Sains Tingkatan 3 KSSM I Bab 8 Keradioaktifan I 8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 26 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 126

  • @norainibintimohamedkassimk1452
    @norainibintimohamedkassimk1452 3 роки тому +56

    Terima kasih atas perkongsian ilmu. saya suka buka video2 cikgu sebelum mengajar tajuk yg sama. Sebab ada bahan tambahan dan contoh yang saya tak pandai nak cari. Senang nak fahamkan murid. Semoga Allah beri ganjaran pahala buat cikgu.

  • @nurulwahida2403
    @nurulwahida2403 4 роки тому +15

    terima kasih atas perkongsian ini,,..(pelik gak tengok orang yg p dislike ilmu-ilmu cam ni)
    takpe,,cikgu teruskan usaha cikgu😊

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +5

      Alhamdulillah.. sama - sama😊👍... Tersilap tekan tu😅...kita husnuzon je😊😊... InshaAllah...😊

  • @myhildamai2830
    @myhildamai2830 3 роки тому +10

    Wow memang mantap video cikgu.Senang faham, kalau blajar tengok buku teks memang susah nak hadam.Terima kasih cikgu.

  • @IrfanAthoullah
    @IrfanAthoullah 2 місяці тому

    Pengionan ialah suatu keadaan di mana atom atau molekul meraih cas negatif atau positif dengan melepaskan atau mengambil elektron untuk menghasilkan ion, biasanya serentak dengan perubahan kimia lain.[1] Keadaan ini dapat berlaku selepas pertembungan dengan zarah subatom, atom sejenis yang lain, molekul serta ion, ataupun juga melalui tindak balas dengan cahaya😊

  • @saktivelo7275
    @saktivelo7275 2 роки тому +1

    TQVM cikgu Taufik...sy ingin susah bab ini....tapi sekarang lagi mudah selepas tgk video..cikgu....ni

  • @zainatulzahirah5504
    @zainatulzahirah5504 4 роки тому +5

    Terima kasih cikgu. Video cikgu banyak membantu saya👍

  • @MUHAMMADSYAFIQBINBEDUSELANGMoe
    @MUHAMMADSYAFIQBINBEDUSELANGMoe 29 днів тому +1

    alhamdulillah

  • @user-jl2cn5qp1h
    @user-jl2cn5qp1h 4 роки тому +3

    Terima Kasih cikgu Mak Bapa mesti banga

  • @AhmadZulhilmi
    @AhmadZulhilmi 4 роки тому +5

    menarik pengajaran cikgu. sangat mudah dan jelas

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому

      Alhamdulillah. Terima kasih, Cikgu.☺️ Semoga bermanfaat.👍👍👍

  • @nurulizzah5609
    @nurulizzah5609 3 роки тому +7

    yg kena kira ii tu confius betul 😭 huaaaa

  • @puspawatiamir7507
    @puspawatiamir7507 3 роки тому +1

    Assalamualaikum cikgu. Mohon kebenaran utk perkongsian ilmu dgn pelajar2 Saya. Mereka mudah faham dgn bantuan video cikgu. Terima kasih byk2 cikgu.

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      Waalaikumsalam Cikgu😊... Alhamdulillah... Terima kasih Cikgu😊

  • @fish12343
    @fish12343 2 місяці тому +1

    Jadual di bawah menunjukkan masa dan keaktifan bagi suatu bahan radioaktif.

    • @fish12343
      @fish12343 2 місяці тому +1

      Namakan tempoh masa yang diambil untuk bilangan nukleus yang belum mereput berkurang menjadi separuh daripada nilai asalnya.

  • @bladeznabil9660
    @bladeznabil9660 4 роки тому +18

    Tak sabar nak sekolah balik..nak jumpa. Cikgu..baru best face to face🤣

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +2

      Wow...😀😀👍... Semangat betul tu👍

    • @ugineswarisegar868
      @ugineswarisegar868 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim cikgu Dari sekolah Mana..

