bab spearpart ni sebenarnya masalah dari pengedar di negara kita, jangankan motor china, motor jepun, motor eropah pun masalah part.. motor, kereta sama je
Kapcai Suzuki Susah nak dapat sparepart, walaupun ada shopee, hanya model 90an dan 2022 ke atas je ada jual. Zaman 2000-an hingga 2019 takde sparepart dijual kecuali stok lama
@@DersNoNemHonda RS V1 masa awal keluar aku kena pusing 3daerah nk cari sparepart..celah mana senang.. masuk tahun ke3 baru la ok.. setelah v4 keluar..
@@albuaya6176 Honda mmg alan bawa barang dia. Member saya dulu pakai SYM give up moto dia. Spare part sampai sudah tak ada. Moto dia sendiri dah jual jadi spare part.
Sy pakai Benelli 752s ..memang padu..da setahun lebih pakai..yg penting jg service yg btl..jajan pn byk..harga mampu milik dpt cc besar..brembo fock mazzusi..mantap
Motor India mcm Dominar & pulsar pun org pandang rendah. Tapi dari pegalaman aku pakai dominar400, maintenance & part murah. Motor tak ada issue pun. Kalau motor boleh survive jalanraya India, confirm tak ada masalah utk jalanraya kita.
@@meorhafize Dia sama mcm Dominar, masalah kecil yg tak mahal utk repair. Janji engine boleh tahan. Motor india memang untuk lenjan sampai habis sebab xde resale value. Aku dulu hampir terbeli ns, tapi pilih dom sebab sesuai dgn saiz badan.
@@meorhafizeaku pun ada motor Jenama jepun, bkn semua org beli nak trade in atau jual bang 😂 bergantung pd individu lah....dominar pun aku ada... Berbaloi lah, motor cc besar, harga marhain 😂
sy pakai benelli leoncino 500, milage 21k km.. xde masalah pn sblm ni, pakai moto² jepun.. ada juga model yg sparepart nya kena tunggu, ada jg part yh susah cari... bab resale value, bkn semua moto jepun RV dia tinggi.. tgk model jg
Moto cina bagus sebenarnya cuma MFORCE punya kualiti pemasangan teruk. Sy menggunakan scooter xdv250cc jenama china dibawa MFORCE, kualiti barang bagus cuma bab pemasangan wiring teruk dari kilang kt penang tu. Ramai geng scooter kena sebab yg sama.. Satu lg nk jual moto tu sbb frust dgn bab2 ni tp harga 2nd sampah 😂. Jadi terpaksa pakai sampai lumat
@@penjuritmuda659 iya sangat setuju. Semua brand china dia nak sauk tp quality x improve. Nampak tamak sgt. Harap dorang baca dan fokus pada QC dari sibuk bawa masuk model baru
Sama je benneli rfs sy dulu Tu.. baru 5 Bulan pakai mcm2 masalah.. dari coil plug..magnet sampai ke wiring.. sampai kena kacuk2 part dari brand Yamaha/honda.. Jual pulak byk kedai taknak.. hantar mforce bersidai berminggu.. serik aku dgn brand pelik2.. lagi2 under mforce.. first and last..
Saya sebelum ni pakai motor LC135 v2, dah lebih 12 tahun pakai memang takde masalah, tahan lama. Bila dah ada anak, teringin nak upgrade motor yang lebih selesa, tapi tengok H dengan Y harga dia agak keras untuk scooter 150+. Tiba2 datang pulak SYM Husky, mula2 skeptikal. Hampir sebulan fikir masak2 dan survey, alhamdulillah dah beli 1 Husky. So far dah sebulan pakai, alhamdulillah memang firm dan nice. Harap motor ni dapatlah tahan lama. Tak semua brand China/Taiwan ni hauk kan.
Ada kisah lucu bang. Saya pun baru jual LC 135 V2 warna hitam selepas pakai 12 tahun. Dan sekarang menunggu SYM Husky tengah order. Jalan cerita kita lebih kurang la bang 😂. Semoga Husky pun panjang umur ye bang
Baru je beli CFMoto 650MT. Daily ride pergi balik kerja 156KM. Setakat ni motor ok. Perform atas jalan. Puas hati. Beli memang xde niat nk jual balik. So xde pikir pasal resell value. Pkai sampai lunyai.
Sy dh pkai sym selama 8 tahun..motor hari2 jalan lebih 100km sehari..alhamdulillah x pernh lg ade masalah yg teruk..enjin pn lasak...just jaga minyak enjin je..🙂
Dlm grup ada sorg mamat siap maki guna sym sr sport.motor sampah cina katanya. Org lain pakai xdek problem ape pun 😂 dh kalau nasib malang pki y16 abs loan 5 tahun pun kluar kedai pun akan rosak
Dulu2 apa yang spoil pasal motor dan kereta brand dari china adalah design dia,design masa tu memang another level dah tu,memang designer dia datang dari alam sebalik mata,memang lain dari yang lain tapi sekarang design dah ok bahkan cantik gila…
Teringat scooter brand Comel kawan saya beli. Beli masa tu dalam rm2k je. Nasihat dah jgn beli tp dia kata klu pakai tak lenjan boleh je.. lepas tiga bulan pakai dah start masalah nak start enjin susah, masalah karat, cat pudar, cover pecah dll. Yang paling lawak masa balik kerja exzos tercabut sbb lalu bonggol kecik je.. masa tu memang lawak. Dia dah surrender tak mau guna dah motor tu. Nk trade in. Kesian juga motor baru pakai dalam 6 bulan beli rm2k trade in kedai ambil rm500 je.. takpe la dia jual dan beli scooter Suzuki 125cc. Lepas tu kami dah tak percaya motor cina. Comel copy Yamaha 125 tu pun ada member nak beli tapi kami nasihat jgn beli sbb enjin 110cc 4 lejang. Copy je. Nasib baik member tu dengar nasihat jg 😊
Masalah utama ialah tukang bawak masuk motor & kedai motor. Tukang bawak masuk pikir nak untong, spare parts dibiarkan jer. Kedai motor paling tak guna, tak semua tapi majority camtulah. Tahu nak pancung customer jer. Korang pegi Kapar ke Puchong ke Setapak ke Gombak ke Jitra ke Skudai ke, sama jer, kerja nak sembelih customer jer. Beli cash kena sembelih, beli hutang apatah lagi. Guna cr card pon dia nak caj processing fee sebab nak cover bank charge yg dikenakan....memang kena carut la dengan aku. Jadi belilah apa² motorsikal dengan bijak. Mata kita suka tengok, beli jer....abaikan nasihat² dari kekawan.
🙋🏻 saya beli honda rsx cash, dapat layanan after sales teruk gila walaupun tu brand ternama jepun 😂 dipaksa pakai minyak hitam H yg tak berkualiti. Enjin bunyi macam macam tapi bila pakai minyak hitam after market senyap elok ja 😂 tapi bila pakai minyak hitam after market dorang refused nak servis moto saya 😂
Motor China setakat ni yg aku paling tak berkenan, material dia cepat nampak mereput. Pergi la ke showroom, compare motor China dengan motor brand Jepun, boleh nampak rupa parts motor China ni macam pakai barang gred rendah. Dah kusam, ada tompok2, ada kesan karat dll padahal motor dekat showroom. Dalam gambar betul la nampak menarik, bila depan2 tu yg mengecewakan.
saya guna lagenda standard je . tahun 2013 . now dah hampir 11 tahun . condition masih tiptop. xpernah rosak ye. hnya servis dan wear and tear sahaja. bengkel pun kata bila bawa mcm baru usia 2/3 tahun motornya. ini baru betul reliable. x pening kepala ragam sikit pun takde.
sama la guna saya yamaha lc135 beli tahun 2012, xpernah rosak major turun enjin ovelhoul ke, rosak minor tu ade la tapi xmelibatkan enjin, guna untuk ulang alik pg kerja dan kegunaan harian, ganti minyak enjin 2 bilan sekali dgn oil filter. Mei 2024 saya jual motor
CFMoto 450SR are very fun to ride bike...for it's price...nothing can go wrong...and the quality itself are pretty good...if you compare to others like CBR bla bla bla etc...the CFMoto are quite good...good looking fun ride fine quality with affordable price... it's a good deal...
Betul untuk dulu. Zaman keeway mula masuk malaysia dulu, nitro la apa, cfmoto lama dulu2 mmg barai. Persepsi tu yg melekat sampai sekarang. Tapi zaman sekarang tak mcm tu dah. Moto china sekarang kualiti tiptop. Cfmoto baru2 semua berkualiti dan berbaloi. Sama gak jenama china yg lain. Dah setanding if not better than moto jepun dan eropah dan US sekali pun.
