahun 1995.tv1 dan tv2 selalu tayang kan lagu ni.lagu ni dihasilkan untuk didekasikan untuk anak anak mangsa perang di bosnia hezagovina yang mengalami peperangan teruk pada tahun 1992
Norzilawati Che Nu Wati ya btl tu lagu
Taun sya tu 1995
Islam dibunuh disana sini dengar lagu ni sangat2 sedih
owh n kisahnya lagu ni ya.patut syahdu semacam ja bila dengaq
samala kita...sy selalu dgar awk menyanyi..kan kita jirang sbelah
hensem toki time ni.. doakan yg terbaik utk toki smoga diberi kesihatan yg baik dan di murahkan rezeki sentiasa..
Suara To'ki tajam , nyaring dan unik..
granit krasniqi betul tu bro chorus xpecah suara toki kan
Betul tu.. kencang suara toki.. powerrr highh
Xada org ygsama suara dgn dia
Tinggi suara toki ni..lagu biasan lagi tinggi..mampus nak karoke lagu dia ni..hahha
saya sokong suara tok ki mmg mantap
bila dgr ustz ibnu rijal related kan lirik lagu ni dgn politik dunia dan negara kita, baru aku fhm lagu ni mempunyai nilai dan mesej yg sngt istimewa buat kita semua.. lagu terbaik spnjang zaman. tahniah habsah hassan, awang bpr, to'ki, dan rohana kerana berjaya meletakkn lagu ini dlm dada kami..👍
Negara malaysia ni..artis2 legend mcm ni di biarkan merempat...ada persatuan artis pun x guna...
btol bro
Betul sgt bro,president seniman pun buncit kat perot sendiri je..mcm cilaka
Sedih...
Jadi artis ni xde Mase depan...elok sambil jadi artis buka perniagaan...
Artis lama2 dlu cuma hrpkn duit royalti album dgn konsert.Byrn pun cukup2 mkn je.ada pertandingan prestig pun muzik2 tv3 je.klo tak pandai jimat cermat mmg sedih critanya.Beza dgn artis skrg cuma buat lagu single tapi royalti berlipat kli ganda samada artis penyanyi, pelakon dan pelawak.pertandingan pun mcm2 ada dlm bidang msg2.disinilah artis skrg blh buat income masyukkk
Sape dtg sini sebab dah lebih 20 tahun x dgr lagu ni kite geng 😂🤣
Saya hehe
Terbaiklah lagu legend ni.. Teringat masa muda2 dulu.. 😂😂😀
🙋♀️saya memang minat lagu2 lama ni..👍
Tua dah Kita ye
Sye la tu.. He he
2024 sape dengar lagu ni lagi kita geng 😊😊😊
stiap kali ak dgr mesti pakai earphone or headphone...n stiap kali to'ki nyanyi meremang bulu roma ak...ak mmg tabik r tune sound zaman nih n vocal artis zaman nihhh...sb mcm ner keset mcm tu r live..lagu ni rasanya thn 92' lagu ni d buat utk anak2 bosnia yg d bunuh kejam masa tu..n sedar x sedar ak dah ada 4 anak..cepatnya masa berlalu n dgn lagu² ni la ak nak hilangkn kerinduan zaman tu...
n kita doakan to'ki d beri kesihatan spt sedia kala n bangkait semula...lepas merundum jatuh dan hilangkn diri dari industri muzik tanah air...sian beb artis² zaman nihh ramai yg susah...doakn yg terbaikkkk
Njj
Moga Allah permudahkan rezeki mereka .. Aamiin YRA
He's one of the best singer in Malaysia and he was a composer too. Semoga Allah merahmati tok Ki dan famili
Suara toki tiada tandingan...power mersik highclass. sayang bakat sebegini besar dibiarkan begitu saja. jika toki tinggal di us dah lama jadi jutawan. sini hanya tahu menikmati tapi tak menghargai. sykt album perut buncit, toki kerempeng diperah dan diabaikan. semoga Allah memberkati hidup mu dan kembalilah kpdnya...saya ttp meminati toki...