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому

      Saya dari SMK PUCHONG PERDANA😊😊👍

    • @bladeznabil9660
      @bladeznabil9660 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim dah setahun cikgu🤣...saya pun dah masuk KV...apa2 pun teruskan usaha cikgu!...saya still Akan support cikgu walaupun berlainan sekolah

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      @@bladeznabil9660 Alhamdulillah...awak batch pertama tgk video UA-cam ni😊😊💪... Terima kasih atas sokongan Nabil👍👍

  • @asmahtonel1155
    @asmahtonel1155 4 роки тому +4

    Thank you so much cikgu ! Ok now I got it. Halal ye🙏✨

  • @chemuhainibintichengahkpm-7328
    @chemuhainibintichengahkpm-7328 3 роки тому +2

    Saya minta halal ye cikgu, sy guna video cg utk anak2 murid sy...jelas mudah faham, sy suka.

  • @sa5287
    @sa5287 3 роки тому +1

    Trm ksh ckgu. Mohon guna video dan lthn dlm Google form. Semoga dimudahkn urusan ckgu

  • @anasmuazhilmi9841
    @anasmuazhilmi9841 4 роки тому +2

    buat la semua bab....mudah faham

  • @nooratekahbintimukrikpm-gu5209
    @nooratekahbintimukrikpm-gu5209 3 роки тому +2

    RIngkas, menarik dan padat video cikgu.. mohon share untuk saya gunakan dlm kelas saya ye.. terima kasih

  • @teacherkhai6474
    @teacherkhai6474 3 роки тому +1

    Terima kasih cikgu...saya share yer

  • @filetofa1721
    @filetofa1721 3 роки тому +5

    terima kasih cikgu taufik atas video ini.saya ada 2 soalan hehe.yang pertama nya,pereputan radioaktif ni cuma berlaku pada nukleus yang tidak stabil je ke cikgu?kalau nukleus yang stabil tak berlaku pereputan ? keduanya,bila berlaku pereputan tu maknanya power bahan radioaktif tu berkurang ke macam mana cikgu? ^---^

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +6

      Yup... Pereputan radioaktif akan berlaku kepada nukleus yang tidak stabil sahaja...
      Bila pereputan berlaku, nukleus asal akan kehilangan tenaga dan memancarkan sinaran radioaktif...😊

  • @norziahbt.md.hassankpm-gur3468
    @norziahbt.md.hassankpm-gur3468 3 роки тому +1

    Terima kasih cikgu. Terbaik

  • @farahnasuhabintimohamadjum2948
    @farahnasuhabintimohamadjum2948 3 роки тому +9

    as salam cikgu. sy mohon utk menggunakan video ini sebagai bahan pengajarn sy tatkala sy bertugas as pengawas SPM feb ini. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu sekeluarga, Jazakallahu khairan khatira,

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +2

      Waalaikumussalam Cikgu Farah... Terima kasih cikgu sudi guna bahan ini😊😊... Amin ya rabbal alamin... Semoga cikgu dipermudahkan sepanjang spm norma baharu... Amin😊

    • @farahnasuhabintimohamadjum2948
      @farahnasuhabintimohamadjum2948 3 роки тому +2

      cikgu taufik, boleh sedekah soalan GF juga...hihihi...

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      Boleh cikgu, nnti saya akan update link yg boleh make a copy😊... Jadi boleh edit dan add collaborators sendiri😊

  • @harissss107
    @harissss107 2 роки тому +1

    👍

  • @farihahnawam6527
    @farihahnawam6527 4 роки тому +4

    Thank you cg

  • @farra6159
    @farra6159 10 місяців тому

    salam , nk tnya pereputan nukleus berlaku kt mana

  • @rohanasulaiman241
    @rohanasulaiman241 3 роки тому +1

    Tahniah dan terima kasih cikgu..saya share ya video cikgu..sangat baik dan mudah difahami..

