Mercedes Benz Engine CGI M271 EVO | 2.0 | MASALAH Yang Sering Berlaku, "OIL COOLER". W204 W212 W207

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 2 жов 2024
  • Pada kali ini adalah berkenaan Engine Mercedes CGI M271EVO , dimana ia ada masalah ia sendiri (Common Problem) & video ini adalah untuk kongsikan kepada anda semua berkenaanya serta kongsi 'Preventive Maintenance' yang perlu dibuat untuk pemilik yang memiliki Engine ini.
    "OIL COOLER" adalah perkara yang biasa akan berlaku iaitu ia akan mula bocor minyak hitam, pipe yang bersambung ke oil cooler tersebut juga boleh bocor serta crack & hose yang berkenaan juga sampai masa ia akan kembang mengakibatkan hos itu pecah. ada juga kes dimana ia buat coolant bercampur minyak hitam maka ia akan menjadi seperti air "teh tarik"& barang ini ada salah satu wear & tear semasa memakainya.
    Barang yang saya tukar adalah terdiri daripada tiga pulley iaitu :
    1. Oil Cooler ~ RM1k~1900 (ori) / RM 600 keatas
    2. Pipe "S"~ RM38 (ori) / RM 30~ RM 70
    3. Coolant Mercedes ~ RM30 (ori)
    Serta Kos penyelenggaraannya sekitar Rm300~RM 800 tertakluk kepada caj workshop.
    Coolant & Pipe "S" adalah parts tambahan & sekiranya kedua-dua tersebut yang ada di kereta sekarang masih dalam kondisi baik maka tidak perlu tukar. Sekiranya ia sudah mula menunjukkan crack atau koyak, coolant sudah bertukar warna maka baiklah tukar yang baharu. Sekiranya tidak mahu risau satu hari nanti ia bocor serta coolant sudah tak berapa elok maka baik tukar sekali semasa menukar oil cooler tersebut
    Sebaik-baiknya anda nak lebih kepastian sama ada oil cooler, pipe "s" perlu tukar boleh juga minta pendapat daripada mekanik ataupun workshop yang anda selesa untuk bertanya.

КОМЕНТАРІ • 18

  • @3n1k1r
    @3n1k1r 5 місяців тому +1

    Assalam Boss nak tanya...ikut buku Mercedes berapa kilometres perlu ditukar oil cooler dan klau masa tukar oil cooler perlu ke kita tukar sekali radiator coolant? Kereta saya dah 12 thn tapi mileage baru 52k km...Risau juga klau2 tgh drive berlaku...nauzu billahi min zalik...tkasih...

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  5 місяців тому +1

      Waalaikumussalam, kalau ikut buku MB Maintenance schedule tak specified oil cooler kena tukar brpa km/tahun tetapi every service A/B ia akan beritahu kena "check every fluid level" & top up ikut "factory-recommended service intervals".
      [Maaf kalau reply dibawah ini panjang]
      Senang cerita, oil cooler ni MB menjangkakan ia bermasalah lepas habis warranty ataupun 10 tahun ke atas, ketika itu mana yang owner beli baru akan jual/tukar ke yang baharu.
      Pada pendapat saya, sekiranya dapat detect awal dalam coolant tank dah mula berminyak, cepat-cepat tukar oil cooler tu samaada oil/transmission cooler serta buat flushing inshaallah akan jadi seperti biasa dalam tank tersebut, x perlu tukar radiator Sekiranya berlaku seperti ini cthnya seperti dalam video lepas flushing alhamdulillah masih ok & kalau ada tanda-tanda bocor di oil cooler, tandanya dalaman benda tersebut dah mula bocor.
      Sekiranya dalam tank dah mula keruh atau terlambat detect maka baiklah tukar sekali radiator, sebabnya akan terjadi keladak minyak+air tu melekat di saluran radiator & juga hose-hose cooling system kereta tu. Apabila dah jadi seperti ini, kerja pun lebih sikit sebabnya kena buat flushing beberapa kali & mungkin ambil masa juga nak bagi kotoran tersebut sehingga bersih. ( saya pernah kena dalam setahun 4~5 kali flushing, & coolant tank tukar 2 kali sebab tersumbat tapi Bukan di merc but audi)
      Kalau saya jadi boss, nak hati tenang baiklah tukar sementara dia ok atau minta mechanic check area oil cooler tersebut serta hose berdekatannya. Sekiranya ada tanda hose pun dah crack ke apa baiklah tukar.
      Satu benda je kena faham dengan kereta2 ni, walaupun mileage rendah tetapi umur kereta bertambah maka parts yang ada di kereta tersebut akan sampai masa perlu tukar disebabkan sejuk panas berulang kali tu yang menyebabkan crack/ pecah. Low Mileage (umur 10 tahun ke atas) sebenarnya tunggu masa shj untuk dia buat hal vs high mileage 'Yang Dijaga' benda nak berlaku berkurangan sebab dah tukar.
      "Preventive Maintenance" tu penting kalau kita tak nak masalah berlaku dalam satu masa & jika kita tahu ia benda yang sering berlaku/bermasalah baiklah lakukan sesuatu.😁
      Inshaallah saya doakan sedara dipermudahkan urusan ketika memandu & memiliki Merc ini.
      Terima-Kasih!

