film MAT KILAU (di balik layar)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 31 гру 2024

КОМЕНТАРІ •

  • @didiharyadi1613
    @didiharyadi1613 2 роки тому +572

    Saya dari indonesia dari suku melayu juga jangan sampai melayu hilang ditelan bumi, semoga kita indonesia dan malaysia tetap bersatu

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  2 роки тому +12

      Aok wak

    • @korn79arjuna
      @korn79arjuna 2 роки тому +10

      lanjutkan!

    • @nornani2178
      @nornani2178 2 роки тому +22

      Harap pengorbanan Mat kilau menjadi pembakar semangat generasi muda untuk berjihad Takbir

    • @zamizi
      @zamizi 2 роки тому +11

      Sgt wajib bersatu hati nusantara bangkit

    • @mysticstylez811
      @mysticstylez811 2 роки тому +10

      Hidup nusantara! ✊

  • @zamiliafandi5551
    @zamiliafandi5551 2 роки тому +542

    Mat kilau ni pahlawan yg unik.
    Berbeza dari pahlawan2 melayu yg lain..
    Beliau bijak menyusun strategi,,
    Tidak mati di tangan penjajah..
    Licik..sehinggakn pihak British susah nk tangkap..
    Pandai teknik serang hendap & perang gerila..
    Bijak dlm penyamaran dan risikan..
    Tidak melakukan serangan secara membuta tuli..
    Pandai bersembunyi sehingga sukar di kesan musuh..
    Mahir silat & ilmu kebatinan..
    Ini hasil kajian saya dari buku2 dan sumber maklumat tentang Mat kilau..

    • @MrRydoone
      @MrRydoone 2 роки тому +17

      Dlm cerita ni mat kilau berperang pakai keris dan lembing ke? Dlm buku mat kilau sendiri dia sendiri kata berperang dgn British pakai senapang..buatan Melayu dan Uthmaniyyah..kalau filem ni kita berperang pakai keris memang larilah dari sejarah sebenar

    • @AnakAntoPenang
      @AnakAntoPenang 2 роки тому +30

      @@MrRydoone abg tengok dulu movienya..abg akn faham..bg sy..jln cerita ada lari sikit .mgkin untuk mencantikkan jln cerita..tp mesejnya sampai..☺️

    • @ebalvyper
      @ebalvyper 2 роки тому +20

      @@MrRydoone kadang sejarah pon kita xboleh hadam 100% sbb ade jugak fakta yg telah di manipulasi/twist, tapi mesej yg nk dismpaikan dlm crita ni kita kena hadam, sbb ini adalah fakta mengenai pejuangan pahlawan melayu di pahang

    • @Aduka-tu4sz
      @Aduka-tu4sz 2 роки тому +48

      @@MrRydoone kena tahu beza filem dengan sejarah.. filem bukan sejarah.. filem kalau ikut sebijik sebijik dalam buku sejarah penonton akan tidur dalam panggung.. filem hollywood pun tak ikut 100% sejarah.. nak lebih dalam membaca bukan dengan tengok filem tahu semua pasal sejarah... filem tidak akan mengubah apa tentang sejarah tapi untuk menarik penonton untuk lebih mendalami sejarah..

    • @MrRydoone
      @MrRydoone 2 роки тому

      @@Aduka-tu4sz kan dia kata adaptasi.. maksudnya di lakonkan semula tak kata suruh 100% cukup point penting.. pun DH okay identiti sebenar beliau . mcamana perjuangan beliau bermula..jelas dia mengaku 50% adaptasi 50% fiksyen..fantasi..kenapa beliau menentang British pun DH salah mcmna org nak kenal siapa beliau.. buat MCM Ipman bukan semua betul pun .tetapi identiti dan perjuangan beliau sama dengan kisah sebenar ..ini semuanya jelas banyak lari dari sejarah sebenar.. sepatutnya tulis situ imaginasi dan fantasi .tiada kaitan dengan tokoh bernama Mat kilau..

  • @rini_aml
    @rini_aml Рік тому +6

    bang samsul emang bener2 best klo bikin film dari munafik karak mat kilau dan banyak lain lagi, udah main film sampai produser omg suka saya suka nonton film dari bang samsul keren semua, salam dari indonesia 🇮🇩

  • @merengsanjana7981
    @merengsanjana7981 5 років тому +329

    Kalau syamsul yang mengarah, memang takkan mengecewakanlah filem ni.

    • @sibarabong4153
      @sibarabong4153 5 років тому +5

      Setuju

    • @95rookie102
      @95rookie102 5 років тому +5

      Betul bro

    • @rurounikenshin3573
      @rurounikenshin3573 5 років тому +5

      Syamsul mengarah mmg A.. tapi klu dia jadi hero...aku menyampah betul...cerita desolasi je aku boleh bagi pujian.yg lain hareeeem.. tambah2 jadi gangster...tak jadi langsung..

    • @april2138
      @april2138 5 років тому +10

      Aku kalau syamsul punya movie letak la psl apa pun aku tgk.hehe.sbb kualiti nya xpernah mengecewakan. Apatah lg kalau yg berkaitan dgn sejarah dulu2 ni

    • @alanshuhimeabdulmajid3973
      @alanshuhimeabdulmajid3973 5 років тому +6

      Proud to have a very talented director like him. Syabbas. Keep it up Sham.

  • @sheilajimon3847
    @sheilajimon3847 5 років тому +129

    aku nak mengalir airmata bila lihat pelakon hebat dari negar jiran hormat org kita..salute to you too brader...