  • @AienQistina
    @AienQistina Місяць тому

    Mcm mna nk dptkan 15.6jam cikgu?btw tqvm atas perkongsian ilmu sgt bermanfaat cikgu❤🎉

  • @smejatvsmkjabi4905
    @smejatvsmkjabi4905 4 роки тому +1

    Cg saya nk tanya ..bagaimana sinar gama blh bntu dlm kehidupan manusia ?

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +5

      Ok. kebanyakan sinar gama digunakan dalam bidang perubatan., Contohnya :
      1. Terapi kanser - sinar gama digunakan untuk membunuh sel kanser di dalam badan manusia.
      2. Pembedahan otak dan saraf - Sinar gama digunakan sebagai pisau untuk menjalankan prosedur pembedahan dan diyakini dapat meminimumkan risiko pembedahan
      3. Penstrilan alatan bedah - Sinar gama digunakan untuk membersihkan alatan pembedahan selepas pembedahan dijalankan supaya bersih daripada sebarang kuman dan jangkitan
      Dalam bidang pengawetan makanan, Sinar gama juga digunakan untuk membunuh dan membasmi kuman supaya makanan lebih tahan lama.

    • @smejatvsmkjabi4905
      @smejatvsmkjabi4905 4 роки тому

      @@CikguTaufikIbrahim tq cg

  • @sitiaisy7385
    @sitiaisy7385 2 роки тому

    Assalammualaikum Cikgu… nak tanya, ion tu dikira radioaktif ke? sebab nukleus ion kan tak stabil ?

  • @nabeelidris2734
    @nabeelidris2734 4 роки тому +4

    Assalamualaikum cikgu, saya Nabeel. Boleh terangkan pasal plat fotografi yang dijumpai oleh Henri? apa kaitannya dengan radioaktif? Terima kasih atas pencerahan.

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +14

      Waalaikumussalam Nabeel,😊..
      Ok, ni sejarah ringkas ya...😊..
      1. Pada 1895, Wilhelm Conrad Roentgen nak mengkaji sinaran yang dihasilkan oleh katod dan berjaya menjumpai satu sinaran yg mempunyai panjang gelombang yg lebih pendek berbanding cahaya nampak...
      Jika sinaran mempunyai panjang gelombang pendek, ia sangat bertenaga dan mampu menembusi badan manusia... Dan secara tak sengaja sinaran dipancarkan ke tangan isterinya... Nampak tulang jari dan cincin...
      2. Tahun depannya, Henri Becquerel nak kaji sinar-X, dia berpendapat sinar-X dihasilkan oleh cahaya matahari yang dipancarkan ke atas uranium dan meninggalkan kesan gelap ke atas plat fotografi...
      Jadi, dia pun buat eksperimen.. pertama dia letak uranium yang dilapik plat fotografi bawah cahaya matahari, dan memang meninggalkan kesan gelap.
      Lepas tu, dia nak cuba sekali lagi, tapi cuaca mendung pula hari tu, jadi dia simpan uranium yg dilapik dengan plat fotografi dalam laci meja.
      Lepas tu, dia pun buka laci, tengok plat fotografi ada kesan gelap juga walaupun tak ada cahaya matahari,
      Jadi dia secara tak segaja dia telah menemui keradioaktifan iaitu uranium akan memancarkan sinaran radioaktif...
      Harap dapat membantu😊

    • @nabeelidris2734
      @nabeelidris2734 4 роки тому +3

      @@CikguTaufikIbrahim Faham cikgu, terimakasih banyak.Halalkan ilmu ye

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +1

      Sama - sama😊👍.. semoga bermanfaat

    • @izmanlukman777
      @izmanlukman777 3 роки тому +2

      @@CikguTaufikIbrahim Terima kasih byk ii cikgu. Saya pon sebenanya confuse jugak kat part plat fotografi tu, nasib baik ada org tanya ahahhahahahahha

