Prof Solehah: Agama Samawi, Hari Baharu & Waktu Syaitan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 сер 2024
  • Penjelasan tambahan:
    Dalam surah at-Taubah, ayat 36, Allah s.w.t. berfirman,
    إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ
    Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram . Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.
    Ayat 36 surah at-Taubah ini merujuk kepada bulan-bulan yang digunakan untuk perhitungan ibadah. Firman Allah yang bermaksud "di sisi Allah" bukanlah bererti Allah perlukan kepada hari, bulan dan tahun, tetapi sebagai perhitungan ibadah.
    Oleh kerana itulah, sebagai contoh, adanya hari-hari 9, 10, 11, 12 & 13 untuk ibadah Haj. Adanya bulan Ramadhan untuk berpuasa dan bulan-bulan Haram yang empat yakni Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Haram maksudnya suci (sacred), juga bermaksud haram untuk berperang.
    Semua 12 bulan ini tidak boleh digantikan dengan bulan-bulan dalam kalendar Syamsiyah atau apa-apa cara perhitungan kalendar yang lain berdalilkan ayat 36 surah at-Taubah ini.
    Semua 12 bulan ini membentuk kalendar Qamariyah. Dalam video, saya ada sebut, "Oleh itu tidaklah satu lebih Islamik berbanding yang lain kerana kedua-duanya adalah berdasarkan matahari dan bulan." Ini merujuk kepada penggunaan dari aspek kalendar dalam urusan manusia, baik kalendar Qamariyah atau Syamsiyah. Pun begitu, saya berpandangan kalendar Syamsiyah lebih sesuai untuk urusan manusia.
    Adapun dari aspek ibadah, maka 12 bulan yang dimaksudkan dalam ayat 36 surah at-Taubah tidak boleh diganti dan tiada yang lebih baik. Misalnya, sudah tentu tidak ada bulan dalam kalendar Syamsiyah yang lebih baik berbanding bulan Ramadhan.
    Sekian. Terima kasih kepada akhi Joko Santoso.
    Video Prof. Dr. Solehah:
    vt.tiktok.com/...
    Video saya tentang Doa Awal Tahun & Akhir Tahun:
    • Ulasan Ke Atas Ust. Az...

КОМЕНТАРІ • 373

  • @mohdrizalazuarbinsulaiman6075
    @mohdrizalazuarbinsulaiman6075 Рік тому +18

    Bicara Kapten seperti ahli akademik yang sebenar. Syabas

  • @rational9241
    @rational9241 Рік тому +15

    Saya tergelak je dengar ustazah ni cakap pasal perkara ini😂
    Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana allah telah fahamkan saya melalui org2 yg menerangkan betapa pentingnya menyampaikan ilmu agama berdasarkan dalil bukan main sebut mengikut logik akal

    • @nafriz2010
      @nafriz2010 Рік тому

      Sejarawan. Bukan ustazah

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +2

      Beliau prof dalam bahasa Arab di UIAM.

    • @Asia_tiger
      @Asia_tiger Рік тому

      @@HafizFirdausBinAbdullah tp KO pilot Mata lalat😂😂😂😂batak reaction 🤣🤣🤣

  • @ykarswin58
    @ykarswin58 Рік тому +16

    Jazakallahu khoir atas ulasan kapt. Memang dah terang2 ada hadis Rasulullah ﷺ bermusafir pada waktu malam, Prof Dr nak letak kat mana pula?
    Daripada Anas bin Malik, Rasulullah ﷺ bersabda,
    .
    عَلَيْكُمْ بِالدُّلْجَةِ فَإِنَّ الْأَرْضَ تُطْوَى بِاللَّيْلِ
    .
    “Hendaklah kalian melakukan perjalanan pada waktu malam kerana sesungguhnya bumi itu dilipatkan di malam hari." (Riwayat Abu Daud no. 2571. Disahihkan oleh Syeikh al Albani)

  • @mohdsaufimustaffa714
    @mohdsaufimustaffa714 Рік тому +38

    Biasa academician berhujah dgn data dan maklumat yg sahih. Hujah Capt berdasarkan yg sahih, terima kasih.

    • @Asia_tiger
      @Asia_tiger Рік тому

      Kapt reaction pada budak sekolah boleh la semua org dah tahu 🤣🤣🤣

    • @qamaruzzamankamarudin1273
      @qamaruzzamankamarudin1273 Рік тому +1

      Prof.tu.budak sekolah ka?? Akai tu letak kat mana?? Kat lutut ka??😅😂😅

  • @fittrege2778
    @fittrege2778 Рік тому +8

    Macammana professor pun tak kaji dulu sebelum bagi syarahan? Ramai sangat asatizah yg main semberono saja dalam menyebar maklumat sekarang ni. Terbaik kapten for your thorough research.👍👍👍

  • @maznahsohaimi2107
    @maznahsohaimi2107 Рік тому +12

    dah lama saya ternanti2 someone react , kapt, tqvm

  • @ummuaida1856
    @ummuaida1856 Рік тому +8

    I'm not sure whether to laugh or to cry listening to this so-called "Prof"

    • @aishi9068
      @aishi9068 Рік тому

      I too had listen her on TikTok it confused me stopped listening . contradict

  • @azmagoom
    @azmagoom 9 місяців тому +2

    Segala pujian bagi Allah SWT yg telah memberi kesempatan utk saya bertemu (walaupun secara Maya) Ustaz Kapten Hafiz Firdaus Abdullah (UKHFA) semasa hidup saya. Aamiin.
    Saya berasa sungguh beruntung dpt menimba ilmu agama, dunia & Akhirat dgn begitu sistematik spt yg diwasiat Rasullullah SAW.
    Setiap hujah UKHFA disertai dgn turutan yg sangat baik: Al Qur'an dahulu, kemudian hadis & seterusnya pandangan ijmak ulamak. Tiada kesamaran kerana semua sumber rujukan dipamerkan di layar skrin.
    Mantap penjelasan UKHFA yg merujuk seratus peratus kpd 3 sumber turutan tersebut (Al Qur'an, Hadis & ijmak ulamak). Amat menambah ilmu saya menonton & mudah sungguh memahami hujah UKHFA. Dan hujah pihak di sebelah sana terus disangkal.
    Contoh spt pentingnya kiraan tarikh cara bulan & matahari (kamariah) disyarahkan dgn jelas oleh UKHFA. Satu dimensi baru bagi saya. Terjemahan yg saya baca sekali lalu sebelum ini rupanya luas tafsirannya. Setaraf dgn setiap huruf dlm Al Qur'an ialah firman Allah yg tiada cacat celanya. Membaca Al Qur'an spt kita berbicara dgnNya. MasyaAllah!
    Begitu juga modus operandi kerja jahat syaitan, dibentangkan dgn jelas oleh UKHFA beserta rujukan 3 turutan tersebut berbanding hujah pihak sebelah yg tiada jelas punca rujukannya.
    Amat jauh sekali perbezaan kelahiran bayi yg ditentukan Allah dgn apa yg cuba diandaikan oleh pihak sebelah. Jauh spt jauhnya galaxy kita dgn galaxy trillion tahun jaraknya dari sini…
    Tahniah UKHFA. Semoga dirimu sentiasa diredhai Allah SWT. Aamiin.
    Dan teruskan usaha Tuan berkongsi ilmu dgn kami yg dahagakan ilmu sahih yg berlandaskan 3 turutan ilmu tersebut.

