Maulana Asri - Adakah Azan Dua Kali untuk Solat Jumaat itu Bid'ah?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 вер 2024
  • 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗜𝗗’𝗔𝗛?
    𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡: Adakah azan dua kali yang dilaungkan untuk Solat Jumaat itu bid’ah?
    𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡:
    Azan dua kali untuk Solat Jumaat itu sebenarnya berasal daripada ijtihad Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan r.a. Beliau melakukannya kerana Madinah semakin besar rentetannya bertambahnya penduduk Madinah.
    Maka, beliau menghantar muazzin untk mengumandangkan azan pada kali pertama di kawasan pasar sebelum masuknya waktu Solat Jumaat supaya orang ramai dapat mempersiapkan diri untuk Solat Juma’at. Lalu, apabila telah masuknya waktu Solat Jumaat dan khatib telah berada di atas minbar, barulah azan untuk Solat Jumaat dikumandangkan.
    Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh as-Saib bin Yazid, katanya:
    كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ الإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ ـ رضى الله عنه ـ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ عَلَى الزَّوْرَاءِ‏.
    Maksudnya: “𝘿𝙖𝙝𝙪𝙡𝙪, 𝙖𝙯𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙞𝙢𝙖𝙢 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙪𝙙𝙪𝙠 𝙙𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙢𝙞𝙣𝙖𝙧. 𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙯𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙨.𝙖.𝙬., 𝘼𝙗𝙪 𝘽𝙖𝙠𝙧 𝙙𝙖𝙣 ‘𝙐𝙢𝙖𝙧. 𝙧.𝙖.𝙝𝙪𝙢𝙖. 𝙇𝙖𝙡𝙪, 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙯𝙖𝙢𝙖𝙣 ‘𝙐𝙩𝙨𝙢𝙖𝙣 𝙧.𝙖. 𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝 𝙖𝙯𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙜𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙠𝙪𝙢𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙧.”
    [Sahih al-Bukhari (912)] @ sunnah.com/buk...
    Di dalam riwayat an-Nasa’i dan Abu Daud, terdapat tambahan lafaz:
    فَثَبَتَ الأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ
    Maksudnya: “𝙈𝙖𝙠𝙖, 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 ‘𝙐𝙩𝙨𝙢𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙥𝙪𝙣 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙠𝙚 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞.”
    [Sunan an-Nasa’i (1392) dan Sunan Abi Daud (1087)]
    @ sunnah.com/nas...
    @ sunnah.com/abu...
    Ijtihad Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan r.a. ini tidak sepatutnya dianggap sebagai bid’ah kerana Nabi s.a.w. sendiri memerintahkan kita supaya mengikut sunnah Khulafa’ Rasyidin sebagaimana sabdanya:
    أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ‏
    Maksudnya: “𝘈𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘲𝘸𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘴𝘬𝘪𝘱𝘶𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢 𝘏𝘢𝘣𝘴𝘺𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩. 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 (𝘬𝘦𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵𝘢𝘯)𝘬𝘶, 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬. 𝙈𝙖𝙠𝙖, 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙨𝙪𝙣𝙣𝙖𝙝𝙠𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙣𝙣𝙖𝙝 𝙆𝙝𝙪𝙡𝙖𝙛𝙖’ 𝙍𝙖𝙨𝙮𝙞𝙙𝙞𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙩𝙪𝙣𝙟𝙪𝙠. 𝘉𝘦𝘳𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘨𝘶𝘩𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘪𝘨𝘪𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘪𝘨𝘪-𝘨𝘪𝘨𝘪 𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯. 𝘋𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘶𝘩𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯-𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 (𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢) 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘣𝘪𝘥’𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘣𝘪𝘥’𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯.”
    [Sunan Abi Daud (4607)] @ sunnah.com/abu...
    Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. bukan sahaja memerintahkan kita supaya mengikut ijtihad Khulafa’ Rasyidin, malah baginda menamakan ijtihad mereka sebagai sunnah. Jadi, setelah Nabi s.a.w. sendiri mengiktirafnya sebagai sunnah, adalah tidak beradab untuk kita menganggap ijtihad Khulafa’ Rasyidin itu sebagai bid’ah.
    Lalu, sunnah Khalifah ‘Utsman ini pun diamalkan secara meluas sehingga hari ini kerana mempunyai beberapa kebaikan, seperti memberikan kesempatan kepada Kaum Muslimin untuk mempersiapkan diri sebelum mendengar khutbah.
    Jika azan Solat Jumaat dilakukan sekali sahaja iaitu setelah khatib berada di atas minbar dan bersedia untuk menyampaikan khutbah, besar kemungkinan ramai yang terlepas peluang untuk mendengar khutbah kerana disibukkan dengan pekerjaan masing-masing.
    Namun begitu, jika ada mana-mana pihak atau kerajaan yang mahu kembali berpada dengan azan sekali sahaja untuk Solat Jumaat sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakr dan ‘Umar r.a.huma., kita hendaklah menerimanya dengan berlapang dada kerana itulah sifat asal azan Solat Jumaat yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. dan diamalkan oleh generasi terawal umat Islam.
    Wallahu a’lam.
    ---
    𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡: www.galerimaul...
    𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢: • Maulana Asri - Adakah ...
    𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛: toyyibpay.com/...