Oh yeah that’s fine
Oh ya
Aamiin YRA
Setuju
Itulah dunia, maaf,manusia rata2 nya selfish
Sepatutnya panggil ToKi ni masuk gegar vaganza. Rasanya dgr nasib dia tak seindah dulu. Tahun dpn GV panggil legend Toki
Mata Dunia ya btl tu
Betul2 sy support 👍👍👍
kene panggil tokey lemang tok ki sekali😂😂😂
Tokki dh apply tapi belum pihak gv pnggil lgi..
@@arenarockjiwang2768 mcm mna tahu bro
Bantulah tokki nsr malaysia jika syarikat rakaman ini masih wujud..tesentuh hati mrlihat seorang yg hebat alunan suaranya yg pernah warnai zaman kemuncaknya hidup serba daif..rakan rakan artis seperjuangan kumpulah dana untuk membantu rakan artis anda mana tahu suatu hari nanti nasib anda juga terperosok di bawah ..semoga tokki segera bamgkit dari kejatuhannya dan membina kembali kariernya yg gelap kpada leceriaan
Aamin
Apa pun support tok ki .orang changloon,Kedah..orang kita...utara
1kg ka taip komen
Siapa datang sini sebab terbaca berita pasal To'ki tengah hidup susah sekarang? Komen sikit
Sikit
Saya
Alahamdulillah.ada pihak yg dtg membantu.
Lagu legenda yg cukup menyentuh hati.hidup saya dan sidia sehinga kini merasa penderitaan ini.kerana mengharapkan bantuan insan lain
hensemnya toki masa muda. lirik lagu menusuk kalbu nyanyian mmg serasi. kemunafikan makhluk bernama manusia
Naluri cinta is one of the best malay song.well sang by
Rohana and
Toki.thank you so much
Rohana and Toki where you both are now.bye2.
Susah nak dapat lagu macam ni zaman skrg. Lirik.lagu.vokal.fuhh
Lagu ini amat mendalam makna dan maksudnya..
Bg yg berdarah seni akan dapat menghayatinya..
Kehidupan manusia ini tidak akan terurus dgn baik selagi ada perasaan dendam dan tidak mensyukuri nikmat2 allah..
Bersyukor la..
Tok ki dgn ikhlas memberikan hiburan melalui suaranya..walau pun kehidupan nya begitu sukar sekarang ni..
Didoakan tok ki tabahdgn ujian2 ini
lagu perang bosnia 1991-1995 lah..
Aku kesini selepas dapat tau nama Toki,nak tau siapa ni tiba2 viral nama dia tp aku tak kenal dia, bila aku carian dlm UA-cam rupanya penyanyi lama byk lagu dia berseni dan berpuitis dan lebih terkejut dia byk menang anugerah dalam industri seni, aku hairan knp nama dia tak sebaris dgn m.nasir ke, Wings ke, xpdc yg popular waktu dulu
Dengar lagu ni, mmg tepat pada masanya dgn keadaan saudara kita di Pal€stin. 😢
ya. satu2. lagu. ada. jalan. crita. orang. di. duania. ini. saya. tau.
toki bila masuk mmg nampak hebat dan gah...penuh gaya dan karisma toki ..skrg sudah legend...terbaikkk!!!!semoga sihat toki dan panjang umur..💘
2023 ada ka yang Masih dengar lagu ni..kita geng
lirik ini mengesah kan penindasan isu ahkir Zaman
👋👋
Ada
2024 🤙
16.03.2024
Fans dr indonesia, sy sangat suka suara toki.hingga ku lagukan di smule
Alhamdulilah masih dengar lagu ni 2020..#covid19...
Semoga toki terus dipermudahkan sgla urusan dan diberkati kehidupannya oleh Allah
Lagu ni masa thn 90an slalu kuar kt tv psl penderaan kanak kt msia. Drpd dulu dh byk kes dera budak ni.
Lola Lynn dulu zaman aku kecik2 awal 90an dulu kerajaan wujudkan satu talian khas TeleDera kira macam talian kecemasan untuk laporkan kes penderaan kanak2
Lagu kisah bosnia suatu ketika dulu kanak2 dbunuh dgn kejam
Fahami lirik yg mula tu betul2 DI DAERAH ITU LANGIT KELABU SEJAK LAMA bermakna bukan kt malaysia maksud lirik lagu ni,lagu ni pasal ketidakpuashati dunia kepada kuasa besar pbb masa tu diam sahaja islam bosnia ditindas
Dengan lagu okid derita
Bukan..lagu ni utk Bosnia..Lagu Derita kump Okid tu yg utk kes penderaan kanak2..