    • @Takterkenal
      @Takterkenal 2 роки тому +2

      Pelakun indinesia yayan tu bukan kaleng2 dia dah banyak berlakun luar nagara

    • @wanothman1996
      @wanothman1996 2 роки тому +3

      Persamaan antara kita dan mereka dari negara jiran adalah sopan santunnya, budi pekertinya😌🙂🥰 itulah yg diajar oleh agama, nenek moyang kita dan kita amalkannya sampai skrg.. Malaysia Indonesia adalah serumpun😄🤗🤗

  • @udeenadamar2083
    @udeenadamar2083 2 роки тому +23

    Bagus Dato' Ady Putra ni... Semua dia say thanks and peluk macam adik beradik.... Memang layak sangat dia dapat watak MAT KILAU ni.... Yayan Ruhian LEGENDDD! Syamsul Yusof The Best Action Pack Director in MALAYSIA 🇲🇾... Fatah Amin, Beto, Johan Ashaari semua best2 laaahhh.... TAK SABAR NAK BAWAK FAMILY PERGI TENGOK FILEM NI DI PAWAGAM....
    SUPPORT FILEM MALAYSIA ESPECIALLY FILEM MELAYU....

  • @khaizainin74
    @khaizainin74 2 роки тому +13

    Lagu Mat Kilau di ajar masa sekolah aku darjah dua 1972..rangkapnya..Mat Kilau pahlawan yang terbilang..hidupnya selalu berjuang..musuh negara habis ditentang..akhirnya ia pun menang...rangkap kedua ingat baris pertama shj..Mat Kilau umurnya memang panjang...lupa dah...jd sampai sekarang ingat para pejuang melayu kita..jd siulan masa kecil..bermain pedang dan pistol mainan

  • @hanyasementara7313
    @hanyasementara7313 2 роки тому +40

    Sikap yg ditunjukkan pak yayan harus dipuji,begitu hormat dan rendah diri walaupun dah mencipta nama di Hollywood.Semoga filem Mat Kilau arahan SY terus melakar sejarah sebagai filem epik Malaysia.Syabas semua yg terlibat terutama pelakon2 utama Seperti adi putra,beto kusyairy,fattah amin dll.

  • @arayrocket
    @arayrocket 5 років тому +287

    Inilah kita Nusantara, 🇲🇾🇲🇨 . Saling bertukar ilmu and skills untuk kemajuan bersama. Kita di Asia Tenggara jangan sampai kalah dengan Movies luar negeri. Pastinya di Malaysia pun ada banyak pelakon-pelakon hebat. I will always pray and support to Malaysian movies especially Action Movies.
    Moga kita selalu berjaya. Salam serumpun!
    From your neighbour Indonesia.

    • @amanpalestina9664
      @amanpalestina9664 2 роки тому +11

      Filem ini dilonjakkan ke TAHAP TINGGI dengan adanya YAYAN RUHAIN (Indonesia). Bakatnya Bung Yayan memang bertaraf Hollywood.

    • @kuslumber7569
      @kuslumber7569 2 роки тому +2

      @@amanpalestina9664 baru komen bhai 😂

    • @sharifahna.6626
      @sharifahna.6626 2 роки тому +2

      Salam dari malaysia

    • @TOMZfanz
      @TOMZfanz 2 роки тому +1

      Salam serumpun Tuan..

  • @bujanglangsat1817
    @bujanglangsat1817 5 років тому +55

    Perghh gua respect lu bro syamsul buat citer camnie, insyallah aku support filem sejarah camnie. Saper nk mengingatkan semua perjuangan mereka bahkan penjajah telah melabel perjuang kita pemberontak pula.

  • @zacknippon2643
    @zacknippon2643 5 років тому +367

    Pelakon dari indonesia pun turut bagi kerjasama untuk filem industri kita.. semoga antara dua negara ni saling bantu membantu antara sama lain.. salute syamsul.. 👍

  • @ulekmayang9641
    @ulekmayang9641 5 років тому +7

    Cerita malaysia tak abis² kisah pejabat, dalam rumah, dalm kereta, penghujung nye bercinta. nmpk sangt tak berideal,tapi kali ni terbaikkk, mantap Kena dengan jiwa bumi melayu.

  • @ahmadyusof407
    @ahmadyusof407 5 років тому +105

    Ini baru contoh pengarah yg terbaik, sentiasa menghasilkan karya yg terbaik, bukan nya longgokkan sampah-sarap, lepas tue bg alasan bajet takde la, target utk budak2 umur 2 tahun la, ekonomi negara teruk la...hakikatnya diorg sendiri yg keluarkan idea2 sampah nie...salute pada keluarga yusof haslam, walaupun filem2 yusof haslam dulu byk yg jiwang2 tapi sekarang anak2nya dah mengubah presepsi pada skop production

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      Betull tu

    • @joharijr5073
      @joharijr5073 5 років тому

      Setuju

    • @khairulhafiziez4221
      @khairulhafiziez4221 5 років тому

      Setuju bro.. tp bnyk faktor lain juga bro kne ambil tahu.. bukan sbb budget je.. bnyk lg.. tapi faktor budget adlh yg paling utama..

