Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 сер 2022
  • Kali ni kita masak sempoi je, yang sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tapi tak tahu nak masak apa untuk keluarga dan sesuai juga untuk dapur bujang iaitu Sup ayam. Sedap sangat kalau makan panas-panas waktu kurang sihat atau tak ada selera.
    Che Nom akan share cara yang selalu masak kat rumah, walaupun sikit bahan-bahan nya, tapi kita olah biar lebih mantap rasanya. Yang penting, sup perlu reneh perlahan supaya keluar semua rasa terutama dari sum-sum tulang ayam tu. Sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun bubur nasi.
    // Bahasa Melayu
    --------------------------
    Bahan-bahan:
    3 biji bawang merah kecil
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    3 sb minyak masak
    Sup bunjut
    1/2 ekor ayam
    1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
    Air secukupnya
    1/2-1 batang lobak merah
    2 biji kentang
    Daun sup
    1/2 kiub pati ayam
    Garam secukup rasa
    // English
    -----------------------
    Ingredients:
    3 indian shallots
    3 cloves garlic
    1 inch ginger
    3 tbsp cooking oil
    Soup spices
    1/2 chicken
    1/2 tbsp white pepper or black pepper
    Enough water
    1/2 -1 carrot
    2 potatoes
    Celery leaves
    1 cube chicken stock
    Salt to taste
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Bahan Sup Bunjut:
    1 inci batang kayu manis - pecahkan
    2 kuntum bunga lawang - leraikan
    3 biji pelaga - pecahkan
    3 kuntum cengkih
    1/2 sb lada hitam**
    1 sb biji ketumbar**
    1 sk jintan manis**
    1/4 sk kas-kas (optional)
    //Nota: Tumbuk kasar bahan **
    Balut dengan kain kasa dan ikat benang putih
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    #resepichenom
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 323

  • @AbdulRahim-kb9vy
    @AbdulRahim-kb9vy Місяць тому +8

    dari kecik usia 4 tahun memang dah biase tolong mak niaga gerai makan sampai dapat pujian nasi lemak sambal bilis aku sedap..tapi sampai aku dah beranak pinak, tak pernah nak masak sup ayam..sampailah bini aku sakit, cakap nak makan sup ayam..alhamdulillah, terima kasih Kak Nom..simple bagi anda tapi ilmu yang sangat berguna buat kami semua. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Nom

  • @matthewsrirammd
    @matthewsrirammd Рік тому +287

    Saya dah try Kak Nom, mmg sedap rasanya.. mak sy pun terkejut tengok saya masak😂😂😂

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому +31

      😂👌👍

    • @manisresources958
      @manisresources958 Рік тому +6

      Bagus nye anak dara pndai masak

    • @bilkend7194
      @bilkend7194 Рік тому +4

      @@manisresources958
      Dia lelaki

    • @afif2723
      @afif2723 Рік тому +1

      ​@@CheNom terima Kasih kak nom

    • @hanepah712
      @hanepah712 Рік тому +1

      ​@@afif2723 Che nom masak sup aysm

  • @sarahmarzuki2190
    @sarahmarzuki2190 6 місяців тому +7

    Dari tak boleh masak - sampai boleh masak. Saya ikuuuuut je Che Nom

  • @neolina253
    @neolina253 Рік тому +16

    Sup ayam ni klu makan dgn sambal kicap mmg sedap sgt2..kene plk dgn nasik panas

  • @maykamulan
    @maykamulan 5 місяців тому +7

    Kalau saya nak masak, mesti saya cari Che Nom! Alhamdulillah sedap sedap resepinya. Harini saya nak masak Sup Ayam ni pula :)

  • @muhammadkamil01
    @muhammadkamil01 Рік тому +67

    Selama hidup bujang ni, sup ayam lah yang terpaling selalu saya masak.. mmg favourite.. boleh cuba resepi che nom pulak lepas ni..