КОМЕНТАРІ • 15

  • @n.b.ah.m.i5359
    @n.b.ah.m.i5359 Рік тому +4

    Terima Kasih Maulana.... jelas, Alhamdulillah

    • @HindariSyirik
      @HindariSyirik Рік тому

      Assalamualaikum. Pernah tak dengar mengenai mimpi Muhammad Qasim? Yang Allah Swt dan rasulullah saw ratusan kali hadir dalam mimpinya memberikan informasi mengenai akhir zaman. Di dalam mimpi Muhammad Qasim bin Abdul Kareem pertolongan Allah Swt takkan tiba selagi tidak menjauhkan diri daripada segala bentuk kesyirikan.
      Qasim mendapat mimpi daripada Allah Swt berupa pesanan kepada umat akhir zaman mengenai cara menjauhkan syirik di zaman moden, bagaimana kebangkitan islam berlaku, khabar berita dan peringatan mengenai pelbagai peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman, pemberitahuan bahawa kita adalah generasi terakhir dari umat Nabi Muhammad saw.
      Di dalam mimpi Qasim, dia melihat ketika islam sejati Nabi Muhammad saw tersebar ke seluruh dunia maka umat islam akan bersatu kembali tanpa memandang ras dan suku serta warna kulit. Umat islam juga menghapus rasisme dan diskriminasi. Ketika Pakistan menghapus syirik dan bentuknya kemudian Allah Swt membantu Pakistan dan Pakistan mulai tumbuh. Setelah itu Pakistan menjadi negara yang damai dan banyak muslim di seluruh dunia bermigrasi ke Pakistan dan membantu menyebarkan islam sejati Nabi Muhammad saw dan seluruh muslim akan hidup seperti satu tubuh. Non muslim juga turut berhijrah ke Pakistan di masa damai dan muslim melindungi dan menjaga mereka. Allah Swt juga mengatakan di dalam mimpinya "Qasim! Mimpi anda tidak hanya untuk Pakistan, mimpi anda adalah untuk seluruh umat manusia dan seluruh dunia".
      Di sini saya kongsikan satu mimpi Muhammad Qasim bin Abdul Kareem.
      Melindungi Rumah Nabi Muhammadﷺ
      28/09/2015
      بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
      As-Salaam Alaikum
      Aku berjalan ke suatu tempat di kegelapan malam, namun aku tidak tahu harus pergi ke mana. Saat aku terus berjalan, aku melihat di bawah langit terbuka Nabi Muhammad ﷺ sedang berbaring di atas tempat tidur. Aku segera berlari menjumpai Beliauﷺ dan duduk di sebelah tempat tidurnya. Aku bertanya kepada Beliauﷺ: “Mengapa engkau berbaring di sini dan tidak tidur di dalam rumah? Lalu Nabi Muhammadﷺ menjawab: “Rumah yang mana nak? Rumah yang kubuat telah diambil alih oleh beberapa orang dan orang-orang yang berada di dalamnya telah melarikan diri dalam bentuk kelompok. Orang-orang Jahat yang telah mengambil alih rumahku telah merusaknya dengan parah."
      Untuk pertama kalinya dalam hidupku, aku melihat ke dalam mata Nabi Muhammadﷺ. Saat mataku menatap mata Nabi Muhammadﷺ, mataku seperti terjebak dan tidak bisa berpaling. Aku merasa seolah-olah Allahﷻ telah memenuhi mata Beliauﷺ dengan Cahaya-Nya, dan ini merupakan momen yang sangat luar biasa bagiku. Aku melihat mata Nabi Muhammadﷺ basah.
      Nabi Muhammad ﷺ berkata kepadaku: “Anakku, bebaskan rumahku melalui pertolongan Allahﷻ dari orang-orang itu, dan bangun kembali rumahku. Pimpin umatku dan satukan mereka semua menjadi satu umat lagi, sehingga rumahku kembali dihormati di dunia seperti sebelumnya. Jangan takut karena Allahﷻ bersamamu, Dia akan membantumu dalam setiap kondisi. Kamu adalah anakku dan tidak mungkin Rahmat Allahﷻ tidak diberikan kepada anakku". Aku melihat ke dalam mata Nabi Muhammadﷺ yang basah dan mengatakan: “Tidak peduli betapa berbahayanya pekerjaan ini, aku akan melakukan pekerjaan ini untuk Nabi Muhammadﷺ dengan bantuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setelah mendengar ini, Mata Nabi Muhammadﷺ dipenuhi dengan kebahagiaan dan Beliauﷺ mulai memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala: "Ya Allahﷻ tolonglah anakku".
      Lalu aku pergi dari sana dan Cahaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala menunjukkanku jalan menuju rumah Nabi Muhammadﷺ. Ketika aku sampai disana, aku berkata pada diriku sendiri: "Qasim ini adalah rumahmu sendiri." Kemudian aku melihat beberapa orang bersenjata di atap rumah yang sedang berjaga agar tidak ada orang lain yang masuk. Tiba-tiba aku melihat cahaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala lagi di jari telunjuk tangan kananku. Dengan cahaya Allahﷻ ini, aku menghancurkan mereka. Kemudian aku masuk ke dalam rumah dan melihat bahwa seluruh rumah telah berubah menjadi gua. Aku sangat sedih, lalu aku mencari orang muslim dan berpikir di mana mereka semua? Bagaimana aku akan memanggil mereka. Kemudian aku mengucapkan: "Allahu Akbar, Allahu Akbar." Beberapa orang mendengar suaraku dan berkata: "Siapa yang mengangkat suaranya di rumah Nabi Muhammadﷺ?" Lalu tiba-tiba aku terbangun dan mimpi berakhir disana.
      والسلام علیکم ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
      Wallahualam.