    • @ahmadyusof407
      @ahmadyusof407 5 років тому

      @@khairulhafiziez4221 😊😊😊😊, syafiq dan syamsul yusof berjaya buktikan yg kIta boleh buat walaupun bajet tak sebesar hollywood tapi kualiti cerita kira terbaik la

    • @muhammadhafiz3030
      @muhammadhafiz3030 5 років тому +1

      @@ahmadyusof407 betul tu bro, zaman2 serba canggih dan perisian2 komputer yg bole buat effect2 tampa guna out source kompany2 besar, kadang2 saya tengok final year projek student lagi hebat visual nye dari filem2 yg dikatakan low budget...huhuh, pendapat saya la

  • @silenttraders1650
    @silenttraders1650 5 років тому +126

    Rakyat Malaysia Dahagakan Filem Filem Macam ni. Banyakkan lagi , Kami kagum dengan Pahlawan2 Melayu terbilang. Bagitau semua Anak2 melayu Sekarang jangan lupa Jasa Mereka pada Negara Sgt Besar.
    Bersaing secara baik , Indonesia banyak FilemFilem macam ni. Sebab tu Rakyat mereka cepat bertindak bila negaranya nak dirosakkan oleh bangsa lain. Malaysia Up

    • @jejakaensem9510
      @jejakaensem9510 2 роки тому

      Betul... Ini cerita lawak cerita hantu yg bnyk

  • @thelannofficial2642
    @thelannofficial2642 5 років тому +18

    Suka la syamsul yusuf nih .sentiasa nak mermartabatkan agama dan bangsa. In sya allah akan pergi tengok nanti

  • @Amzrx
    @Amzrx 5 років тому +106

    Haha terbaik . Dia lah pengarah, dia lah cameraman, dia lah editor haha serba boleh Syamsul Yusof ni.

    • @zein0311
      @zein0311 2 роки тому +10

      Dia mcm P Ramlee ver. Moden

    • @erykhairy9008
      @erykhairy9008 2 роки тому

      Dia juga pnyanyi..hidup lgi ke komen owner nie dh 3tshun lpas sblom covid lgi😅

    • @nope187
      @nope187 2 роки тому +1

      Ery Khairy inshaa Allah hidup lagi tu..

    • @erykhairy9008
      @erykhairy9008 2 роки тому +1

      @@nope187 inshaa allahkn bkn ape..tkde respon..ghisauu rse😅

  • @Mat-jiwang1986
    @Mat-jiwang1986 2 роки тому +14

    Lama gak nak terbit kan filem *mat kilau* nie yee....hasil nye,filem ini memang sangat bermanfaat untuk kita sebagai anak bangsa melayu yang dulu nye sanggup berjuang demi maruah....syabas *takbir ALLAHUAKBAR 3x*

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  2 роки тому

      Betol tu bro

    • @marialuv2000
      @marialuv2000 2 роки тому

      Mmg lama bro...pkp pun dh 2 tahun menyepi. Bukan senang nk berjaya

  • @TheYuszman06
    @TheYuszman06 5 років тому +123

    Terbaik.. gandingan pelakon dari 3 negara nusantara.. Fattah Amin (Malaysia), Adi Putra (Singapura) & Yahya Ruhiyan (Indonesia). Confirm gerek punya!!

  • @arihartonosetiawan3574
    @arihartonosetiawan3574 2 роки тому +31

    Indonesia n Malaysia kita saudara serumpun dan seiman dalam Ukhuwah Islamiah

  • @arayrocket
    @arayrocket 5 років тому +158

    Keren! aktor-aktor Nusantara Malaysia - Indonesia. Kita harus terus tingkatkan perfilman Asia, khususnya Asia Tenggara. Jangan sampai kita kalah dengan perfilman barat.
    Moga suatu hari ada kerjasama film lagi dan invite Iko Uwais, Kang Cecep Arif Rahman, Joe Taslim, agar bersatu dlm film dgn aktor-aktor hebat Malaysia. Salam serumpun dari Indonesia.

    • @irshad7960
      @irshad7960 4 роки тому +7

      I love Indonesia from Malaysia🥰

    • @arashshahid3946
      @arashshahid3946 4 роки тому +8

      salam serumpun sebangsa senusantara

  • @saifuddinbakar6164
    @saifuddinbakar6164 2 роки тому +7

    Saya bagi 5 bintang kepada Pengarah Muda Syamsul Yusof,beliau memang terbaik moga-moga filem sejarah akan datang beliau juga yang akan mengarahkannya,Tahniah,Tahniah dan Tahniah.

  • @kuikinnyang4866
    @kuikinnyang4866 5 років тому +279

    Cerita mcm ni lh yg d cari...bukan cinta2 lps tu cerai...

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому +4

      Betol tu

    • @mawarofficial7
      @mawarofficial7 5 років тому +9

      drama tv3 byk psl cinta 😂

    • @Sparatis123
      @Sparatis123 5 років тому +1

      Betolll

    • @Sparatis123
      @Sparatis123 5 років тому +1

      Di malaysia FV3M di indonesia FTV. Membosankan😑

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      @@mawarofficial7 iyeee betul tu

  • @skywalker6650
    @skywalker6650 2 роки тому +10

    Dalam filem tentang ilmu persilatan amat sesuai ada abang yayan ruhiyan..dia memang mantap..dapat juga kita mengerat kan hubungan antara malaysia & indonesia.

  • @Harishafeez2014
    @Harishafeez2014 2 роки тому +22

    Confirm power cerita ni sebab ada Yayan Ruhian sekali dengan pelakon hero hero Malaya Beto, Fattah Amin, Adi Putra & pelakon pelakon veteran lagenda Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali. Last ku tengok Yayan Ruhian dia punya movie dalam cerita Tarung Sarung.