Perangai manufacturer china mana mana pon diorang suka cut cost bila barang dia dah mula ada demand. Awal2 memang okay. Tunggu lama sikit mula la tunjuk, tak macam jepun
Saya pakai TRK 502 SP2. Beli terpakai 5k km. Takat 4 tahun ni baru pakai 140k km. Alhamdulillah pakai ulangalik kerja 168 km sehari. Nak tukar motor lain sebab nak pakai hari2 kena fikir banyak sebab jarang masalah. Minyak pun jimat. Spare part MForce ada, Shoppe ada. Taobao ada. Maintenance pun ok. Pakai minyak pelincir F700 sahaja.
Motosikal buatan china tak ada problem tetapi bila dipasang di malaysia ada problem quality disini. Saya pernah memakai Keeway TX200G. Mula2 tak ada problem tapi setelah 5 tahun, nak dapatkan spareparts susah sikit kerana kedai tidak menyimpan stock. Bila ada problem saja mereka akan order, jadi ia akan tersadai dikedai untuk beberapa waktu. Lagi satu, wiring motor ini hancur, setelah 5 tahun semua wiring out. Engine memang tak ada problem tapi benda yang lain ada problem. Motor itu sekarang ini tersadai dibelakang rumah.
Mentality org malaysia, anggap product china tak berkualiti. Bini sy pakai kereta haval great wall, beli masa 2014 sebelum kiteorg kahwin, kereta tu tahan sampai sekarang dan tu daily car. Tak pernah sekali pun buat hal, alhamdullilah. Walaupun kereta tu dibuat pada 2014 tp dilengkapi 360 camera, android player dan ada some features yg canggih pada zaman tu.
@@MohdZahir-n1h mana² kereta yg bukan collector item dan rare akn jatuh resale value bossku. Lagi² kereta continental, dri 700-600k jatuh sampai puluh ribu tp org tak pertikaikan sbb kereta brand eropah kn.
aku guna moto zontes 155 dari ride dari lahad datu pantai timur sabah sampai hujung teluk melano hujung sarawak juga...ada member guna moto viral dan terpercaya terpaksa overhaul di kuching.tapi moto china ni bab top speed tu kena la dengan harga.
Risiko kualiti mende, habis motor Taiwan/China semua tak boleh guna selamanya ke ? 😆 nak dengan taknak je, macam contoh di akhir video ni, kalau tak pernah makan tapai, jangan halang orang nak makan. HAHAHAHAH
Saya setuju beberapa statement tuan. Utk dalam beberapa tahun ini,,,dr segi sparepart motor china sudah kebolehdapatan sparepart pun byk improve. Sy yakin jika ada company yg boleh menjadi agen one stop spt mforce, brg² sparepart akan menjadi mudah. Kebimbangan pengguna kebanyakannya after sales service, selain value.
Pengguna benelli ..meh kumpul dkt sni... Sye dh guna lebih 5tahun ..xpernah rosak tepi jalan..xpernah rosak yg truk2...setelah 5tahun guna..baru sekali starter rosak..yg lain tu service normal..cuma bateri jek lah ..setahun lebih jek bertahan....so far spare part snng cari..shope bersepah
Saya penguna benneli rfs.. pakai tak sampai 5 Bulan mcm2 problem..coil/magnet /wiring Dan semput tiba2.... hantar mforce bersidai berminggu still masalah tak selesai.. first and last brand china ni.. Jual LC ingat pakai rfs 150cc oklah.. sekali KO.. Jual rm600 je...itu pun Bangla KT selayang Tu Ambik..kedai motor semua taknak..hampeh
Saya pengguna Benelli 150s .. pakai buat g blk kerja 70km stp hari ... baru 3bln beli alhamdulillah stakat ni puas hati berbaloi dgn harga tp Benelli bukan brand china sebenarnya tp dr Italy
Saya pengguna rfs150i, pakai 3 tahun lepas tu macam2 masalah timbul..lepas satu, satu..ada hari motor tiba-tiba tak boleh hidup, cek bateri semua ok, hantar mforce, seminggu sidai. Bila ditanya ada masalah apa, depa pulak tak tau sebab dah boleh hidup. Bawa balik guna 2 hari, tak boleh hidup pulak. Bawa p mforce lagi, seminggu lagi sidai. Tukar coil magnet & fuel pump. Lps seminggu guna, jadi balik. Sampai sekarang tersadai belakang rumah. Terpaksa beli motor lain untuk p kerja.
aku pakai ktm duke 200 abs tahun 2015,off road 19k total on road 21k, baru pakai 4 tahun, tersadai sampai skrg.. mcm2 masalah, tank bocor, engine panas, coolant bocor masuk dalam engine. spare part mahal giler, aku bukak barang2 ori dia semua tulis Bajaj.. hampeh,hampa, hang pikir la sendiri
Aku owner QJ Motor SRV250 . Problem dia pemasangan dkt Malaysia ni problem. Ada masalah wayering dgn screw tak cukup. Overall aku puas hati dgn moto ni. Dari segi maintenance, spec dgn harga. Sekarang da custom bobber.
Kalau di Eropah, barang China ni memang sangat murah kalau diorang beli kemudian rosak, kesan kerugiaan tu tak terasa sangat. Sedangkan di Malaysia harga msikal china ni agak mahal juga. Pendapat saya kalau awak nak beli, belilah duit awak..kebanyakan Yamaha di Malaysia ni pun bukannya buatan Jepun jugak, nama jer Jepun, tangan yg buat tu bukan Jepun.. Sebab tu Yamaha berkualiti hampes. Pergilah Jepun cari Yamaha LC atau Ysuku, ada ke?? Jenama Jepun yg paling tahan sebenarnya adalah Suzuki dan Honda generasi lama.
Cara saya: beli motor china lepas dua tahun dikeluarkan.dh ada user yg akan gtaw mtor2 ok ke x..dorg gtaw based on pengalaman dorg,bukan sbb dgr ckp org.mmg kne ada pndgan user terdahulu sbb duit tu kuar dr poket sendiri..
ok jer aku pakai demak 110 beli 2018 elok sampai skang bwk ulang alik keje.. sym pon elok sampai skang 2x ride thai dah.. tp bile dah pakai mmg xde harga la nak jual.. pakai je terus sampai ko tua
Pertama Masalah spare parts Kedua value akan drop kaw2 silap2 nk jual saja belum tentu ada orang yg nk beli...kalo tolak di kesai atau trade in jgn cite la.
Sy xcakap moto cina xbagus..sy bercakap apabila sy dah beli dan jual balik.. sy boleh kata,hampa.. sape nk beli,belilah..itu hak korang..bagi sy cukup sekali...sy xkn beli dah.. mfroce?. Mforce bagus,cepat selesaikan masalah..tapi sepanjang 2tahun pakai moto, 6 7kali masuk mforce..jadi,kita beli moto ni nak ride ke atau nak jadi tukun kat mforce..bila hantar moto,bila nk balik,kena balik sendiri.ambik grab apa semua..modal tu kita tanggung.. sekali shja sy dpt motor ganti.. hantar claim 750cc..dpt moto ganti 110cc. Kalau boleh bawak 100kmj ok la sbb kita nk bawak atas hgway..ni 80kmj pun sebab turun bukit.dah la moto nak relai..keselamatan kita xterjamin.. mekanika nk pakai,silakan..moto china ok ja..nanti jual balik,tau la berapa sen kedai ambik..silap2 jadi mcm sy,1 kedai pun xnak ambik di penang..hatta kedai yg sy beli tu sendiri..
Moto china moto pakai abis.. Kalau ada niat nk guna dlm 2.3 thn lepas tu nk tred in.. Lupakan je la. Jgn kan kedai. Dgn Kwn2 dlm grop tgk jenama china pun tak mau.. Cuba kotg ex5.. Honda wave.. Walaupun ada model lama.. Tukar coverset. Enjin lembut bunyi.. Letak harga rm2, 3 ribu ada berani lagi nk ambk 😂
aku nak jual RT3S sebab nak upgrade, banyak je kedai nak ambik je no prob, harga boleh tahan juga nak trade in, xdela teruk sangat. Kalo nak repair x perlu hantar mforce, cari je kedai2 besar, lagi bagus dorg buat keja.
