Kami Honeymoon Lagi di Nusakuya Resort Semporna Sabah | Our Best Ever Staycation

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 січ 2022
  • Kami Honeymoon Lagi di Nusakuya Resort Semporna Sabah | Our Best Ever Staycation
    Antara momen-momen indah penutup 2021 yang sempat kami rakamkan ketika percutian di Semporna, Sabah.
    InshaAllah saya akan kongsikan itenary lengkap nanti.

КОМЕНТАРІ • 35

  • @adyputra498
    @adyputra498  2 роки тому +9

    FULL ITINERARY SEMPORNA SABAH
    Day 1: 28/12/2021
    Oleh kerana flight ke Tawau berlepas waktu pagi pada 29/12/2021, kami bertolak untuk stay 1 malam di hotel bajet berdekatan Stesen ERL Salak Tinggi.
    Day 2: 29/12/2021
    0800 hrs - park kereta di Stesen ERL Salak Tinggi. Naik ERL ke Klia2. Dalam 5 minit je sampai dah Klia2. Park sini lebih murah dari park di Klia2.
    1100 hrs - flight berlepas dari Klia2
    1300 hrs - tiba di Tawau Airport dan pickup kereta sewa yang sudah di book dengan AR Auto Rental
    1530 hrs - tiba di Pekan Semporna. Drive dari airport ke pekan Semporna dalam satu jam. Sepanjang perjalanan tu pemandangan estet/ladang sawit sahaja.
    1630 hrs - kami check in dulu di Sipadan Inn 2 kerana taknak rushing boat transfer dari jeti ke resort pada jam 10 pagi esok. Hari ini sempat meronda pekan Semporna. Pekan yang sangat aktif dari pagi sampai petang dengan segala macam aktiviti masyarakat setempat. Saiz pekan yang tak besar dan pekannya dilengkapi semua kemudahan seperti bank dan pam minyak. Kami cuba cari buah tangan unik yang nak dibawa pulang ke semenanjung, tapi tak ada apa-apa yg menarik untuk dibawa pulang di pekan Semporna.
    Day 3: 30/12/2021
    0800 hrs - Check Out Sipadan Inn 2. Jalan kaki ke pasar pagi yang berdekatan. Pasar pagi disini memang kesemuanya menjual hasil-hasil laut yang fresh.
    1000 hrs - Bot Nusakuya Resort pickup kami di Seafest Jetty. Tak jauh dari Sipadan Inn 2. Kereta disini boleh park dan tak perlu kupon parking. Tapi kena cari tempat sesuai supaya tak block kereta orang lain sepanjang kita di pulau.
    1130 hrs - Tiba di Nusakuya Resort. Sampai je sini memang terpegun dengan kecantikan tempat ni. Sebaik saja check in, kita boleh terus ke kafe untuk makan tengahari. Makanan memang sedap-sedap.
    1230 hrs - Perut dah kenyang apa lagi, mandi laut di belakang bilik lah. Buka pintu bilik, turun tangga, terus terjun ke laut yang cetek airnya dan kebiru-biruan. Bukan saja boleh mandi di belakang bilik, tapi boleh tengok secara live dan dekat pemandangan hidupan laut seperti tapak sulaiman hidup dan penyu. Kat mana nak tengok penyu besar-besar dengan jarak dekat. Inilah kelebihan Nusakuya Resort berbanding resort-resort lain seumpamanya di Semporna. Tak pergi Maldives pun takpa dah kalau dah berkesempatan merasa pengalaman di Nusakuya.
    1600 hrs - Jamuan minum petang, boleh makan di kafe atau chill makan di bilik.
    1800 hrs - Jamuan makan malam, candle light dinner. Menu lobster, ikan kerapu, sotong. Pergh, puas hati gila.
    2000 hrs - Malam boleh lepak-lepak di kerusi-kerusi yang disediakan. Malam tu langit terang, boleh baring kat buaian sambil tengok langit direct sambil ditemani bunyi ombak2 kecil dan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Asikkk!
    Day 4: 31/12/2021
    1030 hrs - Check out Nusakuya dan menunggu bot Jom Semporna Tour.
    1100 hrs - Aktiviti island hopping bersama group Jom semporna tours selama 3-4 jam. Time ni kita akan buat aktiviti snorkeling dan lepak-lepak di pantai yang cantik. Geng ni memang sangat recommended kerana diorang sangat sporting dan friendly. Gambar pun boleh diorang ambilkan kalau tak ada tripod. Semua kelengkapan snorkeling diorang sediakan. Keselamatan kita masa snorkeling pun diorang jaga. Time snorkeling, aku memang amaze gila. Boleh tengok terumbu karang dan ikan-ikan yang cantik wo!. Jujur cakap, memang terbaik perkhidmatan diorang. Tak ada keraguan memang aku bagi 5 bintang untuk servis Jom Semporna Tour nih.
    1600 hrs - Selesailah sudah aktiviti di lautan semporna, kami mendarat semula di Jeti Seafest.
    1730 hrs - Selesai mendobi dan kami check in hotel last nak berehat sebelum bertolak pulak esok. Kami stay di Summer Holiday Semporna hotel. Hotel ni nice dan bersih. Receiptionis pun friendly je. Untuk hari last, kami memang fikir nak berehat sahaja.
    Day 5: 1/1/2022
    0530 hrs - Check out awal pagi sebab nak ke pekan Tawau sebab nak beli buah tangan. Di Semporna, memang tak ada pilihan sangat nak bawak balik buah tangan. Macam biasa, ikan bilis mata biru telah dapat disambar di pekan Tawau. Semporna ke Tawau ambil masa 2 jam.
    0930 hrs - Boarding untuk balik ke KLIA2
    1230 hrs - Tiba di KLIA2. Maka, selesailah sudah travel tahun baru kami ke Semporna.
    Terima kasih.
    • Tiket Flight Air Asia (Return) Rm 1076.00 untuk 2 pax
    • Pakej Island Hopping (Jom Semporna Tour) Pakej C Rm260 untuk 2 pax
    • Nusakuya Resort (Jom Semporna Tour) Rm690 Queen Room + Makan 4 kali
    • Boat Transfer (Jom Semporna Tour) Jetty to Resort Rm150 untuk 2 pax
    • Sewa Kereta Ar Auto & Rental (Axia 2018) 3 hari Rm270
    • Hotel Sipadan Inn 2 - Rm127.18 (Sea View Queen)
    • Hotel Summer Holiday Semporna - Rm78.00 (King Room)
    • Kayak di Nusakuya - 30 minit (Rm20)
    • Tiket ERL Salak Tinggi - Klia2 (Rm4.90 / pax)