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +2

      Hihi... Alhamdulilah, terjawab persoalan tu👍😊😊

  • @rxchealrxcheal1253
    @rxchealrxcheal1253 4 роки тому +3

    thanks sir

  • @sumayyah3949
    @sumayyah3949 3 роки тому +1

    assalamu'alaikum,saya nk tanya siapa pengasas kepada ilmu fizik moden dan menghasil unit S.I keradiaoaktifan ni?blh tolong terangkan.tq

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      Waalaikumsalam... Fizik moden bermula pada abad ke 20...
      Sebelumnya teori melibatkan hukum fizik klasik...
      Iaitu berkenaan dengan sinaran yg dikeluarkan oleh jasad seperti bintang dan objek panas...
      Hukum fizik klasik menyatakan bahawa cahaya dalam bentuk gelombang sahaja... Tetapi data yang dikaji tak sama dengan hukum klasik...
      Jadi seorang saintis namanya Max Planck mengemukakan teori formula sinaran Planck iaitu cahaya juga dalam bentuk partikel.. ada foton...
      Masa ni la era fizik Moden bermula... Jadi hukum fizik klasik tak terpakai pada fizik moden😊... Lebih kurang mcm tu lah kisahnya...
      Unit SI ni hasil uji kaji secara tak sengaja beberapa org saintis seperti Marie Curie, Berqurie...

    • @sumayyah3949
      @sumayyah3949 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim Ooo tq,cg🥰🥰

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому

      @@sumayyah3949 welcome😊😊

  • @risy5648
    @risy5648 11 місяців тому

    hehe dpt 9/10 huhu soalan nombor 7 tu nk kira mcm mna pls cikgu tolong saya :(

  • @nurulsyuhadabintikamardink881
    @nurulsyuhadabintikamardink881 3 роки тому +1

    Assalamualaikum cikgu.. Mohon izin gunakan video cikgu untuk pengajaran saya ye.. Moga Allah beri ganjaran pahala buat cikgu 😊

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому

      Waalaikumsalam Cikgu... Terima kasih Cikgu😊😊😊... aminn

  • @rosmahbintiismailkpm-guru2162
    @rosmahbintiismailkpm-guru2162 3 роки тому +1

    izinkan saya guna utk pdpr saya..terima kasih.

  • @kenisworriorbutsokay8509
    @kenisworriorbutsokay8509 11 місяців тому

    Cikgu, soalan nombor 7 tu macam mana nak jawab

  • @uchiharyuzaki-i8z
    @uchiharyuzaki-i8z 6 годин тому

    😮😅diorang makan apa pandai sangat cikgu😂

  • @wananis4358
    @wananis4358 3 роки тому +2

    Penerangan yang jelas👍👍😃

  • @fawwazmaulidilhuda92
    @fawwazmaulidilhuda92 4 роки тому +3

    Salam. cikgu, boleh ke saya nak slide show ni?

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому

      Waalaikumussalam...maaf ya, saya sediakan video sahaja sbb ada isu copyright

  • @emilhedzriq0212
    @emilhedzriq0212 3 роки тому +1

    Cikgu nak tanya, apa kuantiti yang diukur dalam unit keradioaktifan? Tolong jawab

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      Unit SI bagi keradioaktifan ialah becquerel (Bq)
      1 Bq = 1 pereputan per saat

    • @emilhedzriq0212
      @emilhedzriq0212 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim terima kasih cikgu 😊

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому

      Sama sama👍

    • @emilhedzriq0212
      @emilhedzriq0212 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim tapi cikgu, itu unit soalan nak kuantiti yang diukur dalam unit keradioaktifan

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      @@emilhedzriq0212 satu lagi unit pengukuran Curie (Ci)...
      1 Ci = 3.7X10 kuasa 10 pereputan per saat