  • @empireewan3411
    @empireewan3411 2 роки тому +11

    Bila Syamsul Yusoff
    Buat FILEM jarang tak GEMPAK...
    TERBAIK.....👍👍👍

  • @faizalghaffar1766
    @faizalghaffar1766 2 роки тому +6

    Alhamdulillah termakbul kate2 SY "semoga filem ini menjadi filem yang akan di ingati smpai bila2"...salute

  • @AzizAhmad-xx3uz
    @AzizAhmad-xx3uz 2 роки тому +35

    Terbaik sentuhan magis abang syamsul semoga filem ini dapat memartabatkan pejuang pejuang tanah air dan memupuk jati diri orang melayu tentang kecintaan buat tanah berdaulat ini dan dipermudahkan segala urusan pembikinan serta mendapat sambutan yang sangat mengalakkan inshaAllah khususnya buat anak muda tentang kepewiraan dan perjuangan nenek moyang kita mempertahankan negara ini..TAKBIRR ALLAHUA
    AKBAR

  • @llcc-kc8tt
    @llcc-kc8tt 2 роки тому +2

    Pergh 3tahun dh buat crita nie erk..mmg perfect jln crta...ini adlh filem faveretku﷽
    اللهم صل علی سیدنا محمد

  • @razalizg428
    @razalizg428 5 років тому +221

    Sejarah mat kilau ni klo korg nk tau serba sedikit kisahnya aku boleh cite, mat kilau anak kepada imam rasu @ tok gajah, beliau ni ilmu agamanya & persilatan sangat tggi, masa British jajah negeri Pahang pd 1900, dato' bahaman , tok gajah, mat kilau & len2 menentang keras pemerintahan British yg melantik jp Rodger sebagai penasihat raja. Oleh kerana penentangan tersebut dato' bahaman dilucutkan jawatan sebagai orang setia perkasa pahlawan semantan, dato' bahaman, tok gajah, mat kilau berjaya menewaskan tentera British di Kuantan pd 1901,tp serangan balas pasukan British pd 1904 di Bentong, menyebabkan dato' bahaman, tok gajah, mat kilau mengundurkan diri ke Terengganu, walaupun tewas dlm peperangan tersebut, tp dato' bahaman, tok gajah, mat kilau xpernah menyerah kalah, sbb tu British bengang ngan mat kilau ni,

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому +5

      Mantab brooo

    • @muhammadabd5592
      @muhammadabd5592 5 років тому

      Mat kilau tu anak kepada datuk bahaman....tu rahsia diorg...datuk bahaman...asal dari perak...larikan diri le pahang....mat kilau kalau di kuala kangsar org panggil mat dadu....macam2 nama ada......betul kan bro???

    • @haziqiqah2574
      @haziqiqah2574 5 років тому

      Allahu ak saya org bentong baru tahu

    • @KhairulNizamBinLokman
      @KhairulNizamBinLokman 5 років тому +1

      Betul sejarah

    • @shahrulnizam2451
      @shahrulnizam2451 5 років тому +7

      Cikgu aku ad bagitau dulu yg Mat Kilau naik atas kapal british. Die naik je atas kapal senget kapal 😲

  • @ahmadsarfaraaz2698
    @ahmadsarfaraaz2698 2 роки тому +1

    Dibuat sebelum Pandemic covid-19,
    Sepertinya film ini bukan tentang merebut kekuasaan asing dari penjajahan British TETAPI ini film RELIGI tentang kebesaran nabi Muhammad Saw dibalut dgn action tentang pahlawan budaya Melayu , dari awal film hingga akhir kental dgn memuji nabi, kelihatan dgn suara lafadz takbir bergema dan ber ulang2 sepanjang film

  • @tmahadir5076
    @tmahadir5076 5 років тому +506

    Kisah mat kilau -
    "Pahlawan Sufi Dari Pahang"
    Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.
    Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
    Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”
    “Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!
    “Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
    Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai.
    Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.
    Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.
    Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
    Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.
    Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan.
    Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.
    Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu..yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya!
    Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja!
    Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!!
    Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
    Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu!
    Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
    Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.
    Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
    Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
    Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.
    Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
    Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
    Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
    Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
    Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
    26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
    Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu .
    Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang.
    Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She
    Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!
    Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.
    Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!
    Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :
    “Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
    "Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."
    #Hairulizwan
    #SuaraFM

    • @pakjamal5683
      @pakjamal5683 2 роки тому +6

      😪

    • @abamkhalifah5444
      @abamkhalifah5444 2 роки тому +25

      LUAR BIASA KISAH NYATANYA

    • @nazruliskandar3315
      @nazruliskandar3315 2 роки тому +47

      aku baca sampai habis mat..meremang bulu roma aku..MasyaAllah,hebat sungguh ciptaan Allah ni..Al-Fatihah untuk Arwahyarham Mat Kilau

    • @amrkth5486
      @amrkth5486 2 роки тому +16

      hebat karangannya....naik rasa getaran darah pendekar...husssss

    • @Juan-cq6qw
      @Juan-cq6qw 2 роки тому +5

      terbaik

  • @noraiskandar1941
    @noraiskandar1941 2 роки тому +12

    Memang best dah tengok...
    Menaik kan semangat orang melayu

  • @blantikahagamonza9352
    @blantikahagamonza9352 5 років тому +8

    Ape yg dikatekn oleh syamsul Yusof...' Mengangkat agama dn bgsa melayu kita... Takbir.. Allah huakbar..'
    Itu lah yg telah lama tertanam ..
    Bumi nusantara..
    Insyaallah.. Filem ni jdi satu epic..
    Sejarah tidak tggal sejarah..
    Assalamualaikum nusantara..
    🙏🤝🙏
    ☝️

  • @saff1610
    @saff1610 2 роки тому +32

    Sejak kemunculan filem mat kilau ini..secara tak langsung kita semua dapat mengimbas balik sejarah kebangkitan orang2 melayu dan melatih anak2 kita semua berminat dalam seni mempertahankan diri,persilatan,ilmu2 dalam agam kita..Terima kasih pada Syamsul Yusof dan semua crew utk filem yang superb awesome ini…👏👏👏😌

  • @zahirydan1356
    @zahirydan1356 5 років тому +19

    bagus..anak muda melayu.
    membuat film sejarah perjuangan bangsa dahulu.untuk mempertahankan agama islam.
    semoga perjuangan orang dahulu terus diperjuangkan oleh anak bangsa melayu Raya(malaysia indonesia filipina)

  • @mulingabdulmanaf2929
    @mulingabdulmanaf2929 5 років тому +8

    Alfatihah utk moyangku.. ilmu mu,jasa mu,pesanan mu kn dikenang..

