GDTJNS | Zaman Membesar DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 вер 2024
  • Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
    DYMM Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun 1928 hingga 1933. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau The Malay College (MCKK) di Negeri Perak. Baginda menampilkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sukan sehingga dilantik sebagai Headboy dan Kapten bagi Sukan Bola Sepak, Hoki, Kriket, Tenis dan Skuasy.
    Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II dan terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Ketika zaman pendudukan tentera Jepun, baginda berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Cukai di Rembau, Negeri Sembilan.
    __________________________
    🤍 Kunjungi kami hari ini. 🤍
    Pameran Galeri Diraja Tuanku Ja’afar memaparkan konsep “Perjalanan Biografi Kehidupan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman” dengan 8 ruang pameran.
    1. Sejarah Negeri Sembilan & Raja-Raja Negeri Sembilan
    2. Mengenali DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
    3. Zaman Membesar Baginda
    4. Kerjaya Awal Baginda
    5. Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 (Tahun 1967-2008)
    6. Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-10 (Tahun 1994-1999)
    7. Permaisuri baginda DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
    8. Keluarga Diraja
    Untuk mempelajari sejarah institusi diraja dengan lebih dekat kunjungi kami di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Seremban Negeri Sembilan hari ini.
    ℹ️ Bayaran masuk pameran:
    ✅ Dewasa (RM10)
    ✅ Pelajar, OKU dan Warga emas 55 tahun dan keatas (RM5)
    ✅ Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah
    ℹ️ Waktu operasi pameran:
    🗓 Selasa - Ahad (Tutup pada Hari Isnin)
    ⏰ 10.00 pagi - 3.30 petang
    #kitajagakita #covid19 #institusidirajanegerisembilan #perintahkawalanpergerakkan #galeridirajatuankujaafar #galeridiraja #royalgallery #gdtjns #negerisembilan #tourismmalaysianegerisembilan #negerisembilanroyalfamily #royalfamily #kerabatdirajanegerisembilan #malaysiaroyalfamily #sejarahnegerisembilan #rasaipengalamanbaru #pesonaseremban #bruneiroyalfamily #unitedkingdom #southeastasia #malaysiatourism #serembandokekyo #royalhistorymalaysia #duniadiraja #malaysiaroyalfamily #negerisembilanroyal #negerisembilanroyalfamily #malayroyaltiesa

КОМЕНТАРІ •