Saya pakai scooter wmoto Xtreme 150i , bersama kita kuat, masuk group guys banyak sparepart yang jenama y dan h boleh masuk, jadi jangan risau. Selain itu, masih ada pakar dalam bab motor ni. Setakat penggunaan, semua okey❤ Bawa ke mana mana org puji ❤
Dulu aku pakai suzuki bapak aku entah model ape 80cc 2lejang. Pastu pakai fx110 plk...cerita sama je..sparepart mau tggu la..moto simpan bengkel dlu..hehe. Tp xpe as long as ade barangnye dan ori. Tp 1 moto yg aku minat gile ni kemain payah sparepart dia. pastu nk repair dh mcm pengemis. Bengkel tertentu je selain mforce yg berani repair moto ni.. Terpaksa la beli lc enjeksen wlupun rege alyahuuuddd
haaaaaa...dulu aku pakai fx110 and gsx 110...masih ada lagi boleh jalan wlaupn dah buruk, tapi memang bagi prob macam2 ooooooo. Engine, CDI, wiring memang kaco, sparepart susah cari and mahal. Sampai harini aku blacklist Suzuki sebab masalah ni.😆 Tapi itu zaman dahulu kala, sekarang maybe dah beza banyak and improve
Saya pakai pulsar.. Performance bagus. Tak banyak ragam.. Pakai 5tahun dah pun. 100,000 KM.. Sparepart mahal sikit tapi brg berkualiti.. Brg india. Sekarang tambah motor pakai Wmoto RT3. Performance best. Features lagi best dr brand jepun.. Sparepart ok je... Nak pakai motor2 china ni, Kena tgk service center dimana? Dan owner bukan jenis tukar2 motor. Kalau jenis pakai sampai hancur, mmg berbaloi.. Resale value kurang
Aku 10 tahun pakai moto demak scramble....buat main offroad..alhamdulillah xde masalah sgt...tahan je cuma tu la tak power...sparepart enjin takde masalah sgt cume tang body tu je..tp skrg ade shopee xde masalah sgt....
Aku perati, motor China/Taiwan ni finishing parts dia agak kelaut. Contoh, kita pegang coverset dia pun boleh rasa pakai kualiti rendah. Lampu dan plastik pun cepat kusam dan kuning. Dia cut cost melalui material low grade dan low spec. Itu yg aku perati la.... Korang boleh setuju dan x setuju...
Bulan march saya pi china test member punya srk800, harap mforce bawah masuk tahun ni. Srk921 pun okay juga. Qjmotor munkin stranger di local market, kalau sudah test sure kena racun.
Apa la korang nak pertikai je bila selera orang lain x sama dgn selera sendiri. Bukan semua beli motor sebab nk pakai hari², atau mungkin dah banyak motor jenis lain dia dh ada. Nak pelbagaikan koleksi selain jenama dr jepang yg dia dh ada. Itali ke, jerman ke... termasuk cina. Sebab ukuran poket semua org x sama. Ada yg tak peduli pun tahan ke, sparepart ke, resale value ke. Kalau benda² mcm tu jadi kegusaran, poket terhad, nk buat pakai hari² & motor pun bakal tu sebiji je yg ada, nasihatnya; JANGAN BELI.
after sales tak mantap lagi, mforce tu banyak model dia bawa masuk sampai dia pun serabut dengan waranty claim, staff dia pun pening banyak sangat model2 motor lain jenama nak repair, tengok saja dekat sc segambut tu berapa banyak motor kena sidai.. bengkel luar pula limited yang boleh repair motor2 sebab cepat sangat model2 terbaru masuk. tak macam jenama jepun satu model tu akan bertahan lama dalam pasaran sampai part aftermarket dia pun banyak, lebih mesra bengkel.
Sy setuju bab ni bang. Mforce bawak masuk banyak sangat model dr pelbagai jenama motor china. Brand mcm benelli yg dh bertapak lebih 10 tahun dekat malaysia pun masih lg ramai org ragu² nak pakai tp mforce bawak lg brand² yg lagi kurg kepercayaan org ramai. Lepas tu bengkel luar tk banyak yg ada sparepart motor² brand china ni. Kalau ada bengkel official dealer pun still kebanyakan nya akan order spare part dr mforce. So ramai org akan tertumpu dekat mforce utk urusan claim warranty dah sebagainya. Giliran service akan jd panjang lepas tu motor terpaksa sidai dekat mforce agak lama. Sy pengguna benelli 250cc n 500cc mmg dah serik pergi mforce. Apa² problem sy cari bengkel luar yg mmg boleh buat brand benelli. Spare part pun cari kt shopee je lebih mudah.
Skrg muto china dah ok... Value to money...brand Antara yg ok QJ motor, CF motor.. spare parts sng sikit nk dpt compare dgn brand zongshen... Apa2 pown motor china nie DIA offer alternative kpd mereka yg inginkan muto high spec tp pada Harga mampu milik...tp kalau Korg xnk pening kepala... Amek je brand Suzuki... Confirm2 tahan lasak... Real men ride Suzuki... Walaupown design outdated sikit tp muto Suzuki mmg sgt reliable...
Saya sekarang guna QJMOTOR srk 250 hari2 guna milage pergi balik 300 km dari rumah ke tempat kerja so far ok, tidak ada masalah, selama 5 bulan milage meter sekarang sudah 22000 km, memang boleh tahan serupa jenama dari matahari terbit 😂.
Terus MenYokong Video Yg Menarik Dan BerManfaat BerKaitan Pembaikan Serta Penggubahsuaian Modifikasi Tambahan Pada Kenderaan Motosikal Khasnya.Semoga Terus Majujaya Tuan.-Wrjazjr Malaysian Collector And ExRider Of The Malaysian Drag Racer.and Frontliner Of The GSM/GSDT Team Dakwah belantara Malaysia.
owner RKV hadir! masih pakai smpai skrg, dh convert cafe racer dah, menoleh banyak kepala di jalanan :D sparepart byk boleh kacuk, sparepart ori masih ada, kalau oder pon sminggu dua minggu ja dh smpai mileage dah berapa puluh ribu dah kot, sbb odo/speedo rosak tp malas tukaq, haha
KTNS RS3 250cc Adventure Touring beli 2015, berbaloi memakai sebelum trk502 masuk pasaran. walaupun mforce sudah buka kilang sparepart nya tapi jenama ktns RS3 nie sepi drpd pasaran walaupun ramai lagi yg mencari motorsikal touring yg harga marhan marhan ni. walaupun isu2 sparepart jenama ni dipandang sepi oleh mforce tapi motor ni masih byk lagi yg memakainya. Salah 1 motor adventure touring harga murah yg berbaloi memakainya.
sebenarnya sparepart tak jadi isu sbb kita di thn 2024, semua hujung jari je, pakai motor jepun pon kalau big bike kena order jugak barang, bukan ready stock utk semua bengkel. jgn banding dgn kapcai, yamaha honda part mudah yg kapcai je, kalau big bike semua lebih kurang je, apa2 kena order.
Sebagai pengguna motor china saya setuju yg motor china skrg kualiti semakin improve, cuma kena improve lagi bahagian suis dan soket wiring. Kalau boleh beli motor china yg JV dgn syarikat pengeluar ternama. Cth cfmoto skrg pki enjin KTM. Cari yg guna enjin yg terbukti reliable. Byk model china skrg yg pakai enjin piaggio,ktm,suzuki,kymco.
Sy pernah kerja salesman motor menjual motor china ni. Orang Malaysia dah terdoktrin mgatakan motor terbaik hanya dari Jepun contoh Honda, Yamaha. Susah btul nk twist kepala otak mereka nk terima model china.
Sym dari taiwan..mmg terbaik. Cume mforce je agak badigol sikit. Paling kelakar..diorg boleh block user2 vf3i masa awal2 dulu😂😂😂. Brand top dunia pun pakai spare part dari taiwan..tau tak tau je
Tak sangka Mirul pkai keeway rkv gak .... sma sya pun . 11 thun pkai ok gak slepas lma tersadai kat bawah porch sbab beli honda vario 150 ... mcm mirul kata parts je susah la nie sbab dh lma en .... Tpi Fakta Keeway nie brand asal dri Hungry then Qian Jiang(qj motor) beli dpa .... cma stop speed x laju
Setuju. Pengalaman pakai, sekali je pernah turun enjin sbb rod putus(factory defect). Tu pun under warranty. 5 tahun pakai lenjan RPM 8k-9k sentiasa, takde masalah. Owner baru pakai pun takde complain apa² problem
Bagi aku RS150 tu pun motosikal pakai buang kalu tak buang makan modal hanya yang dah kena je tahu kenapa makan modal, kat Malaysia motosikal cup yang ada value motosikal era retro motosikal moden hanya Yamaha
Tak betul, kebanyakkan yg cakap mcmtu pembatak yamahonda padahal sendiri kena scam asyik² datang bengkel sampai pomen naik benci tgk dia datang. MForce ada je spare part. 2:28
Sape igt motor nitro? Bapak sy kne dlu scooter selepas 2 tahun spare part takde terus tersadai. Lama2 buang je. Silap dia juga x beli suzuki VS. Wlpn dah lbh 10 tahun sy masih rasa part2 moto china ni cpt obselete, skrg mgkin supply chain lbh baik sbb market segment china dh mendonia. Kita nk pakai motor ni bkn short term. Klau blh nk mewarisi ke anak2. So far honda sentiasa di hati. Long live adv.
modenas kriss 110 model baru sekarang pun guna enjin buatan china zonshen. saya dah guna dua tahun dah ok je pun , take de masalah , dulu modenas kriss lama guna enjin kawasaki sekarang dah china ,, kualiti kalau tak lebih pun setaraf dgn buatan jepun
Yg x pernah makan tapai ubi atau pulut, aku ingatkan dengan KERAS.... JANGAN SESEKALI MAKAN TAPAI, sebabnya kalau kebetulan tapai pertama yg ko rasa tu dari grade C+ keatas, ko akan terkenang² dan teringin nak makan selalu. Kalau tapai gtade A yg punya lembut, manis, basah dan baunya pergh..... air dia diperam pas tu minum boleh terbeliak biji mata. Motor China pun camtu la bila harga, kualiti, baiki dan sparepart mudah cari ditahap salam perkenalan seperti sekarang tentu akan dapat sambutan. Satu tawaran pilihan kpd mat rempit yg kureng duit 😅😅😅
private pun boleh berisiko d sebab kn tiada store kebal...apath lagi d jalanan smemngnya pling mudh berisiko..dan sentiasa ada analisa sbagai stndrt trsndri sbgai lngkh kslmtn......🎉
Aku tengok Benelli RFS150 ok jer,SYM VFi185 ok,Kmco Modenas Elegend 250 pun ok jer mcm takde problem,berbanding jenama dari Jepun yg biasa . Sejak tu mcm menaruh percaya kat brand China dan Taiwan ni.Design moto diaorg ni gempak jugak wei. Dasat jgk diorg supply enjin kat motor BMW GS. Cuma mati mati kita ingat enjin moto BMW GS tu org German yg buat.Padahal enjin dari China juga.