  • @abgchik1495
    @abgchik1495 2 роки тому +46

    Ada pihak yg akan cuba menghapuskan sejarah demi utk mempersalinkan sesuatu bangsa utk mengikuti cara kehidupan mereka. Aku bangga bila ada film producer yg berusaha mempertahankan sejarah. Semoga ini akan jadi titik permulaan utk kita kembali kpd usul. Takbir !!! Allahu Akbar!!!

    • @lovevivo9182
      @lovevivo9182 2 роки тому

      Org melayu sendiri yg menghapuskan sejarah bangsa sendiri

    • @ezzuwnz245
      @ezzuwnz245 2 роки тому +1

      Biasa British ngan America selalu

    • @abangtg8935
      @abangtg8935 2 роки тому

      Benar ke ada pihak yg cuba menghapuskan sejarah sesuatu bangsa tu..

  • @nurulnadiahjamil4455
    @nurulnadiahjamil4455 2 роки тому +30

    Tahniah buat pengarah!! Syamsul Yusof.. Kerana mengenangkan sejarah tanah Melayu.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Al fatihah buat pahlawan kita Mat kilau.. ❤️ ❤️ ❤️

  • @nobita2343
    @nobita2343 2 роки тому +6

    Terbaik syamsul.
    Bukan senang nk jumpa pengarah/penerbit yg blh lahirkan filem yg menguatkan jati diri bangsa agama negara.
    Yg byk ada filem/drama yg melemahkan jiwa/nangis2/cinta cintun.

  • @mhdkhalidbinawang8076
    @mhdkhalidbinawang8076 2 роки тому +1

    Syabas bro syamsul...filem yg di ntikn oleh org mlyu..lps ni bikin filem tok jnggut..xsbr nk pi pawagam..

  • @arjunaguzman7013
    @arjunaguzman7013 5 років тому +8

    kuat jiwa melayu dn islam nya syamsul yussof nie...!!

  • @nnndz7244
    @nnndz7244 2 роки тому +1

    Nmpak letih sunggug Adi putera lps shooting. Tapi hasilnya berbaloi baloi. Tahniah team MK.

  • @norlisasufian4558
    @norlisasufian4558 5 років тому +13

    syamsul mmg pengarah muda yang terbaik dan tak pernah mengecewakan,good luck,

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому +1

      Same macam saye juge saye pun pengarah mude juge

  • @luqmanalhakim2113
    @luqmanalhakim2113 5 років тому +11

    Akhirnya filem2 begini lah yang bangsa melayu kita inginkan. Bagi tingkat kan lagi semangat cinta kita keatas bangsa melayu kita. Tapi tak sangka ada Yayan Ruhian tu mmg meletup ah cerita ni.

  • @3RR4
    @3RR4 2 роки тому +44

    When someone keep saying this is not a great movie, it’s like they don’t even know the process of making this.. it’s require knowledge, experience, teamwork and creativity also lots of time. We should just support and embrace ourselves. I’m proud of how they grow from time to time

  • @putihhitamtv713
    @putihhitamtv713 2 роки тому +2

    Terbaik r Syamsul bg speech permulaan sblum start shoot...jgn ada hasad 👍

  • @znmotorsports6437
    @znmotorsports6437 5 років тому +8

    *Kalau Syamsul punya movie aku mmg tunggu2 sbb karya dia berkualiti..Tak mcm movie2 lain yg level sampah je skang ni tak habis2 pasal cinta anak org kaya dgn org miskin..boring la..apa2 pun terbaik Syamsul* 👍

  • @Chanel2-u7s
    @Chanel2-u7s 2 роки тому +3

    Syamsul yusof jadi gangster jadi ustad ntah nati jadi apa lagi 👍👍👍

  • @amrichannel8767
    @amrichannel8767 2 роки тому +10

    Tahniah shamsul..harap lebih banyak lagi direktor yg boleh garap cerita pahlawan mcm ni. Jangan la citer yg rosakkan rumah tangga,merempit yy mengarut

    • @jejakaensem9510
      @jejakaensem9510 2 роки тому

      Cerita yg merusak kan rumah tangga pukul 7pm.. Scandel dgn bini org. Scandal dgn laki org..

  • @norulhuddarafie4553
    @norulhuddarafie4553 2 роки тому +5

    Saya amat berharap pengusaha pengusaha filem dapat membuat filem filem seperti ini. Banyak lagi pehlawan pahlwan melayu yang terkenal dalam sejarah negara kita ini . Bongkarlah semula jenerasi jenarasi muda kita dapat mengenali pahlawan pahlawan ini.
    Anak saya berusia 22 tahun telah pun menyaksikan filem ini dan dia menyatakan filem ini bagus dan menanyakan kepada saya soalan soalan berkaitan dengan Mat Kilau.

  • @abelonggaming5294
    @abelonggaming5294 2 роки тому +25

    Rakyat Malaysia,Indonesia,Singapore & Brunei mesti bangga dengan Filem ini,...