  • @wanzahidin
    @wanzahidin Рік тому +10

    Sepatutnya Prof berckp bersandar dalil AlQur'an dan AsSunnah.

  • @azharsalim2028
    @azharsalim2028 Рік тому +5

    Sy pernah terlihat video2 oleh prof ni tak brp lama yg lalu. Mula2 tu mmg nmpk sgt berilmiyah sb dia bnyk bncg ttg sejarah ketamadunan serta asal usul manusia sejagat. Penyampaiannya yg berilmu serta dgn hujah2 ilmiyah yg padu, mmg nmpk teratur.
    Namun, dlm vid dia kali ini, dia nmpknya mcm dah terkeliru dgn bbrp fakta penting, terutamanya yg melibatkan akidah, kepercayaan, adat serta budaya dll.
    Seperti yg Tn Capt katakan, sy setuju bahawa prof solehah perlu mengkaji lagi dan memahami lebih jauh ttg bbrp perkara, bila ianya melibatkan agama.
    Wallahualam.

    • @Nh-ok3sg
      @Nh-ok3sg Рік тому

      Banyak hujjah yg tak ilmiah pun....

    • @fazz_belukang
      @fazz_belukang Рік тому +1

      merepek je byk…pernah je tgk..lebh byk cerita pasal salasilah Nabi Ibrahim as

  • @tokabi6481
    @tokabi6481 Рік тому +5

    Teras lagi bersuluh terus.pencerahan ilmu capt memandaikan umat islam t.kasih tuan capt

  • @radinfaisal2728
    @radinfaisal2728 Рік тому +4

    Jazakallah Capt teruskan project memandai & mematangkan ummah.

  • @ibrahimhashim7834
    @ibrahimhashim7834 Рік тому +6

    Maaf cakap, kerap kali ilmu agama itu diperolehi daripada orang yang tidak bergelar ustaz atau ustazah, yang berusaha keras dalam menambahkan ilmunya. Dan tidak terlepas juga kemungkinan seorang yang bergelar ustaz atau ustazah itu menyampaikan ilmu yang terpesong daripada kebenaran. Wallahua'lam.
    Terima kasih kapten, yang begitu gigih memandaikan umat
    Budimu tidak terbalas dengan wang ringgit.

    • @nasirtaib9230
      @nasirtaib9230 Рік тому +1

      Memang zaman ini kita perlukan orang spt Capt untuk memandaikan ummah. Sarjana2 akademik bidang sejarah tidak semesti tahu bidang agama dengan baik.

  • @yemyem2971
    @yemyem2971 Рік тому +3

    UKHAF explanations are more academically exclusive and clear. I enjoyed listening to it.

  • @yaakobmdseh9125
    @yaakobmdseh9125 Рік тому +7

    Terima kasih kapten

  • @TheThinkerMD
    @TheThinkerMD Рік тому +8

    Beliau adalah professor dalam Arabic Language. Jika beliau huraikan mengenai bahasa Arab, sebagai contoh bilakah bahasa Arab dimulakan atau manuscript2 bahasa Arab awal, atau perbincangan mengenai root bahasa Arab, kita boleh terima. Yang lain2 kita boleh dengar dan tidak semestinya terima bulat2

    • @s.anwaral-satari7487
      @s.anwaral-satari7487 Рік тому

      Anda bercakap bkaitan bidang dan keahlian seseorg. Adakah pendapat kapt. lebih patut diterima (merujuk kpd kepakaran atau keahlian) berbanding Prof.???🤔🤔🤔🤔🙄😲

    • @TheThinkerMD
      @TheThinkerMD Рік тому +6

      @@s.anwaral-satari7487 Depends. Jika prof tersebut mengeluarkan pendapat sendiri tanpa dalil, untuk Arabic language beliau boleh guna authority sendiri sebagai pendapat dan thesis yg boleh di consider seriously. Jika beliau gunakan pendapat sendiri tanpa dalil kepada sesuatu yg beliau tidak ada authority ke atasnya, maka kita boleh dengar tetapi tidak perlu menerimanya bulat2. Captain pula on the other hand menggunakan dalil untuk hujjah beliau, in other words, beliau menggunakan authority quran dan hadith, dan bukan authority mandiri. Adakah penerangan ini clear untuk anda? Satu hal lagi adalah, ilmu bahasa bukan ilmu agama.

  • @ibshuk6609
    @ibshuk6609 Рік тому +9

    Semua korang nk komen.. korang buat la kajian sendiri mampu ker? Kita ada akal so korang fikirla mna yg baik mana yg buruk... Nama melayu mmg suka berdengki x bleh tgk org lebih sikit... Klu ada yg x betul duduk la sama2 betbincang ni tak masing2 nk jatuhkan sesama sendiri....apa hal...? Sedeyyyyy

    • @zalihasulaiman8951
      @zalihasulaiman8951 Рік тому +1

      Betul tu....berjumpa secara personal dan tunjukkan bukti² kalau ada keraguan, kesilapan dari segi kajian, buku², kitab² dll dan berhujah mengikut landasan ilmu yg sebenar.

    • @wanhawahoney8647
      @wanhawahoney8647 10 місяців тому

      Betul pendapat anda..

  • @ilmuitucahaya2759
    @ilmuitucahaya2759 Рік тому +6

    Kelakar la ustzh solehah ni... Merepek tahap gapo la... Adoi.. peningla... Tq kapten.

  • @Haroki-buns_.
    @Haroki-buns_. Рік тому +10

    Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya...kapt berlaku adil pada penonton UA-cam yang telah mendapat ilmu yang salah Dari youtuber, dengan menyebarkan ilmu yg benar dan Telus melalui UA-cam sebagai UA-camr jugak... Fair and square... Islam itu indah, kerana di dalamnya ada kemudahan dan teleransi... Sehingga tak perlu di tokok tambah dengan akal yang lemah dan terpesong... Lemah akal bukan dilihat Dari siapa yang menyampaikan...tetapi Dari ape yang ia sampaikan...

  • @razackshaari9246
    @razackshaari9246 Рік тому +4

    Beginilah cara hujah Proff Kangkung!!! Terbaik hujahan tuan Hafiz.

