Makaroni Bakar Cheese Leleh
Вставка
- Опубліковано 2 лис 2021
- Kali ni Che Nom nak share resepi macaroni bakar cheese leleh yang sesuai sangat untuk buat jualan, sama ada yang dah masak atau pun dijual dalam bentuk frozen food. Resepi ni tak sama macam resepi mac and cheese yang ber sos putih tu…tapi seakan-akan sama dengan resepi lasagna sebenarnya. Che Nom buat ikut citarasa sendiri, sebab apa? Sebab kita yang buat dia kan.
Kalau lasagna kita lapis berselang seli dan kalau macaroni versi bakar ni senang aja. Mula-mula perlu sediakan gravy atau sos ala Bolognese dengan daging atau ayam mengikut selera, kemudian gaul aja semua gravy tu bersama macaroni rebus, dan atas sekali baru lah dituang dengan sos putih ataupun bechamel sauce sebelum ditabur dengan serbuk cheese parmesan, parutan mozzarella, serbuk herba parseli dan juga sedikit hiasan capsicum. Rasa pun memang sangat premium.
Kalau mak-mak yang busy elok simpan sebagai frozen. Bila nak makan keluarkan untuk defrost dan bakar aja. Kalau makan panas-panas ni memang terbaik.
//Bahasa Melayu
-------------------------------------
Bahan-bahan untuk kuah bolognese:
3-4 sudu besar minyak zaitun
½ biji bawang holland
3 ulas bawang putih
250g daging kisar
1 keping daging burger (pilihan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2-1 batang lobak merah
1 biji tomato
1 biji capsicum
1/4 cawan puri tomato
1 tin sos pasta tomato
Sedikit air rebusan pasta
1/2 sudu kecil herba itali
1/2 ketul kiub ayam (pilihan)
1-2 sudu kecil serbuk kasar cili
5-7 cendawan
Garam secukup rasa
1/4 cawan susu penuh krim
Bahan-bahan untuk sos putih:
3 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 1/2 cawan susu penuh krim
1 sudu besar serbuk keju parmesan
2 keping keju cheddar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan-bahan untuk makaroni rebus:
3 cawan makaroni kering
2 sudu kecil garam
2 liter air
Sedikit minyak zaitun (untuk salutan)
Bahan-bahan lain:
Parutan keju mozarella
Hirisan capsicum
Serbuk parseli kering
//English
-----------------------------------------
Ingredients for bolognese gravy:
3-4 tablespoons olive oil
1/2 yellow onion
3 cloves garlic
250g minced meat
1 piece beef patty (optional)
1 teaspoon black pepper powder
1/2-1 carrot
1 tomato
1 capsicum
1/4 cup tomato puree
1 can tomato pasta sauce
A little boiled pasta water
1/2 teaspoon Italian herbs
1/2 chicken stock cube (optional)
1-2 teaspoon chili flakes
5-7 mushrooms
Salt to taste
1/4 cup full cream milk
Ingredients for white sauce:
3 tablespoons butter
2 tablespoons plain flour
2 1/4 cup full cream milk
1 tablespoon parmesan cheese powder
2 pieces cheddar cheese
1/2 teaspoon black pepper powder
Ingredients for macaroni:
3 cups dried macaroni
2 teaspoon salt
2 litre water
A little bit of olive oil (for coating)
Other ingredients:
Grated mozzarella cheese
Slices of capsicum
Dried parsley powder
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #macaronicheese - Розваги
Che nom dah buat dah!!!! Sedap sangat makan petang 🥰🥰🥰🥰 Thank u che nom!!!
Terima Kasih laju mencuba 😊
@@CheNom bakar lasagana / makaroni pakai oven yang ada kipas tu ke?
19/1/2023 : Pertama kali saya buat menjadi ikut resipi chenom . Rasa nak menangis . Sedap sangat dan menjadi .😭 Cuma saya tak ada parmesan cheese . Sos bechamel saya just guna cheddar cheese 3 keping dan rasa memang superb ! Untuk bolognese , saya ada tambah bebola daging , saja nak banyak lauk dalam tu . Dan cendawan pula , saya guna cendawan butang dalam tin je . Untuk daging kisar saya guna 4 keping daging burger ramly yang berat 70gram/sekeping . Menjadi sangat . Saya bakar guna airfryer 140darjah selama 10minit sebab saya guna foil yang kecik . Dapat 20 bekas . Simpan frozen , bila bila nak makan just bakar .😋 Resipi chenom ni semua kena dengan cara dan tekak saya . Suka sangat . TQ chenom . Pasni dah boleh jual . Hihi ..
