Assalamualaikum wbt♥️❤️ Jangan di lupa jasa yang lama, kerna ia amat berharga, tambahkan ilmu didalam dada, agar maju diri dan Negara...🇲🇾🇲🇾 Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 63..😘🤩🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Ig - @detektif.matdespatch Email - detektifmatdespatch@gmail.com
org dulu umur 100 lebih tahun .masih gagah berjalan org muda zaman moden ni buat kerja sikit .dh .mengadu penat nak mati maruah diri.. bangsa dan agama di main-mainkan di tayang percuma kpd public dkt media sosial..mmg kita dh merdeka dri segi zahir dan kita masih dijajah melalui batin..tokoh kita sggup menentang bermatian..siap kene tembak alhqmdulillah msih kuat sehingga ke penghujung hayatnya bersyukur kpd mereka ..terima kasih mu mat kilau nama mu tetap berada dlm setiap doa kami al fatihah
Faktor pemakanan jugak. Orang zaman sekarang banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan segera, minuman berkabornat. Sebab tu kesihatan merosot dan jangka hayat pendek.
"PAHLAWAN YANG SENTIASA DIINGATI" Dalam Terang Ada Cahaya . Dalam Cahaya Ada Kilat Dalam Kilat Ada Kilau. Dalam Kilau Ada Bayang. Bayangan - Pembayang kilat Kilat Pembayang Cahaya - Cahaya Pembayang Cahaya. Sebab tu Mat Kilau sentiasa lepas dari kepungan musuh , Pandangan tertumpu pada bayangan, Bukan empunya pembayang. Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat. Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya. Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya". "Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)" "Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata." "Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata" "Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu." Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya. "Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja." "Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar." "Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah." "Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya." Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh. Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang malam ini , Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau. Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya. Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!” Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya” “Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri! “Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati” Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang! Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering. Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka! Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad! Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri! Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar. 26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah. Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu! Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu. Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa : “Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!” "Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara." Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.
Siapa tahu..kini kisah perjuangan Mat Kilau difilemkan sebagai tontonan anak bangsa sekarang untuk menghargai jasa tokoh ini..Tahniah kepada penerbit & pengarah filem! Semoga ruh perjuangannya disambung oleh generasi kita..penjajah dah xde secara fizikal, tetapi hakikatnya kita sedang dijajah minda sehingga celaru identiti Islam & bangsa.
Identiti Islam, Islamlah dgn kepelbagaian badan2 tahfiz, skim halal, zakat, mais, jais, jheat dan entahlah badan2 sesat terlalu banyak sampai kita tak tahu pun menyeleweng cukai tanahair. Apa depan mata kau tak nampak?
Agama2 lain satu sen pun tak kutip, atau mengguna pakai nama agama pun nak buat kutipan. Tapi ni pukan pasal agama apa pun, atau sesat apa pun. Ni pasal hak, jasa dia dan rakyat Malaysia berbilang kaum, bangsa. Ni ngenai keunikan bangsa, tanahair yang tiada yang lain di muka bumi ni.
Ya, sungguh menyedihkan. Agama sesat lain seperti Hindu, Buddha, Kristian, Judas, dan mana2 agama lain patut mencontohi Islam. Mereka sering diketepikan dan memberi pulak titik peluh, tenaga kemanusiaan utk negara. Marilah kita sama2 gali, mengorek Hasil cukai tanahair. Dalam belanjawan tahun ni agama Hindu, Kristian pun dapat juta2 🥳 bah kata pepatah melayu "yang baik dijadikan teladan yang jahat jadikan sempadan" 😂 Lepas ni jkr, kkm, mesti, universiti, pdrm, atm tak perlu dana dah 🤣 Negara boleh maju macam ni 😅
Kalau cerita pasal matkilau ni Memng meremang sokmo buku roma ,Tingginya ilmu Orng lama sngt Berbeza dengan Orng skrng ,sangat2 nampak perbezaan ,org dulu tuturkata sngt padat , disiplin , bertanggung ,mengikut resmi padi .. ,malunya bila tengok orng2 skrng hanyut dengan perlahan2 kelab malam dh buat Mcm makanan dan macm2,Terima kasih ya Allah kau Hantar Seorang hamba Mu Yg hebat Ini yg telah mengadaikan nyawa demi tanah air kami
Hadirrrr..Movie Mat kilau terbitan Syamsul yusof membawa ku ke sini 🙏 Alangkah bagusnya cerita2 sejarah tanah air dipertengahkan lebih banyak lagi lps ni, terbaekk✨
@@rahmanaman3496 kau patut ambil point2 penting saja.. org filem akan buat perjalanan filem tu menjadi menarik asal x lari akidah.. kau nak sejarah betul2, kau kena gi pustaka, baca buku sejarah je. X yah tgk filem.. apa pun tahniah filem mat kilau dah hampir rm100 juta.. hehehe
Ada 1 yang tak akan pernah Tuhan berikan lagi kepada kita : Tanah Air Tumpah Darah Bangsa Kita. Salam saudara muslim dari Indonesia. Hidup Malaysia!!! Hidup Indonesia!!!
Cerita dia org pahang kelantan dan terengganu berpisah tiada, this is pantai timur, janganlah kita berpecah, kita ni mcm adik beradik, tgk sejarah mat kilau ni sudahla, rakan perjuangannya dari kelantan dan terengganu, al fatihah buat seluruh pejuang tanah air kita🤲
Nenek aku penah cite, atok kepada nenek aku ni penah jd pengikut mat kilau, ikut same² gi menentang British bagai.. Wallahuaalam.. Sbb mat kilau byk merantau, sampai la ke Pekan Pahang. Atok nenek aku org pekan. Aku plak excited nak dgr byk psl sejarah ni tapi nenek aku xdpt byk info sbb dia masih kecik mase tu. N mase zmn Jepun plak, nenek aku cite ayah dia penah gali lubang kat tanah & stay dlm tu utk menyorok drpd tentera Jepun. Sedih plak dgr 😭... Salam Merdeka...
Kebanyakkan Pahlawan kita ni adalah wali2 Allah mcm mat kilau, tokku paloh, tok janggut dan lain2. Boleh tengok ilmu diaorang (Karomah). Kalau kita betul² selami, diaorang berjuang demi agama, bangsa dan negara demi Allah. Mereka berjuang kerana Allah. Takkan patah jiwa kerana Allah lah kekuatan mereka. Tengok saja tentera turki dlu waktu mula² nak takluk konstantinopel, semua orang dipastikan bukan saja cukup solat 5 waktu tpi bangun malam tahajjud. Kira semua askar time tu mmg tak pernah miss tahajjud. Kita letak Allah dalam sanubari, inshaAllah kekuatan itu serahkan saja kepada Allah. Bila ada Allah dihati dari situ kita yakin hanya Allah yang berkuasa.
