Persiapan umrah bagi wanita (Nak bawa apa pergi umrah?)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 512

  • @nina_said
    @nina_said 2 роки тому +325

    Alhamdulillah...good info....sy add sikit2 ye mana yg terlintas based on pengalaman tahun2 sudah
    1. Kat sana usually every friday masa solat subuh....dia ada sujud tilawah...so just bear in mind...takut nnt kang terkejut pulak..hehe
    2. Sy slalu masa tawaf...if org ramai...x dan nk bkk buku...plus nk jg pantang larang dlm ihram...nk jg wuduk lg...sy just baca surah lazim or doa2 pendek yg sy hafal..tp make sure 1 pusingan 1 surah or 1 doa je....ulang2 smpai habes pusingan....pusingan ke 2...bc surah lain...tp ulang surah yg sama jgk smpai habes pusingan...sbb nya...nnt if terilang fokus....u bole recall...u dh pusingan ke berapa....based on berapa surah dh baca....
    3. Apart from exercise...few months b4....try jaga hati...try jaga lisan....byk2 solat taubat...solat hajat...n doa utk dipermudahkan semua
    4. Be careful of pick pockets n scammers dlm masjid....ada jenis yg buat drama swasta....duit dia kena curi la...tgh xde duit nk balik home country la...most of d times dia tipu...sbb dia akan repeat d same story ke org lain jgk....tp if u nak bagi and niat as sedekah...pon boleh...lagi bagus 😁 ada yg konon2 nk tlg u utk solat kat raudhah...kucup hajarul aswad....tup2 dh siap dia mintak duit....if sikit2 xpe lg...ade yg smpai seribu riyal...so just be careful...doa byk2 utk dipermudahkan
    5. Dlm masjidil haram....if sesat....jd kan clock tower as u punya guide utk keluar/ masuk

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому +22

      wahh terima kasihhhh untuk info ni, sy highlight kan comment ni ye, supaya ramai lagi dpt ilmu tambahan. Terima kasih ye sudi berkongsi✨

    • @nina_said
      @nina_said 2 роки тому +5

      @@munifahtasnim sure2 no problem....nnt if tbe2 teringat yg lain...sy tambah later 😁

    • @hassanmusa6375
      @hassanmusa6375 2 роки тому

      Tq 4 guide

    • @nina_said
      @nina_said 2 роки тому +9

      Solat subuh di mekah n madinah tiada doa qunut

    • @nikazmahassan4213
      @nikazmahassan4213 2 роки тому +7

      Terima kasih saudara seIslamku... Pengalaman saudara akan menjadi panduan juga untuk kami... Alhamdulillah.. # izin saya simpan catatan ini ya!. Semoga bermunafaat.

  • @aisyahazman2226
    @aisyahazman2226 Рік тому +165

    List barang nak kena bawak
    1. Jubah 5 helai
    2. Inner Baju Dan seluar
    3. Baju tidur
    Subuh smp isyak pakai Baju Sama
    4. Tudung sarung 3 helai
    5. Telekung 2 helai(1 Madinah 1 Mekah)
    6. Stokin bwk byk sbb stiap hari pakai.~6helai
    7. Handsock 3helai
    8. Scarf 4 helai
    9. Kasut sketches sport utk Jalan byk . Selipar utk g solat .
    Kasut Umrah waktu saei(mcm stokin tpi tapak keras)
    10. Iron. Hotel xprovide iron kdg2
    11. Buku DOA better bwk utk saie tawaf
    12. Hanger seploh sbb hrp hotel mmg xckup
    13. Botol wuduk
    14. Universal adapter
    15. Ubat ubatan
    16. Berus dgn sabun basuh baju
    17. Losyen sbb kulit kt sana kering Dan gatal
    18. Sunscreen
    19. Toiletries sabun syampu