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому +10

      Boleh cuba ye, harap suka 👌

    • @Miss_0003
      @Miss_0003 Рік тому +6

      Btul2 mskn plg simple hehe kdg2 buat lebih supnya ada lebih supnya simpan buat stock lpstu buat mcm nasi bujang..sdp hehe... Save lah.. alhamdulillah

    • @khairulanwar4837
      @khairulanwar4837 Рік тому +2

      @@Miss_0003 kann sup ni makn tnghari smpai malam😂

    • @l3v305
      @l3v305 Рік тому

      🥂 we're same🥂

    • @neamohamed5258
      @neamohamed5258 Рік тому

      Sup ayam bagus..tinggi kolagen

  • @madameletizya3747
    @madameletizya3747 Рік тому +25

    selama ni masak sup ayam tak pernah habis, tapi tadi ikut resepi chenom pastu suami makan sampai habis hehehe , dia cakap sedap rasa macam mak dia masak❤

  • @anitamohamedshaffi998
    @anitamohamedshaffi998 Місяць тому +1

    Mmg sedap...terima kaseh Che Nom, byk saya belajar masakan yg simpke tp sedap dr Che Nom..semoga Che Nom dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah...

  • @tommipermana
    @tommipermana Рік тому +7

    Terimakasih resepnya sup ayam kelihatannya sangat enak banget cocok banget menu makan malam sukses selalu che nom

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 Рік тому +8

    Simple , sedap dn senang dimasak. Makan waktu hujan .. perrhh nikmat. 👍👍♥️

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 Рік тому +4

    Menu simple dan mudah utk dimasak..nyum..nyum..😋😋👍👍

  • @azrinjohan8432
    @azrinjohan8432 Рік тому +3

    Bahan menyamai apa yg mama sy ajar cuma teknik je tak sama. Nk cuba teknik masak che nom la pulak. Mgkin dpt rasa kelainan sup. Sb sy mmg suka sup. Tiap hari makan pun xpe. Thanks che nom share resepi!

  • @mrazron
    @mrazron Рік тому +5

    Selalu jugak masak sup ayam, resepi pun sama je. Tak rugi cuba, memang sedap

  • @norhazrinharun5686
    @norhazrinharun5686 Рік тому +11

    Alhamdulillah mmg sedap sup ayam ni, simple siap dgn sayur sekali... Tq Che Nom

  • @hamizahhamizah6533
    @hamizahhamizah6533 Рік тому +3

    Waktu hujan2 ni..pekena sup mcm ni...pehhhh..so shedappp...jgn lupe sambal kicap dgn limau nipis... hihi...bertambah la jwapnyaaaa..tq che sifu ajar resepi2 simple...org bujang pon bole masak

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 Рік тому +5

    Simple tapi menyelerakan. Tksh Che Nom dgn perkongsian resepi hari ini.

  • @ForeverInfinite96
    @ForeverInfinite96 11 місяців тому +3

    terima kasih che nom. saya dari tak reti masak sampai dah boleh sikit2 sekarang ni. mmg byak ikut resepi che nom je. menjadi! instruction straight to the point, senang nak paham. mood nak masak pon tenang je

  • @user-zl5mt2ky5e
    @user-zl5mt2ky5e Місяць тому

    Alhamdulillah..bc komen2 semua dpt bahagiakan famly dgn masakan..pahal buat che nom sekeluarga

  • @nachuanachua1480
    @nachuanachua1480 7 місяців тому +1

    Dah tak ada idea nk masak apa, cuba resepi sup ayam che nom utk anak2.. alhamdulillah sedap gilers n brtambah ank2 mkn👍 tq che nom.. resepi che nom sya guna dri awal kawen smpai la dh masuk ank dua ni😂😂😂 terbaik👍

  • @anissurayamahadzir2238
    @anissurayamahadzir2238 Рік тому

    Sapa yg buat ikut resepi che nom semua menjadi ikut resepi che nom...teruskan video masak che nom

  • @orangesunquick1434
    @orangesunquick1434 Рік тому +3

    Sedapnya. Makan gitu saja pun best takpun cicah roti.

