Tapai Pulut Dengan Aiskrim Vanila | Resepi Mak Tanpa Pantang Larang

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 жов 2024
  • Sempena hari jadi ibu saya yang ke-90 tahun, saya tujukan video ini untuk emak saya iaitu Cikgu Hajjah Zainon Bte Haji Mohd Noh sebagai amal jariahnya. Semoga emak selalu sihat, tenang & bahagia di usia ini. Amin.
    [TAPAI PULUT DENGAN AISKRIM VANILA]
    oleh Azah Kumasi (resepi mak, takde pantang larang)
    Hukum Memakan Tapai: • Hukum Memakan Tapai | ...
    • BAHAN-BAHAN:
    1 kg beras pulut
    1 keping ragi (sebesar syiling 50 sen)
    1 - 2 sudu gula pasir
    (ikut size ragi kerana gula adalah makanan yeast, boleh tonton video saya buat Air Kombucha juga tentang yeast di link • Cara buat Air Cendawan... )
    • CARA-CARANYA:
    1) Beras pulut dikosek dgn air hingga jernih! Kemudian di rendam 1-2jam. Taknak rendam pun boleh.
    Kemudian kukuslah pulut ini 10 minit tanpa air.
    Keluarkan pulut di bekas lain kemudian di arun-arun kan pulut dgn 1 - 2 cawan air, gaul-gaul jgn sampai penyek, saya guna air tapis.
    Kemudian tanak pulut lagi dlm kukus anggaran 10-20minit atau sehingga pulut masak tanpa ada jelatah (beras mentah, Mak pesan jangan separuh masak ya, nanti sakit perut!) sebab ada resipi mereka masak pulut separuh mentah sebab ragi itu panas boleh masak pulut itu mereka 🤷🏻‍♀️
    Setelah pulut masak, letak lah atas dulang dan sejuk kan dalam talam sehingga betul-betul sejuk.
    2) Setelah pulut sejuk. Taburkan rata-rata serbuk ragi ke atasnya. Kemudian bolehlah di bungkus dgn daun pisang, daun getah atau bekas dadih yang kecil!
    Saya masak utk pencuci mulut keluarga saja, hanya letak dalam bekas biasa.
    3) Ambil sehelai kain hitam, kain batik atau apa2 kain yg ada dan bungkus bekas tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 2 hari di dalam tempat gelap!
    4) Bila tapai sudah menjadi, bekas akan rasa panas dan bau tapai akan semerbak dan ia akan mengeluarkan air yg manis.
    Keluarga saya suka makan tapai ubi/pulut dengan ais cream vanilla sebagai dessert yang lengkap! 🍨
    Selamat menapai!
    • NOTA:
    Jgn di minum berlebihan air tapai semasa baru menjadi, kerana di khuatiri mabuk 😇
    Ada rakan saya suka makan tapai pulut dgn kelapa parut di gaul dgn garam sikit, yummy.. cubalah 💁🏻‍♀️
    Di zaman dahulu tapai di ikat dgn kain batik bertujuan utk mengelakkan dari di buka oleh sesiapa sebab hanya orang yang ikat saja yg tahu hari keberapa tapai itu akan memjadi tapai .. bila ikatan kain batik terlerai, itu tandanya tapai sedia di makan. (Kerana zaman dahulu tiada group whatsapp untuk pesan-pesan jangan di buka 😅)
    Follow my Instagram: / ohazahkumasi
    #TAPAI #TAPAIPULUT #PULUT #tapaiubi #beraspulut #pulut #ubi #fermentedstickyrice
    #fermentedglutinousrice #glutinousrice #desserts #pencucimulut
    Untuk sebarang pertanyaan boleh DM @ follow Instagram saya: / ohazahkumasi
    WARNING: NO THIRD PARTY UPLOADS OF THIS COPYRIGHT PROTECTED VIDEO. UNLESS YOU HAVE A LICENCE. IF NOT YOUR ACCOUNT WILL RECEIVE COPYRIGHT STRIKES AND WILL BE SUSPENDED AND TERMINATED

КОМЕНТАРІ •