  • @lutpiaman3
    @lutpiaman3 Рік тому +2

    Zaman kanak2 dulu selalu jg dengar cerita2 mcm prof bercerita , sekarang kita nak dgr cerita2 berlandaskan dalil yg sahih.

  • @namio-tb4fi
    @namio-tb4fi Рік тому +6

    You rajin itu yg hebat la...Kepten

  • @azizahahmad5369
    @azizahahmad5369 Рік тому +1

    Terima kasih kerana memberi penerangan dn tafsiran yg jelas kpd mereka yg mendambakan ilmu...alhamdulillah.

  • @muhammadnakiabinmdbukharin5536
    @muhammadnakiabinmdbukharin5536 Рік тому +10

    Yang cakap pasal masuk hari baru tu betul dah prof.
    Tapi bab malam tu jangan mula musafir tu rasa pelik.
    Rasulullah SAW pun berhijrah waktu malam bersama Abu Bakar RA,macam mana tu prof ?
    Ada yang lahir waktu malam,elok je.
    Baik buruk tu tiada kaitan dengan lahir waktu siang malam.

  • @ridzwanbkasimable
    @ridzwanbkasimable Рік тому

    Alhamdulillah TabaarokAllah,kredit kpd captain yg istiqomah menjawab secara ilmiah, semoga Allah merohmati perjuangan menghidupkan kembali Sunnah² yg telah diMATI kan oleh pencipta² Bidaa'ah. Zaman viral ni kena direspon secara viral, tak payah nak mencari cari siapa dan dimana, kesuntukkan masa yg sangat singkat dan umur yg semakin bertambah maka cara pencerahan yg dipilih oleh kebanyakkan asatizah is the best way. Waallahuaqlamm.

  • @aidilconcult
    @aidilconcult Рік тому +6

    prof ni mula2 syok dgr...tp last2 rase mcm terlalu jauh peginya

  • @jacobess
    @jacobess 5 місяців тому +1

    Saya amat kagum dengan enta, teruskan kaptain

  • @drsham54
    @drsham54 Рік тому +1

    Alhamdulillah. Pencerahan dan sanggahan berdalil. Hebat Kapten Hafiz

  • @Amin_Tajuddin
    @Amin_Tajuddin Рік тому +1

    Alhamdulillah. Bermanfaat. Terima kasih captain.

  • @hishamsaidan2286
    @hishamsaidan2286 Рік тому +2

    Alhamdulillah, bermanfaat, kapten.

  • @captainashraf
    @captainashraf 10 місяців тому

    Terbaik Captain.. orang Islam macam ini lah yang kita nak...

  • @suarakini8655
    @suarakini8655 Рік тому +6

    Alhamdulillah. Terima kasih kapten.
    Jauh sangat ko melalut ni prop. Jauh sgt prop. Mcm ni aku pun boleh jadi prop. 😂 Kepalsuan tidak akan menegakkan kebenaran prop.
    InshaAllah komen sy masih dalam lingkuangan ruang adab kapten. 😊

  • @azmiabdullah2034
    @azmiabdullah2034 2 місяці тому +1

    Terbaik Prof

  • @hamdanmurshidi
    @hamdanmurshidi Рік тому +2

    Waalaikumussalam
    Makhluk bernama syaitan tergolong dalam kategori makhluk ghaib juga perkara ghaib yg manusia tidak punya pengetahuan tentangnya selain apa yg Allah & rasulullah sallallahu alaihi wasallam khabarkan. Panduan ini hanya boleh ditemui melalui alquran & hadis² sahih, bukan andaian² individu atau kelompok masyarakat tertentu. Jika tidak berpandukan kedua-dua sumber yg mengetahui & memberitahu perkara² ghaib, dibimbangi akan terkeliru & masuk dlm belitan iblis (talbis iblis)

  • @joesyam7345
    @joesyam7345 Рік тому +7

    Dulu dia buat kajian bani melayu dari qaturoh isteri nabi ibrahim melalui riwayt israeliyyat dari ibnu ishak..bila dikritik dia x boleh jawab..

    • @adamharith6405
      @adamharith6405 Рік тому

      Betul ka dia x bleh jwb ka awak trlps penjelasan dia

    • @joesyam7345
      @joesyam7345 Рік тому

      @@adamharith6405 dia x jawab..sebb dia bukan bidang dan ahli dari hadis.dia copy goole je jawapn..lpastu senyap..

  • @mohamadzakizakaria5603
    @mohamadzakizakaria5603 Рік тому +2

    Waalaikumsalam warahmatullah wabarokatuh

  • @MrAedes_96
    @MrAedes_96 7 місяців тому

    Sokong dan setuju💪💪
    Tkasih puan professor kerana telah bebagi ilmu kepada kami.
    🙏🙏

  • @salafiyyah-jh7mt
    @salafiyyah-jh7mt Рік тому +1

    Waalaikumsalam. Kapten. Teruskan usaha kapten. Jawapan yg padu dan baik.
    Mesti +math lulus cemerlang. Saya download video ni

  • @kinhzq3133
    @kinhzq3133 Рік тому +7

    1/3 malam, 2 pagi ke atas, bukan waktu 'keras'...
    Mana dia dapat....
    Terimakasih Capt, kerana mengemukakan react. Lama dah nampak macam lain, tapi tiada pengetahuan utk react.

  • @mohdrazi7113
    @mohdrazi7113 Рік тому +3

    Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

  • @bilzco5619
    @bilzco5619 Рік тому +4

    Prof kami di uia,beliau totally specialist dlm bahasa arab berdasarkan academic background dri degree hingga phd..

    • @Nh-ok3sg
      @Nh-ok3sg Рік тому +3

      ...tapi banyak videonya tak ilmiah.

    • @bilzco5619
      @bilzco5619 Рік тому

      @@Nh-ok3sg ad yg boleh dipakai ad yg tak.

  • @nafriz2010
    @nafriz2010 Рік тому +9

    Kena tunggu subuh baru beranak? Prof perempuan. Takan tak tau bersalin tak tentu masa

  • @ukaragen
    @ukaragen Рік тому +36

    Prof berhujah mcm orang awam, kapten pulak berhujah mcm prof.😅😂

  • @hajinordin6660
    @hajinordin6660 10 місяців тому +1

    tinggi sampai dilangit pelajaran kapitan.good

  • @sallehjembari5205
    @sallehjembari5205 Рік тому

    Alhamdulillah..pncerahan yg jelas n trbaek..phm n de lojik ny..trime kseh byk2 ye ustaz..