  • @en.durianshaari1491
    @en.durianshaari1491 Рік тому +2

    Puas hatilah dengar ... Terima kasih ustaz ... 😊

  • @abbaabbas6491
    @abbaabbas6491 Рік тому +5

    Mungkin yang dimaksud kan Azan dua kali bida’ah itu. ialah dinegara kita Azan dua kali dilaku kan yang pertama sesudah masuk waktu dhzur dan yang kedua ketika Imam naik mimbar.sebab nya para sahabat2nya(RadhiAllahu Anhu)buat yang pertama sebelum masuk waktu solat dan yang kedua sesudah masuk waktu solat ia itu setelah Imam naik mimbar. Wallahua’alam Bishshawab Bi idznillahi

    • @bai7201
      @bai7201 Рік тому +1

      Yg patut dibahadjan adalah waktu kedua² azan jumaat itu dikumandangkan.. dizaman sahabat dan khulafa al-rasyidin azan pertama dikumandangkn sebelum masuk waktu (menepati tujuan nya utk memberi peringatan awal sebelum masuk waktu sebenar bertepatan spt yg maulana asri jelaskan) dan azan kedua dikumandangkan sbg tanda masuknya waktu solat jumaat dan dimulakn dgn khutbah jumaat sebaik shj azan tanda masuk waktu itu tamat (tidak ada solat sunat qabliah jumaat yg dibuat dizaman itu).. berbeza dgn apa yg diamalkan sekarang dimana azan pertama dikumandangkan bila masuk waktu solat diikuti dgn solat qabliah jumaat dan azan kedua dikumandangkan (tanpa pembesar suara luar sedangkan tujuan azan adalah utk memanggil jemaah utk segera ke masjid) dan diikuti dgn khutbah jumaat.. kan berbeza dgn apa yg ditunjukkan oleh sahabat di zaman khulafa al-rasyidin..

