Tasbih,takbir,tahmid,tahlil itu juga sedekah (Ustaz Abd Muein)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 сер 2024
  • Daripada Abu Zarr R.A. juga, (beliau meriwayatkan), maksudnya: “Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah S.A.W berkata kpd Nabi S.A.W: Wahai Rasulullah! Orang2 kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dgn lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah S.W.T telah menjadikan bagi kamu sesuatu yg kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu sedekah, setiap kali takbir itu sedekah, setiap kali tahmid itu sedekah, setiap kali tahlil itu sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah & pada kemaluan seseorang kamupun sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.” (Riwayat Muslim)
    Orang-orang miskin sahabat Nabi cemburu kepada sahabat-sahabat yang kaya. Orang miskin zaman Nabi nak duit sebab nak sedekah. Berbeza dengan zaman kita. Lihatlah cara Nabi mendidik sahabat yang miskin. Tidak mengecewakan hati sahabat yang faqir. Bukankah Allah telah menjadikan apa yang ada pada kamu untuk sedekah. Banyak perkara boleh bersedekah. Setiap tadbih dengan lafaz سُبْحَانَ اللَّهِ pun adalah sedekah. Lagi banyak kita sebutسُبْحَانَ اللَّهِ lagi banyak kita sedekah sebenarnya. Bertakbir (اَللَّهُ أَكْبَرُ) pun adalah sedekah, bertahmid (اَلْحَمْدُ لِلَّهِ) pun adalah sedekah, bertahlil (لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ) pun adalah sedekah. Sambil2 tunggu kawan kita sebut لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ. Bila kita berilmu kita jadi jutawan akhirat. Kita suruh anak kita solat, kita dapat pahala sedekah. Kita ajak suami baca Quran pun sedekah. Walaupun hari-hari kita ajak. Tapi kena ingat kita pun kena buat. Berdosa kita suruh orang lain buat baik tapi kita tak buat. Kita pergi masjid masa khatib tengah berkhutbah kita nampak budak main game kita tegur, kita salah sebenarnya. Sebab tak boleh masa khatib tgh berkhutbah. Kita kena diam. Larang orang buat mungkar juga sedekah. Suami mendatangi isterinya dgn syahwat yg halal juga sedekah. Kerana berzina itu haram dan berdosa sedangkan yang ini halal maka dapatlah pahala. Banyak tak peluang untuk kita bersedekah? Ya. Tapi kena ada ilmu dan amalkan.

КОМЕНТАРІ •