  • @shairieizadi4798
    @shairieizadi4798 Рік тому +6

    First, x sure prof tu record utk umum, silap2 dia pun x tau akan di post umum. Prof tu byk dedahkan tentang sejarah dan kaitan nya dgn dunia skang yg byk di ubah demi kepentingan “yahudi” utk menyesatkan. Bila dia sebut agama samawi, bukan dia suh ikut agama samawi, tapi dia cerita ada pihak yg ingin menukar dari segi waktu dgn niat memesong seblum agama islam wujud lagi.. Prof Ada team dia sendiri dan kajian terperinci, bukan saja kaji sejarah, malah kaji bahasa, tulisan dan asal usul terciptanya bahasa dari zaman nabi Adam lagi. Bg saya mungkin penyampaian nye tidak tepat dari sudut islam, tapi pointnya ialah menyampaikan dari sudut pandangan personal nya sahaja. Video prof tu pun x penuh. Jadi maybe kalau di ambil sekerat2 makin tidak tepat. Allahualam.

  • @jrrboca5247
    @jrrboca5247 Рік тому +1

    Bismillahir Rahmanir Rahim.
    Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, saudaraku.
    Jazakallahu khairan.
    Atas nasihat / ilmu yang bermanfaat.
    Alhamdulillah. 👍

  • @Musalmah1205
    @Musalmah1205 Рік тому +2

    Alhamdulillah. Kapten ada dalil sbhg hujah. 👍👍

  • @simerahdelima7039
    @simerahdelima7039 Рік тому +3

    Permasalahan yg dibincangkan bukanlah soal pokok AKIDAH. AKIDAHlah yag perlu dijaga.Tak guna hafal kalender qamariah atau shamsiah TAPI sifat2 disamakan dengan makluk, ini SYIRIK BESAR dan lari AKIDAH. Jaga akidah kalian.....jaga akidah kita....Jangan ikut puak itu yang "menghinakan" Allah dengan meletakkan ciri-ciri makluk pada ZatNya. Astaqfirullah....

  • @mohammadchik
    @mohammadchik Рік тому +3

    Memang benar syaitan berkeliaran di waktu maghrib bukan bermula pukul 12 malam. Banyak yang Prof terkhilaf ni. Rasanya Prof ahli dalam bidang lain bukan dalam bidang agama. Terbaik Kapten.

    • @s.anwaral-satari7487
      @s.anwaral-satari7487 Рік тому

      Mungkin saudara boleh tgk dulu Latar belakang pendidikan Prof. Solehah b4 mempertikaikan bidang keilmuannya. Pada kami drpd segi pendidikan dan keahliannya Prof. jauh memiliki autoriti utk bcakap bkaitan hal ini berbanding kapt. ini. Pendapat Prof. Solehah akan lebih diterima drpd "sudut akademik" bbanding kapt. bahkan pendapat kapt. mungkin akan dinilai "nol" oleh sarjana2 atau ahli akademik dlm isu yg Prof nyatakan. Kami X tahu bagaimana kamu menilai bidang kepakaran seseorang. Adakah dgn memberi kritik2 agama di UA-cam sudah menjadikan seseorg itu pakar sesuatu bidang? Jika begini, penilaian atau pendirian anda ternyata amat2lah dangkal dan cetek sekali...

    • @s.anwaral-satari7487
      @s.anwaral-satari7487 Рік тому

      Mungkin saudara boleh tgk dulu Latar belakang pendidikan Prof. Solehah b4 mempertikaikan bidang keilmuannya. Pada kami drpd segi pendidikan dan keahliannya Prof. jauh memiliki autoriti utk bcakap bkaitan hal ini berbanding kapt. ini. Pendapat Prof. Solehah akan lebih diterima drpd "sudut akademik" bbanding kapt. bahkan pendapat kapt. mungkin akan dinilai "nol" oleh sarjana2 atau ahli akademik dlm isu yg Prof nyatakan. Kami X tahu bagaimana kamu menilai bidang kepakaran seseorang. Adakah dgn memberi kritik2 agama di UA-cam sudah menjadikan seseorg itu pakar sesuatu bidang? Jika begini, penilaian atau pendirian anda ternyata amat2lah dangkal dan cetek sekali...

    • @khairudinsanik6472
      @khairudinsanik6472 Рік тому

      ​@@s.anwaral-satari7487 sorry la bro. Pada aku yg kapten Hafiz cerita simple ja. Lagi pun capten tak mengkritik ada2 hujah prof. Tapi kapten jelaskan apa itu agama samawi. Cuma tadi prof ada ckp. Budak lahir antara 12-4 pagi jiwa keras. Bro boleh bersetuju ke. Org nak melahirkan anak. Boleh ke tunggu2 sat. Nnt masuk pagi lepas kul 4 baru lahir. Yg ni aku X setuju dgn prof.

    • @pppamirful
      @pppamirful Рік тому

      @@s.anwaral-satari7487 Tidak dinafikan Professor Solehah arif dalam bidang ilmu beliau. Tetapi semua fakta yang dikongsi oleh Kapten @Hafiz Firdaus bin Abdullah adalah bersumber daripada nas al-Quran beserta hadis. Jika Prof Solehah dapat menunjukkan bukti nas berkaitan dengan apa yang dihujahnya barulah kita dapat menilai mana yang betul dan mana yang salah. Kelayakan akademik belum tentu boleh dijadikan pengukur hujah adalah 100 peratus betul tanpa bukti nas, lebih2 lagi di dalam bidang agama. Allahu a'lam. Peace ❤❤

  • @halimnutri8206
    @halimnutri8206 Рік тому +1

    Teruskan membuat content react dlm youtube. Sebab kita mesti lah saling pesan memesan. Kipidap dongibab Tuan Captain

  • @user-ms4ig5vv1s
    @user-ms4ig5vv1s 9 місяців тому

    Penjelasan captain sgt jelas.. ❤

  • @abiwahdah
    @abiwahdah 10 місяців тому +2

    Mau ketawa takut dosa.! Kikiki..Tak tahan tengok riak wajah kapten semasa mendengar Prof. berhujah...😂

  • @abdulaziznorman4538
    @abdulaziznorman4538 Рік тому +3

    3:40 inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
    baby baru lahir, takde dosa apa lagi tak pasal2 kena setepek "jiwanya keras"..

    • @t323a
      @t323a Рік тому

      hati kau keras zack,. misti kau lahir midnight,.

  • @omjkvb6662
    @omjkvb6662 Рік тому +1

    ilmu semua milik Allah

  • @ms-ut2hb
    @ms-ut2hb Рік тому +4

    Tk kesah la ustajah ka prof ka lobai sheikh tnguru skli pun.... Asalkan brhujah brdasarkan ilmu yg haq Nas n Dalil yg SOHEH di persilakan sama2 dgn para pengamal n pencinta SUNNAH utk mencerdik n memandaikan ummah...
    Wallahuta'alaAklam 😊

  • @ridzwanbkasimable
    @ridzwanbkasimable Рік тому +1

    AlhamdulillAh tabarokAllah

  • @NoWar8479
    @NoWar8479 Рік тому +3

    Captain cakap tu memang betul.. Tapi Prof Solehah ceritakan mengenai agama Samawi.. Captain kena tengok video penuh, tonton dari awal hingga habis.. Jgn tgok sekali je kena tgok 2 atau 3kali baru Captain akan paham.. Tu sebab Captain sepatutnye berdepan dengan Prof Solehah.. tanye dia kalau ade muskil terus perbetulkan.. Captain bwk laa sekali kitab² yang ade buat bukti.. Prof Solehah pun ade buku kitab² lama dia.. Tak payah laa cakap orang ni cakap tak betul laa orang ni ajaran pesong laa kan? Baik jumpe berdepan.. Kita ni nonton pun akan berpuas hati..