MasyaAllah saya masih ingat kemunculan mat kilau ketika saya berumur 9 tahun pada tahun 1969 Saya mengetahui melalui akbar..saya masih ingat kegemparan rakyat Malaysia ketika itu Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Aamiin
Tak dapat terbayangkan perasaan pahlawan mat kilau dan rakan seperjuangnya semasa peristiwa bersejarah laungan kemerdekaan bergema di seluruh Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.. bagaimanakah agaknya perasaannya ketika itu…?? Sedangkan kita yang masih hidup sekarang pun rasa sangat terharu bila difikirkan… Semoga syurga milik semua pejuang yg telah bergadai nyawa membebaskan negara tercinta ini dari penjajah… Malangnya sekarang ‘penjajahan’ era baru sedang berleluasa… penjajahan minda… penjajahan budaya… dan mcm2 lg ancaman kpd agama , bangsa dan negara… penjajahan dr luar dan dalam negara.. adakah lg pejuang dgn semangat Mat Kilau yang akan bangkit utk menentang…!!!
Innalillahiwainnalillahirajiun 🙏, jikalau beliau hidop dimasa kini pasti akannya sedih melihat bangsanya yg skrg lemah dr segi dlaman n luaran, sygnya bangsaku kini berpecah angkara wang harta jawatan n rasuah😢
Mat kilau, dato bahaman, dol said, dato maharaja lela . Teringat nama rumah sukan zaman sekolah rendah. Bila ingat balik teruk pahlawan melayu kena seksa dgn penjajah. Last2 skrg org melayu sendiri takde kesedaran patriotik. Agongkan sangat budaya luar. Cuba laa jadi mcm Thailand, Jepun sangat mengangkat budaya negara sendiri.
British pandai "program" jiwa dan raga manusia (terutama orang Islam). Kalau org Islam masih hanyut lagi dgn "program" ni.. Aku sendiri pon sedang dihanyutkan. Bila lah Al Mahdi nak muncul...
Betul tu teringat nama rumah sukan ada nama tok gajah mat kilau dan yang lain sapa sekolah dekat Jerantut dia tahu lah saya sekolah dekat sg retang Jerantut Pahang
Nasihat utk generasi muda bangsa melayu contohi semangat juang Mat Kilau jgn sekadar dengar cerita nya sj lihat la perjuangan org terdahulu betapa mereka betul2 berkorban utk bangsa agama dn negara,tak mcm skrg ramai melayu yg jadi pengkhianat,sanggup jadi barua pd org2 tertentu,d zaman Mat Kilau kita d jajah olih British,skrg kalau kita lalai kita akan d jajah olih mereka2 yg kononnya rakyat M'sia, yg bahasa melayu pun masih pelat dn berterabo ikuti bila parlimen bersidang,anak muda belajar dr kesilapan dlm pru 14 jgn sampai pisang berbuah 2 kali hargai pergorbanan nenek moyang kita,mereka yg dtg ke T Melayu bkn d paksa olih British,mcm org kulit hitam yg d paksa dn d culik ke Amerika,tapi d bawa utk bekerja d lombong bijih dn d estate2 ladang getah milik British sehingga bukan sj boleh jadi kaya raya tapi blh jadi sombong dn biadap dgn tuan rmh
Sebak dengar kisah Allahyarham Mat Kilau walaupun saya orang negeri Sarawak, walaupun berlainan negeri, tetapi darah sebagai bangsa Melayu tetap menyanjung tinggi pengorbanan & jerih perih pahlawan bangsa zaman dahulu.
What a Warrior! He ensured that his people malaysia has a place to stay in Malaysia , Nobody rules malaysia.. He sacrificed his energy for saving societies, I believed during this time Malaya has good connection with Siamese people, Very much respected Man. Thank you for your services Tok Mat Kilau.
Mat Kilau... bukan sahaja pahlawan, beliau ialah orang yang sekali nama disebut, macam2 perkara boleh terbayang tentang beliau. Beliau ialah orang yang gigih, tabah dan bijaksana.
Al Fatihah. Sungguh besar jasa & perngorbanan Mat Kilau dan pejuang² terdahulu. Menitis air mata saya. Moga akan muncul lagi pejuang bangsa seperti mereka. Tapi kini kita sgt malu dgn bangsa sendiri...sudah tidak kenal pejuang sejati. Perompak, penipu pula disanjung tinggi. Bangkitlah bangsaku!
Tinggi ilmu batin beliau boleh bertukar dgn btg pisang,kebal,ada ilmu gaib, dan ahli bela diri tersohor, kuat ilmu ugama aku kagom dgn beliau dan klu dpt ingin jadi spt beliau utk menjaga diri.
semoga allah s.w.t menempatkn arwah di tempat orng yang beriman... sakti betul mat kilau ni aku ada belajar tentang sejarahnya melalui atok dan moyang ku, khalifah yg di pilih oleh allah swt untuk bumi nusantara..
Hai.. Sy datang dari masa depan. Filem mat kilau dah ditayangkan di panggung wayang. Dapat kutipan tertinggi untuk filem melayu, dan juga kutipan tertinggi di malaysia mengalahkan filem avengers. 😊 Dan juga semangat melayu kembali pulih. Terima kasih untuk pahlawan kita iaitu MAT KILAU.
Mat despach tk pernah mengecewakan aku dgn semua video dia...tk sia² masa aku subscribe dulu baru 20k saja...skrg Alhamdulillah sudah maju kedepan...tahniah mat despach..truskan video² begini yg tlah hilang Dari ingatan ramai...
Susah payah pejuang terdahulu mempertahankan tanah air. Tiba2 bila malaya merdeka hilang nama2 pejuang seperti Mat Kilau, Borhanudin Hilmi dan lain2 lagi. Orang lain pulak yang wujud.
Biar lah nama nya menjadi kenangan dalam sejarah tetapi semangatnya terus kekal ke masa hadapan. Inilah susuk anak Melayu yang gagah berdiri menentang penjajah dan musuh yang mencemar tanah bumi tercinta. Itulah perjuangan beliau untuk anak bangsa. Apa pula perjuangan kita?
Antara pejuang2 melayu yg agak terkenal & masih disebut2 oleh rakyat Kelantan adalah tok kenali dgn mat kilau,sampai ada tempat letak nama diorang sebagai tanda peringatan & penghargaan
Kemah keming mat👍👍👍👍pejuang tanah air memang patut dihargai dan jasa mereka wajib di kenang sampai bila2....sanggup berkorban ape saja baik harta ataupn nyawa....Al-fatihan kepada mereka yg telah tiada....cintailah tanah air kita....tanah tumpah darah kita..
