Ziarah sekitar Kota Taif...
Вставка
- Опубліковано 26 гру 2024
- Taif (Arab: الطائف, aṭ-Ṭā’if) terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Memandu dari Jeddah mengambil masa 2 jam, dari Makkah 60km jaraknya.
"Musim sejuk di Makkah adalah nikmat, manakala tempat musim panas adalah di Taif." - Demikian kata-kata seorang penyair menggambarkan Taif sentiasa menjadi tumpuan ketika suhu membahang mula dirasai di bumi Al-Haramain.
Taif yang suatu ketika terkenal dengan gelaran 'Kebun Kota Makkah' kerana menjadi satu-satunya sumber pertanian bagi Makkah ketika itu, terus menjadi sebuah daerah terpenting untuk sektor pertanian Arab Saudi.
Bandar terletak di dataran timur pergunungan Sarwat pada ketinggian 1,700 hingga 2,500 meter dari aras laut, di barat Arab Saudi dan menjadi bandar terhampir dengan kota suci Makkah, dihubungkan dengan dua jalan utama, Jalan Al Hada sepanjang 68 kilometer (km) dan Jalan Al Sail Al Kabir 90km.
Menyingkap sejarah Taif, Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan Makkah dengan sumber rezeki yakni buah-buahan.
Lantaran doa Baginda, Taif memperoleh keberkatan tanah yang subur dengan buahan-buahan sehingga digelar Kebun Kota Makkah suatu ketika dahulu.
Meskipun sebahagian besar Taif diliputi kawasan berbatuan, tanahnya tetap subur dan terkenal dengan produk pertanian termasuk kurma, delima, anggur, buah zaitun dan buah tin.
Kebanyakan syarikat pengendali umrah menawarkan Taif sebagai destinasi kunjungan, sama ada jemaah dibawa menginap satu malam atau sekadar kunjungan harian. Tidak lengkap rasanya jika tidak merasai suhu di bumi Taif, ala-ala Cameron Highlands di tanah air.
Taif dikatakan menjadi destinasi pilihan jemaah sejak 2010 atau mungkin lebih awal lagi dan selepas itu, ia seolah-olah menjadi destinasi 'wajib' ditawarkan dalam pakej umrah.
Kebanyakan syarikat pengendali umrah menawarkan kunjungan ke Taif selepas jemaah selesai menunaikan umrah dan menziarahi kota suci Madinah, namun ada juga yang menawarkan Taif sebagai destinasi pertama sebaik menjejakkan kaki di Jeddah.
Sebelum memasuki kota suci untuk menunaikan umrah, jemaah dibawa ke Masjid Qarnul Manazil yang menjadi tempat miqat.
Sebagaimana suburnya tanah, Taif dikenali sebagai "Bandar Mawar" tempat syurganya keindahan dan keharuman bunga spesies itu. Terdapat puluhan kilang yang antara menghasilkan produk minyak wangi berkualiti tinggi, air bunga mawar dan sabun.
Lebih menarik pengunjung berpeluang melihat proses penghasilan minyak wangi secara tradisional serta moden.
Taif juga terkenal dengan produk madu, khususnya madu bunga selain madu yang diimport daripada pelbagai negara antaranya Yaman yang sering menjadi tumpuan jemaah.
Pun begitu Taif bukan sekadar terkenal sebagai destinasi pelancongan, bahkan ia juga menyimpan episod duka Rasulullah SAW dalam perjalanan dakwah Baginda. Bagi melengkapi perjalanan ibadah di Tanah Suci, Taif adalah lokasi tepat untuk jemaah menelusuri sirah Badinda.
Peristiwa ini berlaku ketika Baginda kehilangan dua pelindung iaitu isteri tercinta, Saidatina Siti Khadijah RA yang digelar sebagai Ummul Mukminin dan bapa saudara, Abu Talib.
Wafatnya kedua-dua individu disegani itu membuatkan kaum Quraisy semakin berani menentang dan mengganggu Rasulullah SAW sehingga Baginda membuat keputusan untuk berdakwah ke Taif.
Namun penduduk Taif bukan sahaja melakukan penolakan kepada dakwah Rasulullah SAW, bahkan mereka memperlakukan Baginda dengan kasar.
"Mereka mengumpul kanak-kanak dan mengarahkan mereka melontarkan batu-batu kepada Baginda sehingga berlumuran darah dari hujung kepala hingga ke kaki.
"Dalam keadaan seperti itulah Rasulullah SAW kembali dari bandar Taif. Dalam perjalanan pulang, Baginda menjumpai suatu tempat yang dirasa aman dari kejahatan orang-orang Taif, maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT.
"Rasulullah SAW memanjatkan doa sehingga Jibril AS datang bersama malaikat penjaga gunung dan menawarkan untuk menghempap penduduk Makkah. Akan tetapi, mulianya hati Rasulullah SAW, Baginda tetap berdoa untuk kebaikan supaya memunculkan dari kalangan mereka sendiri keturunan yang akan menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun"...#cnpgoogle
#azzuhatravel
#safwahDubai
#part9