LAGU PERANG BOSNIA 1991-1995...
tersentuh aku dengar lagu nih...teringat aku dekat rakyat palestin yang hidup menderita...
Rsnye mmg tu kot yg lagu nie cb sentuh... Bukan pasal penderaan kanak...
Tp mase thn 90an mmg kuar tv lagu ni dgn video klip psl penderaan kanak2. Dulu pun dh byk kes dera kanak2 ni.
yup..TV Pendidikan (RTM) pn slalu siarkan lagu ni utk beri kesedaran sambil promosi teleDERA
🤣🤣🤣
Al fatiha untuk kak rohana jalil🤲
Lagu terbaik Dan duet terbaik sepanjang zaman..
Lagu ni jugak la aku Dan isteri aku nyayikan Mase hari persandingan aku 15 tahun yang lepas ..❤❤❤
To'ki sangat jauh ke dalam menyelam untuk dapatkan felling ☝️🤯 pendengar 2025 sila hadir beri sokongan cepat-cepat ya...
go man...
tinggi nk mpos key toki ....korus mmg ngis...adehh....hrp lan nti kt gv nyanyi pkai key ori....perghh dasattt....
I love toki.. Kesian tengok rumah dia:-(semoga murah rezeki lepas ni. Marilah kita sesama membantu..
Awal nak isap tetek bole
AL Fatihah buat Rohana Jalil . Salam takziah buat ahli keluarga .
Datang sini sbb tgk live to'ki tadi...lagu ni memang best. Walaupun dulu tak tahu tajuk pun, tapi melodi dan lirik terngiang-ngiang..good job Tok!!
Baru hari nie dapat tajuk lagu nie.selalu dengar dekat radio. tapi tak tau sape yg nyanyi. memang feeling gila lagu nie.TERBAIK!!!!
21/6/2023 Rohana Jalil Kembali Ke Rahmatullah, dan saya kembali dengar lagu ini kerana mengingati jasa arwah dalam menyampaikan lagu yang bagus ini.. Al-Fatihah (disedekahkan untuk Arwah)
this is one kind of music we lack off nowadays. thank you NSR. I grew up with this song.
di zaman moden nii ssh nk jmpa lagu mcm ni
Pok Nick soro dio meme A laa
Alfatihah dibaca buat akak rohana jalil smoga ditmpatkn kalangan org2 beriman🤲🤲🤲
Teringat lagi... tahun 90an banyak kes penderaan anak (anak kandung / tiri) dicucuh rokok / ubat nyamuk, disiram air panas malah ada yang meninggal dunia.
Lagu ni jadi tema kempen "anti penderaan" video2 klip penderaan dipaparkan sangat menyedihkan dan sangat menyayat hati.
Generasi yang lahir sebelum 80an pasti ingat...
Sape minat dgr lagu nie kita geng...byk kali dgr pun x bosan...best layan geng....☺️🤗
Mu umur brapa?sama la aku pun...lembut ja alunan dya...slow ja...
Dengar lagu ni lepas isu bella didera.. ya Allah sebaknya rasa kat dada.. terbayangkan sakitnya dia masa didera.. betapa syaitannya manusia yang mendera budak.. pengecut! Berani dengan orang yg tak mampu melawan..semoga bainun si pendera tu dibalas selayaknya.. Aminn
Pengertian yg sgt mendalam.. Lagu lama mmg terbaik..
toki muka macam ammar pelakon istana penunggu billah..lagu ni memang nostagia..penderaan di malaysia dulu ada la muncul video klip di tv..
Ya mcm Ammar Ashraf ke? Sy tgok mcm pelakon Ammar Ashraf
@@looloobiee3222 ya betul..tapi harini tokki makin kurus..
@@looloobiee3222 salah ejaan tu....Amar Asyraf lah. Saya pun mcm sis. Wajah Toki masa muda dulu seiras wajah pelakon Amar Asyraf...mmg saling tak tumpah lah kan.
Kalau sis perasan lagi, wajah Rohana Jalil sewaktu muda dulu seiras pelakon Tania Hudson. Cuba check kalau tak percaya...