  • @sayaanda8419
    @sayaanda8419 2 роки тому +164

    1. Dapatkan info suhu. Sekarang Makkah lebih kurang sama Malaysia tapi Madinah pagi dan malam agak dingin. Memang kena bawa cardigan @ sweater bagi yang tak tahan. Tadi + telekung saya pakai 4 helai. Tapi untuk Zuhur dan Asar, cuaca panas. Boleh pakai baju yang selesa seperti di Malaysia.
    2. Nak dapat solat dalam masjid kena datang sangat awal.
    3. Untuk tawaf plan ahead - zikir 1, tasbih tahmid tahlil takbir untuk pusingan 1. Zikir 2, istighfar untuk pusingan 2. Zikir 3, mohon syurga dan jauh dari api neraka untuk pusingan 3. Begitulah seterusnya. Hingga 7 pusingan.
    4. Jika sesak @ bermasalah, baca Allahuma yasir wala tu 'asir, rabbi atmim bil khair. In shaa Allah dipermudahkan. Bila rasa penat, tasbih Fatimah.
    5. Kena ingat no pintu masuk dan keluar dari pintu itu juga.
    6. Bawa ubat batuk berkahak (bentuk pil) ada jual di farmasi. Lozenge sangat perlu, sakit tekak dan batuk biasa di sini. Ada jual di farmasi sini tapi kena beli 1 kotak. Panadol, ubat selsema juga. + no ais jika x mau demam.
    7. Pekerja seperti cleaner, staff hotel sangat suka membantu orang Malaysia sebab jemaah kita sentiasa bagi tips. Bawalah riyal tukaran kecil @ biskut paket kecil, gula gula dsbnya. Kita masukkan kegembiraan dalam hati mereka, Allah pula Kurniakan perasaan yang sama pada kita.
    8. Dobi ada. Makkah 1 kg 20 riyal. Madinah murah sedikit. Nak basuh sendiri, bawa plastik isi barang untuk rendam baju. Hanger bawalah 4-5. Dalam bilik air ada tempat gantung baju. Sabun dari Malaysia boleh guna di sini.
    9. Kat sini banyak jalan kaki. Bawa kasut dan selipar yang selesa dipakai. Uncang kasut, botol spray wuduk, krim kaki, boleh beli di kedai keperluan haji umrah. Stokin tebal (semasa tawaf dan sai'e) dan nipis.
    Semoga memperoleh haji dan umrah mabrur.

    • @azmilah5200
      @azmilah5200 2 роки тому +2

      Tkasih ats prkongsian terbaik..smoga mndpt gnjran Allah sntiasa..

    • @monaliza6804
      @monaliza6804 2 роки тому

      Tq share...suka ur video very santai n lawak2 juga

    • @rosmahabduljaliabduljali665
      @rosmahabduljaliabduljali665 2 роки тому

      Alhamdulillah.terima kasih perkongsian ilmu.semoga diberkati kehidupan puan sekeluarga..aamiinn

    • @anafaizfaiza
      @anafaizfaiza 2 роки тому

      Sis, sampai 4 helai pakai? Long john, jubah, sweater & telekung? Lagi 2 minggu fly insyaAllah

    • @rozilahchehamed1636
      @rozilahchehamed1636 2 роки тому

      Terima kaseh tips semuanya amat oenting

  • @sayaanda8419
    @sayaanda8419 Рік тому +29

    Syukur Alhamdulillah pada yang nak umrah. Untuk umrah fly ngan commercial flight. Boleh bawa 45 kg. Beg 24&20. Memang beg beranak bila balik. Jadi bawa baju dsbnya dalam beg 20 masuk dalam beg 24. Jubah putih, jubah hitam, telekung @ mini telekung, seluar panjang sume 1 helai dah cukup sebab confirm beli kat sana. Tapi stokin kaki 3-5 dan tangan 2-3. Sebab yang ni payah nak dapat kat sana. Pad, panty liner, diaper (standby je) pun bawa lebih. Sana mahal dan pek besar. Dah praktis bila pakai pad takde lah asyik nak terkucil. Masa ambil wuduk, mohon wuduk tahan hingga selesai umrah &@ solat. Contoh nak umrah usai Isyak. Masa ambil wuduk untuk Maghrib @ Isyak, doa wuduk tahan hingga selesai umrah.