  • @Nh-ok3sg
    @Nh-ok3sg Рік тому +4

    Banyak juga dengar tengok video prof ni....yg membincangkan asal usul bahasa (+ tulisan) dan bangsa. Tapi penceritaannya tidak berdasarkan bukti soheh...lebih kpd mitos.

  • @mohamadzinmdshariff2587
    @mohamadzinmdshariff2587 Рік тому +5

    Saya sangat sangat sangsi atas status title professor dan ustazah pada wanita yg berkenaan kerana kenyataan kenyataan yg di berikan tidak matang , dangkal dan lebeh pada di reka reka sendiri tanpa bukti , dalil dan nas .

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +2

      Beliau memang prof dalam jurusan bahasa Arab di UIAM.

    • @ahmadtarmizi9924
      @ahmadtarmizi9924 Рік тому +1

      Ya betul tu Captain. Prof Solehah adalah pensyarah bahasa arab (linguistic) di UIAM. Kemungkinan beliau banyak membaca rujukan dlm Bahasa Arab. Oleh itu kita berharap jika beliau mendengar hujah Captain, bolehlah beliau kongsikan dalil dan hujah beliau dgn kita pula.

    • @dindeendin8382
      @dindeendin8382 Рік тому

      Prof, Ustad,ustazah kadang2 mereka ingat pakar ttpi mereka lupa atau terlajak sedap cakap..yg JD mangsa org awam yg tertipu, xdpt nk fikir jauh, xdpt sumber ilmu yg benar. Maaf

  • @eddymison3527
    @eddymison3527 Рік тому

    Setahu saya, dua agama samawi yang lain masih mengira hari baharu ikut maghrib. Yahudi dan sesetengah Nasrani yang menyambut Sabbath (meninggalkan perkara dunia pada hari Sabtu) masih mengira Sabbath daripada maghrib hari Jumaat sehingga maghrib hari Sabtu. Jadi yang tu belum ditukar seperti dakwaan ustazah/prof tu. Kiraan hari baharu pada pukul 12 tengah malam ialah sistem sekular.
    Pasal kalendar, penggunaan kalendar matahari penting untuk tempat2 yang bermusim. Kalau dipakai sistem bulan semata2, maka sukar ditetapkan bila masuknya musim panas dsb. Ini disebabkan tahun lunar lebih pendek daripada tahun matahari, jadi musim akan sentiasa beralih. Nak paham senang je, tarikh raya yang ikut kitaran bulan, tiap tahun disambut makin awal banding tahun masehi. Beberapa tahun lepas, raya bulan Ogos. Tahun ni bulan April kita dah raya. Maksudnya tiada bulan yang tetap pada musim tertentu. Tapi kalau pakai sistem tahun matahari, peralihan musim berlaku dengan tetap sekitar Jun dan Disember.

  • @jokosantoso5219
    @jokosantoso5219 Рік тому +1

    Yg merubah agama samawi itu ialah Kristen, Yahudi dan islam masih kekal mengamalkan agama samawi (khas dlm perhitungan tanggal).

  • @MYDIYVLOG
    @MYDIYVLOG Рік тому +1

    Mantablah kapten!

  • @abhs1141
    @abhs1141 Рік тому +3

    apa motif video ini ?

  • @shahrilabdulaziz2290
    @shahrilabdulaziz2290 Рік тому +1

    Tq capt🎉🎉

  • @duandin9888
    @duandin9888 Рік тому +6

    berat2 Aku lahir pukul 2 pagi takan lah Aku ni keras Hati ....aduhhh ramailah anak2 umat Islam,susah nak jadi baik kalau yg lahir sebelum subuh Tu keras Hati....
    lagi parah ibu2 mangandung kena pilih time sebelum pukul 12 selepas subuh perghhhh menahan lah jawapnya kalau2 minggal ibu anak Tu kau jawaplah prof kalau ini lah Cara pikir kau ajar kat umat.....hancur.....pandai2 memandai banyak sangat tenggok filem Hollywood ni Payah otak berfungsi

  • @ahmadzamri5173
    @ahmadzamri5173 Рік тому +1

    Jazakallahu khair Kapten

    • @jrrboca5247
      @jrrboca5247 Рік тому

      Bismillahir Rahmanir Rahim.
      Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, saudaraku.
      Jazakallahu khairan.
      Atas nasihat / ilmu yang bermanfaat.
      Alhamdulillah. 👍

  • @mustapakamal6224
    @mustapakamal6224 Рік тому +6

    Baby lahir boleh ditetapkan masa ke prof...

    • @moflik5493
      @moflik5493 Рік тому

      Bole je zaman sekarang..CSec

    • @duandin9888
      @duandin9888 Рік тому +1

      boleh pakai tabung uji yg keluar pasti comfirm2 hati tak keras lembut memanjang kalah lgbtgg di terima penuh....tak gitu ostazat

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +1

      Doktor bukan suka-suka nak buat Csec.