  • @izzatzakwanzahari1646
    @izzatzakwanzahari1646 Рік тому

    Alhamdulillah

  • @farizbasri3531
    @farizbasri3531 Рік тому

    Alhamdulillah.. terbaik penjelasan ini.. banyak masyarakat islam yg belum tahu atau lupa hadith ini yg merupakan perintah Rasulullah SAW.
    Disamping itu, memang tidak wajar ada mazhab hari ini yg ingin menyatakan sesat terhadap apa yg dilakukan khulafa Urasyidin, kerana khulafa Urasyidin berguru terus dengan Rasulullah. Secara logik akalnya, pasti pengetahuan khulafa Urasyidin lebih jauh dari kita, jangan berasa hebat atau lebih pandai dari mereka.

    • @fahlvfaust677
      @fahlvfaust677 3 місяці тому

      Assalamualaikum..bole sye tahu mazhab mana yg kata begitu kpd sahabat besar kalifah umat yg tlh diberi pertunjuk itu oleh Allah dan Rasul? Klu benar,sgt berat perkataan mgatakn apa yg dilakukan oleh Abu bakr, umar, ustman dan Ali radhiyallahu anhum ajmain sbg sesat??? Itu sahabat besar nabi saw, yg paling afdal selepas nabi saw. Bab tuduh2 sahabat ra ni bukan benda kecil, mereka itu sahabat nabi saw, yg lebih faham islam dari kita smua, lbih fhm isi Al Quran dan sunnah nabi saw dan merekalh yg paling myintai Allah dan RasulNya Muhammad saw. Jika benar, ini tuduhan yg sgt berat, sahabat ni bkn bnde main2. Allah sendri redha kpd para sahabat ra ( qs at taubah ayt100).

    • @MrAkeiyVloggers
      @MrAkeiyVloggers Місяць тому

      ​@@fahlvfaust677Sahabat Nabi memang ada buat perkara baru selepas wafatnya Nabi. Tapi bukan dalam Ibadah. Hanya dalam isyarat dan sesuatu yang penting. Contoh Azan 2 Kali di Zaman Saidina Uthman. Dan membukukan Al Quran di zaman Saidina Abu Bakar. Dan menetapkan 1 penggunaan bahasa/loghat dalam membaca Al Quran dan menulis di Kitab Al Quran di zaman Saidina Uthman.
      Mereka bukan cipta Ibadah baru. Tapi benda yang penting. Zaman Nabi takda kepentingan nak buat semua tu sebab wilayah kawasan orang Islam tak luas, dan penghafal Al Quran ramai. Tapi bila masuk zaman Khalifah Abu Bakar, Jajahan wilayah Umat Islam dah semakin membesar dan penduduk semakin padat dengan datangnya orang asing yang menetap dikawasan tu. Jadi ada kepentingan untuk adakan Azan 2 kali semasa Solat Jumaat ( Sebab Waktu untuk Solat Jumaat singkat ).
      Masuk zaman Khalifah, ramai Sahabat² Nabi yang menghafal Al Quran dan Hadith dah start berkurangan. Ada yang syahid, ada yang berhijrah musafir di negeri lain. Jadi ada keperluan untuk dibukukan Al Quran agar orang Islam dimasa akan datang dapat membaca dan mengetahui Al Quran Kalam Allah.
      Zaman Saidina Uthman menetapkan penggunaan 1 bahasa atau loghat agar dapat dikekalkan. Sebab pada zaman Nabi, ayat² diturunkan tak sama lenggok bacaan dan tatabahasa atau loghat. Dia berbeza. Sebab tu masuk je zaman Saidina Uthman, beliau perintahkan bakar Al Quran versi loghat atau tatabahasa lain, dan kekalkan 1 loghat saja iaitu yang kita gunakan sekarang sebab Saidina Uthman taknak Ummat Islam berpecah dan boleh terjadi contradict di masa akan datang. Jadi dengan cara kekalkan 1 bahasa atau loghat dapat memberi jaminan yang Al Quran tak boleh contradict. Tak macam Kitab Bible. Banyak kontradik. Sebab dituliskan dalam pelbagai bahasa selepas Nabi Isa di angkat ke langit.
      So paham tak sekarang? Mereka bukan buat bidaah macam orang zaman kita buat. Buat bidaah yang takda keperluan langsung. Tapi zaman Sahabat mereka boleh buat atas keperluan penting. Berbeza tu. Lagi pon yang buat tu adalah dari kalangan 10 Ahli Yang Telah Dijamin Masuk Syurga.