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому +1

      nice info sis, thanks ye sudi sharing dan tambah info🤍✨

  • @imanmysarah
    @imanmysarah 2 роки тому +55

    Assalamualaikum, I just came back from Umrah on 17 January 2023. Saya tengok video awak sebelum ke sana and it is so helpful. May Allah bless you and grant us the chance to go there again.
    💗🕋

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому +3

      Mashaallah, thank you for watching and supporting my video as well sis :)

    • @hazwani2496
      @hazwani2496 Рік тому

      you pergi sana pakai sunscreen apa, minyak rambut blh pakai x ?

    • @ijagd
      @ijagd Рік тому +1

      Sy bedebar sebab nak buat 1st umrah next year dalam February... Umrah ziarah pula tu..

  • @rashadahahmad9179
    @rashadahahmad9179 2 роки тому +133

    Bawa gula2 Hacks… beli sebungkus besar bawa 4-5 setiap kali ke masjid sedekah kpd yg batuk2… dia dpt lega tekak dan solat tak terganggu kita dpt pahala tolong dia…. Banyak perisa gula2 Hacks ni… ada yg tanya kat mana beli sbab bekesan utk batuk dia… Hacks ni rupa2 nya buatan n jenama Malaysia je.. tak jual di Bin Dawood..😁😁

    • @azizahabdullah3158
      @azizahabdullah3158 2 роки тому +3

      gula2 hack perisa apa yg bagus

    • @zahraanin2010
      @zahraanin2010 2 роки тому +6

      maasyAlloh2...bijak kakak... dua' kn sayer smpi dibumi mekah n madinah ye kakak.. saodara perempuan sayer ptg ni nak bertolak ke jeddah u tunaikn umroh,mudahan sampai dgn slamat ke mekah n madinah..dpt umroh,haji yg mabrur... aameen² 🤲🏼

    • @juliaabdulrahman9783
      @juliaabdulrahman9783 2 роки тому +2

      Terimakasih atas info....

    • @apatengokii3436
      @apatengokii3436 2 роки тому +2

      Gula² hacks tu Kena beli di malaysia dn baru bw pegi sana ka sis?

    • @rashadahahmad9179
      @rashadahahmad9179 2 роки тому

      @@apatengokii3436 iya… gula2 ni tak salah saya resipinya dr seorang British yg bekerja di Tanah Melayu dan dia buka kilang buat Hacks di sini.. itulah gula2 Hacks kononnya cuma dibuat n dijual di Malaysia … kalau ada yg tahu sejarah Hacks yg betul bolehlah kongsi ya…. Tapi meman mudah nak tolong orang n dpt pahala ketika Umrah… ada yg beli n edarkan selipar kpd jemaah yg hilang kasut dsbnya tapi pada saya, gula2 Hacks ni mudah utk edar dlm masjid… dengar orang batuk je kita gi hulurkan…. Pengalaman saya diberi gula2 Hacks ni oleh seorang jemaah perempuan dr Indonesia sampai skrang saya ingat dan doakan dia sejahtera sbab dia hulurkan gula2 Hacks yg sgt2 membantu saya solat dgn tenang… nak batuk je sblm solat saya hisap legakan tekak. Minum air zamzam n dah boleh solat dgn tenang… sisa gula tu saya bungkus kembali dgn wrapper n simpan… itu sajalah ubat batuk saya hingga selesai umrah… alhamdulillah

  • @a_izati
    @a_izati 7 місяців тому +6

    Comelnya!! Sangat entertaining dari awal sampai habis. Doakan semoga Allah jemput saya & keluarga dan dipermudahkan urusan utk mengerjakan umrah bulan Nov nanti. Thank you for sharing! ❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  7 місяців тому

      ameen ya mujib :) inshallah tak lama lagi tu ameen hihi

  • @noralani1269
    @noralani1269 6 місяців тому +2

    Alhamdulillah hari selasa ni saya nk gi umrah ..Tq for ur info dik ..Semoga Allah swt memberkahti kamu .Aamiin🤲

  • @norhayatinordin2659
    @norhayatinordin2659 Рік тому +3

    Assalamualaikum
    Tqsomuch
    InshaAllah saya akan pergi umrah 6dec 2023...utk kali ke 2..
    Info yg sgt bagus...🤲

  • @rinnanur7538
    @rinnanur7538 Рік тому +14

    Salam Ukhwah Sis. Alhamdulillah terasa lega menyantuni video sis ini. Tips dari sis utk umrah ini sangat membantu pada semua yg pertama kali nak ke sana. Alhamdulillah, besar ganjaran pahalanya. Saya catit setiap apa yg sis terangkan. Saya ambil tips2 dari komen2 yg lain juga. Terima kasih semua.