Dua biji motor aku dah jadi unjam kat laut sbb takde spepart nak baiki.. sebiji jenama JRD dan sebiji lagi skuter comel.. kilang pandai buat motor tapi tak pandai buat spepart.. Skang aku kalau nak beli motor, jenama aku tak kisah yang penting spepart mudah atau takde..
Beli motor ni satu komitmen jugak macam kereta dan tak semua ada kemampuan nak cuba -cuba. Established brand pon pandai collab dengan diorang sebab teknologi dan tenaga kerja lagi murah dari tempat lain. Resell price pon main peranan sebab kita taktau bila kita ada emergency nak pakai duit so kalau jual second harga terlampau rendah siapa nak tolong.
Assalam bang, saya hampir-hampir nak beli jenama magelli 250 tahun 2014. Nasib baik tak jadi, sebab sampai sekarang tak nampak langsung motor ni lagi. Tertunggu abg komen pasal motor ni.
cmc memang ada problem dari segi carburetor dan tak masuk akal. ramai mekanik dari kedai motosikal tak pandai baiki carburetor di tempat saya. cuma sesetengah mekanik yang ada pengalaman tentang carburetor
Kita dok bt perbandingan moto buatan luar.. Knp bkn moto kita modenas.. Kita ada kepakaran tp nk rebatch dr bajaj.. Why not modenas trus bersaing ikut tranding jgn ketinggalan je.. Keluarkan modal besar ckt bt RND ikut apa permintaan rakyat
sy sokong lebih ramai lg beli motor china..mmg cantik2 design..cuma..sy akan tunggu lepas 3-5 tahun utk beli motor china dgn harga murah..harap2 dptla nnti QJ motor SRV250 dengan harga RM2000 tunai
Konsep penggunaan motosikal di china ialah dijual pada harga murah untuk digunakan dalam tempoh beberapa tahun. Setelah itu, motor tersebut akan dilupuskan untuk membeli motor baru
bab spearpart ni sebenarnya masalah dari pengedar di negara kita, jangankan motor china, motor jepun, motor eropah pun masalah part.. motor, kereta sama je
Kapcai Suzuki Susah nak dapat sparepart, walaupun ada shopee, hanya model 90an dan 2022 ke atas je ada jual. Zaman 2000-an hingga 2019 takde sparepart dijual kecuali stok lama
Motor Jepun barang dia bersepah je...
@@DersNoNemHonda RS V1 masa awal keluar aku kena pusing 3daerah nk cari sparepart..celah mana senang.. masuk tahun ke3 baru la ok.. setelah v4 keluar..
@@albuaya6176 Honda mmg alan bawa barang dia. Member saya dulu pakai SYM give up moto dia. Spare part sampai sudah tak ada. Moto dia sendiri dah jual jadi spare part.
@@DersNoNem sym mudah lagi..tapi bab sparepart ni sebenarnya ikut kawasan, kadang model tu orang tak minat jadi sparepart dye kurang..
Sy pakai Benelli 752s ..memang padu..da setahun lebih pakai..yg penting jg service yg btl..jajan pn byk..harga mampu milik dpt cc besar..brembo fock mazzusi..mantap
Motor India mcm Dominar & pulsar pun org pandang rendah. Tapi dari pegalaman aku pakai dominar400, maintenance & part murah. Motor tak ada issue pun. Kalau motor boleh survive jalanraya India, confirm tak ada masalah utk jalanraya kita.
Royal Enfield orang pandang tinggi
@@motodin4210kt Malaysia je sebab harga cbu jual mahal Kat India murah je RE ni. Harga lebih kurang Pulsar 200 NS
Aku pakai pulsar . Dr tahun 2018 smpi skang masih ade.. enjin xde leaking... Jaga servis on time.. vc bru skli.. mileage dekat 40k km.. masalah: cuma meter faded (motor parking xde bumbung), dah 5x tukar clutch cable, fork leaking skali, O2 sensor (timing xbetul)..
Yg len Alhamdulillah ok... Cuma klu tradein xde harga la.. sje tnye kedai.. amek murah je😂
Pakai la smpai jahanam😂😂
@@meorhafize Dia sama mcm Dominar, masalah kecil yg tak mahal utk repair. Janji engine boleh tahan.
Motor india memang untuk lenjan sampai habis sebab xde resale value. Aku dulu hampir terbeli ns, tapi pilih dom sebab sesuai dgn saiz badan.
@@meorhafizeaku pun ada motor Jenama jepun, bkn semua org beli nak trade in atau jual bang 😂 bergantung pd individu lah....dominar pun aku ada... Berbaloi lah, motor cc besar, harga marhain 😂
dulu pun saya x percaya brand2 china taiwan Tapi...sekarang pakai motor brand Zontes dan Sym , Alhamdulillah Terbaik
ya, sy pakai Sym Cruisym.. Mantap
jauh sangat nk compare zontes dgn SYM..😂 SYM dh 70 tahun pengalaman dalam pemotoran
taiwan jee sy caya lebih berkualiti dri china punya motor uhhh mimpi ngeri ,bayangkan motor ev pun pakai gear mcm motor biasa ,xmasuk akal
samalah..saya pengguna zontes
@@muhdrasydan93 zontes pun not bad..dah 21 tahun
Keeway, Benelli & QJ Motor kilang sama, bila guna nama Benelli,kena byar royalti. Bila guna nama Keeway & QJ, dpat jual harga lbih rendah.
sy pakai benelli leoncino 500, milage 21k km.. xde masalah pn sblm ni, pakai moto² jepun.. ada juga model yg sparepart nya kena tunggu, ada jg part yh susah cari... bab resale value, bkn semua moto jepun RV dia tinggi.. tgk model jg
geng leoncino 500 hadir. nak part wassap ja. 3 hari sampai.
Benar . Mcm Kawasaki, Suzuki, mmg resale value jatuh .
Moto cina bagus sebenarnya cuma MFORCE punya kualiti pemasangan teruk. Sy menggunakan scooter xdv250cc jenama china dibawa MFORCE, kualiti barang bagus cuma bab pemasangan wiring teruk dari kilang kt penang tu. Ramai geng scooter kena sebab yg sama.. Satu lg nk jual moto tu sbb frust dgn bab2 ni tp harga 2nd sampah 😂. Jadi terpaksa pakai sampai lumat
Betul semua brand dia nak pasang. QC kelaut. Tamak.
@@penjuritmuda659 iya sangat setuju. Semua brand china dia nak sauk tp quality x improve. Nampak tamak sgt. Harap dorang baca dan fokus pada QC dari sibuk bawa masuk model baru
Sama je benneli rfs sy dulu Tu.. baru 5 Bulan pakai mcm2 masalah.. dari coil plug..magnet sampai ke wiring.. sampai kena kacuk2 part dari brand Yamaha/honda.. Jual pulak byk kedai taknak.. hantar mforce bersidai berminggu.. serik aku dgn brand pelik2.. lagi2 under mforce.. first and last..
Kesimpulan dia tak bagus la kan? 😂😂😂
@@beranitakbuat brand ok tapi yg pasang dekat malaysia ni cam bangang
Saya sebelum ni pakai motor LC135 v2, dah lebih 12 tahun pakai memang takde masalah, tahan lama. Bila dah ada anak, teringin nak upgrade motor yang lebih selesa, tapi tengok H dengan Y harga dia agak keras untuk scooter 150+. Tiba2 datang pulak SYM Husky, mula2 skeptikal. Hampir sebulan fikir masak2 dan survey, alhamdulillah dah beli 1 Husky. So far dah sebulan pakai, alhamdulillah memang firm dan nice. Harap motor ni dapatlah tahan lama. Tak semua brand China/Taiwan ni hauk kan.