Al fatihah kepada semua pahlawan pahlawan kita dari dulu sehingga sekarang... Kita perlu contohi Turkey, sekarang la masa nya kita sedar semula.. Perlu memperkuat kan iman, hati, akal Dan juga tenaga. Semoga kita dapat mempertahan agama, negara Dan rakyat kita sehingga akhir... Aminnn.... ///////
Ya Allah, bantulah dan berkatilah para pejuang Melayu yg betul-betul ikhlas mempertahankan hak dan maruah bangsa Melayu, agama dan tanah air daripada penjajah dan pengganas, aamiin...
Jangan lupa akan jasa pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang telah banyak berkorban !! Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63 !!! 🇲🇾🇲🇾❤️
Para pejuang sejati tanah air ku..Mereka berjuang untuk memerdekakan tanah air ini..mereka telah dikurniakan usia yang panjang agar mereka dapat melihat kejayaan dari apa yang telah mereka perjuangkan sewaktu ketika dahulu...Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada yang telah memperjuangkan agama,bangsa dan tanah air tercinta..
Mat Kilau dan pahlawan yg lain dah mempertaruhkan nyawa utk mempertahankan Tanah Air kita... Sekarang tugas kita semua utk mengekalkan kedaulatan tanah air ini demi maruah kita sebagai Melayu...
Salah seorang pejuang yg mempertahankan tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga....Rasa yer di chenor ada 1 rumah contoh Mat Kilau berdekatan pekan lama chenor....Al-Fatihah pada semua rakan seangkatan Mat Kilau.... #PKPP #KOIORGPAHANG
Orang zaman dlu hidup beratus-ratus thun masih kuat bekerja dan snggup mati berjuanh demi tanah air..orang zaman skrang siap gadai lagi tanah air yg pernah diperjuang oleh nenek moyang kita..pejuang-pejuang dlu pernah berkata "JANGAN SAMPAI ORANG MELAYU TIADA TANAH"..orang dlu snggup mati dan berdarah demi anak cucu dia iaitu kita smua hidup aman dan harmoni..bila mereka smua mencapai kemenangan untuk merdeka betapa gembira nya dia..orang dlu snggup redah negeri yg jauh beribu batu untuk mengatur srategi untuk menyerang musuh..kita skarang ni wlaupun ade kemudahan kenderaan bila jalan jauh sikit dh merungut penat..jumpa polis pun tkut..orang dlu berdepan dngn penjajah pun masih kental dan kuat.. JANGAN SAMPAI BANGSA LAIN MENJADI TUAN KEPADA TANAH MELAYU KITA - Tunku Abdul Rahman JANGAN SAMPAI BANGSA KITA TIADA TANAH - Mat Kilau JANGAN SAMAI BANGSA LAIN PEGANG EKONOMI NEGARA - M.Daud Kilau BIAR SETEMPAYANG DARAH KU TUMPAH JANGAN SEGENGGAM TANAH KU DIJAJAH - Lestenan Adnan
Terbaik admin...dengan adanya video pmbeljaran mcm ni secara x langsung masyarakat kita ingat dan lebih mnghargai akan pengorbanan pejuang2 melayu terdahulu ...fakta akan kekal dan x boleh diubah sampai bila2..
Alfatihah allahyarham mat kilau .. bangsa kite perjuangkn tanah air ini .. tp ade 1 bangsa ni dduk bolot buat duit .. isu bndera trbalik xhabis2..kalau 16mei masih ade mat kilau ni..rasa habis da 1bangsa ni..
Salam merdeka Malaysia 🇲🇾 arwah tokwan saya polis zaman penjajah dulu. Arwah selalu cerita pasai tanah melayu. Bila masuk ja bulan Ogos. 1.8 akan terpacak bendera Malaysia 🇲🇾 depan rumah sampai lah masuk bulan 9 itu pun kadang tak diturunkan. Sedih keluar air mata kalau arwah tokwan dgn tok cerita betapa susah memperjuagkan tanah melayu. Tokwan banyak cerita zaman jepun arwah tok zaman komunis. Al fatihah tokwan 2017 tok 2020 😊
teringat arwah abah... kopral ismail bin ahmad.. askar 9melayu.. arwah pernah cerita masa dorg berperang dgn aggta komunis d baling kedah dan crta tu d sah kn sndri oleh abg angkat arwah sarjan shaari... dorg jga prnh cerita prnh dorg kepung balai polis suatu ketika dlu gara2 seorg polis tlh mnampar org bwahan arwah wktu roblok dn mmnta polis yg mnampar itu kluar serah diri dn memohon maaf kpda askar tu... klau tidak berkecai balai polis tu... dan sblm arwah sakit dlu pnh aku tnya knpa arwah x dftr dlm. veteran atm... arwah ckp dftr pun xda guna sbb bkn nya dorg dpt tlg pun... smpai skrg aku msih xphm mksud arwah tu... al fatihah buat arwah abah ismail bin ahmad..
Alfatihah buat pahlawan melayu kita..smoga beliau ditempatkn bersama org2 yg beriman serta telah syahid dijalanNya amin..selamat menyambut hari kemerdekaan..MERDEKA
Wahai Para Ahli politik dan rakyat msia Pertahankan kedaulatan Negara...amanah yg dipertanggungjawabkan jgn dicemari dgn sekelip mata dgn melakukan perkara2 yg bertentangan dgn perlembagaan Negara..Kalau Bukan Kita siapa lagi memeliharakan 5 prinsip rukun negara ini..I Love Msia💕
Al fatihah utk pahlawanku mat kilau n juga yg lain..moga ada ganjaran dari ALLAH krn mpertahankan agama bangsa n negara..utk pejuang yg masih hidup teruskan pjuangan anda n dpermudahkn urusan
Tak kira dari mana asal kita, asalkan dari pribumi tanah Melayu, sentiasalah berpegang amanat Allahyarham Mat Kilau. JAGALAH AGAMA BANGSA DN NEGARA. JANGAN SAMPAI JATUH KE TANGAN ORANG LUAR.