    • @3n1k1r
      @3n1k1r 5 місяців тому +1

      @@HikalBenzChannel , terima kasih boss segala informasi yg terang dan jelas...insya Allah dah boleh pesan sikit2 barang berkenaan dlm masa terdekat...terima kasih boss...selamat Hari Raya Eidul Fitri...

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  5 місяців тому

      Sama-sama. Pelan2 kumpul barang lepas tu buat one shot supaya dapat jimat labour workshop.
      Selamat Hari Raya juga & Terima-Kasih support ke Channel ini dengan like, comment & Subscribe! 👍🙏

  • @bahrin84
    @bahrin84 8 місяців тому

    Salam,
    Boleh suggest Diagnostic Tool yg terbaik utk DIY di rumah? C200 CGI

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  7 місяців тому

      Waalaikummusalam, inshaallah saya akan kongsikan Diagnostic tool untuk para D.i.Y, kerana barang tersebut saya sudah order bulan lepas & baru minggu lepas mendarat ke sini. Jadi, saya cadang pun nak buat Unboxing Video Diagnostic tools tersebut. Terima Kasih kerana beri cadangan serta Subscribe ke Channel ini.🙏🏻

  • @aldifortuner278
    @aldifortuner278 9 місяців тому

    What odometer reading when the problem come up?

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  7 місяців тому

      Usually around 100kKM / 60k miles & above or it is best to visually inspect it when you do regular service. do also inspect the coolant reservoir for contamination of oil in it cuz it is a telltale sign of an Oil cooler problem.

  • @apex_m3lu391
    @apex_m3lu391 11 місяців тому

    Hi boss, tengah cari c200 cgi 2013, tapi nak make sure kereta tak akan bagi banyak problem in the future. Based on your experience, w204 ok tak atau lebih baik beli kereta lain dan repair kos selalu mahal ke?

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  10 місяців тому +1

      hi, pada pendapat saya kereta conti tidak kira jenama apa pun kalau sudah lebih 10 tahun akan ada benda perlu repair bergantung kepada bagaimana first owner jaga & juga faktor usia kereta tersebut. W204/212 ok sahaja tetapi akan ada ragam dia. beli kereta lain pun juga akan ada benda perlu dihadapi kerana kereta pun used maka sampai masa sama ada first owner hadap masalah tersebut atau owner selepas itu kena hadap. Kalau perhatikan di atas jalan raya kebanyakkan akan nampak W204 & W212. Kenapa..?
      Sebabnya kedua-dua model ini boleh dikatakan Spare parts banyak, harga berpatutan & mudah untuk dijaga. Harga pasaran pun sudah turun & boleh dilabelkan sebagai Kereta Mewah Harga Mampu Milik.
      Kalau nak lebih selamat, pastikan kereta yang hendak dibeli itu service/maintenance on time & please buat Pre-Purchase Inspection or Bawa Mechanic/kawan yang tahu berkenaan kereta yang nak dibeli itu. Kalau ada sikit-sikit kekurangan itu cuba nego dengan seller & kena faham juga kita membeli benda Used, mesti ada kurang sana-sini & kena standby duit untuk repair lepas beli & juga beli kereta "Harga Jackpot" kadangkala kalau bernasib baik OK tidak mengapa, kalau Tak Nasib Baik, maka macam-macam masalah perlu repair.

    • @apex_m3lu391
      @apex_m3lu391 10 місяців тому

      @@HikalBenzChannel Thanks boss 🙏🏼

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  10 місяців тому

      @@apex_m3lu391 👍👌

  • @roziroslan7891
    @roziroslan7891 Рік тому

    Merz Auto ni kat mana? Boleh bg location?

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  Рік тому +1

      Merz Auto garage
      No. 1, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
      Office No: +60102883107

    • @roziroslan7891
      @roziroslan7891 Місяць тому

      ​@@HikalBenzChannel tqvm..

  • @SurauNurIkhwan
    @SurauNurIkhwan Рік тому

    Macam mana kita nak tahu yang oil cooler ni bocor?

    • @HikalBenzChannel
      @HikalBenzChannel  Рік тому

      Ada beberapa cara nak tahu kalau ikut apa yang saya dah lalui iaitu :
      1. Buka coolant tank & tengok dalam tank tu masih berwarna coolant atau sudah bercampur minyak.
      2. Periksa secara visual dibahagian oil filter punya Housing serta belakangnya sekiranya ia ada mula leaking baik tukar sebab dah ada tanda-tanda barang sudah sampai masa. Kalau bocor teruk boleh sampai menitik atas jalan bila lepas Park satu malam.
      3. Oil cooler ini kalau dia nak buat masalah bocor daripada dalam benda tu pun boleh jadi (internal leak), kat luar tiada nampak bocor ke apa tetapi dibahagia dalam dah mula bocor & campur coolant

    • @SurauNurIkhwan
      @SurauNurIkhwan Рік тому

      @@HikalBenzChannel Terima kasih