Ada kisah lucu bang. Saya pun baru jual LC 135 V2 warna hitam selepas pakai 12 tahun. Dan sekarang menunggu SYM Husky tengah order. Jalan cerita kita lebih kurang la bang 😂. Semoga Husky pun panjang umur ye bang
Baru je beli CFMoto 650MT. Daily ride pergi balik kerja 156KM. Setakat ni motor ok. Perform atas jalan. Puas hati. Beli memang xde niat nk jual balik. So xde pikir pasal resell value. Pkai sampai lunyai.
asslmmualaikum bang..nak tany dari segi basic maintenance dengan wear n tear ok ke?
Sy dh pkai sym selama 8 tahun..motor hari2 jalan lebih 100km sehari..alhamdulillah x pernh lg ade masalah yg teruk..enjin pn lasak...just jaga minyak enjin je..🙂
Dlm grup ada sorg mamat siap maki guna sym sr sport.motor sampah cina katanya. Org lain pakai xdek problem ape pun 😂 dh kalau nasib malang pki y16 abs loan 5 tahun pun kluar kedai pun akan rosak
Dulu2 apa yang spoil pasal motor dan kereta brand dari china adalah design dia,design masa tu memang another level dah tu,memang designer dia datang dari alam sebalik mata,memang lain dari yang lain tapi sekarang design dah ok bahkan cantik gila…
Masih setia ngan LC135 V1..spare part mudah dpt..motor pun masih ok lagi wlupun dh guna sejak 2009..senang hati❤❤❤
Teringat scooter brand Comel kawan saya beli. Beli masa tu dalam rm2k je. Nasihat dah jgn beli tp dia kata klu pakai tak lenjan boleh je.. lepas tiga bulan pakai dah start masalah nak start enjin susah, masalah karat, cat pudar, cover pecah dll. Yang paling lawak masa balik kerja exzos tercabut sbb lalu bonggol kecik je.. masa tu memang lawak. Dia dah surrender tak mau guna dah motor tu. Nk trade in. Kesian juga motor baru pakai dalam 6 bulan beli rm2k trade in kedai ambil rm500 je.. takpe la dia jual dan beli scooter Suzuki 125cc. Lepas tu kami dah tak percaya motor cina. Comel copy Yamaha 125 tu pun ada member nak beli tapi kami nasihat jgn beli sbb enjin 110cc 4 lejang. Copy je. Nasib baik member tu dengar nasihat jg 😊
Masalah utama ialah tukang bawak masuk motor & kedai motor.
Tukang bawak masuk pikir nak untong, spare parts dibiarkan jer.
Kedai motor paling tak guna, tak semua tapi majority camtulah. Tahu nak pancung customer jer.
Korang pegi Kapar ke Puchong ke Setapak ke Gombak ke Jitra ke Skudai ke, sama jer, kerja nak sembelih customer jer.
Beli cash kena sembelih, beli hutang apatah lagi.
Guna cr card pon dia nak caj processing fee sebab nak cover bank charge yg dikenakan....memang kena carut la dengan aku.
Jadi belilah apa² motorsikal dengan bijak.
Mata kita suka tengok, beli jer....abaikan nasihat² dari kekawan.
Jitra pun ada
🙋🏻 saya beli honda rsx cash, dapat layanan after sales teruk gila walaupun tu brand ternama jepun 😂 dipaksa pakai minyak hitam H yg tak berkualiti. Enjin bunyi macam macam tapi bila pakai minyak hitam after market senyap elok ja 😂 tapi bila pakai minyak hitam after market dorang refused nak servis moto saya 😂
kat jitra satu kedai ni jilake...tk jual cash...utang je boleh
@@lee056 kw motor.. cash x dak stok..
Chin hin jitra ke tu..???😂😂@@lee056
Motor China setakat ni yg aku paling tak berkenan, material dia cepat nampak mereput. Pergi la ke showroom, compare motor China dengan motor brand Jepun, boleh nampak rupa parts motor China ni macam pakai barang gred rendah. Dah kusam, ada tompok2, ada kesan karat dll padahal motor dekat showroom. Dalam gambar betul la nampak menarik, bila depan2 tu yg mengecewakan.
Motor apa tu? Sebab tryla search SYM T2, lepas 10 tahun cantik lagi berbanding kebanyakan model yamaha
@@ayienationbang tu taiwan bang, xsame….
tulaa kan even jepun pun tak pandang brand luar ,brand dia dh cukup kuat
setakat nak hentam tanpa bgtau jenama apa xdak makna bro...
@@afizi1213 bro..gugel dulu...jenama china pun dalam masuk dalam event motor di jepun
saya guna lagenda standard je . tahun 2013 . now dah hampir 11 tahun . condition masih tiptop. xpernah rosak ye. hnya servis dan wear and tear sahaja. bengkel pun kata bila bawa mcm baru usia 2/3 tahun motornya. ini baru betul reliable. x pening kepala ragam sikit pun takde.
sama la guna saya yamaha lc135 beli tahun 2012, xpernah rosak major turun enjin ovelhoul ke, rosak minor tu ade la tapi xmelibatkan enjin, guna untuk ulang alik pg kerja dan kegunaan harian, ganti minyak enjin 2 bilan sekali dgn oil filter. Mei 2024 saya jual motor
Aku suka CFMOTO 450SR sebab 😂nak dapat moto middlewieght yang include GPS sekali jadi tak payah beli phone Holder👀NINJA 650 pun tak de benda ni tauu.
CFMoto 450SR are very fun to ride bike...for it's price...nothing can go wrong...and the quality itself are pretty good...if you compare to others like CBR bla bla bla etc...the CFMoto are quite good...good looking fun ride fine quality with affordable price... it's a good deal...
Betul untuk dulu. Zaman keeway mula masuk malaysia dulu, nitro la apa, cfmoto lama dulu2 mmg barai. Persepsi tu yg melekat sampai sekarang. Tapi zaman sekarang tak mcm tu dah. Moto china sekarang kualiti tiptop. Cfmoto baru2 semua berkualiti dan berbaloi. Sama gak jenama china yg lain. Dah setanding if not better than moto jepun dan eropah dan US sekali pun.
Perangai manufacturer china mana mana pon diorang suka cut cost bila barang dia dah mula ada demand. Awal2 memang okay. Tunggu lama sikit mula la tunjuk, tak macam jepun
Saya pakai TRK 502 SP2. Beli terpakai 5k km. Takat 4 tahun ni baru pakai 140k km. Alhamdulillah pakai ulangalik kerja 168 km sehari. Nak tukar motor lain sebab nak pakai hari2 kena fikir banyak sebab jarang masalah. Minyak pun jimat. Spare part MForce ada, Shoppe ada. Taobao ada. Maintenance pun ok. Pakai minyak pelincir F700 sahaja.
Terima kasih bang..sy pn brcadang nl beli trk502 2nd
Saya pun sama, nak ride balik rumah 🗿
Motosikal buatan china tak ada problem tetapi bila dipasang di malaysia ada problem quality disini. Saya pernah memakai Keeway TX200G. Mula2 tak ada problem tapi setelah 5 tahun, nak dapatkan spareparts susah sikit kerana kedai tidak menyimpan stock. Bila ada problem saja mereka akan order, jadi ia akan tersadai dikedai untuk beberapa waktu. Lagi satu, wiring motor ini hancur, setelah 5 tahun semua wiring out. Engine memang tak ada problem tapi benda yang lain ada problem. Motor itu sekarang ini tersadai dibelakang rumah.
sama dengan jernama cmc. memang tak masuk akal. kualiti out habis
Aku pakai keeway tx 200g lepas 9 bulan aku jual…. Hari ke 8 pakai throttle cable boleh putus dan selepas tu macam macam hal menyesal beli
@@anildeepsingh509 mmg klakor la klu 8 aru cble myk ptus,..mmg x lh dterima akal wlau ap pn alasan pngilang tk cver malu,.
Mentality org malaysia, anggap product china tak berkualiti. Bini sy pakai kereta haval great wall, beli masa 2014 sebelum kiteorg kahwin, kereta tu tahan sampai sekarang dan tu daily car. Tak pernah sekali pun buat hal, alhamdullilah. Walaupun kereta tu dibuat pada 2014 tp dilengkapi 360 camera, android player dan ada some features yg canggih pada zaman tu.
Tp apa yg jd kt model cherry omoda baru ni buat org trauma lg dgn brand china
iPhone pro/pro max made in China tu reput juga ke materials 🤔
Nti smpai masa resale value masa tu bru mnyesal…
@@MohdZahir-n1h mana² kereta yg bukan collector item dan rare akn jatuh resale value bossku. Lagi² kereta continental, dri 700-600k jatuh sampai puluh ribu tp org tak pertikaikan sbb kereta brand eropah kn.
aku guna moto zontes 155 dari ride dari lahad datu pantai timur sabah sampai hujung teluk melano hujung sarawak juga...ada member guna moto viral dan terpercaya terpaksa overhaul di kuching.tapi moto china ni bab top speed tu kena la dengan harga.