  • @s.anwaral-satari7487
    @s.anwaral-satari7487 Рік тому +4

    Pernahkah kapt. berusaha utk bcakap, bersahabat, berukhwah etc. dgn individu yg kapt. kritik... Jika tidak ucapan kapt. utk bsemuka atau berbicara secara tertutup dgn individu yg dikritik hanyalah ucapan kosong atau xkan pernah terjadi... Jika kapt. benar2 jujur dan ikhlas utk membela agama kita dan masyarakat kita (Islam) yg sangat2 mementingkan ukhwah sesama kita sudah tentu kapt. akan berusaha utk mendekatkan diri (eratkan Tali persaudaraan) dgn individu2 yg kapt. kritik atas dasar persaudaraan Islam bg mengelakkan lagi fitnah ke atas agama dan sesama saudara Islam... Jika kapt. sudah kenal mengenali (bsahabat) dgn individu2 tsebut sudah tentu lebih baik yang mana kapt. dapat mengenali dan mengetahui cara fikir mereka, dan apa yg akan mereka sebarkan kpd publik. Jika mereka salah dlm sesuatu isu agama kapt boleh menasihati mereka secara langsung sblm mereka keluarkan apa2 statement kpd public. Dengan ini, perkara sebegini dapat dielakkn; kekeliruan ummat, ajaran salah, fitnah kpd saudara dan agama, menjatuhkan maruah saudara seagama etc. . Jika sudah menasihati (sahabat; saudara, org dekat, rapat, sentiasa bhubung etc.) tetapi mereka2 masih enggan dan tetap mahu menyebarkannya kpd publik wlpn hal tsebut jelas2 salah, keliru, dan tiada panduan dlm agama sedang mereka dakwa hal yg mereka nyatakan adalah hukum agama barulah boleh utk kapt. sebarkan, nasihat, kritik secara publik juga. Akan tetapi kami tidak pernah dengar atau lihat yg kapt. pernah atau cuba bhubung dgn mereka2 yg kapt. kritik. Tetapi kapt. terus-menerus menyebut andainya dibincangkan secara tertutup kapt akan bincang secara tutup sdg hal ini X akan pernah terjadi sbb Cara kapt gunakan sememangnya tidak mungkin pbincangan secara tertutup akan tjadi... Xperlulah atau xpatut pd kami kapt. buat statement yg menunjukkan kecenderungan kapt bhw akan ada perbincangan tertutup antara kapt dgn mereka2 yg kapt. kritik sedangkan kapt. xpernah berusaha ke arah itu walhal memang niat kapt. (Bdasarkan kecenderungan kapt. dlm video2 yg kapt buat) utk mengkritik mereka2 semua secara tbuka dlm apa2 keadaan...

    • @fittrege2778
      @fittrege2778 Рік тому +7

      Bukankah dah diterangksn. Kalsu isu yg dah disebar ke publik sudah tentulah klarifikasinya perlu disebar ke publik jugak. Payah sangat ke nak faham?

    • @jaggered77
      @jaggered77 Рік тому +5

      kamu ingat org lain takde keje lain ke tiba2 nak bersahabat bagai lepas tu nak monitor pulak apa yg dia cakap kat public? gunalah common sense sikit

    • @ibnusardi1
      @ibnusardi1 Рік тому

      Jika...jika...jika... takdir dah berlaku.
      Seseorang yg berilmu akan memilih sahabatnya, bukan sembarangan cari sahabat.
      Untuk menasihat? Biasanya nasihat hanya diterima dari orang yg dipandang tinggi. Kemungkinan seorang profesor menerima "nasihat" dari seorang pilot?

    • @shafeast
      @shafeast Рік тому

      4:42-5:22 audio tuan tiba² mute ke part ni? Sekadar bertanya

    • @azharabdulrazak636
      @azharabdulrazak636 Рік тому

      Ni 1st time tengok Kapten ni….so dia pandang rendah la kot….silap banyak..

  • @cinakukufur8300
    @cinakukufur8300 9 місяців тому +2

    Nabi Sulaiman pernah sampai di tanah Melayu nak percaya percaya tak percaya sudah prof cuma cita. Bagi yg nak caya je.

    • @muhdzaki.a5484
      @muhdzaki.a5484 7 місяців тому

      kan.. biarkan jela dorg yg dengki boring dah dgn sikap melayu skrg

  • @asabubakar5384
    @asabubakar5384 Рік тому +2

    Prof.tu cerita terangkan masa dahulu sebelum Nabi Muhammad saw. lahh

  • @yusrysaad86
    @yusrysaad86 Рік тому

    Terbaik tuan SS syeikh alkapitan mufti UA-cam..

  • @masterjibabuji
    @masterjibabuji 11 місяців тому +4

    Saya tertarik hanya kenapa prof tu menjerit jerit

  • @mabelesoibrahimov2884
    @mabelesoibrahimov2884 Рік тому +1

    Alhamdulillah, Allahumma faqqihna fiddin. Urusan pertanian n pelayaran guna Gregory gak, wallahu a'lam. Jazakumullahu khair jazak... Terbaekkk

  • @ahmky
    @ahmky Рік тому +1

    Syariat suruh puasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari..pastu pakcik kne tau apa definisi puasa sebenarnya..tak semestinya start marghrib kene puasa walaupun marghrib masuk hari baru..aku konfius btl dgn pakcik ni..lain masyem ulasan dia..

  • @kangrazzi116
    @kangrazzi116 Рік тому +1

    Bagi saya senang saja lah... Tak tahu jangan merosak. Orang ini Prof bahagian bahasa Arab di UIA. Mungkin sesuai untuk bercakap dengan tepat soal linguistic, sastera Arab.

    • @IsaacRizard
      @IsaacRizard Рік тому +1

      Prof solehah ni memang tak boleh pakai...

  • @Hassana-ux9gv
    @Hassana-ux9gv Рік тому +3

    Betul kata kapten ni ..klu nak sebut samawi pun ckplah itu ugama di zaman nabi Ibrahim ..dn ia jugak adalah Islam ..tak semua org melayu faham ..kadang klu nak ckp tapi tak terangkan secara details TU yg dtg fitnah dn Salah sangka ..murid akan jdi bijak klu guru terangdengan jelas ,murid akan jdi bodo klu guru guna kias ..tak semua murid terus bijak atau faham ..

  • @rahmah1020
    @rahmah1020 10 місяців тому

    Waalaikumussalam Wbt slm shbt2 smua Aamiin2 Aamiin2 Aamiin2 terbaik you

  • @yazidbashir8667
    @yazidbashir8667 Рік тому

    Jazakallahu khair, Kapten

  • @terataksusu4621
    @terataksusu4621 Рік тому +3

    Tahniah capt. ujudkan kebiasaan atau budaya, bercakap berdasarkan FAKTA.
    Keduanya, capt jgn sebut perkataan 'kritik' video sipolan, sb kedengaran sgt negatif, mcm cari salah orang, sebaliknya mungkin boleh guna pekataan 'ulasan' dari sudut pandang capt sendiri... Wlu hakikatnya sama jer tu..😅

  • @mordrahani5853
    @mordrahani5853 Рік тому +2

    Tuan nk bertanya masa azan kita jawab azan habis azan kita
    baca doa soalan sebelum berdoa kita berselawat nabi dulu dan terus berdoa ? Terima kasih kpt.

  • @shokrijaafar3454
    @shokrijaafar3454 Рік тому +1

    Kapten Hafiz. 👍👍👍👍👍

  • @jasniabuhasan5864
    @jasniabuhasan5864 Рік тому +1

    Wa yakin dr haris juga bersetuju dgn capt dlm nih hal ( mana mgkin dr haris nak bersamq ideologi prof Nih )

  • @9W2MAI
    @9W2MAI Рік тому +3

    Prof pakai jam tangan tak, ikut time yang mana tu. Calender kat pejabat ikut kiraan mana. Benda kecil macam ni nak heboh kenapa.

