Terminal Kuantan -Putrajaya Sentral -Dengkil - KLIA -Airport Dubai -Airport Madinah - Kota Madinah 🚌

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 гру 2024
  • Alhamdulillah...
    Perjalanan musafir yang jauh.....
    Dari Terminal Sentral Kuantan (TSK) naik bas Mayang Sari ke Putrajaya Sentral sebelum sampai rumah mak di Dengkil.
    Selepas 2 hari saya di Dengkil, kami berlima mulakan perjalanan ke Kota Madinah. Seawal 4.30 pagi kami telah menuju ke KLIA, iaitu 5 jam sebelum flight ke Airport Dubai untuk transit ke Madinah. Setelah kami solat subuh di Airport, kami menaiki kapal terbang Emirates pada pukul 10 pagi.
    Penerbangan yang lancar dan makanan yang sedap semasa penerbangan, alhamdulillah... Perjalanan mengambil masa lebih 6 jam sebelum sampai ke Airport Dubai.
    Setelah sampai di Airport Dubai, kami terus daftar masuk untuk penerbangan seterusnya iaitu menuju ke Airport Madinah (Price Mohammed Bin AbdulAziz International Airport). Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Sampai di Airport Madinah petang, lebih kurang pukul 4 lebih dan terus solat jamak ta'hir zohor dan asar.
    Setelah selesai kumpulkan semua luggage, kami menaiki bas menuju ke Hotel Nusk Al Eman di Madinah yang memakan masa lebih kurang sejam. Hotel tersebut terletak 50 m dari perkarangan Masjid Nabawi. Alhamdulillah kami check in, solat dan berehat. Sampai bilik hotel lebih kurang jam 7.15 malam, 7.32 malam dah Isyak di Madinah...akan bersambung ☺️
    Maaf jika pening tengok ada video bergoyang 🤭😬, maklumlah bukan pro 😀
    Simpan sini sebagai kenangan terindah...
    #kalipertamanaikkapalterbang
    #kalipertamaperginegaralain
    #pertamakalitinggalkansuamidananakanak
    #bersamamakdanadik4orang
    #azzuhratravel #safwah+Dubai
    #part1

КОМЕНТАРІ •