Bab spareppart tiada di kedai tp kan shopee semua ada. Sya pengguna cfmoto 250nk 😁
waa lintasi Brunei tu boss ku, terbaik!!
b40..sebiji moto guna selamaya boleh..baik jenama jepun dari risiko kualiti
Risiko kualiti mende, habis motor Taiwan/China semua tak boleh guna selamanya ke ? 😆 nak dengan taknak je, macam contoh di akhir video ni, kalau tak pernah makan tapai, jangan halang orang nak makan. HAHAHAHAH
Geng baik beli gitu laa.. 😂@@amirulsyawal8602
Saya setuju beberapa statement tuan. Utk dalam beberapa tahun ini,,,dr segi sparepart motor china sudah kebolehdapatan sparepart pun byk improve. Sy yakin jika ada company yg boleh menjadi agen one stop spt mforce, brg² sparepart akan menjadi mudah. Kebimbangan pengguna kebanyakannya after sales service, selain value.
Dah beli dah. QJ Motor SRV250. So far so good. Terbaik
Pengguna benelli ..meh kumpul dkt sni...
Sye dh guna lebih 5tahun ..xpernah rosak tepi jalan..xpernah rosak yg truk2...setelah 5tahun guna..baru sekali starter rosak..yg lain tu service normal..cuma bateri jek lah ..setahun lebih jek bertahan....so far spare part snng cari..shope bersepah
Saya penguna benneli rfs.. pakai tak sampai 5 Bulan mcm2 problem..coil/magnet /wiring Dan semput tiba2.... hantar mforce bersidai berminggu still masalah tak selesai.. first and last brand china ni.. Jual LC ingat pakai rfs 150cc oklah.. sekali KO.. Jual rm600 je...itu pun Bangla KT selayang Tu Ambik..kedai motor semua taknak..hampeh
leoncino 500 hadir. mmg sgt suka motor tu tp seat ja tirus. bawak lama sakit bontot. lain semua mantap. minyak save
Saya pengguna Benelli 150s .. pakai buat g blk kerja 70km stp hari ... baru 3bln beli alhamdulillah stakat ni puas hati berbaloi dgn harga tp Benelli bukan brand china sebenarnya tp dr Italy
Tnt300/2016... moto dah abis hutang, still running, problem terbaru meter kelam... masih boleh bawak n maintain 12/13 xde masalah...
Saya pengguna rfs150i, pakai 3 tahun lepas tu macam2 masalah timbul..lepas satu, satu..ada hari motor tiba-tiba tak boleh hidup, cek bateri semua ok, hantar mforce, seminggu sidai. Bila ditanya ada masalah apa, depa pulak tak tau sebab dah boleh hidup. Bawa balik guna 2 hari, tak boleh hidup pulak. Bawa p mforce lagi, seminggu lagi sidai. Tukar coil magnet & fuel pump. Lps seminggu guna, jadi balik. Sampai sekarang tersadai belakang rumah. Terpaksa beli motor lain untuk p kerja.
aku pakai ktm duke 200 abs tahun 2015,off road 19k total on road 21k, baru pakai 4 tahun, tersadai sampai skrg.. mcm2 masalah, tank bocor, engine panas, coolant bocor masuk dalam engine. spare part mahal giler, aku bukak barang2 ori dia semua tulis Bajaj.. hampeh,hampa, hang pikir la sendiri
KTM tu 48% share Bajaj dah beli. Part banyak share dgn modenas pulsar.
@@floydfrlyes, ktm asia ni teruk brg low quality dgn build teruk, ktm ori europe saing2 triumph woo.
@@normanbacktobasic690cc ke atas je masih dari Austria. 390cc kebawah dah India.
@@v3rstyl3 entahlah labu, tak pernah pakai yg 600 ke atas ktm. 390 kebawah quality material build mmg low, pemasangan, wiring mmg asal siap.
ktm bwh 650cc mmg buat kt india
Aku owner QJ Motor SRV250 . Problem dia pemasangan dkt Malaysia ni problem. Ada masalah wayering dgn screw tak cukup. Overall aku puas hati dgn moto ni. Dari segi maintenance, spec dgn harga. Sekarang da custom bobber.
Jangan try qj 赛800, racun.....
Qj moto svt650 ok tak bang...?
Kalau di Eropah, barang China ni memang sangat murah kalau diorang beli kemudian rosak, kesan kerugiaan tu tak terasa sangat. Sedangkan di Malaysia harga msikal china ni agak mahal juga. Pendapat saya kalau awak nak beli, belilah duit awak..kebanyakan Yamaha di Malaysia ni pun bukannya buatan Jepun jugak, nama jer Jepun, tangan yg buat tu bukan Jepun.. Sebab tu Yamaha berkualiti hampes. Pergilah Jepun cari Yamaha LC atau Ysuku, ada ke?? Jenama Jepun yg paling tahan sebenarnya adalah Suzuki dan Honda generasi lama.
Cukai kenderaan impot diMalaysia tinggi. Dah 68 tahu n merdeka, tapi tak turun2 lagi
Cara saya: beli motor china lepas dua tahun dikeluarkan.dh ada user yg akan gtaw mtor2 ok ke x..dorg gtaw based on pengalaman dorg,bukan sbb dgr ckp org.mmg kne ada pndgan user terdahulu sbb duit tu kuar dr poket sendiri..
Betul tu. Lepas 2 tahun release, orang ramai dh beli, boleh tau apa common problems dia. Then lepas tu boleh la fikir sendiri mau beli atau x
Aku pakai benelli tnt25 since 2017 pastu beli lagi benelli rfs150 tahun 2020 masih gagah sampai sekarang tanpa masalah besar pon
ok jer aku pakai demak 110 beli 2018 elok sampai skang bwk ulang alik keje.. sym pon elok sampai skang 2x ride thai dah.. tp bile dah pakai mmg xde harga la nak jual.. pakai je terus sampai ko tua
Pertama Masalah spare parts
Kedua value akan drop kaw2 silap2 nk jual saja belum tentu ada orang yg nk beli...kalo tolak di kesai atau trade in jgn cite la.
Sy xcakap moto cina xbagus..sy bercakap apabila sy dah beli dan jual balik.. sy boleh kata,hampa.. sape nk beli,belilah..itu hak korang..bagi sy cukup sekali...sy xkn beli dah.. mfroce?. Mforce bagus,cepat selesaikan masalah..tapi sepanjang 2tahun pakai moto, 6 7kali masuk mforce..jadi,kita beli moto ni nak ride ke atau nak jadi tukun kat mforce..bila hantar moto,bila nk balik,kena balik sendiri.ambik grab apa semua..modal tu kita tanggung.. sekali shja sy dpt motor ganti.. hantar claim 750cc..dpt moto ganti 110cc. Kalau boleh bawak 100kmj ok la sbb kita nk bawak atas hgway..ni 80kmj pun sebab turun bukit.dah la moto nak relai..keselamatan kita xterjamin.. mekanika nk pakai,silakan..moto china ok ja..nanti jual balik,tau la berapa sen kedai ambik..silap2 jadi mcm sy,1 kedai pun xnak ambik di penang..hatta kedai yg sy beli tu sendiri..
Baru lu tau hanatt
Moto china moto pakai abis.. Kalau ada niat nk guna dlm 2.3 thn lepas tu nk tred in.. Lupakan je la. Jgn kan kedai. Dgn Kwn2 dlm grop tgk jenama china pun tak mau.. Cuba kotg ex5.. Honda wave.. Walaupun ada model lama.. Tukar coverset. Enjin lembut bunyi.. Letak harga rm2, 3 ribu ada berani lagi nk ambk 😂
Time ksh bang..ni komen yg jujur.komen yg mcm nilh kita nk
Bro, moto sy yamaha jenama jepun pun tak laku dijual smula walau keadaan masih baik. Itu realiti juga
aku nak jual RT3S sebab nak upgrade, banyak je kedai nak ambik je no prob, harga boleh tahan juga nak trade in, xdela teruk sangat. Kalo nak repair x perlu hantar mforce, cari je kedai2 besar, lagi bagus dorg buat keja.
Tahniah dato red dh msuk mekanika skrg
bukan
Rupanya byk lagi motor brand china.. yang tahu cfmotor jer padu..
mmg padu.
Cfmoto ada masuk moto2 ke moto3. Kalau dah join motogp punya competition paham2 jela
Saya pakai scooter wmoto Xtreme 150i , bersama kita kuat, masuk group guys banyak sparepart yang jenama y dan h boleh masuk, jadi jangan risau.
Selain itu, masih ada pakar dalam bab motor ni.
