Pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh “Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak-kanak riang di saf salat masjid-masid, maka takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu.”
Sultan yg warak dan ada pemikiran yg kritis mencarik adat, Sultan yg tidak pernah meninggalkan Solat Fardhu, Solat Rawatib dan Solat Tahajjud semenjak Baligh, Sultan yg menggabungkan ilmu keduniaan dan ilmu ukhrawi, Sultan Uthmaniyyah ke-7 yg paling terkenal kerana membenarkan hadis Nabi yg diungkapkan ketika Perang Ahzab utk membuka Konstantinopel...Bukit Galata yg menjadi tempat kelab bola Galatasaray beraksi, menjadi saksi alam 70 kapal merentas bukit dlm satu malam, yg membuka peluang Konstantinopel ditakluki, sebelumnya Al Fateh membina "Rumeli Hisari" di sebelah Eropah utk melengkapkan benteng pemerhati yg dibina sebelumnya oleh Sultan Bayezid I Yildirim di sebelah Asia yg bernama "Anadolu Hisari", Al Fateh juga byk melabur utk membesarkan angkatan laut sehingga mencapai maksimum di zamannya sehingga zaman Sulaiman I, angkatan laut Uthmaniyyah berjaya menguasai lautan Mediterranean dan Laut Hitam, Kisah Al Fateh juga dpt dikaitkan dgn sahabat Nabi, Abu Ayyub Al Ansari yg berwasiat utk dimakamkan di benteng Konstantinopel kerana mahu mendengar suara derapan kaki kuda pemimpin yg dpt membuka kota tersebut, dikatakan setiap malam Al Fateh akan melakukan analisis dan kelemahan misi pemimpin terdahulu spt Muawiyah, Sulaiman Abdul Malik, Umar Abdul Aziz, Harun Ar Rasyid, Bayezid I, Murad II...suka utk diingatkan, Rom Timur yg bermazhab Ortodoks kian melemah selepas dijarah oleh kerajaan Latin yg bermazhab Katolik pada 1202-1204 dlm siri Perang Salib ke-4 krn pemimpin Rom mungkir janji dan segala khazanah disedut hingga memiskinkan kerajaan, apabila sudah diambil semula pd 1261, sisa yg ada kurang dari sebelumnya, tinggal nyawa2 ikan sebelum mati sepenuhnya pd 1453...Pendek kata, kematian Al Fateh pd 1481 diraikan oleh pemimpin Nasrani yg lain dgn penuh riang dan pesta keramaian dirayakan selama berhari-hari kerana pada masa itu, Al Fateh dlm misi menawan Vatican di Rom, jika itu berlaku tak mustahil dunia Nasrani akan musnah sepenuhnya, ibarat kiamat besar bagi mereka
Pernah baca satu kisah lama dahulu, mungkin dah berbelas² tahun rasanya.. Kisah bagaimana tentera² bersama sultan muhammad al fateh ketika memindahkan kapal tersebut sambil mereka berzikir.. Cuba bayangkan, tentera yang jumlahnya beribu² orang, berzikir ketika memindahkan kapal.. Pasti suaranya bergema dan boleh mendatangkan ketakutan kepada musuh² islam.. Tetapi dengan kekuasaan Allah s.w.t, suara tersebut tidak didengari oleh mereka yang berada di Konstantinopel.. Kisah ini mungkin betul, atau mungkin tak.. Tetapi jika betul, boleh bayangkan betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t..
First time Ustaz Ibnu Rijal d bawa msuk dlm video ml studio,,,hope blh bawa lg pakar² Islam+sejarah+dunia dlm ml video,,,sapa x kenal Ustaz ni,,,utk pengetahuan Ustaz Ibnu Rijal merupakan penulis drama Nur beberapa tahun yg lps,,,and drama Nur tu hit kt Malaysia dulu weh!
Sultan Al Fateh pun failed sebenarnya sebab tak berjaya tembus rantai golden horn tu cuma bezanya bila dia tahu dia lemah tak tahu nak tembus macam mana dia mengadu pada Allah mintak bantuan..Doa makbul dalam 1 malam ALLAH bagi idea suruh tarik Kapal naik bukit..Memang tentera sultan al fateh ni bukan kaleng kaleng..Kalau kita Allah bagi idea suruh tarik Kapal naik ke bukit memang tak buat rasanya..Bukan 1 tapi 70 kapal..Semput..
waktu itu yang ikut berperang beratus ribu jadi tidak heran mereka boleh mengangkat kapal tersebut ,tetapi yang heran diorang buat kerja tanpa diketahui
@@mohamadabdulqhalik8617 Tentera Constantinopel memang tak perasan pun.Mereka hanya fokus pada Tentera Ottoman yang berada di depan tembok saja.Ditambah jumlah pasukan Ottoman masa mengepungan Constantinopel tu,berjumlah 100k-150k.So.....Nak tarik 70 kapal dari darat ke selat Golden Horm dengan 30ribu orang,Tentera Constantinopel takkan perasan jugak.
