kuih cek mek molek resepi tradisi yang mudah dan sedap.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 жов 2024
  • kuih cek mek molek yang mudah dan sedap. Pernah makan tak ?
    Hi semua, kali ini MALAY kitchen dan kongsi resepi berasaskan ubi keledek iaitu cek mek molek. Kali ini tanpa penggunaan telur atau pun santan. Walaubagaimana pun rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Manja tunjuk juga salah satu teknik untuk dapatkan bentuk kuih cek mek molek yang cantik.
    Resepi cek mek molek
    Bahan-bahan :
    4 biji ubi keledek (600-650gram)
    1 cawan tepung gandum
    Sedikit garam
    Gula secukupnya
    Cara-cara :
    1. Rebus keledek (dibuang kulit dan dipotong saiz kecil) sehingga ia empuk.
    2. Lenyet keledek semasa masih panas dan biarkan ia sejuk sedikit.
    3. Masukan tepung gandum dan garam, uli sehingga membentuk doh.
    4. Sapu sedikit minyak masak ditangan, dan bentuk kuih membulat. Tekan sedikit di bahagian tengah dan isikan dengan gula. Kemudian tutup kemas dan uli sedikit supaya tajam dan membujur dihujung doh seperti yang ditunjukan di dalam video.
    5. Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan dan sedikit garing.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE UA-cam kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen:
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitc...
    Tiktok MALAY kitchen :
    / malaykitchen
    Muzik oleh : Ikson
    / ikson
    #malaykitchen #kuihcekmekmolek #kuihtradisional

КОМЕНТАРІ • 42