Setakat penggunaan, semua okey❤
Bawa ke mana mana org puji ❤
Sy pengguna Benelli RFS150i, tak dinafikan moto ni agak lasak. 4 tahun pakai masih ok. Walaupun dah takda pengeluaran tapi sparepart dia masih ada
Dulu aku pakai suzuki bapak aku entah model ape 80cc 2lejang. Pastu pakai fx110 plk...cerita sama je..sparepart mau tggu la..moto simpan bengkel dlu..hehe. Tp xpe as long as ade barangnye dan ori. Tp 1 moto yg aku minat gile ni kemain payah sparepart dia. pastu nk repair dh mcm pengemis. Bengkel tertentu je selain mforce yg berani repair moto ni.. Terpaksa la beli lc enjeksen wlupun rege alyahuuuddd
haaaaaa...dulu aku pakai fx110 and gsx 110...masih ada lagi boleh jalan wlaupn dah buruk, tapi memang bagi prob macam2 ooooooo. Engine, CDI, wiring memang kaco, sparepart susah cari and mahal. Sampai harini aku blacklist Suzuki sebab masalah ni.😆 Tapi itu zaman dahulu kala, sekarang maybe dah beza banyak and improve
tak kisah brand negara mana pun . yang penting part ada jual banyak
Saya pakai pulsar..
Performance bagus. Tak banyak ragam..
Pakai 5tahun dah pun. 100,000 KM..
Sparepart mahal sikit tapi brg berkualiti..
Brg india.
Sekarang tambah motor pakai Wmoto RT3. Performance best.
Features lagi best dr brand jepun..
Sparepart ok je...
Nak pakai motor2 china ni,
Kena tgk service center dimana?
Dan owner bukan jenis tukar2 motor.
Kalau jenis pakai sampai hancur, mmg berbaloi..
Resale value kurang
Aku 10 tahun pakai moto demak scramble....buat main offroad..alhamdulillah xde masalah sgt...tahan je cuma tu la tak power...sparepart enjin takde masalah sgt cume tang body tu je..tp skrg ade shopee xde masalah sgt....
Aku perati, motor China/Taiwan ni finishing parts dia agak kelaut. Contoh, kita pegang coverset dia pun boleh rasa pakai kualiti rendah. Lampu dan plastik pun cepat kusam dan kuning. Dia cut cost melalui material low grade dan low spec. Itu yg aku perati la.... Korang boleh setuju dan x setuju...
Bulan march saya pi china test member punya srk800, harap mforce bawah masuk tahun ni. Srk921 pun okay juga. Qjmotor munkin stranger di local market, kalau sudah test sure kena racun.
Next cite pasal jenama tempatan kita yang baru ni bang AFAZ apa khabar terbaru ? Bila nak kluarkan motor ,senyap je.
Apa la korang nak pertikai je bila selera orang lain x sama dgn selera sendiri.
Bukan semua beli motor sebab nk pakai hari², atau mungkin dah banyak motor jenis lain dia dh ada.
Nak pelbagaikan koleksi selain jenama dr jepang yg dia dh ada. Itali ke, jerman ke... termasuk cina.
Sebab ukuran poket semua org x sama. Ada yg tak peduli pun tahan ke, sparepart ke, resale value ke.
Kalau benda² mcm tu jadi kegusaran, poket terhad, nk buat pakai hari² & motor pun bakal tu sebiji je yg ada, nasihatnya; JANGAN BELI.
after sales tak mantap lagi, mforce tu banyak model dia bawa masuk sampai dia pun serabut dengan waranty claim, staff dia pun pening banyak sangat model2 motor lain jenama nak repair, tengok saja dekat sc segambut tu berapa banyak motor kena sidai.. bengkel luar pula limited yang boleh repair motor2 sebab cepat sangat model2 terbaru masuk. tak macam jenama jepun satu model tu akan bertahan lama dalam pasaran sampai part aftermarket dia pun banyak, lebih mesra bengkel.
mforce tamak sangat..tapi servis hauk
Agaknya juruteknik mereka pun terpaksa belajar sambil bekerja nak mahirkan baiki tiap tiap model yang mereka jual..yang jadi mangsa ada pengguna..
Sy setuju bab ni bang. Mforce bawak masuk banyak sangat model dr pelbagai jenama motor china. Brand mcm benelli yg dh bertapak lebih 10 tahun dekat malaysia pun masih lg ramai org ragu² nak pakai tp mforce bawak lg brand² yg lagi kurg kepercayaan org ramai. Lepas tu bengkel luar tk banyak yg ada sparepart motor² brand china ni. Kalau ada bengkel official dealer pun still kebanyakan nya akan order spare part dr mforce. So ramai org akan tertumpu dekat mforce utk urusan claim warranty dah sebagainya. Giliran service akan jd panjang lepas tu motor terpaksa sidai dekat mforce agak lama. Sy pengguna benelli 250cc n 500cc mmg dah serik pergi mforce. Apa² problem sy cari bengkel luar yg mmg boleh buat brand benelli. Spare part pun cari kt shopee je lebih mudah.
Skrg muto china dah ok... Value to money...brand Antara yg ok QJ motor, CF motor.. spare parts sng sikit nk dpt compare dgn brand zongshen... Apa2 pown motor china nie DIA offer alternative kpd mereka yg inginkan muto high spec tp pada Harga mampu milik...tp kalau Korg xnk pening kepala... Amek je brand Suzuki... Confirm2 tahan lasak... Real men ride Suzuki... Walaupown design outdated sikit tp muto Suzuki mmg sgt reliable...
Saya sekarang guna QJMOTOR srk 250 hari2 guna milage pergi balik 300 km dari rumah ke tempat kerja so far ok, tidak ada masalah, selama 5 bulan milage meter sekarang sudah 22000 km, memang boleh tahan serupa jenama dari matahari terbit 😂.
Terus MenYokong Video Yg Menarik Dan BerManfaat BerKaitan Pembaikan Serta Penggubahsuaian Modifikasi Tambahan Pada Kenderaan Motosikal Khasnya.Semoga Terus Majujaya Tuan.-Wrjazjr Malaysian Collector And ExRider Of The Malaysian Drag Racer.and Frontliner Of The GSM/GSDT Team Dakwah belantara Malaysia.
owner RKV hadir! masih pakai smpai skrg, dh convert cafe racer dah, menoleh banyak kepala di jalanan :D
sparepart byk boleh kacuk, sparepart ori masih ada, kalau oder pon sminggu dua minggu ja dh smpai
mileage dah berapa puluh ribu dah kot, sbb odo/speedo rosak tp malas tukaq, haha
KTNS RS3 250cc Adventure Touring beli 2015, berbaloi memakai sebelum trk502 masuk pasaran. walaupun mforce sudah buka kilang sparepart nya tapi jenama ktns RS3 nie sepi drpd pasaran walaupun ramai lagi yg mencari motorsikal touring yg harga marhan marhan ni. walaupun isu2 sparepart jenama ni dipandang sepi oleh mforce tapi motor ni masih byk lagi yg memakainya. Salah 1 motor adventure touring harga murah yg berbaloi memakainya.
sebenarnya sparepart tak jadi isu sbb kita di thn 2024, semua hujung jari je, pakai motor jepun pon kalau big bike kena order jugak barang, bukan ready stock utk semua bengkel. jgn banding dgn kapcai, yamaha honda part mudah yg kapcai je, kalau big bike semua lebih kurang je, apa2 kena order.
Sbijik trsadai kat umh ni...ngam2 time abis warranty 21k...sbulan je lpas claim warranty anta kilang 2 bulan... wmoto extreme
Xsangka dato red serba blh, bidang automotif & permotoran juga pandai
Sebagai pengguna motor china saya setuju yg motor china skrg kualiti semakin improve, cuma kena improve lagi bahagian suis dan soket wiring. Kalau boleh beli motor china yg JV dgn syarikat pengeluar ternama. Cth cfmoto skrg pki enjin KTM. Cari yg guna enjin yg terbukti reliable. Byk model china skrg yg pakai enjin piaggio,ktm,suzuki,kymco.
yg high brand market mcm sym okay...saya dulu pakai KTNS / Zong shen Z200.. spare part kedai tapau harga cekik darah...
Sy pernah kerja salesman motor menjual motor china ni. Orang Malaysia dah terdoktrin mgatakan motor terbaik hanya dari Jepun contoh Honda, Yamaha. Susah btul nk twist kepala otak mereka nk terima model china.
Sym dari taiwan..mmg terbaik. Cume mforce je agak badigol sikit. Paling kelakar..diorg boleh block user2 vf3i masa awal2 dulu😂😂😂.
Brand top dunia pun pakai spare part dari taiwan..tau tak tau je
Betul contoh lihat apa terjadi pada jenama comel. Bila rosak tiada sparepart.
Tak sangka Mirul pkai keeway rkv gak .... sma sya pun . 11 thun pkai ok gak slepas lma tersadai kat bawah porch sbab beli honda vario 150 ... mcm mirul kata parts je susah la nie sbab dh lma en .... Tpi Fakta Keeway nie brand asal dri Hungry then Qian Jiang(qj motor) beli dpa .... cma stop speed x laju
Betul dri segi harga dgn spec yg d tawar lg brbaloi dri jnama lain..dan dri segi sparpart klu servis dgn dealar xdk mslah..sparpart ada..