@@HazieqTheDestroyer Tapi itu tidak logik jugak kalau Sultan Mehmed ii dapat mengumpulkan 200k-250k pasukan hanya untuk fokus melakukan pengepungan ke Kota Konstantinopel saja.Apalagi,di Balkan Kerajaan Kristen seperti Hungary,Paus Vatikan dan Holy Roman empire boleh menyerang Ottoman yang hanya fokus ke Konstantinopel. Sultan Mehmed ii tahu kalau ancaman paling besar seperti kerajaan kristen tersebut membuatkannya harus tetap meletakkan pasukan ke wilayah Ottoman di Balkan jika Kerajaan Hungary akan menyerang.
Seronok dengar...akak pun ada beli buku Muhammad Al Fateh...dari dia kecik hingga dia dpt tawan kota konstantinople...ada buku Salahuddin Ayubi...mcm2 lg
Saya memang minat sejarah islam jadi saya suka topic ini. Speaker okay, cuma saya rasa speaker cuba cakap perlahan sikit and cerita satu per satu sebab susah nak faham. Itu sahaja. Saya suka sirah ni terima kasih!
@@mizan9232 serang macam tu ibarat macam pasangan bercinta bercubit manja. Sakitnya idak, buat bertambah mesra saja. Tengok, selepas berpuluh tahun akhirnya arobbb mengakui israel.
Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh pon tak pernah komplen bila tok guru Sultan Al Fateh tegas dalam mendidik putera baginda,kesan dari pendidikan yang tegas Sultan Muhammad berjaya menjadi Al Fateh. Zaman sekarang kalau students kena piap sikit sebab tak siap homework terus parents up ke social media jadi kes polis.
Ada cerita bang Sultan Murad II kata kt guru Al Fateh. Jangan ingat dia anak Sultan kamu takut nk rotan, kalau dia buat salah, kamu boleh rotan, kamu boleh tibai. Memang Savage la Sultan Murad II
@@izzatamir ya, selepas penaklukan Constantinople. Ada cerita kata dia ada Private Affairs dengan Commander Byzantine, Loukas Notaras waktu sepanjang kempen Penaklukan Constantinople. Ada cerita juga kalau Mehmed Al Fateh kalah, dia nk deposed Mehmed Al Fateh macam yang berlaku waktu first Mehmed Al Fateh naik takhta waktu umur 12 tahun
@@izzatamirHalil Pasha ni byk sabotaj pemerintahan Sultan Mehmed. Dia x setuju untuk pembebasan kota constantinopal kerana menurutnya Sultan terdahulu lbh berpengalaman pun x berjaya, ni kn pula Sultan muda tiada pengalaman. Halil pasha juga pnh buat Sultan mehmed turun takhta semasa sultan mehmed naik tahta pertama kali semasa usia 12 tahun. Senang cerita Sultan Mehmed dan Halil pasha mmg tidak sependapat dlm byk hal dlm urusan kerajaan dan dilihat halil pasha sebagai pengkhianat yg byk sabotaj keputusan sultan apa lg sejarah Sultan masih igt Halil Pasha pnh buat dirinya turun takhta..
Mcm nie la best..dpt ilmu tentang sejarah agama kita sendiri..ini sibuk dok borak psl hal celebrity..smpai lupa ada yg lebih penting dari kisah celebrity2 nie..xkisah la yg malaysia ke Hollywood ke..
Allah berikan kehebatan kpda mereka bertakwa yg berjihad dijalan NYA,Allah akan ilhamkan idea,Allah akan bantu kepada benda yg ajaib yg tak terlintas dek akal..
Yang dekat netflix tu x silap sudut pandang dr barat.byk gak lari..tp sejarah ni unik,kita kena tau gak dr sudut lain2 utk faham..terpulang kepada kita utk menilai.
@@fakhrulhaziq7388 series ni je yg senang nak akses..series macam Fetih 1453, Mehmed Fetihlef tak tahu kat mana nak tengok..btw yg Netflix ni dia combination antara dokumentari & drama..and production dia pun dari Turkey..so nak kata dari ambil dari side barat pun rasa macam tak..cuma Historian dalam tu yg terlibat ada yg western & ada yg Turkish sendiri.
Masa Al-Fatih nak menang perang, dia pegang ilmu fizik. Buat meriam besar untuk tembus tembok. Masa US nak menang WW2, dia pegang ilmu fizik. Buat bom nuklear untuk kalahkan musuh. Pegang ilmu sains, ilmu fizik. Bukan takat belajar ilmu agama je tanpa tahu ilmu dunia Allah ni.
Era uthmaniah ni dah x semaju Abbassiah dlm sains dan teknologi... Klu tidak x da la kena hire org bkn islam dri luar... Cuma masih pegang ekonomi, dan dah pelajari kesilapan khilafah2 sebelumnya..
Sebenarnya Sultan Ottoman iaitu Bayezid the Thunderbolt punya potensi atau perluang untuk menaklukkan Kota Konstantinopel kalau bukan sebab Timurlenk dari Parsi..Timur pie serang Ottoman dan mengalahkan Bayezid dalam Pertempuran Ankara.Bayezid berjaya ditangkap oleh Timur sampai meninggal dalam kurungan.. Masa tu,Ottoman betul-betul dalam masa kekosongan dan hampir runtuh.Tapi jadi Stabip balik sebab anak bongsu Sultan Bayezid iaitu Mehmed i berjaya naik tahta dan membuat Kerajaan Ottoman kembali stabil.