  • @norzianitehman1256
    @norzianitehman1256 Рік тому

    Uthman r.a itu sebaik baik pemimpin bagus mengadaikan kepentingan diri samalah dengan hassan r.a,kalau sahabat ada sebablah itu

  • @8211mat
    @8211mat 2 місяці тому

    Sidina Othman buat binaan atas kubur macam mana ya

  • @twitteringothers5059
    @twitteringothers5059 9 місяців тому

    Jadi pendirian Salafi berkaitan takrifan bid'ah apa sebenarnya ?
    Bukankah bid'ah itu sesuatu yang Rasulullah saw TIDAK BUAT atau AJARKAN ?
    Maulid dikatakan bid'ah atas sebab diatas. Bacaan Yassin pada malam Jumaat dikatakan bid'ah atas sebab diatas.
    Tetapi kenapa pulak azan kedua yang dibuat oleh Sayyidina Uthman tidak dikira bid'ah sebab Rasulullah saw juga tidak mengajarnya ?
    Nampak tidak KETIDAKTULUSAN Salafi dalam bab bid'ah ini ?
    Ini jelas adalah kontrakdiksi.
    Mohon pencerahan.

    • @8211mat
      @8211mat 2 місяці тому

      Biadah lah tu masuk neraka jugak

    • @MrAkeiyVloggers
      @MrAkeiyVloggers Місяць тому

      Baca ni. Penat aku taip.
      Sahabat Nabi memang ada buat perkara baru selepas wafatnya Nabi. Tapi bukan dalam Ibadah. Hanya dalam isyarat dan sesuatu yang penting. Contoh Azan 2 Kali di Zaman Saidina Uthman. Dan membukukan Al Quran di zaman Saidina Abu Bakar. Dan menetapkan 1 penggunaan bahasa/loghat dalam membaca Al Quran dan menulis di Kitab Al Quran di zaman Saidina Uthman.
      Mereka bukan cipta Ibadah baru. Tapi benda yang penting. Zaman Nabi takda kepentingan nak buat semua tu sebab wilayah kawasan orang Islam tak luas, dan penghafal Al Quran ramai. Tapi bila masuk zaman Khalifah Abu Bakar, Jajahan wilayah Umat Islam dah semakin membesar dan penduduk semakin padat dengan datangnya orang asing yang menetap dikawasan tu. Jadi ada kepentingan untuk adakan Azan 2 kali semasa Solat Jumaat ( Sebab Waktu untuk Solat Jumaat singkat ).
      Masuk zaman Khalifah, ramai Sahabat² Nabi yang menghafal Al Quran dan Hadith dah start berkurangan. Ada yang syahid, ada yang berhijrah musafir di negeri lain. Jadi ada keperluan untuk dibukukan Al Quran agar orang Islam dimasa akan datang dapat membaca dan mengetahui Al Quran Kalam Allah.
      Zaman Saidina Uthman menetapkan penggunaan 1 bahasa atau loghat agar dapat dikekalkan. Sebab pada zaman Nabi, ayat² diturunkan tak sama lenggok bacaan dan tatabahasa atau loghat. Dia berbeza. Sebab tu masuk je zaman Saidina Uthman, beliau perintahkan bakar Al Quran versi loghat atau tatabahasa lain, dan kekalkan 1 loghat saja iaitu yang kita gunakan sekarang sebab Saidina Uthman taknak Ummat Islam berpecah dan boleh terjadi contradict di masa akan datang. Jadi dengan cara kekalkan 1 bahasa atau loghat dapat memberi jaminan yang Al Quran tak boleh contradict. Tak macam Kitab Bible. Banyak kontradik. Sebab dituliskan dalam pelbagai bahasa selepas Nabi Isa di angkat ke langit.
      So paham tak sekarang? Mereka bukan buat bidaah macam orang zaman kita buat. Buat bidaah yang takda keperluan langsung. Tapi zaman Sahabat mereka boleh buat atas keperluan penting. Berbeza tu. Lagi pon yang buat tu adalah dari kalangan 10 Ahli Yang Telah Dijamin Masuk Syurga.

  • @iliasmohdjamin9940
    @iliasmohdjamin9940 Рік тому +1

    Persoalan bidaah ni, kena rujuk pd puok puok wahabi.
    Jika wahabi kata bidaah, maka bidaah.
    Jika wahabi kata tidak bidaah, maka tidak bidaah.