MAJLIS BERBUKA PUASA ASTRO 2023, IKLAN RAYA PERTEMUAN DUA HATI, INI REAKSI NADHIR NASAR & QASRINA

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 жов 2024
  • Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman utama negara menyambut ketibaan bulan Syawal dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk pelbagai telefilem, rancangan variasi, komedi dan kanak-kanak yang sesuai untuk tatapan seisi keluarga.
    Seringkali menjadi antara iklan Raya yang dinanti-nantikan, Astro kali ini mempersembahkan iklan, Pertemuan Dua Hati yang sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya. Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi, Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022 yang bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama. Iklan yang mengambil masa penggambaran selama dua hari ini diarahkan oleh Dick Chua yang dikenali dengan naratif emosi menerusi karya-karyanya.
    Astro Shaw bakal gamatkan pawagam tempatan dengan filem-filem yang menjanjikan aksi, inspirasi serta hiburan berkualiti tinggi menerusi filem-filem terbaharunya. Polis Evo 3 mengisahkan penyiasat handalan Khai dan Sani yang ditugaskan untuk menyisat dalang di sebalik sebuah letupan yang mengorbankan banyak nyawa di Pulau Pinang. Dalam merungkai misteri pembunuhan tersebut, mereka mendapati bahawa Khai adalah mangsa seterusnya. Dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle. MALBATT Misi: Bakara mengisahkan kisah benar ahli-ahli Rejimen Askar Melayu Diraja ke-19 dari Malaysian Batalion 1 (MALBATT) dan perjalanan mereka yang penuh liku untuk menyelamatkan 70 Ranger Amerika Syarikat yang terperangkap di Bakara Market, Mogadishu, Somalia. Dibintangi Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly dan Shaheizy Sam. Gemencheh Boys merupakan sebuah kisah berkisarkan tentang sekumpulan anak-anak kampung yang tertarik untuk bermain kriket. Dengan penuh tekad, mereka mengorak langkah berani untuk bertanding di pentas antarabangsa. Dibintangi Pekin Ibrahim, Muhamad Aqil Yahaya, Syed Muhammad Syed Asmaei dan Dato’ Ahmad Tamimi Serigar.
    Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
    💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
    □ Portal: www.budiey.com
    □ Instagram: / budiey
    □ Twitter: / budiey
    □ Facebook: / budieydotcom
    □ UA-cam: / budieychannel
    □ Podcast:: anchor.fm/budi...
    □ Vlog: cutt.ly/HnAOWsZ
    ❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
    □ / budiey
    MUSIC FOR UA-cam:
    □ Music Epidermic: cutt.ly/ynFRaYe
    EMAIL & CONTACT :
    □ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
    budiey.isma@gmail.com
    MERCHANDISE BUDIEY:
    □ Baju T: cutt.ly/9nAOnlc

КОМЕНТАРІ • 2