  • @hhanim60
    @hhanim60 Рік тому +2

    Saya tengah demam ni (Alhamdulillah, bukan Covid). Memang saya masak Sup ikut resipi Che Nom esok. Terima kasih!

  • @sarahaida4239
    @sarahaida4239 Рік тому +12

    Ini yg paling fresh..tiada campuran sebarang sos. Teringat ex bff dulu..sama cara dia masak..lepas tu dia potong2 cili padi dan bawang putih, campur dgn kicap masin cap kipas udang☺

    • @MPL_97
      @MPL_97 3 місяці тому

      Get back balik lh😂

  • @paipai518
    @paipai518 Рік тому +4

    Wah.... Sedap nyee.... Terbaik Che Nom...

  • @alngang6487
    @alngang6487 Рік тому +3

    Memang jatuh cinta Lau tgok video masakan ceknom🥰🥰menyelerakan.

  • @rushaircond2655
    @rushaircond2655 Рік тому +2

    Sedapnyo che nom Alhamdulillah

  • @zanaanas3865
    @zanaanas3865 Рік тому +1

    Beli ayam nk masak lain... Tiba2 ternampak sup sempoi che nom... Terpaksa tukar plan. Sat lagi kamibnk masak ni. Hihi tq che nom ku. Ku syayang pdmu.

  • @ir.rijalulfikriofficial.2922
    @ir.rijalulfikriofficial.2922 Рік тому +3

    Alhamdulillah..Terbaik sekali perkongsian resepinya...Menarik & menyelerakan sekali ya😀😀😀

  • @snowcloudx
    @snowcloudx Рік тому +17

    terima kasih che nom, memudahkan untuk isteri yg baru nak belajar masak mcm saya 🥰

  • @nurulfarhanirozali
    @nurulfarhanirozali Рік тому +6

    Sedapnya…tau2 je Che Nom kita nak masak Sup Ayam minggu depan 😋 biasanya kalau daun sup yg warna putih pangkal drpd bahagian akar tu yg Che Nom buang tadi tu…Mama saya selalu tumbuk sekali dua dan campak dalam sup…cuci bersih2 buang tanah…lagi power katanya.

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому +1

      Oh boleh tumbuk sekali akar tu ye...nanti Che Nom pun nak cuba lah. Tq sis

    • @nurulfarhanirozali
      @nurulfarhanirozali Рік тому

      @@CheNom boleh Che Nom 🥰 welcome, alhamdulillah

  • @anarose8963
    @anarose8963 Рік тому +2

    Kita suka kentang bnyk² bila dah pekat mkn dgn roti bakar sedappp. Sambal kicap

  • @nonamanis5984
    @nonamanis5984 4 місяці тому +1

    Saya da try,memang sedap. Sekarang sup ni dah jadi fev husband saya 🤭🤭 tq ceh nom

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 Рік тому +4

    Yeay Ade Video Baru Dari Che Nom…Best Nyer…❤️❤️❤️

  • @bashirahbakri3136
    @bashirahbakri3136 11 місяців тому

    T.kasih byk che nom..sy guna resepi sama sblm ni tp xjadi sb bahan kurang..lepas tgk video che nom sy reneh sup ikut step che nom..Ya Allah sgt sdp..mg murah rezeki lg.