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому +4

      Allahu terharunya saya baca komen. Terima kasih sis untuk kata2 yang baik dan bagi saya semangat lagi untuk buat sharing. Semoga Allah mudahkan urusan sis selalu dan semoga urusan umrah sis dipermudahkan :)

    • @rinnanur7538
      @rinnanur7538 Рік тому +1

      @@munifahtasnim Allahumma Aamiin. Terima kasih atas doanya. Semoga segala isi kebaikkan doa ini kebaikkan nya mengalir untuk sis juga. Insya Allah. Aamiin Ya Mujib.

  • @nikazmahassan4213
    @nikazmahassan4213 2 роки тому +12

    Alhamdulillah… terima kasih atas perkongsian yang sangat bermunafaat untuk kami yang belum pergi. Semoga kita semua dipermudahkan dalam urusan dan diterima Allah segala amal ibadat kita.

  • @NitaZain-h8t
    @NitaZain-h8t 5 місяців тому +1

    Amin2 Yrb Alamin Semuga barakah dan di permudah

  • @anizarina8336
    @anizarina8336 10 місяців тому

    T.kasih kerana sudi berkongsi tips2 apa yg perli dibawa semasa umrah..memudahkan orang lain..semoga Allah permudahkan setiap urusan sis..

  • @Hasnanembong
    @Hasnanembong 2 роки тому +21

    Jauhkan dari syarikat Hejira Travel and Tours kalau nak pergi umrah. mereka tidak berlesen dan menipu jemaah dengan menjanjikan hotel dekat tapi dapat hotel jauh. Konon kerana KOS hotel naik Dan ini ujian dariNya, Ini modus operandi setiapkali rombongan utk mengaut untung besar atas naifnya jemaah terutama yang first timer.
    Ingat syarikat ni berpengkalan di Nilai Negeri Sembilan.

    • @norazimahabdulrahman92
      @norazimahabdulrahman92 Рік тому

      Tq,infonya

    • @Hasnanembong
      @Hasnanembong Рік тому

      @@norazimahabdulrahman92 dah ada lesen dah cuma hati2 dgn pakej. Bimbng sering berpindah randah hotel tu masih dibuat lg.

  • @norazlinaismail9458
    @norazlinaismail9458 Рік тому +7

    Terima kasih adik. Perkongsian yg sgt baik. Semoga mendapat ganjaran drp Allah Taala.. ❤❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      Allahu, terima kasih untuk doanya. Semoga berbalik kebaikan untuk sis juga

  • @mazirahmuhammad3079
    @mazirahmuhammad3079 11 місяців тому +3

    Bgus. Org muda yg bijak

  • @rohayuramli3929
    @rohayuramli3929 2 роки тому +6

    Trima kasih byk2 share ilmu ni sgtttt bermanfaat pd yg belum pernah ke sana.Semoga Allah permudahkn segala urusan dunia & akhirat adik….

  • @nurhafizahhassan
    @nurhafizahhassan 3 місяці тому +1

    Terima kasih atas video ni! Info sangat membantu & penjelasan pun best. Terbaikk 💐

  • @aqild8312
    @aqild8312 2 роки тому +7

    Assalamualaikum., terima kasih share. sangat2 berguna bg org yang baru nak menunaikan umrah mcm sy. semoga urusan sy dan keluarga dipermudahkan disana kelak. aamiin

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      ameen ya mujib, semoga dipermudahkan semuanya dan umrah yg mabrur 🤍

  • @zurainiyahaya22
    @zurainiyahaya22 Рік тому +1

    Terimakasih info..doakan kami dapat menunaikan umrah tahun hadapan...2024..