Lirik cantik. muzik sedap. Kombinasi suara power.
Al-Fatihah kpada arwah kak Rohana...semoga ditempatkan brsama roh orang2 yg bramal soleh. Amiin.🤲
artis2 lame mmg legend... suara padu... tk mcm artis skrg.. ke laut.
Terima kasih best FM mainkan lagu ni terus cari kat sini..
Terbaik to ki... Saya minat sangat suara dia... Semoga diberi kesihatan sihat selalu
Kalau rindu kekanda toki dtg i'dahlia corner jalan Stonor KL....
am here bcoz of gegarvaganza2017
good luck lan kristal feat my febret singer siti nordiana...
Tahun 1994..lagu ni selalu dimainkan dalam rancangan Malaysia Hari Ini..Lepas tu tunjuk video perang di Bosnia Herzegovina beserta dengan lagu ni..
Al fatihah (dibaca) untuk bekas pengacara MHI.. Arwah Aziz Deza (Mat Cermin) dan arwah Hasbullah Awang (Mat Teropong)
LAGU BARU DAN LAMA IBARAT LANGIT DAN BUMI
Dulu tok ki ramai peminat tak sangka sekarang kehidupannya berubah 100% .semoga keadaannya baik2 saja🤲🤲🤲
Aamiin
8/9/2020....masih lg segar dalam ingatan lirik lagu ni...klu lah ayat suci al-quran kita fasih menghafal...kan bagus...tidak kata kat sape²...aku pon masih gagap dalam bacaan....😟😟😟
Lagu dlu2 mmg sedap di degar walau hnya untuk kanak2 perang tpi lagu dia pehh paduu dgn muzik nya dgn lirik dia dgan tinggi nya lagu suara toki plakk mmg terbaikkk
Alfatihah salam takziah buat arwah Rohana moga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Aamiinn😢
datang sini sebab tengok rancangan NONA hari ni 21/08/2021... rohana jalil cakap lagu nie sebenarnya dia nyanyi seorang diri je... tapi disebabkan key terlalu tinggi tu yg diorg cadang nak ambik penyanyi lelaki ....muncullah toki...dan tokki ambik part tinggi sbb rohana tak bole bawak
2019 ... Sedih bila fikir keadaan toki sekarg...haritu masuk fbok..
pergi ke sini sbb tgk FB ustaz ebit lew..Fuhh sedihnya hidup beliau sekarang..harap bersabar abg Toki!!
The original is still the best...Thank you nsr for uploading..u the best too!
Unik btul suara toki ni,mmg paduu👍👍
Lepas Nana n Lan nyanyi terus tercari2 dlm UA-cam lagu ni👍🏻
saya lahir tahun 80an..lagu2 zman tu mmg evergreen..
Dengar lagu nie menitis air mata
Sy pun sama..menitis air hidung ni
@@mohdfazli9349 tak cukup la tu.. sbb tu meleleh air hidung 😆
Harap persatuan Seniman Malaysia memberi bantuan kepada Toki yang hidup merempat Dan gelandangan. Harap dapat beri sumbangan pada mantan artis itu
Andi ugik Petta yup betul
persatuan seniman pun x blh pakai.presiden dapat jawatan pun dengan makan kawan sendri.
Ya ke?
Mana ada dia merempat gelandangan pon x.dia ada ja di gombak tinggal dgn fmly dia n jaga mak mertua dia .hari2 aku jumpa dia.
@@wankhalil5840 dia tinggal kat batu muda di batu caves kan?
2020 setelah dgr nsib menimpa pnyanyi ni toki.trus dgr lguni.
Semoga ada comeback toki dgn rohana jalil flash back.. Sapa disini sebab folow perkembangan toki
takde siapa suara unik mcm to'ki lagi..
Hanisah Abdullah..yup ..tepat sekali
setuju sangat.
bukan hanya indah di dengar bahkan harus di ambil pedoman dari bait2 yg dilagukan utk panduan jalanan hidup tiap insan..
Antara lagu dan muzik yg terbaik pernah aku dengar..
Sayu sangat dgr suara To'ki..duet yg hebat To'ki & Rohana Jalil
tp syg nasib toki skrg tdk seindah lagu2 nya..