Sultan al-Fatih pernah berbisik pada laksamana hang tuah Tidak lama lagi kemungkinan kota Konstantinople akan jatuh “khalifah islam ☪️ akan jatuh” Bila khalifah jatuh maka kerajaan islam nusantara pun akan jatuh Selepas 100 tahun Allah berjanji akan datangkan seorang mujadid IMAM AL-MAHDI
@@broomStivk smua crta ad fiksyen bro... hatta kan crta berkaitan sjrah mlyu pon... xde yg 100 persent sari pati yg btul pon... mlainkan quran hadis only yg 100 persent btul
@@broomStivk x kisah lah bro.. fiksyen or not... x smua director boleh buat tepat for every single thing... jnji x de part2 yg haram,lalai dan langgar syariat.. dan kita pon boleh ambil ibrah...
Jangan laju sgt cakap tu ustaz. Saya terpaksa rewind rewind vid semata nak catch up apa yg disampaikan . Kalau boleh minta slow kan sikit penyampaian , biar santai asalkan viewer faham dan mudah nak memahami .
Setahu saya peristiwa pembebasan oleh Sultan Muhammad al Fateh tahun 1453 itu bukan seperti dimaksudkan Nabi. Konstantinople dibebaskan pada akhir zaman, tentera Islam ketika itu bersama al Mahdi. Yang jelas bukan dengan peperangan walau dengan satu anak panah pun. Sabda Nabi SAW bermaksud: "Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut? Mereka (sahabat) menjawab: 'Pernah wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq. Ketika mereka sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadis): Saya tidak tahu kecuali hal ini; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuh pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lalu mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah seseorang (syaitan) seraya berteriak: Sesungguhnya Dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali.'" (Hadis Riwayat Muslim, Kitabul Fitan wa Asyratus Sa'ah, Hadis no 2920) Harap ada penjelasan siapa Bani Ishaq seperti dlm hadis di atas. Rasanya bukan orang arab dan turki.
sama seperti janji Allah kpd nabi Ibrahim utk menjadikan keturunan nya imam bg ummat manusia, jalur dari siti sarah dan siti hajar sudah ditermakbul, cuma tggl satu isteri baginda iaitu keturah .. ,
Sebenarnya Sultan Ottoman iaitu Bayezid the Thunderbolt punya potensi atau perluang untuk menaklukkan Kota Konstantinopel kalau bukan sebab Timurlenk dari Parsi..Timur pie serang Ottoman dan mengalahkan Bayezid dalam Pertempuran Ankara.Bayezid berjaya ditangkap oleh Timur sampai meninggal dalam kurungan..
Kalau tgk gambaran secara penuh, kejayaan Al Fatih tu juga disebabkan keadaan Konstantinopel tu sendiri yg telah lemah.. Konstantinopel ditadbir oleh Kristian Ortodoks (Eastern)...100-200 tahun sebelum tu, diaorg telah diserang secara khianat oleh Kristian Katolik (Western)..
@@aliffazamiefirdausmusliadi awk ni x pernah tahu pengetahuan awam ke? Mcm tu awk tafsir? Ok la sy layankan awk, "budak umur 21 tahun pulak tu yg bagi arahan". Otak tu jgn fikir mcm org amerika sgt, benda logik pun x faham ada hati nak perbetulkan org
Tak nampak mana salahnya bercerita sejarah Islam ni. Banyak perkara yg kita boleh ambil. Tak semestinya bercerita tentang sejarah Islam, kita lupa akan apa yg jadi skrg ni.
Ouhh..Al Fateh ni rupanya ahli sufi..dia da ikut tarikat mana² tak ? bukan pa Dol, takut da puak² tak ketahuan hala p claims Al-Fateh ni pun mengamalkan zikir HUHUHU..,tak kacau 😅.. hahaha..
Hahaha.. macam tu norh ..tu bukan zikir sat lagi ada yg pi amal plak...hurmm.. Betullah tu ,lagi pun Allah SWT tak menyamai dgn sesuatu... Kalau kata Allah SWT tu berjisim maka kufur lah dia.... Pahlawan Agong tak kan nak mnjisim kan Allah SWT plak..tak gitu Dol .
@@messiahorb3000 mestilah tak, hati-hati pada yang menyesatkan sufi, sultan Al-Fateh merupakan seorang sufi, hadis Nabi menyatakan penakhluk konstantinopel adalah raja yang terbaik, takkan raja terbaik sesat, jadi fahaman mana yang pelik sekarang ni? boleh agak dah, fahaman tu pon naik disebabkan raja saudi yang didalangi oleh orang yahudi. pikir-pikirkanlah
Silap ni, kapal laut al fatih xdpt masuk bhgn tembok terlemah konstantinople iaitu dibhgn golden horn, maka tentera kristian tutup kawasan laut yg bersambung trs ke kwsn tepi bhgn tembok golden horn tu dgn rantai² besi antara bukit dan kwsn konstantinople tu so ape yg al fateh buat die pusing n rentas bukit yg dipasang rantai tu n trs sbg jln pintas utk ke golden horn (bygkan terusan suez iaitu laluan air buatan manusia utk rentas daratan, mcm tu la al fateh rentas darat tp guna method yg diilhamkan oleh allah swt) utk tembak n runtuhkan tembok terlemah bhgn tepi konstantinople tu, bkn tersekat kat tengah² dgn rantai, apolah, nk cerita sejarah jgn la terlalu gelabah beruk nk cerita mcm org pi joget pesta muda mudi, rileks² cerita br kita dpt pastikan ia adlh fakta bkn auta...al fateh tak pun ade kat kapal, die komander, die selalu brd atas darat utk bg arahan, malah pd mlm seblm die pindahkan kapal tu dlm 1 malam ke kwsn golden horn tu sbnrnya itu dh hampir² nk berputus asa dh demi utk mencapai ramalan sabda rasulullah tu tp alhamdulillah allah swt bg ilham kpd beliau utk membebaskan konstantinople...
