Resepi Dodol Noxxa, warisan ibunda

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 кві 2024
  • #resepimudah #dodol #resepimelayu
    Assalamualaikum semua, episod kali ni saya kongsikan resepi dodol warisan dari orang lama. Resepi dodol versi yang ini dimasak menggunakan periuk noxxa, menjadikan resepi dodol versi ni sangat mudah dan menjimatkan masa, yang paling penting tekstur dodol yang ini sama sahaja seperti dodol warisan dulu-dulu dan pastinya mempunyai aromanya yang tersendiri..versi yang saya kongsikan ni dodol yg mempunyai rasa balance dan tidak terlalu manis...jom tengok cara penyediaannya macam mana, untuk mengetahui dengan lengkap anda boleh rujuk video resepi...
    ............................................................................
    RESEPI DODOL, WARISAN IBUNDA By Aziz Fazham
    Bahan-bahan resepi:
    500 gram gula melaka (gula nisan Kelantan)
    1 cawan jus pandan
    500 gram tepung pulut
    3 sudu besar tepung beras
    1 kg santan segar
    ½ cawan bancuhan air kopi
    500 gram gula
    1 sudu besar garam
    TIPS PENTING:
    1. Gunakan santan segar tanpa campuran air
    2. Jangan guna santan dari buah kelapa yg terlalu tua, sebab dodol akan jadi berminyak dan menyebabkan dodol tidak tahan lama dan mudah tengik
    3. Kalau nak hasil lg mantap dari segi rasa boleh gunakan gula pasir biasa tu 400 gram je pastu campur bersama 100 gram gula merah lembut, (versi ni lagi sedap cuma dari segi rasa Manis dodol ianya akan berkurang dlm 5%)
    The ingredients:
    500 gram of palm sugar
    1 cup of pandan juice
    500 gram of glutinous rice flour
    3 tablespoons of rice flour
    1 kg of fresh coconut milk
    ½ cup coffee water mixture
    500 gram of sugar
    1 tablespoon of salt
    ............................................................................
    background music
    credit: • Muzik lagu suasana har...
    Subscribe channel: @ / @azizfazham.01

КОМЕНТАРІ • 18

  • @putehyusoff8023
    @putehyusoff8023 Місяць тому +1

    Terbaik

  • @fatimahismailfatimahismail9781
    @fatimahismailfatimahismail9781 3 місяці тому +1

    Alhamdulillah tekstur dodol elok je 👍😊

  • @EfaAbdullah737
    @EfaAbdullah737 3 місяці тому +3

    Cantik kejadian dodol nya 👍👍.. jarang org muda minat bt dodol terbaik teruskan berkarya .. selalu support dah jd channel fav skrg ni 😂😂

    • @AzizFazham.01
      @AzizFazham.01  3 місяці тому

      Alhamdulillah... T.kasih byk2 terbaik 👍

  • @Anginmalam66
    @Anginmalam66 3 місяці тому +1

    My fav. Buleh cuba buat. Senang je rupanye.. 😂

  • @29722
    @29722 3 місяці тому +1

    Terbaik 👍

  • @Mk_JuE
    @Mk_JuE 3 місяці тому +2

    Done SupporT tmn ✌️

    • @AzizFazham.01
      @AzizFazham.01  3 місяці тому +1

      Alhamdulillah, T.kasih kasih byk2 😊

  • @AzminAa
    @AzminAa 3 місяці тому +1

    Terbaik dodol,, Slmat hari raya maaf zahir batin

    • @AzizFazham.01
      @AzizFazham.01  3 місяці тому

      Selamat hari raya maaf zahir batin juga bro

  • @shafiqariffinmohdsuhaimi6146
    @shafiqariffinmohdsuhaimi6146 3 місяці тому +1

    Blh try resipi ni.. cuma noxxa je tak da lg 😅

  • @nurafiqah5662
    @nurafiqah5662 3 місяці тому +1

    Cepat & mudah je guna noxxa ye..

  • @SaraHappyyy
    @SaraHappyyy Місяць тому +1

    Reply comment sy please... Tma kasih sgt2 ats resepi dodol ni ...mak sy kata resepi dodol yg ni hasil nya mmng sgt sedapp..kita org dh byk Kali bt sblum ni tang jumlah air mesti hasilnya xmemuaskan...rupanya jumlah air mmng kena btul2 ikut sukatan btul baru jd ..Cuba resepi tuan bg memang cun giler tekstur dodol , kita org siap bt open oder lg kt kg 😂😂... Utk Santan pun sblum ni xtahu plk nk cantik tekstur kena guna Santan dri kelapa xtua sgt... Mitak halalkn ye sbb kita org guna resepi ni bt niaga...

    • @AzizFazham.01
      @AzizFazham.01  Місяць тому +1

      Alhamdulillah tahniah, guna je resepi ni mmng utk dikongsikan bersama...terbaik mmng kena gunakan santan dari kelapa yg tak terlalu tua bru cantik dodol....satu lg tips kalau nk tahu lepas pada dodol masak, sahabat boleh tekan butang warm dekat periuk noxxa dan biarkan sekejap lps tu baru tuangkan ke dulang utk sejukkan, yg ni pasti akan dapat tekstur dodol yg lebih halus dan lebih lembut bila makan 😊

    • @SaraHappyyy
      @SaraHappyyy Місяць тому

      @@AzizFazham.01 thank you so much 🙆

  • @user-vn6ne7yw9u
    @user-vn6ne7yw9u 2 місяці тому +1

    Maaf bertanya...kopi yg di guna kopi apa ya.

    • @AzizFazham.01
      @AzizFazham.01  2 місяці тому

      Dlm resepi ni sy gunakan serbuk kopi che nah...