Arwah Tan sri Mat Kilau ni bukan nak nama tapi beliau nak tunjuk pada pemuda2 supaya teruskan perjuangan yang beliau lakukan dulu ketika beliau masih muda
Perancangan Allah begitu cantek sekali... Mat kilau sempat reveal kebenaran sebelum dia meninnggal.. semoga dicucuri rahmatNyan wahai pahlawan. Al-fatihah
Terima kasih...untk video yg sngt brmakna untk saya, keluarga, warga kmpung juga warga pahang...kmpg kedondong pulau tawar jerantut...kampung kelahiran saya...dan tmpt sya mmbesar....❤
Para pejuang tanah air yg trdahulu telah mengorbankn nyawa mereka utk tanah air kita Malaysia trcinta..Kita sebagai jenerasi skrg patut menyambung dan menggalas kewajipan menjaga bumi trcinta ini.Jagalh Malaysia supaya kita tidak menjadi pelarian d nagara kita sendiri..Sayangi Malaysia..💖
Assalamualaikum wbt♥️❤️
Jangan di lupa jasa yang lama, kerna ia amat berharga, tambahkan ilmu didalam dada, agar maju diri dan Negara...🇲🇾🇲🇾
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 63..😘🤩🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Ig - @detektif.matdespatch
Email - detektifmatdespatch@gmail.com
trm kasih krn buat research ttg Mat Kilau. Moyang saya, Awang Baiduri bin Imam Rasu.
Yjh
Boleh x buat research tentang tok janggut?
Channel youtube yang best
1:mat despatch
2:Baca Jer
3: kupi2 go..
Support diorang guys!
Sejarah
" JANGAN SAMPAI BANGSAKU TIADA TANAH!! "
😭😭😭 tak tahu la kenape naik bulu roma
Tak yah sembang laa
@@fakhrulfirdaus7606 jangan gunakan bahasa melayu untuk memusuhi melayu... PENGKHIANAT NEGARA
@@fakhrulfirdaus7606 melenting ke bro???.
Sekarang tanah orang Melayu dah tinggal 12% je
org dulu umur 100 lebih tahun .masih gagah berjalan org muda zaman moden ni buat kerja sikit .dh .mengadu penat nak mati maruah diri.. bangsa dan agama di main-mainkan di tayang percuma kpd public dkt media sosial..mmg kita dh merdeka dri segi zahir dan kita masih dijajah melalui batin..tokoh kita sggup menentang bermatian..siap kene tembak alhqmdulillah msih kuat sehingga ke penghujung hayatnya bersyukur kpd mereka ..terima kasih mu mat kilau nama mu tetap berada dlm setiap doa kami al fatihah
Faktor pemakanan jugak. Orang zaman sekarang banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan segera, minuman berkabornat. Sebab tu kesihatan merosot dan jangka hayat pendek.
@@amirulal-nibongwiy3725 Kita hidup panjang bukan sebab kita jaga pemakanan tapi sebab belum sampai ajal. Tapi boleh jaga pemakanan nak elak penyakit.
@@amirulal-nibongwiy3725 benar broo..n one more side org muda zmn skrg bdn mereka tidak selasak org dulu²..
Hahahaha..funny..lol
@@noahjo1962 lu orang cin. Family gua jugak cin. Lu jangan la bikin kacau. Kita hidup diam2 ma.
"PAHLAWAN YANG SENTIASA DIINGATI"
Dalam Terang Ada Cahaya .
Dalam Cahaya Ada Kilat
Dalam Kilat Ada Kilau.
Dalam Kilau Ada Bayang.
Bayangan - Pembayang kilat
Kilat Pembayang Cahaya - Cahaya Pembayang Cahaya.
Sebab tu Mat Kilau sentiasa lepas dari kepungan musuh , Pandangan tertumpu pada bayangan, Bukan empunya pembayang.
Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat.
Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya.
Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya".
"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)"
"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."
"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"
"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."
Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya.
"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."
"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."
"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."
"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."
Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh.
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang malam ini , Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau.
Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.
Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”
“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!
“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.
Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu.
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."
Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.
Salam kenal
Terimakasih Tuan atas maklumat, dpt kami mengetahui sedikit sbyk ttg pahlawan melayu unggul ini. Al Fatihah utk beliau.
Alhamdulillah Syukur
Sedikit sebanyak dapat membantu kepada yg kurang mengerti sejarah Allahyarham Mat Kilau
Al Fatihah (dibaca)
Tak penat ke tulis
tertekan read more plak
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !” - Mat Kilau
Alfatihah...
Siapa tahu..kini kisah perjuangan Mat Kilau difilemkan sebagai tontonan anak bangsa sekarang untuk menghargai jasa tokoh ini..Tahniah kepada penerbit & pengarah filem! Semoga ruh perjuangannya disambung oleh generasi kita..penjajah dah xde secara fizikal, tetapi hakikatnya kita sedang dijajah minda sehingga celaru identiti Islam & bangsa.
Xtaw la u...hehe
Identiti Islam, Islamlah dgn kepelbagaian badan2 tahfiz, skim halal, zakat, mais, jais, jheat dan entahlah badan2 sesat terlalu banyak sampai kita tak tahu pun menyeleweng cukai tanahair. Apa depan mata kau tak nampak?
Agama2 lain satu sen pun tak kutip, atau mengguna pakai nama agama pun nak buat kutipan. Tapi ni pukan pasal agama apa pun, atau sesat apa pun. Ni pasal hak, jasa dia dan rakyat Malaysia berbilang kaum, bangsa. Ni ngenai keunikan bangsa, tanahair yang tiada yang lain di muka bumi ni.
Ya tapi agama kau sesat nyata...ckp agama org sesat...zakat Dan halal Dan tahfiz tu hal agama...zakat ada DLM agma
Ya, sungguh menyedihkan. Agama sesat lain seperti Hindu, Buddha, Kristian, Judas, dan mana2 agama lain patut mencontohi Islam. Mereka sering diketepikan dan memberi pulak titik peluh, tenaga kemanusiaan utk negara. Marilah kita sama2 gali, mengorek Hasil cukai tanahair. Dalam belanjawan tahun ni agama Hindu, Kristian pun dapat juta2 🥳 bah kata pepatah melayu "yang baik dijadikan teladan yang jahat jadikan sempadan" 😂 Lepas ni jkr, kkm, mesti, universiti, pdrm, atm tak perlu dana dah 🤣 Negara boleh maju macam ni 😅
Kalau cerita pasal matkilau ni Memng meremang sokmo buku roma ,Tingginya ilmu Orng lama sngt Berbeza dengan Orng skrng ,sangat2 nampak perbezaan ,org dulu tuturkata sngt padat , disiplin , bertanggung ,mengikut resmi padi .. ,malunya bila tengok orng2 skrng hanyut dengan perlahan2 kelab malam dh buat Mcm makanan dan macm2,Terima kasih ya Allah kau Hantar Seorang hamba Mu Yg hebat Ini yg telah mengadaikan nyawa demi tanah air kami
Hadirrrr..Movie Mat kilau terbitan Syamsul yusof membawa ku ke sini 🙏 Alangkah bagusnya cerita2 sejarah tanah air dipertengahkan lebih banyak lagi lps ni, terbaekk✨
Terbaik butuh..perosak kisah perjalanan pahlawan melayu.jln cite mengarut
@@rahmanaman3496 Ada masalah hati ke bro? Semua benda nak negative
@@rahmanaman3496 kau patut ambil point2 penting saja.. org filem akan buat perjalanan filem tu menjadi menarik asal x lari akidah.. kau nak sejarah betul2, kau kena gi pustaka, baca buku sejarah je. X yah tgk filem.. apa pun tahniah filem mat kilau dah hampir rm100 juta.. hehehe
@@rahmanaman3496 kalau dalam cerita mat kilau hang lah orang2 yang pengecut tu.. melayu yang takut untuk berperang. Haa itulah watak hang…
Saya rakyat Indonesia turut bangga dengan almarhum.....atas jasa nya kepada bangsa
Salam bang, mau tnya kalau di Indonesia pahlawanya siapa ya saya mau dengar kisah pahlawan di Indonesia bang
@@zulszczek ulama tak silap
@@zulszczek indonesia sama macam Malaysia. Ramai pahlawan nasional salah satunya adalah moyang sy. Almarhum Tuanku Imam Bonjol.