  • @Hanifah-gs9iz
    @Hanifah-gs9iz Рік тому +6

    Prof cuma ulas calender Islam berdasarkan kepada pengedaraan bulan dan tahun Islam bermula dari Hijrah . Begitu juga ketentuan masuk hari didalam kalender Islam pada waktu magrib . Prof tak sebut pun salah ke atau tak salah kita ikut kalender masehi jadi tak perlulah bahas pasal itu . Jadi apa yg Prof cadangkan kita titik beratkan kalender Hijrah seperti bila tanya tarikh kelahiran kita , kita jawab hari , bulan dan tahun hijrah kemudian bolehlah convert kepada kalender masehi . Bagi saya saranan Prof itu very straight forward dan cukup jelas . Ulasan dari kapten seolah2 Prof mengharamkan pengunaan kalender masehi dan perbuatan Prof itu telah menyalahi kefahaman Islam ? Kita panggil ini sudah goreng lebih atau overcooked .

    • @s.anwaral-satari7487
      @s.anwaral-satari7487 Рік тому +1

      Nilah bila berasa lebih pakar drpd pakar walhal diri bodoh dan jahil...😅😅😅

    • @Rafflie_rafi
      @Rafflie_rafi Рік тому

      prof goreng mee hanya terlupa masuk gula..rasa sedikit tawar.. dan cara prof goreng mee mengunakan cara orang² dulu pakai kayu api.. mee tu kalau nk bagi cukup rasa hanya tambah gula je bagi lengkap.. tapi capt buang terus mee tu.. dan goreng semula dan mengunakan dapur gas.. dalam kurungan ( membazir ) itu amalan syaitan..hahaha😅😂

    • @ahmadfazreen6694
      @ahmadfazreen6694 Рік тому

      Prof & capt hurai lain tajuk.

  • @cikguhayatirauf2670
    @cikguhayatirauf2670 Рік тому +3

    Prof Solehah bentangkan fakta berdasarkan kajian dan dapat daripada pelbagai sumber sahih.Seeloknya,jika ada persoalan yang ingin dikemukakan,lebih baik berdepan dengan Prof Solehah sendiri.Bukan membuat video ulasan seperti ini.Lebih banyak mengelirukan masyarakat sekarang yang lebih suka melihat/ mendengar separuh-separuh.Cubalah didik masyarakat kita berfikir dengan cara yang betul.Semoga kita umat Islam akhir zaman ini,diberikan guru yang benar, Islam yang benar dan ilmu yang benar.

  • @ramliramnazalina3738
    @ramliramnazalina3738 18 днів тому

    Bersedia orang yg terpaling bijak nk buat ulasan dn react

  • @suesyam8758
    @suesyam8758 Рік тому +5

    Belajar punya belajar punya belajar smpai dpt prof..kaji punyai kaji punya kaji, last2 Iblis setan rancak turun pkl 12 mlm smpai sblm 4pg! Baby pun jadi keras hati klu dilahirkan time tu?? Aduhh pening..pening.. Mcmni punya gaya bg kapten je lah jadi Prof..😂

  • @chinmi101
    @chinmi101 Рік тому +3

    Penduduk China pun qomariyah juga, mungkin lbh dahulu daripada hijriah.

  • @SA8757V
    @SA8757V Рік тому +1

    Semoga Allah memberkati
    Tn Kapten...

  • @muhsin_89
    @muhsin_89 Рік тому +1

  • @zaxzaman
    @zaxzaman Рік тому +5

    Ni university mana punya prof ni?

    • @hambabiinmohd2516
      @hambabiinmohd2516 Рік тому

      😅

    • @duandin9888
      @duandin9888 Рік тому

      pasti subject pendidikan moral Dan geografi Lulu's cemerlang yeee toqqqq

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +2

      UIAm dalam jurusan bahasa Arab.

    • @zaxzaman
      @zaxzaman Рік тому +1

      Tq Kapten atas info. Video react yg baik. Skrg ni kalau tgk short video atau tiktok mereka yg konon2 ustaz/ustazah ni bg info mcm2, rasa nak lempang jer. Asal pakai songkok/ketayap/serban atau baju melayu/jubah pastu bg info2 yg x sahih. Yg jd masalahnya budak2 yg x strong basic agama percaya bulat2 apa yg diperkatakan tanpa buat semakan lanjut. Pastu mula la palatao masing2. Bila diberitahu perkara yg sebenar menurut alquran dan hadis x nak plak percaya. Hadehhh.

  • @azharabdulrazak636
    @azharabdulrazak636 Рік тому +4

    Biasalah, kalau salah references, salah lah pemahamannya….itulah yg terjadi kpd Prof yg sibuk nak tunjuk pandai…..bahaya klu salah bagi ilmu, nanti teruk nak menanggungnya….

    • @muhdhaikal8450
      @muhdhaikal8450 Рік тому +1

      Mungkin dia Banyak rujuk kitab samawi. Tapi kalau segi ilmu bahasa Arab Aku boleh cakap prof tu lagi pakar dari kapten.......

  • @samsunguser9876
    @samsunguser9876 Рік тому +6

    Geng2 aswaja dan aswajah ni sama jer ler....Penglipurlara...

  • @sharulnizamsaidin6752
    @sharulnizamsaidin6752 Рік тому +2

    Tentang Waktu pun nak gaduh,
    Cari lah pasal lain huhuhuhu

  • @danialm8122
    @danialm8122 Рік тому +2

    Ada pulak jangan keluar daripada pukul 12 sebelum pukul 4.. Sahabat2 nabi waktu perang ada jugak berjaga sampai subuh. Kerja sekuriti, polis, tentera, jururawat, doktor atau apa2 bidang yg perlu kerja malam tak terpakai undang2 ni.. Prof ni menyempitkan islam itu sendiri. Pernah ada sejarah orang melayu diserang Portugis pada waktu malam, sbb ada kepercayaan melayu tak boleh keluar malam.. Rata terus malam tu jugak gara2 kepercayaan karut.

  • @jokosantoso5219
    @jokosantoso5219 Рік тому +2

    Assalamualaikum.
    Bagaimana menurut Ust ttg Attaubah 36?.

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +3

      wa'alaikumussalam, jazakallahu khairan atas soalan yang bagus.
      Ayat 36 surah at-Taubah merujuk kepada bulan-bulan yang digunakan untuk perhitungan ibadah. 12 bulan ini membentuk kalendar Qamariyah. Firman Allah yang bermaksud "di sisi Allah" bukanlah bererti Allah perlukan kepada kalendar, bulan dan tahun, tetapi sebagai perhitungan ibadah.
      Oleh kerana itulah, sebagai contoh, adanya bulan Ramadhan untuk berpuasa dan bulan-bulan Haram yang empat yakni Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Haram maksudnya suci (sacred), juga bermaksud haram untuk berperang.
      Semua 12 bulan ini tidak boleh digantikan dengan bulan-bulan dalam kalendar Syamsiyah atau apa-apa cara perhitungan kalendar yang lain berdalilkan ayat 36 surah at-Taubah ini.
      Justeru ringkasnya, kalendar Qamariyah adalah untuk perhitungan ibadah yang ditentukan oleh cerapan anak bulan bagi setiap bulan. Kalendar Syamsiyah adalah untuk perhitungan manusia dalam urusan dunia mereka.
      Jika tuan ada maklumat tambahan atau berbeza pendapat, dialu-alukan berkongsi di sini.

