Resepi Mee Rebus Tradisi Johor Yang Sangat Mudah Sedap & Pendaram Udang Kriuk-Kriuk Ranggup

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 гру 2021
  • MEE REBUS JOHOR / MEE JAWA
    oleh Azah Kumasi
    **Resipi ini ada di dalam Buku moyang saya ‘Buku Medan Selera’ sejak awal tahun 1950an tapi ada saya ubah suai mjadi makin mudah & sedapp 😋
    • Bahan-bahannya:
    1 kilo mee kuning, dicelur air panas
    1/2 kilo daging, atau daging tetel di potong kecek (direbus hingga empuk)
    1 kg keledek, direbus dan dikisar
    1 cawan Kacang tanah di goreng di kisar (atau ganti dgn 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar)
    • Bahan kisaran:
    4-5 biji bawang merah
    1 labu bawang putih
    2 inci halia
    1 inci lengkuas (di titik)
    5 batang serai, (tepikan 2 & dititik)
    12 btg lada kering
    3 sudu besar kacang tanah yg telah di goreng (untuk pekatkan kuah dan rasa berlemak)
    ______________________________________________________________________
    3 cawan udang Geragau
    1/2 cawan udang kering, ini dua di Rendam dengan air panas di cuci & dikisar
    ______________________________________________________________________
    4 sudu makan rempah kari daging
    2 sdb kicap pekat (jika suka)
    Garam, gula secukupnya
    serbuk perasa jika suka
    Minyak untuk menumis
    _____________________________________________________________________
    • Bahan-bahan taburan tepung udang kering @ keriuk-keriuk penderam:
    - 2 cawan tepung Bestari
    - 1/2 cawan udang kering di rendam air panas cuci dan kisar
    - 2.1/2 cawan Air
    - Minyak untuk menggoreng
    • Jika tiada tepung bestari, boleh guna resipi lama ini:-
    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan udang kering, dikisar
    2 sdb air kapor
    Sedikit serbuk kunyit
    Garam
    Air secukupnya
    Minyak untuk menggoreng
    • Bahan Tambahan:
    Tauhu yang digoreng, dihiris
    Daun sup, dimayang
    Bawang goreng
    Telur rebus, dihiris bulat2
    Lada hijau, dipotong bulat
    Taugeh, dicelur
    Limau kasturi, dibelah dua
    Kicap & cuka
    • Cara Menyediakan Mi Rebus Johor:
    1. Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
    Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
    Jika menggoreng untuk penderam, adunan bancuhan tepung di laser ke tepi kuali yg telah di panas dgn minyak yg banyak.
    Tapi mengikut cara saya suka menggoreng bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
    2. Cara-cara untuk Kuah:
    Panaskan minyak dalam periuk.
    Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
    Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
    Masukkan rampah kari kacau rata
    Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar atau di leyek dgn garfu dan letal juga daging, garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
    3. Cara menghidang:
    Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
    Tuangkan kuahnya.
    Kemudian, letak tambahkan tauhu yg digoreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering. Jika suka letak sedikit kicap yg di campur sedikit cuka.
    Sedia dihidangkan
    Happy cooking.
    **Sedikit Info simpan di sini:
    Di sekitar tahun 1940an, emak saya cakap “Mee rebus Baidali (bapa kpd haji wahid) mereka bungkus menggunakan daun Upih tersangatlah sedappp dgn harumnya daun Upih!
    Kebetulan Almahrum Haji Wahid merupakan sahabat baik Almahrum Ayahanda saya, setiap hari mereka ke masjid bersama. Semoga mereka di satukan di jannah firdaus aamiin. .. emak saya pernah bertanyakan resipi, tapi resipi mereka sungguh rahsia🤫
    Mee Rebus Johor mmg terkenal dengan nama Merebus Baidali (sekrg Mee Rebus Haji Wahid & anaknya Haji Rahman pula sahabat baik kpd abg ipar di Pasar Kg Melayu sgt laris jualannya, alhamdulillah resipi keturunan mereka yang masih sama rasa.
    Untuk sebarang pertanyaan boleh DM @ follow Instagram saya: / ohazahkumasi
    WARNING: NO THIRD PARTY UPLOADS OF THIS COPYRIGHT PROTECTED VIDEO. UNLESS YOU HAVE A LICENCE. IF NOT YOUR ACCOUNT WILL RECEIVE COPYRIGHT STRIKES AND WILL BE SUSPENDED AND TERMINATED
    #MEEREBUSJOHOR #MEEREBUS #PENDARAM #pendaramudang #udanggeragau #keriukkeriukranggop #kriukkriuk #tepungbestari #masakanjohor

КОМЕНТАРІ • 14

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Рік тому +2

    Hallo Top Chef.. Recioi paling bagus, istimewah dan lengkap pada rakam video Mee Rebus atau Mee Jawa ,sebanyak 18 rakam video ini, kamu yang paling Top dan bagus dari Chef Indonesia iaitu Mee Jawa.. Sebanar Mee Rebus dan Mee Jawa adalah recipi yg sama,Asal Negara ialah Indonesia.. Jawa. ! Kerana Mee Rebus masa tumis, minyak tak boleh terlalu banyak.. Tahnia ya.. Top Chef, terima kasih. !

  • @roslinohbintiabrahim2076
    @roslinohbintiabrahim2076 Місяць тому

    Alhamdulillah..pertama kali buat mee rebus dgn resepi ini. Sangat sedap. Tq ya share semoga diberkati

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Місяць тому +1

      Alhamdulillah, terima kasih beri feedback, semoga lebih ramai yg mendpt manfaat dari resipi2 saya hampir 200 video tutorial.
      Terima Kasih juga ya Puan di atas doa. Baarakallah semoga Allah memberkahi mu juga🤲🏼

  • @kaknoraseasyrecipe9719
    @kaknoraseasyrecipe9719 7 місяців тому

    Nampak menyalerakan dan terima kasih berkongsi

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Рік тому

    From CEX Chef.. Taipei Taiwan, sekarang balik ke Negara Asal ,Penang Malaysia. !

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Рік тому

    Step pertama.. Belacheng goreng dan garam adalah step yg paling mustahak di resipi Mee Jawa atau Mee Rebus. !

  • @rubiahaziz9557
    @rubiahaziz9557 9 місяців тому

    👌👍🙏

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Рік тому +1

    Jika kamu hendak makan taraf yg lebih tinggi ,stock tambahan.. Udang lipan 15 ekur goreng dengan bawang putih 10 biji, campur air filter 500 ml, kisar, tapi dan bubuh dalam kuah Mee Jawa campur recipi kamu yg paling top, pasti Menang Asia Chef..thank u!

  • @olivemadinah
    @olivemadinah 4 місяці тому

    👏🏼👏🏼👏🏼🤍🤍🤍👍🏻👍🏻👍🏻

  • @prettykapas3723
    @prettykapas3723 Рік тому

    Resipi ini utk berapa orang makan?

  • @jamilahsulaiman6237
    @jamilahsulaiman6237 Рік тому

    Tepung bistari tu tepung gandum yer?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Рік тому

      Di video, minit ke 3.27 ada saya letak paket Bestari di sebelah besin. Harap dpt membantu.

    • @wantehmakteh8583
      @wantehmakteh8583 Рік тому

      Bnyk bahan nya...patut lah sedap yer....tkaseh puan...ingin nak cuba msk ni...