Resepi Sup Ayam Mudah - Tips dan Rahsia

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 вер 2022
  • Resepi sup ayam yang mudah tanpa sup bunjut atau serbuk rempah sup. Tonton hingga ke akhir video untuk tips dan rahsia sup yang sedap. Selamat mencuba! Resepi Lengkap di www.nasserskitchen.com/resepi...
    * SUBSCRIBE:
    bit.ly/2s0yv1o
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah satu resepi sup ayam yang sangat mudah dengan cuma berberapa bahan asas sahaja. Sila tonton ke akhir video untuk tips dan rahsia sup ayam yang sedap. Tanpa berlengah lagi , Jom kita ke dapur!
    Bahan utama yang kita perlukan ialah 1.5kg daging ayam lebih kurang 1 ekor. Ini cukup untuk 8 hidangan. Di sini saya gunakan bahagian sayap dan paha. Bahagian sayap mengandungi gelatin yang akan menghasilkan sup yang lebih enak.
    Kta juga perlukan 1 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih, hiris nipis seperti ini. 11 biji buah pelaga, 11 kuntum bunga cengkih dan 1 batang kayu manis. Saya tak gunakan bunga lawang, tapi kalau suka boleh tambah. Saya biasanya gunakan bunga lawang dalam sup daging lembu atau kambing sahaja. Kalau berminat sila tinggalkan komen.
    3 biji kentang dan dua batang lobak merah. Potong kecil seperti ini. Sedikit dalun sadri atau celery. Kalau tak ada boleh gantikan dengan daun sup.
    Untuk bahan kisar kita perlukan 3 biji bawang merah, 9 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Potong kecil supaya senang dikisar. Untuk kuantiti kecil seperti ini saya kisar dalam hand blender sahaja. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tambahkan 1/2 cawan air. Dan kisar sehingga halus. Tuangkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.
    Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Gunakan api yang sederhana supaya tidak hangus. Bila bawang dan bawang putih mula kelihatan garing masukkan kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Ini sahaja rempah yang digunakan selain sedikit lada putih atau lada sulah. Setelah 1-2 minit , masukkan bahan kisar tadi. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Langkah ini sangat penting dalam memasak sup. Kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak masak bahan kisar secukupnya. Biasanya 6-10 minit diperlukan, bergantung kepada kandungan air bahan kisar lagi banyak air lagi lama. Pastikan bawang betul-betul masak. Bahan kisar perlu digaringkan sehingga berwarna seperti ini.
    Sekarang masukkan daging ayam. Gaulkan ayam dengan bahan tumisan dengan rata. Dan kuatkan api. Ini akan garingkan sedikit kulit ayam dan menambahkan perisa sup.
    Sekarang tambah 6 cawan atau 1.5 liter air. Tambah 2 sudu kecil garam, Kacau! Jangan Tak Kacau! Pastikan api pada tahap maksima untuk didihkan air. Bila air sudah mendidih, Kecilkan api dan renihkan 25 minit. Sekarang masukkan lobak merah dahulu kerana ianya masak lebih perlahan berbanding kentang. Kalau kentang dimasukkan sekali, mungkin terlalu lembik nanti. Kuatkan api. Bila mula mendidih kembali, kecilkan api dan renihkan 15 minit lagi. Untuk sup yang lebih sedap, buangkan keladak yang timbul dipermukaan sup bersama minyak yang berlebihan. Keladak ini dihasilkan daripada sum-sum tulang ayam.
    Selepas 15 minit masukkan kentang. Bila kita masukkan bahan kedalam sup, suhu akan turun dengan cepat oleh itu Kuatkan api supaya mendidih kembali. BIla sudah mendidih , kecilkan api.Satu lagi rahsia memasak sup ialah pastikan masak sup dengan api yang kecil kerana ini akan memberikan hasil yang terbaik. Memang lama sedikit tetapi berbaloi bila dah siap. Renihkan 15 minit lagi. Buangkan keladak yang masih ada.
    Akhir sekali, tambah 1 sudu kecil serbuk lada putih. Dan akhir sekali tambah daun sadri atau celery, tinggalkan sedikit untuk hiasan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi. Sup ayam siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun sadri dan bawang goreng. Selamat mencuba!
  • Навчання та стиль

КОМЕНТАРІ • 16

  • @nurulhussain8344
    @nurulhussain8344 8 місяців тому +3

    Saya menetap luar negara, takdak sup bunjut / serbuk rempah sup. Mencari resepi. Jump resepi chef. Dah buat dan ikut semua step. Memang sedap sangat. Cukup rasa dan serba serbi ok. Thank you atas perkongsian

  • @iguava
    @iguava 2 години тому

    I keep coming back to this recipe bila nak buat sup ayam. Senang dan sedap.Terima kasih untuk perkongsian bermakna ini.

  • @arasindah6484
    @arasindah6484 2 місяці тому +1

    Tengok je dh sedap

  • @Naredaabubakar-zb7kc
    @Naredaabubakar-zb7kc 9 місяців тому +1

    Sedap Mantapppp 👍👍👍👍👍👍

  • @sarah_lame5168
    @sarah_lame5168 Рік тому +2

    anda boleh membuka restoran🤩

  • @Aduhh33165
    @Aduhh33165 Рік тому +3

    Sup ayam makn dgn nsi putih panas2 brsma sambal belacan bgi Sis dh cukup..

  • @Chefksrantau
    @Chefksrantau Рік тому +2

    Top sup ayam sangat segar sekali, terimakasih Chef tutorial nya 👍👍👍

  • @ajgmmahkotadewa5522
    @ajgmmahkotadewa5522 Рік тому +1

    Thx chef mmg cari resepi sup Kalau dapat makan chef nasser masak mesti lebih best

  • @norasyiqin5791
    @norasyiqin5791 2 місяці тому

    Kalau nak add on serai dan Lada hitam sesuai ka?

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 3 місяці тому

    Bisa koo di tumis dikit rempah korma pak chef naserr nyah sygg😢😢😢😢😢❤❤❤❤

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Рік тому +2

    Kebetulan musim hujan memang sedap hirup soup ayam panas-panas kan chef. Tq chef.

  • @dorismohd6850
    @dorismohd6850 9 місяців тому

    Kuku kat sayap x buang

  • @nuratipahabdullah9667
    @nuratipahabdullah9667 7 місяців тому +2

    sup ayam 8 hidangan 1.5kg ayamn
    1 ekor
    1 merah 2 putih hiris
    11 pelaga 11 cengkih 1 kayu
    3 kentang 2 carrot
    saleri
    bhn kisar
    3 merah 9 putih halia 1/2 cwn air
    cara
    150 oil bhn hiris api sederhana sapa garing
    add 3 sekawan selama 2 min
    add bhn kisar sapa masak 6 min
    ayam gaul rata kuatkan api dan gaul
    add 6 cwn air
    2sk salt
    kuatkan api utk didihkan air
    dan kecilkan api selama 25 min
    add carrot dan kuatkan api bila dah boil kecik api dan reneh lg 15 min
    dan buang keladak dan add kentang
    1sk lada putih dan daun sup