  • @fareedatras5632
    @fareedatras5632 2 роки тому +2

    Hebat dan mantap yayan ruhian

  • @iqbalben1960
    @iqbalben1960 5 років тому +7

    Terbaik syamsul mendirikn sesuatu yg gugur.. insyaallah semua akan jadi ingatan dlm sejarah..

  • @muhamadjamal5603
    @muhamadjamal5603 5 років тому +4

    Jufferi atlet silat Malaysia patut diketengahkan dalam industri perfileman kita especially fighting movie macam ni. Teringin sangat nak tengok org yg betul² ada seni bela diri yg berlawan. Indonesia dah buktikan dgan Iko, Yayan & Cecep sampai hollywood dah diorg pergi. Malaysia pun boleh kalau dicari & diasah bakat² yg low profile dalam Malaysia ni.

  • @missnina81
    @missnina81 2 роки тому +4

    fatah amin,,,tahniah,,ank buah,,terbaik selalu,,,dan crw crw yg terlibat,,,,kalian semua hebat ,,,👍👍meletop,,,,,,oooooo😱😱😱😱😱😱

  • @hazaryaxlroze3214
    @hazaryaxlroze3214 2 роки тому +4

    Aku yakin kalaulah budget film ni diberi sama mcm filem2 besar Hollywood syamsul akan buat 2, 3 kali ganda lebih baik lagi apapun film mat kilau ni telah buktikan yg selama ni film kita hanya laku jika ia film action tembak2, gengster, seram atau konedii dan skrg adaptasi fiksyen mat kilau yg lebih kpd aksi seni silat dan sejarah kepahlawanan melayu mampu memecahnya, terima kasih yg telah menonton teruskan support film2 melayu yg berkualiti sebegini.

  • @abuzanazri4094
    @abuzanazri4094 5 років тому +5

    Terbaik ni.. Moga Allah merahmati dan murahkan rezki Shamsul yusof sebab mengarahkan filem yg baik penuh dengan kisah2 Islamik serta perjuangan perwira bangsa dahulu.

  • @zainalazharzai1168
    @zainalazharzai1168 5 років тому +2

    Pahlawan yg gagah berani demi agama dan bangsaa..kita support filem ni sampai maju ! Bia semua bangsa tahu sikit..jangan senang lenang nak hina islam..dulu diorg bermandi darah demi agama..kita skrg senang2 bagi org hina agama dan nabi kita.. (al fatihah buat mat kilau)

  • @syaoransakura1624
    @syaoransakura1624 2 роки тому +28

    Indonesia dan Malaysia tetap bersatu .

  • @pakbusujm7551
    @pakbusujm7551 2 роки тому

    SYABAS dan TAHNIAH!!!
    Buat Produksi Filem MAT KILAU pimpinan Syamsul Yusof...ni.
    Semua hasil Kerja Keras dan Tersusun serta Team Work yg Terbaik.
    Good Team Work!

  • @confused_guy3443
    @confused_guy3443 2 роки тому +3

    Bapak ah , 3tahun lepas bhai planing and shooting . Skrg baru nak release . tapi tak kata lah , 2 tahun kebelakangan ni di timpa musibah seluruh dunia . myb sol tggu waktu sesuai kott . apa pun sama² kita nantikan di pawagam .

  • @azmanahamed
    @azmanahamed 2 роки тому +1

    Wow... gabungan mantap Melayu Malaysia, Singapura dan Indonesia... MAT KILAU

  • @abdrahim5798
    @abdrahim5798 5 років тому +12

    semoga lebih ramai pengarah mcm syamsul ni lahir d mlaysia.

  • @deluxelx6912
    @deluxelx6912 2 роки тому +1

    terbaik filem mat kilau.sejarah bagi saya menonton filem mat kilau sampai 4 kali.dulu filem sembilu 2 kali.anak2 saya sibuk nk belajar silat pula.hahaha itulah pukulan filem mat kilau.

  • @baharuddinabubakar2366
    @baharuddinabubakar2366 2 роки тому +8

    Diharapkan ada lagi film-film sejarah selepas ini. Untuk santapan generasi akan datang.

  • @abdulhaniff4860
    @abdulhaniff4860 4 роки тому +2

    Dulu die belakon sambil mengarah pun dah padu... Inikan pula mengarah sepenuh masa...

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  4 роки тому

      Aokkk betol sangat tu

  • @aqimpdaqieyla4413
    @aqimpdaqieyla4413 5 років тому +3

    Filem sejarah mcm ni yg kawe minat... Buat lebih bnyk filem mcm ni.. Biar budak2 muda skrg tahu sejarah negara dlu2..

  • @hishamyeop2662
    @hishamyeop2662 5 років тому +32

    Wow.. Yayan.. Mad dog, the read.. The best aktor silat 🇮🇩.. Gabungan 🇲🇾🇮🇩terbaik la samsul.. Klau boleh ambil iko Uwis skali..

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому +4

      Iko uwais masih sibuk lagi do film2 luar

    • @rememberme6368
      @rememberme6368 5 років тому +4

      Iko uwails dh jdi plakon antarabangsa nk ambik dia blakon mmang kna byar brjuta jta la..