Lebih tepatnya menaklukkan Konstantinopel dan Sultan Mehmed ii memang tak merosakkan apa-apapun dalam Kota tu dan tidak melakukan kekerasan pada penduduk Rom.
Sultan Muhammad Al-fateh atau dijuluki sebagai Mehmed the Conqurer baru membuat Ottoman menjadi kekuatan Regional paling kuat di Eropah Timur,Balkan. Ottman belum dianggap sebagai Kerajaan super masa tu kerana masih ada Holy Roman Empire sebagai Kerajaan Kristen terkuat masa tu.
@@HazieqTheDestroyer Tidak,Rom barat sudah hancur oleh selepas Visigoth atau suku² jerman yang menyerang Kota Roma.Holy Roman empire didirikan oleh orang-orang Frank bukan Rom.
"jangan kata kepada saya mustahil kalau kamu belum coba" - sultan muhammad al fatih 1453
Seronok dengar kuliah ibnurijal ni, cara penyampaian lebih santai& mudah faham.. dah mcam sembang member2
Pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh
“Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak-kanak riang di saf salat masjid-masid, maka takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu.”
Masalah kt malaysia kanak2 buat masa solat. 😅
Sekarang, kanak2 buat persembahan silat kat perkarangan masjid pun dah dilarang
@@khairykhalid7100 itu normal biasela bdk2 kan.....janji diorng dtng masjid meriahkan
Bagi sy, budak-budak main kt belakang ketika solat tu yg buat masjid jadi meriah, sy suka suasana tu.. kita seronok masa solat..
@@MrHM-my4pibetul....
Sultan yg warak dan ada pemikiran yg kritis mencarik adat, Sultan yg tidak pernah meninggalkan Solat Fardhu, Solat Rawatib dan Solat Tahajjud semenjak Baligh, Sultan yg menggabungkan ilmu keduniaan dan ilmu ukhrawi, Sultan Uthmaniyyah ke-7 yg paling terkenal kerana membenarkan hadis Nabi yg diungkapkan ketika Perang Ahzab utk membuka Konstantinopel...Bukit Galata yg menjadi tempat kelab bola Galatasaray beraksi, menjadi saksi alam 70 kapal merentas bukit dlm satu malam, yg membuka peluang Konstantinopel ditakluki, sebelumnya Al Fateh membina "Rumeli Hisari" di sebelah Eropah utk melengkapkan benteng pemerhati yg dibina sebelumnya oleh Sultan Bayezid I Yildirim di sebelah Asia yg bernama "Anadolu Hisari", Al Fateh juga byk melabur utk membesarkan angkatan laut sehingga mencapai maksimum di zamannya sehingga zaman Sulaiman I, angkatan laut Uthmaniyyah berjaya menguasai lautan Mediterranean dan Laut Hitam, Kisah Al Fateh juga dpt dikaitkan dgn sahabat Nabi, Abu Ayyub Al Ansari yg berwasiat utk dimakamkan di benteng Konstantinopel kerana mahu mendengar suara derapan kaki kuda pemimpin yg dpt membuka kota tersebut, dikatakan setiap malam Al Fateh akan melakukan analisis dan kelemahan misi pemimpin terdahulu spt Muawiyah, Sulaiman Abdul Malik, Umar Abdul Aziz, Harun Ar Rasyid, Bayezid I, Murad II...suka utk diingatkan, Rom Timur yg bermazhab Ortodoks kian melemah selepas dijarah oleh kerajaan Latin yg bermazhab Katolik pada 1202-1204 dlm siri Perang Salib ke-4 krn pemimpin Rom mungkir janji dan segala khazanah disedut hingga memiskinkan kerajaan, apabila sudah diambil semula pd 1261, sisa yg ada kurang dari sebelumnya, tinggal nyawa2 ikan sebelum mati sepenuhnya pd 1453...Pendek kata, kematian Al Fateh pd 1481 diraikan oleh pemimpin Nasrani yg lain dgn penuh riang dan pesta keramaian dirayakan selama berhari-hari kerana pada masa itu, Al Fateh dlm misi menawan Vatican di Rom, jika itu berlaku tak mustahil dunia Nasrani akan musnah sepenuhnya, ibarat kiamat besar bagi mereka
Pernah baca satu kisah lama dahulu, mungkin dah berbelas² tahun rasanya..
Kisah bagaimana tentera² bersama sultan muhammad al fateh ketika memindahkan kapal tersebut sambil mereka berzikir..
Cuba bayangkan, tentera yang jumlahnya beribu² orang, berzikir ketika memindahkan kapal.. Pasti suaranya bergema dan boleh mendatangkan ketakutan kepada musuh² islam..