Klu malas nak buat sos bechamel tu, boleh guna Campbell soup. Boleh guna utk lasagna skali. Terpulanglah nak guna yg mushroom saje, atau yg chicken saje, atau yg chicken mushroom. Sy dah try semua. Semua sedap. Dah tak payah tambah apa2 lagi dah. Cuma tambah air utk cairkan soup tu 😁
Thanks for sharing this tips. Saya pun agak kurang rajin nak buat bechamel sauce.
Terima kasih !
Saya dah try buat sos bechamel tu.. rasa dia mmng nak sejibi dgn mushroom soup tu 😂..
Tq😄👍
Tq sis
Kak Che Nom - it would be better if you fry the burger patties 1st - because there is shortening inside - try to fry the burger and leave the oil overnight - once it condense - you can witness the shortening harden - that is why the Americans are so huge in size - because they are eating processed food in quantity daily - try Kak Che Nom - be healthy is the advice - every dishes you do on your channel is excellence - thanks Kak Che Nom
Wah sedap nya. Resepi pun nampak menarik. Terliur di buat nya. Terima Kasih Che Nom 😊😊
Boleh buat jualan ni😍, Che Nom inspirasi saya. Thank you for the recipe Che Nom.
Terbaik Che Nom.... Thank you for sharing the recipe. Hari ni buat, anak anak semua suka, sedap betul.
I love your cooking... Tq for saying for those vegetarian 💕💕 memang pun masakan che nom semua bangsa suka
Sedapnya che nom! Favourite familyy juga ni..tqsm❤
Wow!! Drooling 🤤 just watching this. Great idea for emergency food when frozen. I am definitely sure my children will loved this so much. Thank you 😊 💓
Boleh ketagih ni 🤤
Betul....
Pasti sedap,mesti cuba masak untuk famili,terimakasih.
Sedapnya.. senang je nk buat. Tq Che Nom
Sedapnya.. ni mmg sedap.
Alhamdulillah..
Tq Cik nom share resipi 🌷👍
sedapnye... bole cuba nanti.. thanks for sharing..
Dh try buat hari ni... Memang cukup2 6 bekas tu... Sedappp sangat.. Anak2 mmg x cukup.. Kena buat 2 kali😂... Resepi Che Nom x pernah x jadi... X perlu rasa. Dah tau mmg sedap. Tima kasih Che Nom.
my fav ni ..TQVM Chef Che Nom.. TERBAIK 👍👍♥️
Alhamdulillah! I've tried this recipe tonight, sangat sedap! Terima kasih Che Nom atas recipe! Dan Suri Hakim atas tips sauce 😍🤲🏻
Che Nom's detailed explanations on every recipe is just awesome. Thanks for taking the time to be so detailed. Enjoy watching her channel.
Che Nom, saya nak try buat hari ni. Bahan2 dah siap. Thx for sharing.
Trma kasih kongsi ilmu msk che nom.insyaa Allah msti cuba buat nnti.nmpk sedap sngt ehhh.trma kasih che nom.
Dah cuba berulang kali...resepi yg sgt mantap...senang dan mudah difahami..sekali buat terus jadi...tq cik Nom..moga dimurahkan rezeki selalu😊
Terima kasih che nom untuk resepi. Nampak sedap nanti nak cuba
Terima kasih che nom kongsi resepi ❤️❤️❤️
Thank you che nom for the resepi 🥰 halalkan ilmu ni che nom untuk guna niaga ye😍
saya baru belajar memasak untuk hobi baru. vid akak memang membantu dalam masak terutamanya dalam kuih-muih dan pastri. terbaik akak...
Hai che nom, kita pon dah try resepi ni, sedap gilsssss, love love loveee. My family pon puji sedap😋. Dah banyak try resepi che nom and semua memang menjadi & sedap. Thankyou che nom!
Sedap nya chenom teruja ummie tengok . Rasa x sabar nk cuba .umie nk share la . Terima kasih kongsi resepi ni.umie selalu tengok resepi2 dari che nom. Terima kasih juga kerana x lokek ilmu.
Sedap che nom makaroni bakar nie lemak Dan berkrim
Sedap menyelerakan kesukaan saya ini
Uuhhhh mantap sedapnya
Askom che nom ada bnyk jgk resepi che nom sy cuba bt semua jadi n sedap sgt tq che nom sbb sudi kongsi resepi dgn kami semua🥰🥰🥰🥰
wow sedap sangat cik nih menu😍😍
Kalau cara saya. Pakai mix vege dgn cendawan butang dlm tin. After that, utk buat kuah bolongnese lg sedap saya tambah 1/2 cawan jus buah mcm mangga atau anggur.