    • @helmizulhafiz1416
      @helmizulhafiz1416 5 років тому

      tak payah.. nnti indon semua nak claim

    • @theoffspring8679
      @theoffspring8679 5 років тому

      X perlu pun pelakon indon..nnt dorang semua nk klaim..x serik lg ke

    • @leecooper8942
      @leecooper8942 5 років тому

      @@AYO-bobo nak tnya sikit.. Topi.merah tu shake ke?? Ayah c haiqal budak cheras hhehe

  • @wanmuhammadzulfiqarbinzain407
    @wanmuhammadzulfiqarbinzain407 2 роки тому +5

    ok baru tengok mmg padu😋bgi yg minat sjrah kena pulk mmg jiwa smngt agama bangsa korang boleh go wayang..trbaik samsul kembalikan balik rasa hebat pahlawan kita dlu🤙

  • @azizahhamid2457
    @azizahhamid2457 2 роки тому +2

    Mantap ibu suka cerita mcm ni di perbanyakkan lagi jgn buat cerita mengarut bosan u all... Cerita hantu atau cinta yg mengarut

  • @malinamisnan1568
    @malinamisnan1568 2 роки тому +3

    Dah tengok, ajak Suami dgn anak, best sgt cerita ni, pelakun semua padu . Terbaik

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  2 роки тому

      Sedap lh Mike dapat tengok

  • @syahirr6095
    @syahirr6095 2 роки тому +2

    dah tgk di pawagam. mmg puas hati. sgt superbbbb. nk repeat lg 2nd time. selain sbb mmg best juga utk support filem syamsul dan filem tempatan yg berkualiti. harap lepas2 ni ada lg filem mcm ni

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  2 роки тому

      Sngat betol tu sedare

  • @budakitam9349
    @budakitam9349 5 років тому +6

    Ade yayan biase best ni..tambah lagi ade iko wais bru mantap film action.di gabung dgan aaron aziz..aiman manan..lagi best nih..

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      Hahaha itu baru best

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      Yg aku nak tanye singapura kan negara maju siape pelakon dri singapura yg terkenal

    • @singaporetownsquare9412
      @singaporetownsquare9412 5 років тому

      Aron Aziz tu orang Singapura...bukan Malaysia dia dah lama berlakon di filem Malaysia KL gangster tu

    • @staytuned8413
      @staytuned8413 4 роки тому

      Aiman manan korok mu .. Eman manan .. Mu igt aiman tino

    • @budakitam9349
      @budakitam9349 4 роки тому

      @@staytuned8413 bapak kau...da bodoh lagi nak semak dkat komen org.. ko knal ke tak aiman manan tu siapa..?aiman tino tu penyanyi bodoh...jdi org jgan buta sejarah..

  • @SamSung-pu4hq
    @SamSung-pu4hq 2 роки тому

    Terbaekkla syamsul ..
    Wahh .. yuyun pun ada .. aku mmg minat betul gaya yuyun bersilat ..

  • @MK-tr9ty
    @MK-tr9ty 5 років тому +5

    Terbaikkkkkkkkkk. Kena bangkitkan balik cerita zaman2 melayu mempertahankan malaysia ni.

  • @MrUfo111111
    @MrUfo111111 5 років тому +2

    memang terbaik aa Syamsul Yusuf buat cerita mat kilau..walaupun aku belom tengok lagi tapi aku tetap kasi 10 star 🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅👏👏👏👏👏👍👍👍☝️

  • @ridwanglie8644
    @ridwanglie8644 4 роки тому +4

    *Saya terkejut pas syamsul meneriakkan Takbir!! ... macam mau jihad aje..hehe.. Memang 100% Pengarah Berbakat Berbeda Lain Dari Pada Yang Lain.. Success for you syamsul :)*

  • @liya5635
    @liya5635 2 роки тому +4

    Terbaik filem ni.. baru tahu abg yayan dari Indonesia.. persilatan nya baguss.. acting nya juga keren.. pecah panggung filem ni.. full house di semua tempat 😂

  • @ellyzain
    @ellyzain 2 роки тому +5

    Yayan is the best! So cool and humble. Respect.

  • @norhanizataharuddin2719
    @norhanizataharuddin2719 2 роки тому +1

    3 years ago.. Baru hr ni aku sampai sini.. Lepas menonton Mat Kilau yg sedang hangat skrang. Terbaik team Mat Kilau.. Patut la penghasilan filemnya sangat berkualiti dan gempak habissss weyhhh 💖💖💖👍👍👍💪💪💪hr ni kutipan mncecah RM50j..

  • @eivor9404
    @eivor9404 2 роки тому +3

    Pengarah yg padu dekat melaysia..cerita dia mengarah semua ada kualiti

  • @marvisonmohammad45
    @marvisonmohammad45 2 роки тому

    Terbaik Lakunan eni dan membagi memfaat seorg islam...huwajib bersatu hati.

  • @sitihasana6313
    @sitihasana6313 2 роки тому +6

    Baru lps menonton..bangga hasil tgn pengarah muda syamsul yusof..

  • @johnnybravo1393
    @johnnybravo1393 2 роки тому +6

    merendah diri btol Yayan ni..memang aktor berjiwa besar dia ni

  • @sitizaqiah9022
    @sitizaqiah9022 5 років тому +19

    Agama , Bangsa dan Negara .. Takbir!!

  • @rizalmohd5503
    @rizalmohd5503 2 роки тому +1

    kang yayan. perlakon dari indonesia dan juha telah menceburi nama di holywood. terbaik lah syamsul yusuf.

  • @danialhaiqal351
    @danialhaiqal351 2 роки тому +4

    saya bukan siapa" cuma mencari saham akhirat kita selawat.
    ألله‍م صل على سيدنا محمد وعلى أل سيدنا محمد
    🤍Bacalah walaupun sekali

  • @sharxM16
    @sharxM16 5 років тому +2

    respect bro samsul filem sejarah melayu diangkat baru generasi masa kini dan akan dtg.