Tetapi dengan kekuasaan Allah s.w.t, suara tersebut tidak didengari oleh mereka yang berada di Konstantinopel..
Kisah ini mungkin betul, atau mungkin tak..
Tetapi jika betul, boleh bayangkan betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t..
quote yg best, sempoi dan bermakna "buat kerja, the rest Allah settlekan"
Rindu nak dengar sembang santai.
Sembang santai time pkp paling terbaik
Teringat zaman sekolah cikgu dok mengajaq depan yang aku kt blakng dok baca buku konstatinopel. Time tu la aku jadikan dia idola aku
First time Ustaz Ibnu Rijal d bawa msuk dlm video ml studio,,,hope blh bawa lg pakar² Islam+sejarah+dunia dlm ml video,,,sapa x kenal Ustaz ni,,,utk pengetahuan Ustaz Ibnu Rijal merupakan penulis drama Nur beberapa tahun yg lps,,,and drama Nur tu hit kt Malaysia dulu weh!
Sultan Al Fateh pun failed sebenarnya sebab tak berjaya tembus rantai golden horn tu cuma bezanya bila dia tahu dia lemah tak tahu nak tembus macam mana dia mengadu pada Allah mintak bantuan..Doa makbul dalam 1 malam ALLAH bagi idea suruh tarik Kapal naik bukit..Memang tentera sultan al fateh ni bukan kaleng kaleng..Kalau kita Allah bagi idea suruh tarik Kapal naik ke bukit memang tak buat rasanya..Bukan 1 tapi 70 kapal..Semput..
waktu itu yang ikut berperang beratus ribu jadi tidak heran mereka boleh mengangkat kapal tersebut ,tetapi yang heran diorang buat kerja tanpa diketahui
@@mohamadabdulqhalik8617
Tentera Constantinopel memang tak perasan pun.Mereka hanya fokus pada Tentera Ottoman yang berada di depan tembok saja.Ditambah jumlah pasukan Ottoman masa mengepungan Constantinopel tu,berjumlah 100k-150k.So.....Nak tarik 70 kapal dari darat ke selat Golden Horm dengan 30ribu orang,Tentera Constantinopel takkan perasan jugak.
@@mohamadabdulqhalik8617 hampir 1 juta juga tuh
@@spy175banyak ahli Sejarawan kata tentera Sultan Muhammad II Al Fateh kira-kira dalam 200k-250k
@@HazieqTheDestroyer
Tapi itu tidak logik jugak kalau Sultan Mehmed ii dapat mengumpulkan 200k-250k pasukan hanya untuk fokus melakukan pengepungan ke Kota Konstantinopel saja.Apalagi,di Balkan Kerajaan Kristen seperti Hungary,Paus Vatikan dan Holy Roman empire boleh menyerang Ottoman yang hanya fokus ke Konstantinopel.
Sultan Mehmed ii tahu kalau ancaman paling besar seperti kerajaan kristen tersebut membuatkannya harus tetap meletakkan pasukan ke wilayah Ottoman di Balkan jika Kerajaan Hungary akan menyerang.
6:10 INI 100% buat kerja , the rest Allah akan bantu. tp orang islam arini xmcm tu...
Tuh laa pelik. Ada terfikir juga pindah 70 kapal tanpa kantoi dalam satu malam. Tp dgn bantuan ALLAH semua nya boleh
Salam.inilah salah satu perperangan tenteram islam paling lama dlm sejarah.iaitu 9bulan! Pembebasan Konstantinopel.
Seronok dengar...akak pun ada beli buku Muhammad Al Fateh...dari dia kecik hingga dia dpt tawan kota konstantinople...ada buku Salahuddin Ayubi...mcm2 lg
Saya memang minat sejarah islam jadi saya suka topic ini. Speaker okay, cuma saya rasa speaker cuba cakap perlahan sikit and cerita satu per satu sebab susah nak faham. Itu sahaja. Saya suka sirah ni terima kasih!
saya setuju dengan pendapat awak, cerita satu per satu supaya dapat faham kejadian apa yang berlaku
Klu d samakan dgn kegagalan umat Harini menakluk Palestine... Adalah sebab satu je...takde usaha...Kita berdoa Dan bertakawal je...usaha takde...
Yg ni betul.. sunni sekarang ibarat duk dalam zaman gelap.. ilmu rendah.. nak buat senjata sendiri pun dah xmampu.. sebab tu kena tindas je
satu lagi kerana tidak bersatu kalau kita bersatu
Sape cakap takde usaha. Dari dulu negara Arab dah serang Israel.
xda usaha serta terlalu cintakan dunia
@@mizan9232 serang macam tu ibarat macam pasangan bercinta bercubit manja. Sakitnya idak, buat bertambah mesra saja. Tengok, selepas berpuluh tahun akhirnya arobbb mengakui israel.
Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh pon tak pernah komplen bila tok guru Sultan Al Fateh tegas dalam mendidik putera baginda,kesan dari pendidikan yang tegas Sultan Muhammad berjaya menjadi Al Fateh. Zaman sekarang kalau students kena piap sikit sebab tak siap homework terus parents up ke social media jadi kes polis.