    • @HafizFirdausBinAbdullah
      @HafizFirdausBinAbdullah  Рік тому +3

      Saya ada masukkan penjelasan tambahan dalam kotak description.

    • @jokosantoso5219
      @jokosantoso5219 Рік тому

      Saya ingat cmni : umat islam boleh menggunakan Kedua2 kiraan tanggal itu, namun Allah hanya menggitraf kiraan qamariah shj.

  • @psgwk1252
    @psgwk1252 Рік тому +1

    👍

  • @azmanmamat5808
    @azmanmamat5808 Рік тому

    Assalamualaikum wbt Bismillahirrahmanirrahim IA betul-betul 👍 DAN SESUNGGUHNYA diri yg mengusai bahasa AL Quran dan hadith adalah disamping nya mempunyai kebuktian tertulis pena daripada itulah dirinya dapat mengusai bahasa bertutur berkomunikasi diantara tuhan Dan seterusnya disaksikan AR Rahman,,,, ia dibahasa tulisan pena AL quran sudah dicatat Alif BAA TAA Dan diri yang mengalih huruf TAA dengan BAA itulah diri yang bijaksana, IA kerana mereka yang terdahulu telah mengambil waktu yang panjang sekali,, untuk memutuskan perkara yang di perselisihan Dizaman masing masing, IA, padahal mereka tahu AL quran dihuruf YAA bertitik 2 dibawah itupun disimpulkan sebagai petunjuk ,, Iaitu diri yang mabuk Didalam KEILMUAN berbahasa Arab AL quran ,, Dan menjadikan AYAT AYAT nya sebagai bahan penyesat manusia Diantaranya, ia padahal diri yang mengalih pandangan dihuruf TAA dengan BAA sebagai petunjuk jalan pemisah antara diri sefitrah kejadian dengan tidak sefitrah pun sudah memadai bagi diri nya,, manusia layak baginya Baginya petunjuk,, Dan satu dua,, Didalam kehidupan dirinya Manusia bertamadun dizaman masing-masing adalah diri yg mencatut hak hak orang orang beriman,, ia kerana dirinya TIDAK pernah menjadi sebahagian daripada memudahan kan AL quran berbahasa IA alih BAA dengan TAA,,di wujudkan dizaman ini adalah kerana mereka manusia sudah melampaui batas terhadap hamba hambanya Allah Dan diri yang bernama manmin dibunuh dikehidupan diRahim, di zaman AL quran mencatat yang bernama manmin adalah sosok yang dianugerahkan kepada dirinya Baik berwujud manusia ataupun orang orang yang tersesat, 2033ia diri yang mencatut 🤼hak hak👬,, manusia dibumi ini yang di lahirkan berpasangan BERSAUDARA ataupun punya Iman,, Habil Qabil dan manmin,, ia dibuat masa magrib kepada 3rakaatnya ,, ia kerana Alif TAA BAA disaksi Oleh mereka yang beranggapan bahawa dirinya suci',, Dan seterusnya Kebahtilan atau kebetulan dijadikan sebagai petunjuk darinya Habil Qabil Dan dirinya Tidak dijadikan kebetulan oleh manusia pula adalah diri yg bernama manmin yang dirahim lagi sudah disebut sebut, nama nya
    Dengan Bismilla'hirrahmanir,, Dan KINI AL Anfal bagi dirinya manusia menetapkan tarikh waktunya tidak disepakati,, Dan Kesamuanya diambil daripada persankaan masing masing,,ya,, akan tetapi diri huruf YAA bertitik 2 dibawah itulah dirinya Yg belum mengenal dirinya sebagai golongan Beriman atau yang beriman,, ia kerana diri yg KEMBAR DAN dirinya dilahirkan'di bumi ini,, perseorang belum mengenal dirinya masing masing,, bersebab,, IA kerana dirinya tidak mengalih huruf TAA dengan BAA,, untuk pengajaran berbahasa AL quran di zahirkan melalui pakaiannya,, IA surah Yusuf,, dizaman lampau Yusuf Dan Benjamin Dan dizaman ini Azman Azmin Yg di asalmuasal dirinya DICATAT dengan kokoh kebuktian nya dan seterusnya di tersimpan diRahim,,, IA setiap diri yang berwujud melalui bahasa jalan darah ,, mereka masuk itulah berwujud iblis Dan dizaman KINI yang tidak pernah mengubah kefahaman tentang dirinya yang bernama manmin dirahim baginya sesuai diketika mereka meletak benih benih nya ataupun diatas nikmat nya semata-mata bagi nya jalan darah itulah ,, berkelamin dengan zahir iblis Dan manusia IBLIS,, ia mereka sangat sangat membencinya dirinya yang dilahirkan bersaudara Yakni KEMBAR ia disaksikan oleh seluruh alam AL quran untuk dikongsi bersama diri yg bernama manmin pun belum mampu mereka mewujud di antaranya ya,

  • @ep073132
    @ep073132 Рік тому +4

    prof tu ngajar kat unibesiti mana ye? kalau bole sy nak elakkan mana-mana zuriat sy sambung bljar kat tempat prof tu ngajar.. ntah mana ajaran dia follow.. dalil apa pon tak bagi, peh senang kerja ek..

    • @muhdhaikal8450
      @muhdhaikal8450 Рік тому +2

      Wei kau ingat prof tu biasa2 ke. Mungkin dlm hal ni dia silap tapi kalau kau nak tahu dia ni pakar bahasa arab memang jarang nak jumpa orang macm dia ni kat Malaysia. Aku rasa kalau dia ulas tafsir al quran memang kalah lah kapten ni.

    • @frozeball
      @frozeball Рік тому +1

      betul, sy sendiri berhati2 hantar anak sekolah. selidik dulu guru2nya fahaman apa. bahaya sekarang, risau terpengaruh dengan ajaran sesat cthnya wahabi.

    • @t323a
      @t323a Рік тому +2

      @@frozeball bagus tu,. hantar anak kau ke iran,. amik pengajian syiah,. sebab syiah anti wahabi,.

    • @nyam0k
      @nyam0k Рік тому

      @@t323ahahaha

    • @mohdazizizakaria1037
      @mohdazizizakaria1037 Рік тому

      ​@@t323aPadu bang...hahaha kira nk petik wahabi sedia...sikit² wahabi...meratib tu ja la...