  • @azmahhussin3781
    @azmahhussin3781 11 місяців тому

    Jazakillahu khairan kathira saudari.... Semuga saudari dan saya dbawah kasih sayang Allah

  • @JulaihaAdnan-u9x
    @JulaihaAdnan-u9x Рік тому +1

    Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsianny.. Doakn semoga urusan kita utk kerumah Allah dipermudahkn..aminn

  • @khalijahhb540
    @khalijahhb540 4 місяці тому +1

    tambahan: ambil insuran khusus utk umrah, bawa strepsil lebih pun xpa sb kat sana mahal. panties saya guna disposable je. Tudung saya bawa satu je utk pakai pi kedai. lain semua mini telekung utk gi masjid. Jgn risau sangat pasal doa semasa tawaf dan sa'ei. kalau xlarat nak baca doa yg panjang tu, boleh baca je apa-apa surah atau zikir . baju kalau xsempat basuh hantar je dobi.

  • @mohamadshadihjmajid8008
    @mohamadshadihjmajid8008 2 місяці тому

    alhamdulillah info yg bermanfaat,comel adik ni..smoga sehat slalu dmurahkan rezki x kdekut sharing nanti bole beli kat link shoppe adik share tu👍🏻terbaik... jazakillahu khoir

  • @kamsinahhussin6288
    @kamsinahhussin6288 5 місяців тому

    Terima kasih atas perkongsian tip. Amat bermanfaat buat sy yg pertama kali nak buat umrah. Semoga Allah SWT berkati hidupmu❤

  • @montingahyusof8989
    @montingahyusof8989 11 місяців тому

    Alhamdulillah.Terima kasih...cik adik...perkongsian. sangat membantu untuk persediaan pergi umrah/ mengerjakan haji.. InsyaAllah..

  • @harahazitis
    @harahazitis 2 роки тому +11

    Thanks so much dik.. Our flight InshaAllah will be this coming 14th. Doakan dipermudahkan ya. Good share. May Allah bless you always.

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому +1

      most welcome :) thank you for watching and may Allah ease everything for you, umrah mabrurah ✨

    • @yusmizan5163
      @yusmizan5163 2 роки тому

      @@munifahtasnim p

  • @fatimahismail7242
    @fatimahismail7242 Рік тому +1

    Tqvm info. Semoga ALLAH sentiasa menjaga& melindungi kamu.

  • @ummihuda5308
    @ummihuda5308 7 місяців тому

    Terima kaseh byk for sharing persiapan before gi Umrah.. insyaallah semoga ibadah umrah kita di permudahkn..Aamiin 🤲❤

  • @haminahhamzah8584
    @haminahhamzah8584 11 місяців тому

    Terima kasih.. Allah saja yang membalas nya

  • @khatijahm.rashid1047
    @khatijahm.rashid1047 2 роки тому +4

    Thanks sis share tips yg sgt2 membantu esp. buat geng2 plus size ni .. doakan sy dpt buat umrah/haji teringin sgt nak pergi Aaminn .. may allah bless u always Aaminn

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      ameen ya Allah, sama2 sis. Semoga dipermudahkan semuanya ya

  • @hamidahmohamadamin9132
    @hamidahmohamadamin9132 4 місяці тому +2

    Thk you dik for the info... Sangat2 berguna. Moga Allah memberi kamu peluang pegi umrah lagi. U cute sekali. Thks again dik .

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  4 місяці тому

      hahahah most welcome sis ameen ya mujib

  • @aibeeza
    @aibeeza Рік тому +1

    oh ubat gastrik, ubat gargle sebab kuatiri sakit tekak. TQ for info

  • @zalinayusof428
    @zalinayusof428 5 місяців тому

    Tq sharing,sgt brguna.smoga membantu saya sekeluarga menunaikan umrah.

  • @emmahanapi1976
    @emmahanapi1976 Рік тому +2

    Assalam. Tq sis pencerahan yg bagus. sgt berguna utk saya pergi hujung bln ni. Moga dimurahkan rezeki sis. Tq❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      ameen ya Allah, terima kasih sis. Semoga urusan umrah dipermudahkan

  • @harnisahtajudin416
    @harnisahtajudin416 2 роки тому +2

    BarokalLahu feek adik MunifahTasnim..