Ada cerita bang Sultan Murad II kata kt guru Al Fateh. Jangan ingat dia anak Sultan kamu takut nk rotan, kalau dia buat salah, kamu boleh rotan, kamu boleh tibai. Memang Savage la Sultan Murad II
Klu zmn skrg ni x boleh, nnti kene dakwa akta kanak2
@@KelanaTun tapi bukan ke Candarli Halil Pasha guru dia tu kena hukum bunuh nanti dengan Sultan Mehmed Al Fateh??
@@izzatamir ya, selepas penaklukan Constantinople. Ada cerita kata dia ada Private Affairs dengan Commander Byzantine, Loukas Notaras waktu sepanjang kempen Penaklukan Constantinople. Ada cerita juga kalau Mehmed Al Fateh kalah, dia nk deposed Mehmed Al Fateh macam yang berlaku waktu first Mehmed Al Fateh naik takhta waktu umur 12 tahun
@@izzatamirHalil Pasha ni byk sabotaj pemerintahan Sultan Mehmed. Dia x setuju untuk pembebasan kota constantinopal kerana menurutnya Sultan terdahulu lbh berpengalaman pun x berjaya, ni kn pula Sultan muda tiada pengalaman. Halil pasha juga pnh buat Sultan mehmed turun takhta semasa sultan mehmed naik tahta pertama kali semasa usia 12 tahun. Senang cerita Sultan Mehmed dan Halil pasha mmg tidak sependapat dlm byk hal dlm urusan kerajaan dan dilihat halil pasha sebagai pengkhianat yg byk sabotaj keputusan sultan apa lg sejarah Sultan masih igt Halil Pasha pnh buat dirinya turun takhta..
Mlm2 syok karaoke 😅 pagi esok tengok kapal kat seberang dah hilang😂,jengggg kepala
Mcm nie la best..dpt ilmu tentang sejarah agama kita sendiri..ini sibuk dok borak psl hal celebrity..smpai lupa ada yg lebih penting dari kisah celebrity2 nie..xkisah la yg malaysia ke Hollywood ke..
Allah berikan kehebatan kpda mereka bertakwa yg berjihad dijalan NYA,Allah akan ilhamkan idea,Allah akan bantu kepada benda yg ajaib yg tak terlintas dek akal..
Saya suka kalau cerita A, B, C, D. Kalau cerita A, B, E, D, C kemudian patah balik ke B lost focus..
penulis barat menyebut....
dialah satu²nya manusia yang melayarkan kapal2 di daratan(atas bukit)
Dekat Netflix ada satu series Rise Of Empire : Ottoman ..season 1 tu dia cerita perjalanan Sultan Mehmed Al Fateh tawan kota Konstantinopel tu
yg tu tak best lg abg.. serial mehmet fetihler sultani lg best...
@@ridzuanrahman7385 kat mana boleh tengok tu bang??
@@ridzuanrahman7385Dekat mna erkk nk tgok series tu bang???
Yang dekat netflix tu x silap sudut pandang dr barat.byk gak lari..tp sejarah ni unik,kita kena tau gak dr sudut lain2 utk faham..terpulang kepada kita utk menilai.
@@fakhrulhaziq7388 series ni je yg senang nak akses..series macam Fetih 1453, Mehmed Fetihlef tak tahu kat mana nak tengok..btw yg Netflix ni dia combination antara dokumentari & drama..and production dia pun dari Turkey..so nak kata dari ambil dari side barat pun rasa macam tak..cuma Historian dalam tu yg terlibat ada yg western & ada yg Turkish sendiri.
Terbaik abang ni
MCM cite series Viking season 4. No serang Paris. Bwk kapal Naik bukit
Masa Al-Fatih nak menang perang, dia pegang ilmu fizik.
Buat meriam besar untuk tembus tembok.
Masa US nak menang WW2, dia pegang ilmu fizik.
Buat bom nuklear untuk kalahkan musuh.
Pegang ilmu sains, ilmu fizik.
Bukan takat belajar ilmu agama je tanpa tahu ilmu dunia Allah ni.
Era uthmaniah ni dah x semaju Abbassiah dlm sains dan teknologi... Klu tidak x da la kena hire org bkn islam dri luar... Cuma masih pegang ekonomi, dan dah pelajari kesilapan khilafah2 sebelumnya..
Terbaik ustak❤
Sebenarnya Sultan Ottoman iaitu Bayezid the Thunderbolt punya potensi atau perluang untuk menaklukkan Kota Konstantinopel kalau bukan sebab Timurlenk dari Parsi..Timur pie serang Ottoman dan mengalahkan Bayezid dalam Pertempuran Ankara.Bayezid berjaya ditangkap oleh Timur sampai meninggal dalam kurungan..
Masa tu,Ottoman betul-betul dalam masa kekosongan dan hampir runtuh.Tapi jadi Stabip balik sebab anak bongsu Sultan Bayezid iaitu Mehmed i berjaya naik tahta dan membuat Kerajaan Ottoman kembali stabil.
Timurlenk bukan dari Parsi tp dari Uzbekistan .. Timurlenk ni pun Turkic jugak .
Yg tak best pasal sultan ottoman ni depa ni jenis bunuh adik beradik.
Sultan al-Fatih pernah berbisik pada laksamana hang tuah
Tidak lama lagi kemungkinan kota Konstantinople akan jatuh “khalifah islam ☪️ akan jatuh”
Bila khalifah jatuh maka kerajaan islam nusantara pun akan jatuh
Selepas 100 tahun Allah berjanji akan datangkan seorang mujadid IMAM AL-MAHDI
Cerita mcm ni lah patut di ulas...ini apa bahas cerita kartun,artis korea, semua karut...