  • @laitpasia
    @laitpasia 2 роки тому +1

    Enjoy tengok ni video..thank you for sharing..👍👏🤝semangat selalu bro !!

  • @MHZTV
    @MHZTV 2 роки тому +1

    Nice video👍 Awesome trip 😎

  • @ZaireeyKhairuddin
    @ZaireeyKhairuddin Рік тому

    Terbaik

  • @kairie9792
    @kairie9792 2 роки тому +1

    mantap bang

  • @nazirannasir4773
    @nazirannasir4773 Рік тому +1

    hadir support n subscribe channel abang,terbaik video

  • @azlanabdullah3495
    @azlanabdullah3495 2 роки тому +1

    Terbaik bro...banyak info...tq

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому

      Hi Azlan. Terima kasih. Moga bermanfaat

  • @mohdrazimohdrazidakunabdul3225

    Terbaik bro.. Sya orang sabah sendiri blum sempat menikmati keindahan semporna

    • @adyputra498
      @adyputra498  Рік тому

      Terima kasih. Nanti pergi lah merasa. Berbaloi bah

  • @anisamirahbtmohamedfadilah7647
    @anisamirahbtmohamedfadilah7647 2 роки тому +2

    air & electric boleh access setiap mase ke? or ade mase2 tertentu yg ditetapkan?

  • @kratosz769
    @kratosz769 2 роки тому +1

    Mantap.. Boleh bg link agent x boss? No contact etc?

  • @MHZTV
    @MHZTV 2 роки тому +1

    Rupanya boleh juga ambil pakej island hopping pickup dari Nusakuya tu ya...banyak ke pilihan ejen yg offer pakej begitu?

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому +1

      Hi MHZ TV. Yup pakej island hopping ni kami ambil masa hari kedua kami di Nusakuya. Lepas check out dari Nusakuya terus ambil pakej island hopping. Selesai island hopping terus pulang ke darat. Flexible. Terpulang hari keberapa untuk ambil island hopping. Ada yang daytrip pun boleh. Saya memang recommend agen 'Jom Semporna Tour'. Ada 3 pakej berlainan pulau dan aktiviti. Tapi bergantung juga pada cuaca dan keadaan air laut semasa.

  • @A-Hadi1984
    @A-Hadi1984 10 місяців тому

    Salam.. nk tnya naik kapal terbang brpe rggt nk ke semporna?