  • @ahsyramahmud4617
    @ahsyramahmud4617 Рік тому +1

    Alhamdulillah. Info dan nasihatnya.

  • @WakluLagun-vb8nx
    @WakluLagun-vb8nx Рік тому +1

    Alhamdullilah... share yg sgt manfaat utk yg pertama kali pergi

  • @noratiahmdjani-ek5fr
    @noratiahmdjani-ek5fr 9 місяців тому

    Alhamdulillah..sy br nk g umrah..t.ksh atas info yg diberi..moga adik sentiasa mendapat hdayah dr allah..🤲🤲🤲💞

  • @faezahrauf
    @faezahrauf 5 місяців тому

    Thank you sharing.. excited hope, 1 harinanti ada rezeki untk buat umrah.

  • @lyniE13
    @lyniE13 Рік тому +2

    Thank you for sharing . Sangat2 membantu ❤ . Doakan saya dan team pertama kali ke sana Hari Raya ni .

  • @munylily5072
    @munylily5072 2 роки тому +3

    Tq sis share info. Saya first time nak buat umrah DIY ikut jalan darat inshaallah.

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      WOW BESTNYAAAA SIS!!!! semoga dipermudahkan semua urusan dan umrah mabrur ✨🤍

  • @zainabbintibakrizainab5561
    @zainabbintibakrizainab5561 Рік тому +1

    Alhmdulillah.. T/ksh, sgt2

  • @rosnahsamat9792
    @rosnahsamat9792 Рік тому +1

    Alhamdulillah dgn perkongsian adek. Kak rasa lega sikit dn faham apa2 yg perlu di bawa. Mklumlah pertama kali nk ke sana. Semoga di permudahkn segala urusan kami.
    Terima kaseh.

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      Alhamdulillah kak, semoga urusan akak dipermudahkan ye :) hihi

  • @zaharolazman
    @zaharolazman 2 роки тому +1

    Alhamdulillah Tq Sis
    Semoga Tip2 Above Dapat Keberkatan Allah Aamiin

  • @JamilahZahari
    @JamilahZahari 7 місяців тому

    Alhamdulillah Terima Kasih atas perkongsian persiapan utk ibadah Umrah

  • @MaznahAjis
    @MaznahAjis Рік тому +1

    Tq sharing nya,.amat beri manafaat

  • @awahabothman9108
    @awahabothman9108 2 роки тому +1

    Alham.dulillahbagus sangat idteri saya sedang mendengar. .terima ksseh beri taklimat

  • @2006pedangapi
    @2006pedangapi Рік тому +1

    terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat

  • @rosmawatymamat1244
    @rosmawatymamat1244 2 роки тому +3

    Terima kasih... panduan berguna. Smoga Allah memberkati anda.

  • @kamsiahhasan9470
    @kamsiahhasan9470 Рік тому +2

    Tima kasih..dpt maklumat yg betul..semoga awak sentiasa sihat

  • @nazarinanazarudin5012
    @nazarinanazarudin5012 11 місяців тому +1

    Tq adik,very imformative.

  • @maznahkamis4940
    @maznahkamis4940 Рік тому +1

    Salam Sis. Baru tgk ur video. Mmg I slalu buat dn bawak apa yg u share sbb I ni kiasu sikit. Tu sbb bag slalu berat. Tq so much nak share dgn my sistas yg dok tnya nak bawak apa.❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      Hahahahah same! i pon awal2 bawak banyak hahaha lepas dh experience sana bru i take note balik all these hihihi, umrah maqbullah sis, semoga dipermudahkan

  • @norlizaabdullah5901
    @norlizaabdullah5901 Рік тому +1

    Terbaekkkk Sis, tq so much for the tips. Semoga diberi rezki yg berlimpah ruah, doa kan saya mendapat Umrah mabrur nanti ye, dan dipermudahkan segala urusan, ❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      semoga doa yang baik berbalik kepada sis :) terima kasihhhhh 🤍🤍✨

  • @JuliaJulia-sv5pb
    @JuliaJulia-sv5pb 2 роки тому +2

    Assalamulaikum terima ksh info nya.doa kn sya bersama anak sya d permudah kn urusan kmi d d lancar kn umrah kmi pda 10/11 depan