Haritu ada talk dengan pak nasir jani,pun ade bincang pasal kisah ni
Kami mahu lagi.
Kisah kapal naik bukit konstatinopel ini adakah menjadi ispirasi kepada jalan penarikan di Bahau?
Macam dalam cerita viking tu noh.
7k lawan 200 ribu ,tentera rom 7k je tapi benteng sangat kebal sukar nk panjat dan tembusi
1st!!!!! Support Ustaz Ibnu Rijal
penghargaan patut bagi pd pembikin cerita 1453
Buku tuh best iler
omar hana dh cerita
Depa meeting nak tentukan tuhan satu atau 3
1453 masa tuh portugis belum masuk melaka lagi. Aku rasa waktu tuh orang2 melayu berdagang antara acheh, sumatera, china dan india
#100TahunMujaddid
APA NAMA MOVIE SEBAGAI RUJUKAN NI?
Layan netflix je ada citer ni
Tonton mehmet fetihler sultani....
ada tambahan fiksyen, bukan 100% ikut sejarah.
@@broomStivk smua crta ad fiksyen bro... hatta kan crta berkaitan sjrah mlyu pon... xde yg 100 persent sari pati yg btul pon... mlainkan quran hadis only yg 100 persent btul
@@ridzuanrahman7385 ada filem 100% ikut sejarah, filem Muhammad SAW.
@@broomStivk x kisah lah bro.. fiksyen or not... x smua director boleh buat tepat for every single thing... jnji x de part2 yg haram,lalai dan langgar syariat.. dan kita pon boleh ambil ibrah...
Jangan laju sgt cakap tu ustaz. Saya terpaksa rewind rewind vid semata nak catch up apa yg disampaikan . Kalau boleh minta slow kan sikit penyampaian , biar santai asalkan viewer faham dan mudah nak memahami .
Ustaz ni mmg ckp mcm ni dlm channel dia.....tp syok dgr
UA-cam kan boleh setting bagi cakap slow2.. Guna la function tu, simpel.
Setahu saya peristiwa pembebasan oleh Sultan Muhammad al Fateh tahun 1453 itu bukan seperti dimaksudkan Nabi. Konstantinople dibebaskan pada akhir zaman, tentera Islam ketika itu bersama al Mahdi. Yang jelas bukan dengan peperangan walau dengan satu anak panah pun.
Sabda Nabi SAW bermaksud: "Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut? Mereka (sahabat) menjawab: 'Pernah wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq. Ketika mereka sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadis): Saya tidak tahu kecuali hal ini; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuh pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lalu mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah seseorang (syaitan) seraya berteriak: Sesungguhnya Dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali.'" (Hadis Riwayat Muslim, Kitabul Fitan wa Asyratus Sa'ah, Hadis no 2920)
Harap ada penjelasan siapa Bani Ishaq seperti dlm hadis di atas. Rasanya bukan orang arab dan turki.
sama seperti janji Allah kpd nabi Ibrahim utk menjadikan keturunan nya imam bg ummat manusia, jalur dari siti sarah dan siti hajar sudah ditermakbul, cuma tggl satu isteri baginda iaitu keturah .. ,
Sebenarnya Sultan Ottoman iaitu Bayezid the Thunderbolt punya potensi atau perluang untuk menaklukkan Kota Konstantinopel kalau bukan sebab Timurlenk dari Parsi..Timur pie serang Ottoman dan mengalahkan Bayezid dalam Pertempuran Ankara.Bayezid berjaya ditangkap oleh Timur sampai meninggal dalam kurungan..
@@tengokjebaru6320tk habis2 dgn keturah.
2nd...
Dekat mana ye nak tahu sejarah yg macam ni ??
Tgok kuliah ustqz ibnu rijal ni tuan...kt channel jeff osama atau unais media network..siri empayar oleh ustaz ibnu rijal..atau boleh beli buku beliau
@@radhimohd9283Apa nama senarai buku2 sejarah ?
Saya suka abg cerita, tapi ada beberapa perkataan disebabkan ada dialek kedah yg saya tak faham
ayat yg mana tu
Aku org pure kl pun faham ape yg dia kata walaupun dialek kedah , basic kot
Kalau tgk gambaran secara penuh, kejayaan Al Fatih tu juga disebabkan keadaan Konstantinopel tu sendiri yg telah lemah..
Konstantinopel ditadbir oleh Kristian Ortodoks (Eastern)...100-200 tahun sebelum tu, diaorg telah diserang secara khianat oleh Kristian Katolik (Western)..
Sultan Mehmed tarik 70 kapal(galley) dalam masa 1 malam sahaja. Itu yang x munasabah, budak umur 21 tahun pulak tu
bukan die sorang oi yg tarik…. die arahkan askar die la tarik kau ni pon tu la baca sejarah lain kali
@@aliffazamiefirdausmusliadi awk ni x pernah tahu pengetahuan awam ke? Mcm tu awk tafsir? Ok la sy layankan awk, "budak umur 21 tahun pulak tu yg bagi arahan". Otak tu jgn fikir mcm org amerika sgt, benda logik pun x faham ada hati nak perbetulkan org
@@socratesii91lain kali type bagi habis ye bang/kak/cik/nek/wan
@@ahmadhaziq7575 bukan ada org bayar sy pun utk jadi cikgu sejarah, paham2 je la klau ada org tu ringkaskan
Bdk2 skang 21 tahun berhingus lagi.... Zaman dulu tu 21 dh panglima perang... Toksah compare la....