  • @alghazimuhammad2707
    @alghazimuhammad2707 9 місяців тому

    Adr no resort nusakuya?

  • @amsyarroseli4502
    @amsyarroseli4502 2 роки тому +1

    Mantap video 👍🏽Berapa bajet habis utk seorang? Ambik pakej ker?

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому +4

      • Tiket Flight Air Asia (Return) Rm 1076.00 untuk 2 pax
      • Pakej Island Hopping (Jom Semporna Tour) Pakej C Rm260 untuk 2 pax
      • Nusakuya Resort (Jom Semporna Tour) Rm690 Queen Room + Makan 4 kali
      • Boat Transfer (Jom Semporna Tour) Jetty to Resort Rm150 untuk 2 pax
      • Sewa Kereta Ar Auto & Rental (Axia 2018) 3 hari Rm270
      • Hotel Sipadan Inn 2 - Rm127.18 (Sea View Queen)
      • Hotel Summer Holiday Semporna - Rm78.00 (King Room)
      • Kayak di Nusakuya - 30 minit (Rm20)
      • Tiket ERL Salak Tinggi - Klia2 (Rm4.90 / pax)

  • @hannajohn1328
    @hannajohn1328 2 роки тому

    Nak Tanya Di nusakuya elektrik & air dah 24 jam ke still 12jam lagi?

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому

      Elektrik dan air 24 jam akses. Air cooler sahaja 12 jam

  • @aishahabdulhalim4138
    @aishahabdulhalim4138 2 роки тому +2

    nk tnya? electricity available jam brp?

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому

      Hi Aishah. Electricity available 24 jam. Cumanya disini takde aircond. Cuma ada air cooler. Air cooler ni available dari jam 6 ptg hingga 6 pagi. Lain-lain penggunaan elektrik takde masalah.

  • @ardyshaheverything77
    @ardyshaheverything77 2 роки тому +1

    Macam mna saya nak apply ke sini bole share tak bang

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому

      Hi Ardy. Nak datang ke Nusakuya ni boleh buat tempahan melalui agen 'Jom Semporna Tour'. Pilihan pakejnya lengkap. Saya recommended. Boleh cari di facebook. Diorang sangat ramah dan friendly.

  • @shakarullahzawawi8438
    @shakarullahzawawi8438 2 роки тому +1

    Lobster d nusakuya tu brapa harga sekilo.

    • @adyputra498
      @adyputra498  Рік тому +1

      Tak sure. Sebab kami ambil pakej candlelight dinner thru nusakuya resort memang dah ada menu lobster.

  • @JonasGobel
    @JonasGobel 2 роки тому +1

    Berapa habis?

    • @adyputra498
      @adyputra498  2 роки тому +1

      • Tiket Flight Air Asia (Return) Rm 1076.00 untuk 2 pax
      • Pakej Island Hopping (Jom Semporna Tour) Pakej C Rm260 untuk 2 pax
      • Nusakuya Resort (Jom Semporna Tour) Rm690 Queen Room + Makan 4 kali
      • Boat Transfer (Jom Semporna Tour) Jetty to Resort Rm150 untuk 2 pax
      • Sewa Kereta Ar Auto & Rental (Axia 2018) 3 hari Rm270
      • Hotel Sipadan Inn 2 - Rm127.18 (Sea View Queen)
      • Hotel Summer Holiday Semporna - Rm78.00 (King Room)
      • Kayak di Nusakuya - 30 minit (Rm20)
      • Tiket ERL Salak Tinggi - Klia2 (Rm4.90 / pax)

  • @Joe-xd9wd
    @Joe-xd9wd Рік тому

    hi, nak tanya kat semporna tu jalan sendiri atau ikut agent?

    • @adyputra498
      @adyputra498  Рік тому +1

      Mostly ikut sendiri punya plan je. Tapi untuk booking hotel atas laut dan aktiviti di laut semua kitorang pakai ejen Jom Semporna Tour. Boleh search di fb.

    • @Joe-xd9wd
      @Joe-xd9wd Рік тому

      @@adyputra498 tq

  • @marcelreschke8945
    @marcelreschke8945 2 роки тому +1

    Einmal und nie wieder! Der Service ist svhlecht ,das essen ist sehr spartanisch 5 tage nur reis morgen mittags abend !!!!! der Chef antwortet nur wenn er will probleme werden gar nicht berücksichtigt,ist online liest die Nachrichten und antwortet nicht. Also das war einer der schlechtesten Unterkünfte die ich je hatte!!!!