Thankyou che nom…ni buat kali kedua dah resepi ni memang menjadi…sedapp sangat❤
Terbaik tengah cari resepi macaroni
Sedapnya makaroni bakar terlior tok mak melihat resepi yg menarik ni che nom. Sedapnya ada tomato dan cendawan butang dan daging kisar. Nanti tok mak nak cuba buat. Tkasih resepinya che nom😋😋👍👍
Seleranya..Cik Nom!👌..mesti nak try favourite saya ni😘❤
Alhamdulillah menjadi first attempt buat...habis licin.terima kasih cik nom.
terima kasih che nom. boleh buat untuk anak2 cuti sekolah ni..
Terbaik che nom !!!!!😊😊😆😆..senang teenagers macam Saya pun boleh buat
Terbaik, cik nom... Tq ats perkongsian resepi...🥰🥰🥰😘😘😘
Sedapnyaa 😍
Nampak sedap sangat..😋
Tq resepinya ... sedap.👍👍
Sedapnyaaaa cik nom..nnti nk try
Nampak sedap..nak cuba buatlah
Assalamualaikum saya nak cuba buat utk cucu2 yang suka mkn Italian dishes Tq for sharing
Masakan Che Nom terbaik lahh
Pandai betul che nom msk
Tengok sedap dah!
Wah. Terbaik. Tq Che Nom
Aduh che nom,tghri terik bulan puasa tengok ni huuuu.....aduhhh lmbt lagi bukenye...
Sedapnya🤤🤤
Resepi che nom semua best 😊
Malam2 tgk video ni.. Saya da lapar.
Meleleh leleh air liur dibuatnya che nom. 😋😋sedap sangat.
Wow... gonna make this for travel bekal!!!
Tqvm Che Nom...
Kegemaran anak saya ni...
kena cuba ni versi che Nom😋
Suka resipi makaroni & lasagna Che nom. TQ ya. Nak request Che nom buat mushroom soup & kawan dia, garlic bread plk blh?
tq share resepi lazatt
Tak minat cheese, tapi tonton jah, support CN
Dah cuba sedap sgt
Nati nk cubaa. Tq cik nom🥰
Sedap nyaaaa, nanti try buat
Leleh bnget nih kak
Yeay!!! Esok Boley Try...❤️❤️❤️
Mantap banget
Aku mau ce, mau buat mau buat ini... Suami bakal suka, buat untuk makan sendiri aja 💐💐💐💐💐
che nom the best
Air liur pun ikut leleh...
Wah sedap nya...
Boleh gemok macam nii 🤣apepun thanks sis che nom share resipi yg best. Ade jugak idea nk masak time ank buah datang nanti 🤭😋
Uishh sedapnya😍😋 terima kasih utk resepinya che nom🙆🏻♀️❤️
Hello,sudi xsinggah channel sya?saya buat channel msakan jgk
Duuhh sedapnya
Dulu saya buat ingat cheese xcukup rupa2nye sos putih! Terima kasih! Mesti buat esok!
Terima kasih Che Nom.♥️
Betul Che Nom... *Kita Buat Dia* (sama macam yang arwah mak saya selalu bagi tau pada kami adik beradik)
Trimah ksih resepx.mak.ina
Saya dah cuba resepi churros Che Nom sedap😁
MasyaAllah...sedapnya...😋 rasa mcm nk masak terus mlm ni...🤭. Terima kasih che nom atas perkomgsian resepi sedap, lazat dan berkhasiat.👍💕
Insyallah sedap, Che Nom dah buat 2 kali minggu ni, memang laku keras anak2 makan
Bykkn lagi resepi mcm ni yaa che nom 🤍🤍🤍
Dapnya. 😋😋
Assalamualaikum che nom wow terbaik
Che nom puri tomato tu kalo di ganti dengan tomato yg di rebus pastu blend boleh x?
che non rujukan pertama sy. hahaha tiber rasa lapar huhu😻
Cantik nya oven Che nom 😄
Wowww
Sedapnyer..😋😋boleh try ni!👍😊
Hi saya ad buat channel msakan jgk,sudi x support sya?bleh singgah dlu channel sya,klau rsa bebaloi support la yer tq😉
Mantap....Bunda
Tgok je dah terliur
salam cik nom. fresh milk tu ganti dgn susu cair agak2 sesuai tak
Mesti shass nak buat
che nom kalau beketul tepung tu, kena tambah susu full cream lagi ke?
Wow ...macam sedap je nihh ... konfirm try buat juga nihhh...tq share resepi
sama2 🙂
MELELEH AIR LIUR 😋😘
Wah sedapnya 😍😍 dah lama tak makan ni 🤤
Hi boleh x review channel saya,saya bru ja berjinak dgn youtube,saya buat channel memasak, terima kasih
Hi che nom..boleh ke sy masak sos dan makaroni tu sebelah malam simpan peti ais dulu dan bakar esok pg?cepat basi tak?