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      waalaikumsalam, ameen ya Allah. Moga dipermudahkan segalanya

  • @umisolehah6276
    @umisolehah6276 6 місяців тому +1

    tq dik share byk tips...sgt bermanfaat🥰

  • @dahlianaaripin900
    @dahlianaaripin900 2 роки тому +3

    Terima kasih info yg sangat membantu untuk first timer mcm sy 👍

  • @mamamimi5868
    @mamamimi5868 Рік тому

    Terima kasih atas infonya.sgt2 bermanfaat bt kami.jelas dan penuh semangat

  • @sainahdamit2290
    @sainahdamit2290 2 роки тому +2

    Alhamdulillah...
    Terima kasih...
    Perkongsian ilmunya...

  • @palupi0417
    @palupi0417 Рік тому +2

    Barakallah sister😇❤️

  • @wizasulaiman4576
    @wizasulaiman4576 6 місяців тому

    Alhamdullilah ...terima kasih

  • @rafidahsuhimi6463
    @rafidahsuhimi6463 3 місяці тому

    Alhamdulillah... Tq❤❤❤❤

  • @trompetguitar
    @trompetguitar 2 роки тому +1

    Alhamdulillah, thank you for your sharing, sangat2 membantu dgn link2 barang2. May Allah bless you ❤️❤️❤️❤️

  • @fauziahbintiabdulrahman4499
    @fauziahbintiabdulrahman4499 Рік тому +1

    Jazakillah for the info

  • @azezahibrahim812
    @azezahibrahim812 2 роки тому +1

    Alhmudillah info... Yg bagus t.kaseh

  • @noscam4569
    @noscam4569 Рік тому +1

    tqq sis alhamdulilah for the info and cmplete details..naiss

  • @robeaahbintimohdsallehmoe2191
    @robeaahbintimohdsallehmoe2191 Рік тому +1

    Bermanfaat..terima kasih

  • @rozulhajuliarosli
    @rozulhajuliarosli 2 роки тому +1

    Thanks sis..semoga Allah sentiasa permudahkan urusan sis

  • @rubiyusof3249
    @rubiyusof3249 2 роки тому +1

    Alhamdulullah dik thks sharing,appreciate.

  • @eyzamiwira7334
    @eyzamiwira7334 Рік тому +1

    Terima kasih... Info yg sangat2 berguna... Alhamdulillah...

  • @shariffahhasnah4797
    @shariffahhasnah4797 Рік тому +1

    Sgt bagus utk rujukkn dr video u...tq sis👍

  • @SUPERANICHKAOFFICIAL
    @SUPERANICHKAOFFICIAL 2 роки тому +2

    Alhamdulillah sangat membantu,terima kasih informasinya

  • @kamsaniahmad3433
    @kamsaniahmad3433 2 роки тому +2

    Alhamdulillah ... Tksih info

  • @rahimahnewman9613
    @rahimahnewman9613 2 роки тому +5

    Assalammualaikum dik...acik puas hati penerangan yg diberikan...terima kasih sgt2....mesra alam adik ni.😄😄

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому +1

      hihihi sama2 inshallah sy kongsi kongsi sikit sikit je ihikss

  • @ayakaelis5637
    @ayakaelis5637 2 роки тому +2

    Tq atas tips yg sgt berguna ni..semoga kita dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..amin..

  • @zaharahmahamud3369
    @zaharahmahamud3369 7 місяців тому

    Terima kasih sgt membantu atas perkongsian terima kasih sekali lg shbt

  • @sharifahrabaah1263
    @sharifahrabaah1263 Рік тому +1

    Terimakasih munifah atas perkongsian...👍❤...klu ada yg terbaru kongsilah lg ya....dpt bantu kami yg bakal pergi umrah buat pertama kali....👍