@@zulszczek banyak jugak bang. Antaranya majapahit. Prabu siliwangi, raden kian santang. Jaya baya dan banyak lagi.
Jaka tingkir...kapak pati geni 313...wali songgo...mak lampir
Ini baru btl2 brotherhood sampai mati.hero negara yang sanggup berkorban nyawa demi negara
Persahabatan Demi Negara
Asalamulaikum..
@@hmrghrobloxsaving29 salam kenal
Ye org dulu pertahankan negara orang sekarang jual negaraaaaa
@@IsmailTowingChannel1970 maaf lambat reply, waalaikumsalam
Pjg umur Mat Kılau...
Pejuangan Mat Kılau patut dıcontohı... Org dulu² byk rahsıa menjage kesıhatan, byk ılmu, ılmu agama, serta lmu alam ghaıb...
Org dulu² berjuang menentang ınggerıs... Org skrg sebok nak berlakı berbını dgn org ınggerıs...
Beza sungguh org dulu & skrg...
Slmt Menyambut Harı Merdeka..
Malaysıa 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾
o
m..
Kalau dah jodoh nak buat mcm mana..
Apa salah nya berbini dgn org Inggeris??Nabi tak suruh kita racist pun ..
@@pemburu7678 ade ke suh racıst?? Cume bg cth beza org dulu dgn org skrg je.....ade ke ckp dkt sıtu jgn kawen dgn org puteh?? ade?? ade?? ade ke?? len kalı bace komen org xyah nak pembarıs sgt!!
Ada 1 yang tak akan pernah Tuhan berikan lagi kepada kita : Tanah Air Tumpah Darah Bangsa Kita. Salam saudara muslim dari Indonesia. Hidup Malaysia!!! Hidup Indonesia!!!
Yg setuju 16/08 kita jadikan Hari Pahlawan sila LIKE!!
Sy org Sabah, tp air mata sy menitis menonton video ini...❤️🇲🇾
Betul ke🤭
@@jeffxgytoll452 toga, diam
sabah pun orang Malaysia kan.✔️
aku bangga dgn Tok Gajah dan Mat Kilau ni .. moga rohnya bersemadi dgn aman... ikhlas dari Lepih
Cerita dia org pahang kelantan dan terengganu berpisah tiada, this is pantai timur, janganlah kita berpecah, kita ni mcm adik beradik, tgk sejarah mat kilau ni sudahla, rakan perjuangannya dari kelantan dan terengganu, al fatihah buat seluruh pejuang tanah air kita🤲
Nenek aku penah cite, atok kepada nenek aku ni penah jd pengikut mat kilau, ikut same² gi menentang British bagai.. Wallahuaalam.. Sbb mat kilau byk merantau, sampai la ke Pekan Pahang. Atok nenek aku org pekan. Aku plak excited nak dgr byk psl sejarah ni tapi nenek aku xdpt byk info sbb dia masih kecik mase tu. N mase zmn Jepun plak, nenek aku cite ayah dia penah gali lubang kat tanah & stay dlm tu utk menyorok drpd tentera Jepun. Sedih plak dgr 😭...
Salam Merdeka...
Salam Satu Syahadah.
Loves!
🇸🇬🇲🇾❤️
Saya bukanlah yang pertama tapi yang selalu ada untuk Detektif Mat Despatch
Kebanyakkan Pahlawan kita ni adalah wali2 Allah mcm mat kilau, tokku paloh, tok janggut dan lain2. Boleh tengok ilmu diaorang (Karomah). Kalau kita betul² selami, diaorang berjuang demi agama, bangsa dan negara demi Allah.
Mereka berjuang kerana Allah. Takkan patah jiwa kerana Allah lah kekuatan mereka. Tengok saja tentera turki dlu waktu mula² nak takluk konstantinopel, semua orang dipastikan bukan saja cukup solat 5 waktu tpi bangun malam tahajjud. Kira semua askar time tu mmg tak pernah miss tahajjud.
Kita letak Allah dalam sanubari, inshaAllah kekuatan itu serahkan saja kepada Allah. Bila ada Allah dihati dari situ kita yakin hanya Allah yang berkuasa.
MasyaAllah saya masih ingat kemunculan mat kilau ketika saya berumur 9 tahun pada tahun 1969
Saya mengetahui melalui akbar..saya masih ingat kegemparan rakyat Malaysia ketika itu
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Aamiin
Tak dapat terbayangkan perasaan pahlawan mat kilau dan rakan seperjuangnya semasa peristiwa bersejarah laungan kemerdekaan bergema di seluruh Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.. bagaimanakah agaknya perasaannya ketika itu…?? Sedangkan kita yang masih hidup sekarang pun rasa sangat terharu bila difikirkan… Semoga syurga milik semua pejuang yg telah bergadai nyawa membebaskan negara tercinta ini dari penjajah…
Malangnya sekarang ‘penjajahan’ era baru sedang berleluasa… penjajahan minda… penjajahan budaya… dan mcm2 lg ancaman kpd agama , bangsa dan negara… penjajahan dr luar dan dalam negara.. adakah lg pejuang dgn semangat Mat Kilau yang akan bangkit utk menentang…!!!
Innalillahiwainnalillahirajiun 🙏, jikalau beliau hidop dimasa kini pasti akannya sedih melihat bangsanya yg skrg lemah dr segi dlaman n luaran, sygnya bangsaku kini berpecah angkara wang harta jawatan n rasuah😢
Innalillahwainnalilahhirojiun . Harap mat kilau ditempatkan didalam tempat org ii yg beriman . Alfatihah .