Pakai modenas pulsar lagi baik.murah,sparepart byk, realibity tp syg underrated
Setuju. Pengalaman pakai, sekali je pernah turun enjin sbb rod putus(factory defect). Tu pun under warranty. 5 tahun pakai lenjan RPM 8k-9k sentiasa, takde masalah. Owner baru pakai pun takde complain apa² problem
india mari la, sekarang Truimph 400 pun pasang di india oleh Bajaj auto
cc besar tapi tak laju bang. 🤣
@@mattranze laju2 nak g mana dik. Byk sgt accident psl moto skrg ni.. xngeri ke.. xsian keluarga ke kat rumah ?
Siot lah editor, masukkan video kucing, HAHAHAHAHA COMEL JE SEMUA. TERBAIK 😂
Tapai kau masam 😂
"Bau kau pun masam" part ni dah gelak habis dah 🤣
Kan..syok psl kucing tu.. 😂
Bagi aku RS150 tu pun motosikal pakai buang kalu tak buang makan modal hanya yang dah kena je tahu kenapa makan modal, kat Malaysia motosikal cup yang ada value motosikal era retro motosikal moden hanya Yamaha
Tak betul, kebanyakkan yg cakap mcmtu pembatak yamahonda padahal sendiri kena scam asyik² datang bengkel sampai pomen naik benci tgk dia datang. MForce ada je spare part. 2:28
Wmoto rt3s N1 Pon model China tp kualiti bagus tolong review motor Skuter nie nanti bang😊
Pengguna wmoto sm125i. Motor ni serius sedap. Bawa long distance 100+km/h sedap aja takde gegar gegar
Pengguna fz150 Yamaha first model sampai sekarang tahan mileage dah 250000km sampai sekarang solid
Resale value xde, Honda rs150 pn jatuh harga lg brand China
Memang beli untuk jual eh? Kalau gitu beli je yamaha. Tak yah dah tengok brand lain.
@@azriqhaikalazahari7148 jarang org bli pakai sampai lunyai, biasa pakai 5 tahun dh jemu, lg banyak masuk model baru
mmg beli utk jual semula ke
Rs tu kena bg pomen honda, bagi pomen Yamaha, jahanam motor rs
Betul tu bos..tengok kat grup 3k je market RS..condition mcm baru lagi..kalau Yamaha x jatuh market, 10tahun pakai LC V1, jual balik 5k orang mau
Ala apa benda pun sama, tk kira brand apapun. Yg penting kemampuan kita je, pndai jaga maintain pasti tahan Lama.
Sape igt motor nitro? Bapak sy kne dlu scooter selepas 2 tahun spare part takde terus tersadai. Lama2 buang je. Silap dia juga x beli suzuki VS. Wlpn dah lbh 10 tahun sy masih rasa part2 moto china ni cpt obselete, skrg mgkin supply chain lbh baik sbb market segment china dh mendonia. Kita nk pakai motor ni bkn short term. Klau blh nk mewarisi ke anak2. So far honda sentiasa di hati. Long live adv.
modenas kriss 110 model baru sekarang pun guna enjin buatan china zonshen. saya dah guna dua tahun dah ok je pun , take de masalah , dulu modenas kriss lama guna enjin kawasaki sekarang dah china ,, kualiti kalau tak lebih pun setaraf dgn buatan jepun
Yg x pernah makan tapai ubi atau pulut, aku ingatkan dengan KERAS.... JANGAN SESEKALI MAKAN TAPAI, sebabnya kalau kebetulan tapai pertama yg ko rasa tu dari grade C+ keatas, ko akan terkenang² dan teringin nak makan selalu. Kalau tapai gtade A yg punya lembut, manis, basah dan baunya pergh..... air dia diperam pas tu minum boleh terbeliak biji mata. Motor China pun camtu la bila harga, kualiti, baiki dan sparepart mudah cari ditahap salam perkenalan seperti sekarang tentu akan dapat sambutan. Satu tawaran pilihan kpd mat rempit yg kureng duit 😅😅😅
Sikit hari lagi motor jenama china akan sama mahal macam brand² dari jepun. Awal² murah sebab nak tarik pembeli
saya pakai leocino 500 dari 2019 sampai skrg ...performance best , senang jaga , x manja ......
Motor china skrg mmg padu..quality ada lg better dr japan..respect
private pun boleh berisiko d sebab kn tiada store kebal...apath lagi d jalanan smemngnya pling mudh berisiko..dan sentiasa ada analisa sbagai stndrt trsndri sbgai lngkh kslmtn......🎉
Aku tengok Benelli RFS150 ok jer,SYM VFi185 ok,Kmco Modenas Elegend 250 pun ok jer mcm takde problem,berbanding jenama dari Jepun yg biasa
.
Sejak tu mcm menaruh percaya kat brand China dan Taiwan ni.Design moto diaorg ni gempak jugak wei.
Dasat jgk diorg supply enjin kat motor BMW GS.
Cuma mati mati kita ingat enjin moto BMW GS tu org German yg buat.Padahal enjin dari China juga.
Barang sym(Taiwan) materials is not bad...berkualiti
Dua biji motor aku dah jadi unjam kat laut sbb takde spepart nak baiki.. sebiji jenama JRD dan sebiji lagi skuter comel.. kilang pandai buat motor tapi tak pandai buat spepart..
Skang aku kalau nak beli motor, jenama aku tak kisah yang penting spepart mudah atau takde..
teringat moto brand nimota pkai dlu..
Nimota 150😂😂,motor sedap,tapi cari alat ganti,dari KL ke JB xde..last2 sadai sbb xcident,anta 2,3 bengkel pon xleh buat,xde alat ganti,nak modi duit kena tebal..
Ex5 highpower beli thun2000 smpi skg 2024 masih 👍👍👍👍👍 masing2 punya citara
padu penjelasan pasal tapai 😂. jgn ada org panggil jd abg tapai sudah. setiap video nmpk research brader ni. mantapp kipidap
Rasanya boleh melekat nama tu hahaha
Beli motor ni satu komitmen jugak macam kereta dan tak semua ada kemampuan nak cuba -cuba. Established brand pon pandai collab dengan diorang sebab teknologi dan tenaga kerja lagi murah dari tempat lain. Resell price pon main peranan sebab kita taktau bila kita ada emergency nak pakai duit so kalau jual second harga terlampau rendah siapa nak tolong.
Owner sym t2 dari tahun 2013.....masih dalam keadaan mantap sampai skrg 2024....alah membeli menang memakai.
Assalam bang, saya hampir-hampir nak beli jenama magelli 250 tahun 2014. Nasib baik tak jadi, sebab sampai sekarang tak nampak langsung motor ni lagi. Tertunggu abg komen pasal motor ni.
Entahlh... Lau moto brand Yamaha Honda ade gak RV....tp MMG xberani nk beli moto brand China niih..😆
Depend bro ... rsa was was jgn beli
Honda rs membe nak trade in kedai nak rm2.5k je.. 😂
@@papazolachannel255 uhu..Lau moto brand China lgi teruk kot...mukin xlaku nk trade in...😅
yang penting jangan ubah suai pasti lingkup
Sye pakai KTM RC200 Model 2023 bru pakai setahun dh claim warranty
Owner 450sr hadir, moto memang padu and nice untuk newbie
Keeway rkv 2000 sebiji copy Yamaha fz😅..tapi demak 110 Sy ketahanan mcm ex5 buat masuk kebun
cmc memang ada problem dari segi carburetor dan tak masuk akal. ramai mekanik dari kedai motosikal tak pandai baiki carburetor di tempat saya. cuma sesetengah mekanik yang ada pengalaman tentang carburetor
Kita dok bt perbandingan moto buatan luar.. Knp bkn moto kita modenas.. Kita ada kepakaran tp nk rebatch dr bajaj.. Why not modenas trus bersaing ikut tranding jgn ketinggalan je.. Keluarkan modal besar ckt bt RND ikut apa permintaan rakyat
Sy pakai skuter china mil dh 50k km ++ belting ori belum pnh tukar.
sy sokong lebih ramai lg beli motor china..mmg cantik2 design..cuma..sy akan tunggu lepas 3-5 tahun utk beli motor china dgn harga murah..harap2 dptla nnti QJ motor SRV250 dengan harga RM2000 tunai
Saya tk kisah bang pasal brand yg pntg motor tu gear mcm lc tkda clutch ok dh, tgh tunggu honda eclutch dgn yamaha YAMT je ni
Konsep penggunaan motosikal di china ialah dijual pada harga murah untuk digunakan dalam tempoh beberapa tahun. Setelah itu, motor tersebut akan dilupuskan untuk membeli motor baru
yang betul2 tak kisah labur kan duit boleh je beli motor2 cina..kita yang tak de duit pakai motor biasa2 saja
Betul!
Org yg xde duit la beli moto cina