  • @nurjannah7
    @nurjannah7 Рік тому +24

    Wasalam Che Nom ❤️ sedapnyer sup ayam. Anak2 suka makan cara nasi banjir sup pastu cicah ayam dlm kicap cair cili padi. Tq Che Nom for the recipe. 👍🏻

  • @bungalili6295
    @bungalili6295 Рік тому +4

    Ni kalau makan masa demam, boleh bangkit selera. Nyum nyummm 🤤

  • @ciputehthecat17
    @ciputehthecat17 Рік тому +1

    Hujan2 ni sedapnye sup ayam.. sup kaki ayam

  • @nooremajamauddin6269
    @nooremajamauddin6269 Рік тому +1

    Alhamdulillah saya pun dah try memang sedap...ni masak lagi,anak2 suka sangat.Terima kasih Che Nom, semoga rezeki sentiasa mengalir seperti air zam2 aamiin

  • @anwarkamarudin2052
    @anwarkamarudin2052 11 місяців тому

    Ni sy rasa menu paling senang nk buat.. bahan pn tak byk.. serius sedap sangat.. dh buat.. akn jd menu sy setiap mggu.. jimat dr mkn luar.. tq che nom..😊😊

  • @maznidelight2484
    @maznidelight2484 Рік тому

    Baru Cuba masak ikut resepi ni.. alhamdulillah..memang tip top resepi ni♥️♥️♥️

  • @KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED
    @KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED Рік тому +2

    sedapnya sup che nom...terliur tengoknya..

  • @sitiasmalia7312
    @sitiasmalia7312 11 місяців тому +1

    Terima kasih cik nom , atas ilmu dan resepi nya..kali pertama saya cuba.. memang terpikat dengan aroma dan rasanya..memang padu Walaupun bahan² mudah disediakan..suami pun puji..

  • @lizash6378
    @lizash6378 Рік тому +4

    wah sedapnyee..menu yg sgt mudah..tq che nom🥰

  • @notsyahidayahmohdrozali1018
    @notsyahidayahmohdrozali1018 7 місяців тому

    Masyaallah sdp nye sy ikut resepi cek nom,smlm resepi siakap jgk ikut resepi cek nom ank2 suami ckp sdp sgt..ari ni resepi sup ayam MMG sedap❤❤❤sy dah trai buat ...

  • @alwaysyaaaa
    @alwaysyaaaa Рік тому +4

    terima kasih kak tunjuk tutorial msak sup ayam , saya ni pertama kali buat .. tak sangka rasa dia luar biasa😭👍🏻❤️

  • @sitiraihanah9258
    @sitiraihanah9258 Рік тому +1

    terima kasih che nom, saya dah cuba buat tadi..mak ayah pun puji sedap dan adik² sampai beberapa kali tambah

  • @babyfacew.a2923
    @babyfacew.a2923 Рік тому

    Mkn mlm time Hujan sejuk kt luar tu mmg perghhhhh dpt soup ayam panasssss terbaik

  • @yayaslm9297
    @yayaslm9297 Рік тому

    Kalau ikut che nom punya resepi in shaa Allah akan jadi. Saya first time masak sup and alhamdulillah jadi. Terima kasih che nom❤

  • @engkumuhammadfahmi961
    @engkumuhammadfahmi961 Рік тому +25

    menu yg mudah and simple untuk masak 🙂 tq Che Nom for ur resipi and ilmu ❤️❤️❤️

  • @randomrandomjer7372
    @randomrandomjer7372 11 місяців тому

    Terima kasih Che Nom. Saya try resepi ni, sedap sgt. Saya suka sebab simple dan senang nak follow. Bahan pon tak banyak. Suami pon puji sedap. Tq Che Nom.

  • @wimsachlin8952
    @wimsachlin8952 Рік тому

    Sedap, mudah dan simple. Senang dan mengenyangkan

  • @rahmanismail2837
    @rahmanismail2837 Рік тому +2

    terbaik che nom,terima kasih perkongsian

  • @pawonndesoo
    @pawonndesoo Рік тому +3

    Sedap sekali che nom..❤️

  • @lylelaney8270
    @lylelaney8270 Рік тому +3

    Makan dengan bihun masa hujan hujan ni sedap.