  • @qiesaniessa4723
    @qiesaniessa4723 Рік тому +1

    Terima kasih kak. Banyak yang saya belajar

  • @salwamohdbahari9581
    @salwamohdbahari9581 8 місяців тому +1

    Tima kasih adik comel utk tips2nya

  • @amsyrsbr2079
    @amsyrsbr2079 2 роки тому

    Aamiin...atas doa..MOGA dimudahkn

  • @hadijahlakkasa3189
    @hadijahlakkasa3189 Рік тому +1

    Terima kasih atas perkongsian nya..moga dipermudah kn nanti bulan nov...❤

  • @faas
    @faas 2 роки тому +2

    May Allah bless u sis for sharing ilmu bermanfaat. ameen...:)

  • @wnurulain
    @wnurulain Рік тому +1

    Good sharing and very useful for first timer like me. May Allah bless you always and give you more ideas to create more good contents in future 😊

  • @amiesakimi1692
    @amiesakimi1692 7 місяців тому

    Alhamdulillah.Terima kasih infonya ❤

  • @cikniekitchen3044
    @cikniekitchen3044 Рік тому +1

    Terima kasih atas perkongsian

  • @SyamilahHeng
    @SyamilahHeng Рік тому +1

    Comellah akak ni.. 🤭 Terhibur

  • @puterinoorhayanumbintibahr8326
    @puterinoorhayanumbintibahr8326 2 роки тому +1

    Jazakallah sis.. leka dengar celoteh sis yang penuh dengan info. Sharing yang amat baik

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      hahaha, terima kasihhhhh sudi menonton ✨🥹

  • @anomattan7439
    @anomattan7439 Рік тому +1

    Tkaseh atas perkongsian

  • @izzahshahirah4898
    @izzahshahirah4898 Рік тому +1

    this is so helpful . Thank you so much Barakallah ❤

  • @aidahakbar4073
    @aidahakbar4073 2 роки тому +5

    Sooo useful and comprehensive. Thank you for your wonderful and entertaining presentation and most importantly; relevant and content packed 🎉❤

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      allahu, thank you for watching, hope it would be helpful and suffice fr everyone

  • @ummufarhana1216
    @ummufarhana1216 2 роки тому +1

    Alhamdulillah ..makasih kak

  • @aishahpmb1696
    @aishahpmb1696 Рік тому +1

    Tq sis .. sgt bermanfaat ..

  • @farahhanumibrahim6904
    @farahhanumibrahim6904 2 роки тому +3

    Thank you for sharing..sgt bermanfaat...doakn sy fly ke umrah 5/12 ni...

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  2 роки тому

      wah bestnyaaaaa, rindu makkah madinah. Umrah mabrurah ye

    • @shakinahnur
      @shakinahnur 2 роки тому

      Rindunya mekah & madinah..

    • @AisyarahAzhar
      @AisyarahAzhar 2 роки тому

      Sama sis flight kite. Sis TA apa

    • @norhayatinordin2659
      @norhayatinordin2659 Рік тому

      Assalamualaikum
      Ikut travel mana..
      Saya InshaAllah 6dec ni

  • @matmaxhafis
    @matmaxhafis 2 роки тому +3

    Perkongsian yg menarik👍😃

  • @aisyahaidaismail9669
    @aisyahaidaismail9669 Рік тому +1

    شكرا جزاك الله

  • @ctvlogtuber
    @ctvlogtuber Рік тому

    good info. dah follow channel ni semua video best2 kat sini❤

  • @syamsuria3511
    @syamsuria3511 2 роки тому +2

    alhamdulillah tqsm dik 🎉❤

  • @anisnaazira4483
    @anisnaazira4483 Рік тому

    Thank you sangat2 for the tips! First timer insyaAllah. Sayang iron dah sold out hehehe

    • @munifahtasnim
      @munifahtasnim  Рік тому

      hahahah, betul iron tu cepat sold out ;) moga2 seller restock asap hihi

  • @silenceisgold2695
    @silenceisgold2695 2 роки тому +11

    Assalammualaikum adik.
    Thank u very much for the tips.
    Really appreciate.
    Very clear explaination.
    Adik kelakar.. best.. 👍👍👍😻
    Semoga adik di beri kesihatan, di murahkan rezki dan di permudahkan segala urusan dari Allah SWT.
    InsyaAllah. Amin.

  • @irdinasofea1250
    @irdinasofea1250 2 роки тому +1

    Good tips.. jazakillahu khair ukhti