Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

KERABU TAUGEH - Tak Tahu Nak Masak Sayur Apa Tengahari Ni? Usah Risau ... 😉

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 лип 2023
  • KERABU TAUGEH DENGAN LALA VERSI UTARA
    .
    .
    Untuk perkongsian kali ni, Cheq Na nak SHARE resipi yang tak asing kepada penggemar makanan utara, iaitu KERABU TAUGEH bersama Lala atau Kerang. Di dalam video ni, Cheq Na tak ada kerang semasa pengambaran dibuat, jadi Cheq Na pakai Lala.
    .
    Kerabu taugeh ni sesuai dimakan begitu saja dan sesuai juga dijadikan hidangan di waktu tengahari bersama ikan masin goreng dan sambal belacan. Since dah cakap pasal sambal belacan, kepada yang sukakan belacan yang tiada campuran asing, tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan, boleh dapatkan BELACAN CHEQ NA di Shopee dekat link sini
    .
    👉 shp.ee/hth3unr
    .
    Ok, sambung balik resepi kerabu taugeh ni. Cheq Na boleh kategorikan resepi ni sebagai resepi sihat since memang sayur-sayuran saja bahan utama dia. JOM kita tengok bahan-bahan macammana nak buat kerabu taugeh ni ... jom kita ...
    .
    Bahan Utama
    a) 2 batang serai
    b) 3 ulas bawang merah
    c) 2 biji cili besar
    d) 5 biji cili melaka
    e) 5cm halia
    f) Lengkuas sebesar ibu jari
    g) 5 camca besar kelapa parut (Untuk dikisar)
    h) 1 mangkuk kecil santan
    i) 3 camca besar kerisik
    j) 3.5 genggam taugeh
    k) 2 biji bawang besar
    l) 2 biji limau nipis
    m) Satu bekas kecil kerang/lala
    n) 1 cekak daun selom
    o) 3 camca besar beras yang disangai
    p) 3 camca besar air cuka
    q) Belacan sebesar ibu jari
    r) 1 camca kecil garam
    s) 1 camca kecil gula
    .
    Bahan Hiasan
    a) 15 biji tomato ceri
    b) 1 biji bawang besar
    c) 1 biji cili besar
    .
    Untuk mendapatkan tekstur dan rasa seperti dalam gambar, Cheq Na sarankan tengok video ni sampai habis. Tak boleh skip-skip sebab every step of the way tu very important. Kalau skip, memang tak dapat tekstur dan rasa yang betul seperti dalam video ni.
    .
    Kalau video ni memberi manfaat kepada ramai orang, silalah SHARE, SHARE dan SHARE supaya ramai orang mendapat manfaatnya
    .
    Setakat ini dulu, Cheq Na ucapkan terima kasih kerana menonton video Cheq Na dan kita berjumpa di video yang akan datang In Sha Allah 🤲
    .
    .
    #cheqna
    #cheqnastyle
    #cheqnaresipi
    #cheqnakatasedapsedaplah
    #kerabutaugeh

КОМЕНТАРІ • 24

  • @aziesrozy109
    @aziesrozy109 Рік тому

    Terbaiklah Cheq Na buat video ni bersama Hubby yg editing... lama dah tak tengok Che Na upload video2 masakkan... teruskan updated lagi supaya kami dpt mengikuti perkembangan Cheq Na yg menghiburkan kami semua...🤗

  • @bobbyxander7474
    @bobbyxander7474 2 місяці тому +1

    Kami baru jumpa video teruih try buat

    • @CheqNa
      @CheqNa  2 місяці тому

      Owhhh ... terima kasih kerana mencuba resepi Cheq Na ni dan bagi komen yang positif 👍

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias3457 Рік тому

    Tuu dia, kerabu Cheq Na style , baru bertambah mkn nnt 👍🤩❤😊

  • @sweetlavenderose
    @sweetlavenderose 6 місяців тому

    Tq Cheq Na❤❤❤❤

  • @masliza2037
    @masliza2037 7 місяців тому

    Terbaik che na.. Terima kasih no

  • @eliesyaelieya2518
    @eliesyaelieya2518 4 місяці тому

    Sedapnyaaa

    • @CheqNa
      @CheqNa  2 місяці тому

      Betul tu .. memang sedap ni sis 😋

  • @mimidalmacio6700
    @mimidalmacio6700 8 місяців тому

    Terbaik lh...

  • @maryamabdullah913
    @maryamabdullah913 5 місяців тому

    Sedap

  • @tipahmohamad2463
    @tipahmohamad2463 Рік тому

    Bagus 2 cik na❤❤❤

  • @lina_my
    @lina_my Рік тому

    The best video Cheq Na takat lani. Start dari thumbnail pun menarik dah. Details sungguh video arini. Best sangat. Dah la kerabu toge nampak sedap yakmat. Kami nak request dalam video taip sekali bahan-bahan dengan cara masak boleh ka Cheq Na. Simple pun takpa. Buleh pause and play nak baca. Kami orang Loqstaq paham Cheq Na cakap apa. Kot orang luaq la kurang paham kan. Belacan Cheq Na nampak sedap. Nanti kami try na.

    • @CheqNa
      @CheqNa  Рік тому

      Terima kasih di atas komennya. Dulu Cheq Na ada buat sub title, tapi makan masa yang lama. Untuk next video, Cheq Na try buat apa yang dicadangkan.

    • @lina_my
      @lina_my Рік тому

      @@CheqNa buat simple ja Cheq Na. Tak payah karang macam subtitle tu. Buat checklist macam beli barang dapoq. Tempek ja dalam video Cheq Na.

  • @sharifahmaimunah6298
    @sharifahmaimunah6298 Рік тому

    Terime kasih resepi nye che na

    • @CheqNa
      @CheqNa  Рік тому

      Sama-sama dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 🥰

  • @riananove1914
    @riananove1914 Рік тому

    bila tengok rasa lapar pulak.. 😅😅

    • @CheqNa
      @CheqNa  Рік тому

      Ya ... memang lapar kalau tengok ni 🤤

  • @rismacookery11
    @rismacookery11 Рік тому

    masya Allah terlihat sedap sekali kak terimaksih resepnya ❤

    • @CheqNa
      @CheqNa  Рік тому

      Sama-sama dan *terima kasih* kerana menonton video Cheq Na 😍

  • @deebahmad191
    @deebahmad191 Рік тому

    Renyahnya...sorry..bye2

  • @fartan1465
    @fartan1465 Рік тому

    Any substitute for "daun selom" as difficult to find it in Singapore?

  • @cheritakamek
    @cheritakamek Рік тому

  • @suemanja129
    @suemanja129 9 місяців тому

    Lala x pyh rebus ka?