Mat kilau, dato bahaman, dol said, dato maharaja lela . Teringat nama rumah sukan zaman sekolah rendah. Bila ingat balik teruk pahlawan melayu kena seksa dgn penjajah. Last2 skrg org melayu sendiri takde kesedaran patriotik. Agongkan sangat budaya luar. Cuba laa jadi mcm Thailand, Jepun sangat mengangkat budaya negara sendiri.
British pandai "program" jiwa dan raga manusia (terutama orang Islam). Kalau org Islam masih hanyut lagi dgn "program" ni..
Aku sendiri pon sedang dihanyutkan.
Bila lah Al Mahdi nak muncul...
sekolah mana tu?
Betul tu teringat nama rumah sukan ada nama tok gajah mat kilau dan yang lain sapa sekolah dekat Jerantut dia tahu lah saya sekolah dekat sg retang Jerantut Pahang
Mat kilau tok gajah tok bahaman mat lela nama rumah sukan
Sekolah dkt kuantan pun pkai nama tu utk rumah sukan 😆
Nasihat utk generasi muda bangsa melayu contohi semangat juang Mat Kilau jgn sekadar dengar cerita nya sj lihat la perjuangan org terdahulu betapa mereka betul2 berkorban utk bangsa agama dn negara,tak mcm skrg ramai melayu yg jadi pengkhianat,sanggup jadi barua pd org2 tertentu,d zaman Mat Kilau kita d jajah olih British,skrg kalau kita lalai kita akan d jajah olih mereka2 yg kononnya rakyat M'sia, yg bahasa melayu pun masih pelat dn berterabo ikuti bila parlimen bersidang,anak muda belajar dr kesilapan dlm pru 14 jgn sampai pisang berbuah 2 kali hargai pergorbanan nenek moyang kita,mereka yg dtg ke T Melayu bkn d paksa olih British,mcm org kulit hitam yg d paksa dn d culik ke Amerika,tapi d bawa utk bekerja d lombong bijih dn d estate2 ladang getah milik British sehingga bukan sj boleh jadi kaya raya tapi blh jadi sombong dn biadap dgn tuan rmh
Syabas..tepat apa yg Puan tuliskan...
Sebak dengar kisah Allahyarham Mat Kilau walaupun saya orang negeri Sarawak, walaupun berlainan negeri, tetapi darah sebagai bangsa Melayu tetap menyanjung tinggi pengorbanan & jerih perih pahlawan bangsa zaman dahulu.
Sarawak pun ada pejuang rentap,Rosli dhobi…terima kasih buat semua pejuang2
Yaa d serawak ade phlawan agi hidup agi nelaban!
Jagalah betul2 negerimu saudara kita minoriti disana tapi bangsa kita yg terpilih untuk memimpin
Iniilah dia pahlawan nusa dan bangsa.. tiada pengantinya pahlawan ini..
AMBO ORE KELANTAN TAPI CARI MAKAN DI JERANTUT PAHANG BANGGA KERANA DAPAT MENCARI REZEKI DIBUMI MAT KILAU DAN DAPAT MELAWAT KUBUR BELIAU SETIAP BULAN
rahmat Allah buat demo..in shaa Allah
alhamdulillah..salam al-fatihah
👍👍
Kemah bohhh...
bumi ni milik Allah..kita sebagai manusia hnya menumpang..
Selamat hari merdeka yg ke 63 tahun kpada seluruh tanah melayu dan ke 57 kpada tanah airku di negeri bawah bayu. Salam dari Sabah. God bless
Beliau ialah seorang PEJUANG yg sebenar mempertahankn tanah air, Agama, bangsa dn negara.. Al fatehah buat arwah dn juga rakan seperjuangan
Meleleh air mata aku wehhh. Al-fatihah utk arwah Mat Kilau (dibaca)
Allah bagi diorang hidup panjang supaya dapat ditunjukkan kebenarannya🥰
What a Warrior! He ensured that his people malaysia has a place to stay in Malaysia , Nobody rules malaysia.. He sacrificed his energy for saving societies, I believed during this time Malaya has good connection with Siamese people, Very much respected Man. Thank you for your services Tok Mat Kilau.
what a warrior
Mat Kilau... bukan sahaja pahlawan, beliau ialah orang yang sekali nama disebut, macam2 perkara boleh terbayang tentang beliau.
Beliau ialah orang yang gigih, tabah dan bijaksana.
Al Fatihah. Sungguh besar jasa & perngorbanan Mat Kilau dan pejuang² terdahulu. Menitis air mata saya. Moga akan muncul lagi pejuang bangsa seperti mereka. Tapi kini kita sgt malu dgn bangsa sendiri...sudah tidak kenal pejuang sejati. Perompak, penipu pula disanjung tinggi. Bangkitlah bangsaku!
Hebat orang dulu-dulu..👍👍👍 pantang menyerah pada sesuatu perjuangan.. Al-Fatihah buat arwah..
Tinggi ilmu batin beliau boleh bertukar dgn btg pisang,kebal,ada ilmu gaib, dan ahli bela diri tersohor, kuat ilmu ugama aku kagom dgn beliau dan klu dpt ingin jadi spt beliau utk menjaga diri.
Pergi lah tengok film Mat Kilau.. Sungguh mengujakan ... Antara filem terbaik malaysia pernah buat 10/10
imam mahdi saje harapan org islam skrg nie
semoga allah s.w.t menempatkn arwah di tempat orng yang beriman...
sakti betul mat kilau ni
aku ada belajar tentang sejarahnya melalui atok dan moyang ku, khalifah yg di pilih oleh allah swt untuk bumi nusantara..
Al fatihah utk pahlawan Allahyarham mat kilau..smoga ditempatkan dikalangan org2 y beriman aamiin🤲
Hai.. Sy datang dari masa depan. Filem mat kilau dah ditayangkan di panggung wayang. Dapat kutipan tertinggi untuk filem melayu, dan juga kutipan tertinggi di malaysia mengalahkan filem avengers. 😊 Dan juga semangat melayu kembali pulih. Terima kasih untuk pahlawan kita iaitu MAT KILAU.
Mat despach tk pernah mengecewakan aku dgn semua video dia...tk sia² masa aku subscribe dulu baru 20k saja...skrg Alhamdulillah sudah maju kedepan...tahniah mat despach..truskan video² begini yg tlah hilang Dari ingatan ramai...
Susah payah pejuang terdahulu mempertahankan tanah air. Tiba2 bila malaya merdeka hilang nama2 pejuang seperti Mat Kilau, Borhanudin Hilmi dan lain2 lagi. Orang lain pulak yang wujud.
Alfatihah buat Matkilau
Org politik yg jual malaysia sikit2..