  • @parangsakti
    @parangsakti 5 років тому +211

    Kat Malaysia ni Xde ke ahli beladiri yg boleh up jd pelakon.. kita ketandusan filem fight... Juara dunia silat olahraga X minat ke nk martabatkan silat dlm layar...

    • @harimaumalaya1500
      @harimaumalaya1500 5 років тому +10

      Ad bro daud kilau

    • @ayamayam2537
      @ayamayam2537 5 років тому +3

      Fighter silat malaysia ada g ujibakat lakon, xtau dapat ka x

    • @safwanalanshah316
      @safwanalanshah316 5 років тому +28

      Sya ada kawan bkerja dlm industri seni Malaysia ni 'stuntman'.. Memang pn pd mereka yg berpengalaman dlm bidang aksi lagak ngeri ni jarang d berikan watak utama sdgkn mereka ada ilmu2 trtentu. Tp syg d Malaysia lebih memilih rupa dan gaya shj utk watak hero. Aksi2 smua sepenuhnya d lakukan oleh stuntman. Sekian maklum dari saya.

    • @maulana_official7773
      @maulana_official7773 5 років тому +11

      Di negara lain seni bela diri diangkat di kaca tinggi dan sebagainya tpi diMalaysia mereka Tidak gemar untuk angkat seni bela diri malah mengutuk dan menghina seni bela diri tok nenek moyang mereka sendiri.. Sekian dari fakir ilmu😢

    • @muhdarie5932
      @muhdarie5932 5 років тому +19

      Ada, tunggu nanti filem GERAN. 100% fighter silat.

  • @chelsifu9396
    @chelsifu9396 5 років тому +1

    Semangat melayu n islam dgn hasil filem terbaik shamsul..#perpaduan ummah# PASUMNO

  • @AbangMukh
    @AbangMukh 2 роки тому +12

    Aku minat dgn pelakon dari indo seorg ni... Aksinya di setiap filem lakonan nya memang mantap 🇲🇾🇮🇩💪

  • @azharipuasa1857
    @azharipuasa1857 2 роки тому

    Tahmiah Syamsul. Uncle dh tgk smlm. Tahniah jugak kls Adi Putra Beto dn Fatah lalonan mantap. Tk lupa jugak tahiah kpd Toga yg berkesan lakonan nya buat darah menyirap. Dari mula start sampai akhir filen my wife tk henti menanggis mmg terbaik filem Mat Kilau ni. Once again congrats Syamsul❤❤❤

  • @mohdzaimmohdtahir8640
    @mohdzaimmohdtahir8640 5 років тому +5

    akhirnya syamsul buat film pejuang islam tanah air.. harap pak yayan la fight director baru mantap

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      Itulah yg di harafkan

  • @rukhaizaana6245
    @rukhaizaana6245 2 роки тому +2

    Geram gila tgk watak yayan dlm filem tu...menyirap...menjadi wataknya..Tahniah

  • @-yusuffea-1526
    @-yusuffea-1526 5 років тому +5

    Bangsa melayu mempertahankan malaysia....hidup melayu....allah huakbar!!!!

  • @mohdsyahir1735
    @mohdsyahir1735 5 років тому +23

    terbaik bro...lps nie buat filem2 gempak tp boleh jentik iman2 kita umat islam...

    • @AYO-bobo
      @AYO-bobo  5 років тому

      Iyeee bro betul tu subscrbe lu canel saye

  • @pejuangrakyat2289
    @pejuangrakyat2289 5 років тому +4

    Para pejuang terdahulu hampir semuanya taat pd Allah & rosul.. Ada dkalangan mereka adalah alim ulama.. Kita d bawah gov othmaniah turki..kita bukan bangsa yg mundur..penjajah hapuskan identiti hebat kita.. Semua catatan sejarah sbnr ada tersimpan d negara penjajah..termasuk senjata rampasan org melayu ketika itu..meriam terbesar pistol & snapang bkn lah asing bg kita..badik pusaka hanya senjata terakhir..

    • @skella6099
      @skella6099 5 років тому +1

      Btoi.. dah lame aku Tau mende ni..biasalah kalu kalah perang... Mcm jerman gak apabila dia kalah perang.. kesannya

    • @rinhoneykurma
      @rinhoneykurma 2 роки тому +1

      Kenapa kita masih tak ubah lagi buku sejarah? Dah jumpa dapatan terbaru tentang uthmaniah patutnya masukkanlah dalam buku sejarah. 😪

  • @goodgirl7132
    @goodgirl7132 2 роки тому +1

    Apa pun filem ini menjadi filem terbaik Asia dan pastikan pengarah terbaik Shamsul dan pelokon terbaik kilau dan pembantu terbaik beto.... Huh dasyat gila filim ini.... Anak saudara aku tanya mat kilau macam agong ke atau mahathir.... Aku cakap kilau berasal drp negeri agong.... Semangat kilau adalah semangat lelaki hebat dizaman 19....terbaik Shamul

  • @myjourneyofficial_1
    @myjourneyofficial_1 2 роки тому +5

    Assalamualaikum selamat istirehat semuanya. Alhamdulillah saya dari Singapura. Malam tadi saya telah menonton filem bersejarah ini di pawagam Cathay di Parkway Parade Singapura. Saya tabik semua yang menjayakan filem ini memang 💯 peratus terbaik. Syabas dan tahniah daripada saya 👍👍👍

  • @faranizzafirdaus973
    @faranizzafirdaus973 2 роки тому +2

    Semoga perbnyakkan filem yg berkitan sejarahh Dan tokoh sejarah negara Kita...