Poster boy.. kumpulan ni rupanya. Ye.. masih hidup lagi. Pagi semalam saja je pandu jauh2.
ad yg ckp mungkin kapal al fateh tu dileraikan supaya mudah dibawa menyeberangi bukit...kapal mereka menggunakan paku pasak
lagi tak logik.. leraikan pastu pindah pastu pasang balik dalam satu malam ? lagi mustahil
cerita best, tapi tak teratur😂kejap itu kejap ini. kejap timetu pastu cerita balik pula sebelumnya. hahahaha
Certain tk faham apa dia cakap. Brcakap mcm guna v12. Niat nk dgr santai², tp trpaksa rewind². Santai bang
Cukuplah sembang hal masa lalu, yang sedang berlaku kita tak buat apa - apa pun padahal setiap hari saudara kita dibunuh dengan kejam.
Tak nampak mana salahnya bercerita sejarah Islam ni. Banyak perkara yg kita boleh ambil. Tak semestinya bercerita tentang sejarah Islam, kita lupa akan apa yg jadi skrg ni.
Ouhh..Al Fateh ni rupanya ahli sufi..dia da ikut tarikat mana² tak ? bukan pa Dol, takut da puak² tak ketahuan hala p claims Al-Fateh ni pun mengamalkan zikir HUHUHU..,tak kacau 😅.. hahaha..
Lah. Hang baru tau ke ? Selidik jugak apa pegangan akidah sultan al Fateh dan sultan al Ayubi.. mereka tak berakidah jisim kan Allah
Hahaha.. macam tu norh ..tu bukan zikir sat lagi ada yg pi amal plak...hurmm.. Betullah tu ,lagi pun Allah SWT tak menyamai dgn sesuatu... Kalau kata Allah SWT tu berjisim maka kufur lah dia.... Pahlawan Agong tak kan nak mnjisim kan Allah SWT plak..tak gitu Dol .
Jadi adakah semua ahli sufi sesat?
guru alfateh sheikh aqq shamsuddin mursyid tarekat naqsyabandi
@@messiahorb3000 mestilah tak, hati-hati pada yang menyesatkan sufi, sultan Al-Fateh merupakan seorang sufi, hadis Nabi menyatakan penakhluk konstantinopel adalah raja yang terbaik, takkan raja terbaik sesat, jadi fahaman mana yang pelik sekarang ni? boleh agak dah, fahaman tu pon naik disebabkan raja saudi yang didalangi oleh orang yahudi. pikir-pikirkanlah
Silap ni, kapal laut al fatih xdpt masuk bhgn tembok terlemah konstantinople iaitu dibhgn golden horn, maka tentera kristian tutup kawasan laut yg bersambung trs ke kwsn tepi bhgn tembok golden horn tu dgn rantai² besi antara bukit dan kwsn konstantinople tu so ape yg al fateh buat die pusing n rentas bukit yg dipasang rantai tu n trs sbg jln pintas utk ke golden horn (bygkan terusan suez iaitu laluan air buatan manusia utk rentas daratan, mcm tu la al fateh rentas darat tp guna method yg diilhamkan oleh allah swt) utk tembak n runtuhkan tembok terlemah bhgn tepi konstantinople tu, bkn tersekat kat tengah² dgn rantai, apolah, nk cerita sejarah jgn la terlalu gelabah beruk nk cerita mcm org pi joget pesta muda mudi, rileks² cerita br kita dpt pastikan ia adlh fakta bkn auta...al fateh tak pun ade kat kapal, die komander, die selalu brd atas darat utk bg arahan, malah pd mlm seblm die pindahkan kapal tu dlm 1 malam ke kwsn golden horn tu sbnrnya itu dh hampir² nk berputus asa dh demi utk mencapai ramalan sabda rasulullah tu tp alhamdulillah allah swt bg ilham kpd beliau utk membebaskan konstantinople...
Lebih tepatnya menaklukkan Konstantinopel dan Sultan Mehmed ii memang tak merosakkan apa-apapun dalam Kota tu dan tidak melakukan kekerasan pada penduduk Rom.
Sultan Muhammad Al-fateh atau dijuluki sebagai Mehmed the Conqurer baru membuat Ottoman menjadi kekuatan Regional paling kuat di Eropah Timur,Balkan.
Ottman belum dianggap sebagai Kerajaan super masa tu kerana masih ada Holy Roman Empire sebagai Kerajaan Kristen terkuat masa tu.
@@spy175Holy Roman Empire tu Western Roman Empire ke?
@@HazieqTheDestroyer Tidak,Rom barat sudah hancur oleh selepas Visigoth atau suku² jerman yang menyerang Kota Roma.Holy Roman empire didirikan oleh orang-orang Frank bukan Rom.
@@spy175 HRE majoriti dari baron dan kerajaan berbangsa Jerman .Franks dah jd Kingdom of France .