Ejen British gak
Sbb yg merdeka kan ejen british...
Siap nk bg chin peng jd pejuang kemerdekaan. Bengong
Biar lah nama nya menjadi kenangan dalam sejarah tetapi semangatnya terus kekal ke masa hadapan. Inilah susuk anak Melayu yang gagah berdiri menentang penjajah dan musuh yang mencemar tanah bumi tercinta. Itulah perjuangan beliau untuk anak bangsa. Apa pula perjuangan kita?
Antara pejuang2 melayu yg agak terkenal & masih disebut2 oleh rakyat Kelantan adalah tok kenali dgn mat kilau,sampai ada tempat letak nama diorang sebagai tanda peringatan & penghargaan
Sye suka detectif mat Despatch cra menyampai cukup jelas.. Terus kan mat.. Tk perna mnghampa kn..
Bagi saya,kita semua jgn amalkan rasuah demi generasi akan datang.. Kalau kita amalkan jugak, makna kata kita da perlekehkan perjuangan org2 dulu..
Bertuah siapa anak cucu cicit mat kilau..darah pahlawan
Kemah keming mat👍👍👍👍pejuang tanah air memang patut dihargai dan jasa mereka wajib di kenang sampai bila2....sanggup berkorban ape saja baik harta ataupn nyawa....Al-fatihan kepada mereka yg telah tiada....cintailah tanah air kita....tanah tumpah darah kita..
Terima kasih Mat Kilau. InsyaAllah saya akan melawat makam nya nanti
Seronok minggu ni, semalam vdeo terbaru faizalrozi, arini kupi2go(ekram),la ni vdeo bru detektif pula😊
btol2..semua vdeo best yg di tngu2
Oh layan jugak eh faizal rozi tu hehehehe
Wow..berani
Ermm dan sekarang ada saya 😂
Ad fb tak 😁
Al fatihah kepada semua pahlawan pahlawan kita dari dulu sehingga sekarang... Kita perlu contohi Turkey, sekarang la masa nya kita sedar semula.. Perlu memperkuat kan iman, hati, akal Dan juga tenaga. Semoga kita dapat mempertahan agama, negara Dan rakyat kita sehingga akhir... Aminnn.... ///////
Ini barulah pejuang bangsa melayu..
Saya warga Thailand tapi saya minat sejarah pahlawan tokoh dari tanah Malayu
Ya Allah, bantulah dan berkatilah para pejuang Melayu yg betul-betul ikhlas mempertahankan hak dan maruah bangsa Melayu, agama dan tanah air daripada penjajah dan pengganas, aamiin...
Jangan lupa akan jasa pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang telah banyak berkorban !! Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63 !!! 🇲🇾🇲🇾❤️
Para pejuang sejati tanah air ku..Mereka berjuang untuk memerdekakan tanah air ini..mereka telah dikurniakan usia yang panjang agar mereka dapat melihat kejayaan dari apa yang telah mereka perjuangkan sewaktu ketika dahulu...Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada yang telah memperjuangkan agama,bangsa dan tanah air tercinta..
Subhanallah byknya jasa nenek moyang kita utk kita 😭😭😭
Semoga syurga tnpa d hisab buat mereka😭😭😭
Beliau adalah pahlawan negara
Beliau adalah figura bangsa
Beliau adalah pembebas tanah air
Beliau adalah Mat Kilau
"Usahlah ditanya, apakah bakti negara utk kamu, tetapi tanyalah .. Apakah bakti kamu utk negara, berjasalah kamu utk keharmonian negara". ✌🇲🇾
Amar Mariko wahh mcm lgu 'ilham pujangga' arwah ismail harun.
Kudoakan mudah2an perginya dlm husnul khotimah
Bakti negara bagi duit brim
Mat Kilau dan pahlawan yg lain dah mempertaruhkan nyawa utk mempertahankan Tanah Air kita... Sekarang tugas kita semua utk mengekalkan kedaulatan tanah air ini demi maruah kita sebagai Melayu...
Salah seorang pejuang yg mempertahankan tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga....Rasa yer di chenor ada 1 rumah contoh Mat Kilau berdekatan pekan lama chenor....Al-Fatihah pada semua rakan seangkatan Mat Kilau....
#PKPP
#KOIORGPAHANG
Orang zaman dlu hidup beratus-ratus thun masih kuat bekerja dan snggup mati berjuanh demi tanah air..orang zaman skrang siap gadai lagi tanah air yg pernah diperjuang oleh nenek moyang kita..pejuang-pejuang dlu pernah berkata "JANGAN SAMPAI ORANG MELAYU TIADA TANAH"..orang dlu snggup mati dan berdarah demi anak cucu dia iaitu kita smua hidup aman dan harmoni..bila mereka smua mencapai kemenangan untuk merdeka betapa gembira nya dia..orang dlu snggup redah negeri yg jauh beribu batu untuk mengatur srategi untuk menyerang musuh..kita skarang ni wlaupun ade kemudahan kenderaan bila jalan jauh sikit dh merungut penat..jumpa polis pun tkut..orang dlu berdepan dngn penjajah pun masih kental dan kuat..
JANGAN SAMPAI BANGSA LAIN MENJADI TUAN KEPADA TANAH MELAYU KITA - Tunku Abdul Rahman
JANGAN SAMPAI BANGSA KITA TIADA TANAH - Mat Kilau
JANGAN SAMAI BANGSA LAIN PEGANG EKONOMI NEGARA - M.Daud Kilau
BIAR SETEMPAYANG DARAH KU TUMPAH JANGAN SEGENGGAM TANAH KU DIJAJAH - Lestenan Adnan
Terbaik admin...dengan adanya video pmbeljaran mcm ni secara x langsung masyarakat kita ingat dan lebih mnghargai akan pengorbanan pejuang2 melayu terdahulu ...fakta akan kekal dan x boleh diubah sampai bila2..
Alfatihah allahyarham mat kilau .. bangsa kite perjuangkn tanah air ini .. tp ade 1 bangsa ni dduk bolot buat duit .. isu bndera trbalik xhabis2..kalau 16mei masih ade mat kilau ni..rasa habis da 1bangsa ni..
sultan kelantan unsung hero...tak serahkan mat kilau pada sultan pahang..
Itulah Sultan dahulu banyak helah dengan penjajah..Sultan Kelantan dan Terengganu yg menyorok Mat Kilau dari buruan Inggeris
Arwah ibubapa saya pernah pergi berjumpa dengan arwah arwah mat kilau selepas di viral Masih hidup.