  • @KakiTebingChannel
    @KakiTebingChannel 24 дні тому

    Cantipnyaaaaa cek nom

  • @user-rs2ty1sg4m
    @user-rs2ty1sg4m 4 місяці тому

    Smua masakan Che Nom sedap² belaka
    tksih Che Nom❤

  • @sahfahrisupar
    @sahfahrisupar Рік тому +3

    dah nak cuba la ni.. Nampak sungguh lazat!

  • @nazuramr2906
    @nazuramr2906 Рік тому +4

    Aroma bawang goreng perghhh 😋👍🏻

  • @xinggiebaby9033
    @xinggiebaby9033 9 місяців тому +2

    First time buat utk sekeluarga... Alhamdulillah, semua suka.... ❤

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Рік тому +3

    Che Nom ni buat Sis suka tgk video msak² sbb nmpk sdp serta tiada kekurangan apa²pn,ada tips lg smga d murahkn rezeki bt Che Nom sllu share resepi yg sdp² utk kmi smua

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      Amin..terima kasih Noor Aine

    • @nooraine8307
      @nooraine8307 Рік тому

      @@CheNom sama² Che Nom

  • @violet4997
    @violet4997 11 місяців тому

    dah buat... cume tak letak lobak merah and potato... sedap yak amat🤩🤩🤩🤩 tenkiuuu cek nom... simple and sedappp korang kene try resepi ni

  • @MsQutez
    @MsQutez Рік тому

    Resepi ni banyak kali ulang masak.. Terima kasih Che Nom

  • @user-ih2jj4bp6j
    @user-ih2jj4bp6j 2 місяці тому

    suka tengok Che Nom masak...sesekali jadi rujukan

  • @twinsiti
    @twinsiti Рік тому +3

    Wow sedapnya 😋👍

  • @ainkazumi
    @ainkazumi 3 місяці тому

    Sebelum ni masak sup rasa mcm tak sdp. Td buat ikut resepi che nom licin plak 1 periuk. Sedap betholll.

  • @aziemamonast7312
    @aziemamonast7312 Рік тому

    Dah try masak.. sedapppp sgt.. tq resepi sempoi ni 😋 senang sgt nal prepare..

  • @adzharkeliban1760
    @adzharkeliban1760 Рік тому +3

    Menu malam ni nak buat sup ayam lah. T kasih che nom😋

  • @donsyahir3943
    @donsyahir3943 Рік тому +1

    Sy tetap suka yg sup ayam che nom lagi satu tu.. Pergh.. Simpan esk lagi bertambah sedapp

    • @CheNom
      @CheNom  Рік тому

      yang pekat tu ye? Sedap cicah roti. hehe

  • @k.inderjitsingh4893
    @k.inderjitsingh4893 Рік тому +2

    Sedap resipi che nom....kalau tambah sedikit jintan putih yg ditumis dgn bawang tumbuk lagi ummph.

  • @nurfadilahchinabdulhalimch7056

    sedappnyaa che nom, mmg favourite, nnti nak try resipi sup ayam ni💕

  • @FaaeqMikael0805
    @FaaeqMikael0805 Рік тому +1

    Ank sy picky eater, dia hanya mkn sup ayam shj yg mmg licin, kalau lauk lain mmg dia xkn mkn habis. Lebih kurang sama resipi che nom ngn resipi sy. 😘

  • @noramirahbintiibrahimmiera9267
    @noramirahbintiibrahimmiera9267 8 місяців тому

    Terime kasih che nom kongsi resepi. Sy dh try bt sedap. Ank2 suke.

  • @starmylight8671
    @starmylight8671 Рік тому +3

    tq for the recipe, sgt mudah,simple & sedap sgt.

  • @hare61916
    @hare61916 Рік тому

    SEDAP.. Baru buat tadi.. tq che nom

  • @mawarmariana
    @mawarmariana 13 годин тому

    Mmg sedap..

  • @seyy_haa2934
    @seyy_haa2934 Рік тому

    Encik nom terime kasih banyak² kongsi resepi sedpa ni

  • @asmizalyusof3214
    @asmizalyusof3214 7 місяців тому

    terkasih Che NOm. saya suka cara masak.. mudah faham..

