[VIDEO KHAS] HARI POLIS KE-214: PDRM - TERUSKAN PERJUANGANMU!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 бер 2021
  • [VIDEO KHAS] HARI POLIS KE-214: PDRM - TERUSKAN PERJUANGANMU!
    Sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-214 yang akan disambut esok, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) membawakan kepada anda video khas wira-wira Sang Saka Biru.
    Di usia sematang ini, pelbagai onak dan duri telah warga PDRM tempuhi seiring dengan perubahan senario politik, ekonomi dan sosial demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara. Baik di desa mahupun di kota, warga PDRM akan sentiasa bersiap siaga merentasi daratan, lautan dan udara bagi memastikan keamanan negara kekal terpelihara.
    Biarpun nyawa menjadi taruhan, keselamatan rakyat menjadi keutamaan. Terima kasih rakyat Malaysia atas segala sokongan, kepercayaan dan kerjasama kepada kami selama ini.
    Marilah kita menitipkan doa semoga tanah air tercinta ini kekal selamat, aman dan harmoni selamanya.
    Selamat Menyambut Hari Polis ke-214 tahun 2021!
    Sedia Berkhidmat!
    PDRM - Teruskan Perjuanganmu!
    #HariPolis214
    #PolisDirajaMalaysia
    #RoyalMalaysiaPolice
    #PDRM
    #RMP
    #25032021

КОМЕНТАРІ •