Terharu...walpn sy bukan rakyat malaysia tapi bangga dengan anak melayu...takbiiiiirrr
Semoga rohnya ( tok guru ) di cucuri rahmat dn di tempatkn di kalangan orng2 yg beriman 🤲 Al Fatihah 🤲 Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲
Salam merdeka Malaysia 🇲🇾 arwah tokwan saya polis zaman penjajah dulu. Arwah selalu cerita pasai tanah melayu. Bila masuk ja bulan Ogos. 1.8 akan terpacak bendera Malaysia 🇲🇾 depan rumah sampai lah masuk bulan 9 itu pun kadang tak diturunkan. Sedih keluar air mata kalau arwah tokwan dgn tok cerita betapa susah memperjuagkan tanah melayu. Tokwan banyak cerita zaman jepun arwah tok zaman komunis. Al fatihah tokwan 2017 tok 2020 😊
teringat arwah abah... kopral ismail bin ahmad.. askar 9melayu.. arwah pernah cerita masa dorg berperang dgn aggta komunis d baling kedah dan crta tu d sah kn sndri oleh abg angkat arwah sarjan shaari... dorg jga prnh cerita prnh dorg kepung balai polis suatu ketika dlu gara2 seorg polis tlh mnampar org bwahan arwah wktu roblok dn mmnta polis yg mnampar itu kluar serah diri dn memohon maaf kpda askar tu... klau tidak berkecai balai polis tu... dan sblm arwah sakit dlu pnh aku tnya knpa arwah x dftr dlm. veteran atm... arwah ckp dftr pun xda guna sbb bkn nya dorg dpt tlg pun... smpai skrg aku msih xphm mksud arwah tu... al fatihah buat arwah abah ismail bin ahmad..
MERDEKA MERDEKA
MERDEKA.....terima kasih pejuang2 tanah air ku.......kamulah hero2 kami
Alfatihah untuk arwah mat kilau dan semua pejuang tanah air...'nak cari kekuatan, carilah Allah'
Darah Mat Kilau masih mengalir ditubuh anak anak Pahang sejati.Tak hilang melayu di dunia.
Alfatihah buat pahlawan melayu kita..smoga beliau ditempatkn bersama org2 yg beriman serta telah syahid dijalanNya amin..selamat menyambut hari kemerdekaan..MERDEKA
Salam taksiah buat allahyaraham mat kilau ....semoga jasa mu akan di kenang sehingga jenerasi akan datang
Takziah bukn taksiah bro
Wahai Para Ahli politik dan rakyat msia Pertahankan kedaulatan Negara...amanah yg dipertanggungjawabkan jgn dicemari dgn sekelip mata dgn melakukan perkara2 yg bertentangan dgn perlembagaan Negara..Kalau Bukan Kita siapa lagi memeliharakan 5 prinsip rukun negara ini..I Love Msia💕
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysian!!
Terharu pula dengar kisah2 sejarah macam ni.
terharu aku..sampai berkaca2 mata ini mengenangkn pejuang2 dulu..
Al fatihah utk pahlawanku mat kilau n juga yg lain..moga ada ganjaran dari ALLAH krn mpertahankan agama bangsa n negara..utk pejuang yg masih hidup teruskan pjuangan anda n dpermudahkn urusan
Terima kasih Mat Kilau... al fatihah
Al-Fatihah kepada pahlawan Negara Mat Kilau & rakan2 seperjuangannya serta para pejuang..
Orang kelantan mana ? ❤️❤️. Alfatihah
bukn baca dkt sini dalam hati boleh pulk tulis. doa mcm tu ye
@@shaloy7796 biar lh dia. Knp mrh sgt ni?
Alahai...pantang betul kalau sebut negeri dia...mula lah nak kenegerian...boring betol perangai gini..
@@batutepijalan7915 ok maafkan saya whai abg terpaling negeri. Niat cuma saja saja. Lgipun ini komen setahun yg lalu😁😁
@@shaloy7796 maaf saya bru perasan reply akak. Ok saya edit balik ye kak. Trima kasih atas teguran
Terbaik.. selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 buat semua rakyat Malaysia.. semoga keharmonian & perpaduan terus dikekalkan.. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
"jangan sampai bangsa lain pegang ekonomi negara" - M. Daud kilau
Ok
@KING ARIFFIN 6991' kuasa dajjal di muka bumi .
Tolak habok. Jalan kaki. Gigit jari. Kalah judi 😂👍
Satu ringgitt... Dua ringittt..
Che Mek Molek 😅
Tak kira dari mana asal kita, asalkan dari pribumi tanah Melayu, sentiasalah berpegang amanat Allahyarham Mat Kilau. JAGALAH AGAMA BANGSA DN NEGARA. JANGAN SAMPAI JATUH KE TANGAN ORANG LUAR.
Arwah Tan sri Mat Kilau ni bukan nak nama tapi beliau nak tunjuk pada pemuda2 supaya teruskan perjuangan yang beliau lakukan dulu ketika beliau masih muda
SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK MALAYSIA..... SALAM DARI TANAH KESULTANAN LANGKAT.....
Perancangan Allah begitu cantek sekali... Mat kilau sempat reveal kebenaran sebelum dia meninnggal.. semoga dicucuri rahmatNyan wahai pahlawan. Al-fatihah
x silap pemuda2 al kahfi pun lepas sedar dr tidur hidup pun x lama kan. Allah sebaik2 perancang.
Terima kasih...untk video yg sngt brmakna untk saya, keluarga, warga kmpung juga warga pahang...kmpg kedondong pulau tawar jerantut...kampung kelahiran saya...dan tmpt sya mmbesar....❤
Para pejuang tanah air yg trdahulu telah mengorbankn nyawa mereka utk tanah air kita Malaysia trcinta..Kita sebagai jenerasi skrg patut menyambung dan menggalas kewajipan menjaga bumi trcinta ini.Jagalh Malaysia supaya kita tidak menjadi pelarian d nagara kita sendiri..Sayangi Malaysia..💖
Al fatihah innalillahiwainnailairojiunn kepada semua Pejuang tanah air semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua
2022 hadir simak sebab filem " Mat Kilau " terima kasih admin , mmg mantap DMD
Trima kasih tuan di atas perkongsian. Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia. Al-fatihah utk Allahyarham Mat Kilau.
Hadir sebab cerita mat kilau skrg tgh viral😆😆😆
Saya syorkan buat video berkenaan pejuang islam almarhum tuan guru nik aziz
Orang dulu berjuang habis harta. Orang sekarang berjuang harta semakin bertambah. Wallahualam. Ya Allah ampuni lah kami. Ameeen
Salam
Al fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya Aamin ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya
Datang selepas trailer filem Mat Kilau..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org beriman..
Al-fatihah untuk semua orang kita yang mati .semoga kita semua masuk syurga .amin