Betul tu..dia trlibat dgn najis dadah...x terurus hidup diri dia...allahuakhbarr...
😲
al fatehah akak
Siapa yg masih dengar lagi thun 2020 ...memang terbaik
Suara rohana Jalil nampak Org muda Arwah allahyarhamah Sama sama Terbaik melaka Semuanya orang Yg lebih Baik Amin
Next week punya GV4 Lan Kristal dapat lagu ni, duet ngn Nana.. 👍👍👍
*Al Fatiha Buat Arwah Rohana Jalil Semoga DitempatKan bersama sama orang yang beriman*
Asslmkm, slm Perpaduan. T/Kasih sbab lagu ini menyuruh kita saling tolong menolong berbuat baik sesama kita. bunyi suara/vokal mereka adalah sama & boleh dianugerah juara.💝✌✌
Terus cari lagu ni sbb mnggu dpn lan dan Nana kna nyanyi lagu ni dlm gegar vaganza..kikii
trbaikkk r nana n lan nynyi..beremang bulu rome oiii....terbaikkkk
2020 masih dengar lagu ni 😁
Follow To’ki Officel di FB
🙋🏻♂️ aku !!!
Sama
Jeyhhh.....bakal kebabommm lagu ni...lan kristal n nana bawak ke gegar vaganza 4.... #teamlankristal #manabolehxboleh
#cuncuncun
Alfatihah...buat arwh rohana jalil, moga roh d cucuri rahmat dan d tempat bersama orang orang yg beriman..Aamiin
👍👍👍👍👍Very good this muzik. Saya suka muzik ini
toki ni klu dia x terlibat dgn dadah skang dia senang...tpi dia pilih jalan tu nk buat cane...smoga beliau brubah.. pada peminat toki dtg batu muda klu nk jumpe dia..rambut panjang skang
4tin ke slalu pg sna
Assalammualaikum..Lebih sopan tulis dia tersalah langkah, dari ayat d*d*h tu... Allah juga akan tutup aib kita,Harap di edit.
Ye itu jln
Mula kenal lagu ni sbb nana n lan bwk mse gv dlu... Pdhal dh lme kot cari tajuk dia,, last2 search "kemunafikan" bru jumpe ini tajuk😂
Hahahaha
Suria fm 101.4 bersama deejay lin di suria cinta. Saya selalu dengar lagu naluri cinta rohana jalil bersama toki di stesen radio suria fm di suria cinta setiap hari. Semua lagu lagu bertemakan tentang kisah cinta dan putus cinta di suria cinta.
Harini ini..21/2/2019 malaysia bersedih..ank berumur 5 tahun didera smpai mati oleh bpk tiri😭😭
Sedih dgn perjalanan to"ki sekarang.......kini mencari ketenangan diceruk kepesatan bandar..
Gegar vaganza 4, Lan Kristal akan nyanyi lagu ini dengan Nana
tak sabar nak tengok
Masuk komen ..cuba komen lagu2 zaman skrg macam mna tune hahaha..aku jiwa lama❤️❤️❤️✅
Lebih 20 tahun,lagu ni tetap best..lagu lagend sepanjang zaman
Tak sabar nk tggu nana n lan nyanyi lagu ni.. Power wei lagu ni.. Tbaek.. 😍😍😍
Lagu yg bagus !!! Syabas kpd pencipta lagu dan penulis lirik nya !!! Tak lupa juga kpd penyanyi2 nya !!! 👍👌✌
Mmg padu lagu ni... terbaik lagu lama.. 👍👍👍👍👍👍👍
HADIR 2024..
FREE PALESTINE 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
AL-FATIHAH BUAT ARWAH ROHANA JALIL🤲🏻
Antara Toki Dgn Thomas Arya , Hujung2 Toki Tajam Dan Nyaring .. Berlemak .. Susah Nak Cari Penyanyi Mcm Toki Di Zaman Sekarang ..
Dizaman sekarang penyanyi.maggie mee banyaklah.
Hensem toki msa muda...☺️2021 msih dgr lagu ni...👍👍
sape dari 2020 gais? lebih 20 tahun x dengar lagu ni.. masa tu kecik2 ada video perang Bosnia background lagu ni... lani aku anak 2 dah..