  • @anisekar4555
    @anisekar4555 Рік тому +1

    Terimakasih resepi y Che Nom 👍👍👍👍😍😍😍

  • @tobonglawei300
    @tobonglawei300 4 місяці тому

    Inilh lauk kegemaran ku..sgt2 simple..aku rebus sja..dgn tmbah halia

  • @gurl_.8383
    @gurl_.8383 9 місяців тому

    saya spm tahun ni ,family suruh belajar memasak, saya dh try cik nom.. SEDAPPP resepi sup nyee

  • @jajaaris3449
    @jajaaris3449 9 місяців тому

    saya try banyak resipi che nom. husband suka makan. alhamdulillah

  • @SitiFatimah-qy4xh
    @SitiFatimah-qy4xh Рік тому +2

    Assalamualaikum che nom.. Terima kasih resepi

  • @norazimahabdulrahman92
    @norazimahabdulrahman92 Рік тому +3

    Mudah dimasak
    Sedap dimakan

  • @nanaridzna
    @nanaridzna Рік тому +8

    Terima kasih atas resepi sesimple ini namun teramat sesap kak Nom ❤

  • @missarisa06
    @missarisa06 5 місяців тому

    Dah try..alhamdulillah sedapp..terima kasih che nom untuk resepinya

  • @kakangprabu2.Channeltv
    @kakangprabu2.Channeltv 9 місяців тому +1

    Terimakasih sup nya berkah selalu🤲🤲

  • @pokanjang5900
    @pokanjang5900 Рік тому

    Saya suka semua resepi cik nor,,,, selera kena dgn tengkak saya,, thank you cik nor kongsi resepi

  • @decuma
    @decuma Рік тому +3

    all time fave. reminds me of my mum 🥰

  • @utyyulivlog2320
    @utyyulivlog2320 11 місяців тому

    resep sup ayam simple hasilnya enak banget lezat banget
    Salam Silaturahim sehat sukses selalu

  • @ilenfamily1343
    @ilenfamily1343 Рік тому +1

    Dari dulu hingga sekarang saya sangat suka makan sup ayam dan nanti saya cuba pula lagi resepi ci nom

  • @intanbayduri91
    @intanbayduri91 3 місяці тому

    TQ Che nom saye akan masak sup ni untuk berbuka hari ini ❤

  • @mohdyusoff6047
    @mohdyusoff6047 Рік тому

    Nt nak try..nmpak sedap nihhh

  • @zzoom_
    @zzoom_ Рік тому

    Baru buat tengah hari tadi. Memang sedap simple ,

  • @XLong-malay
    @XLong-malay Рік тому

    Tq che nom kongsi ilmu yg simple

  • @NurAisyah-hm2bl
    @NurAisyah-hm2bl Рік тому

    Bru try td.. alhamdulillah sedappp ❤

  • @maiyadnan5144
    @maiyadnan5144 Місяць тому

    Saya start pandai pegang pisau sbb tgok kaknom masak .. lps tu smua sy msk jadi

  • @haristhename4871
    @haristhename4871 Рік тому

    Alhamdulillah, baru cuba semalam. Masakan pertama saya 😭

  • @mohamadalfirdaus8066
    @mohamadalfirdaus8066 Рік тому

    Amboi senang buat

  • @khairulbasri2627
    @khairulbasri2627 Рік тому +3

    Aslm Che Nom, boleh tak, tunaikn permintaan saya, saya teringin nak tonton resepi brisket smoke versi che nom, saya minat sgt cara che nom memasak, sangat jelas penerangan che nom.

  • @adnfirdaus9939
    @adnfirdaus9939 10 місяців тому

    Terima Kasih che nom... Da try buat.. memang sedap... Anak2 Terus suka... 🤣.. daddy pun da blh masak la klu mcm ni ..