  • @aliamaisarah7679
    @aliamaisarah7679 4 роки тому +1

    cg buatla untuk tingkatan 1 dan 2 jugakk

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +1

      InshaAllah.. saya nak habiskan tingkatan 3 dahulu ya😊

  • @Misqhaa
    @Misqhaa 10 місяців тому +1

    thx this helps

  • @hijrahh..
    @hijrahh.. 2 роки тому +1

    Assalamualaikum cikgu, minta izin copy slide untuk kerja sains sekolah

  • @rukiah-vd6wc
    @rukiah-vd6wc Рік тому

    sangat menarik dan mudah di fahami..mohon kebenaran utk guna ya

    • @rukiah-vd6wc
      @rukiah-vd6wc Рік тому

      hampir kesemua bahan dr cg taufik saya guna dlm pdp saya..maaf ya saya guna tanpa beritahu

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  Рік тому

      No problem cikgu😊😊...terima kasih sudi jenguk video pembelajaran saya😊😊

  • @violintan3153
    @violintan3153 2 роки тому +1

    mcm mana dapat 15.6?

  • @qis9402
    @qis9402 3 роки тому +3

    assalamualaikum cikgu.. saya tak faham soalan ini cikgu 😭 Natrium-24 mempunyai separuh hayat , 15 jam. Hitung jisim natrium-24 selepas 45 jam dengan jisim asalnya 64 g.

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +8

      Waalaikumsalam.... Ok...
      Separuh hayat = 15 jam
      45 jam maksudnya 3 kali separuh hayat (15x3=45)
      Jisim asal = 64 kg
      1 kali separuh hayat = 64/2 = 32
      2 kali separuh hayat = 32/2 = 16
      3 kali separuh hayat = 16/2 = 8
      Jadi jisim akhir = 8g👍

    • @qis9402
      @qis9402 3 роки тому +1

      @@CikguTaufikIbrahim wah alhamdulillah betul saya jawab

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +1

      Alhamdulillah😊😊

  • @azlinaabdullah7387
    @azlinaabdullah7387 3 роки тому +1

    assalamualaikum cg, kenapa soalan kuiz tak boleh masuk

  • @trisyia9916
    @trisyia9916 4 роки тому +2

    Assalammualaikum cikgu, saya nak tanya beberapa soalan dan minta maaf kalau banyak yang saya tanya hehe sbb nak tanya cg sekolah tak berani.
    Soalan saya ;
    1.Apa itu sinar-X dan uranium?
    2. Kenapa zarah yang dikeluarkan itu sikit..saya ingatkan neutron akan dibebaskan dalam kuantiti yang banyak sehingga bilangan neutron dan proton sama.
    3. Macam mana nak tahu itu sinar/zarah apa dan macam mana nak tahu itu elektron atau helium.
    4.Apa maksud keaktifan teknetium akan berkurang 1/16 daripadas asal? maksudnya dari 1/2 berkurang kepada 1/16 ke cg? dan apa akan jadi jika benda tu berkurang.
    5. Adakah uranium-238 akan bertukar kepada torium sahaja atau uranium akan bertukar hingga ke kobalt.
    Itu saja cg terima kasih hehe maaf banyak tanyaa

    • @Doudou5529
      @Doudou5529 4 роки тому +1

      cg minta penjelasan

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +6

      Waalaikumussalam, maaf lambat reply.... 😅...
      Ok saya jawab setakat yang boleh ya...
      1. Sinar - X merupakan salah satu daripada sinaran elektromagnet yang wujud di Bumi,
      Uranium pula adalah salah satu bahan radioaktif yang ditemui pada 1789, dinamakan sempena nama Uranus (planet), banyak dilombong di Australia, Kazakhstan, Kanada...
      Uranium merupakan bahan radioaktif utama yang digunakan sebagai sumber bahan api dalam stesen jana kuasa nuklear...
      2. Nukleon = neutron + proton
      3. Untuk mengetahui jenis sinaran atau zarah, setiap sinaran atau zarah mempunyai sifat tersendiri, contohnya cas, kuasa pengionan, kuasa penembusan,
      Contoh kuasa penembusan,
      Zarah alfa - dapat dihalang oleh sekeping kertas
      Zarah beta - dapat dihalang oleh aluminium setebal 3mm
      Sinar gama - dapat dihalang oleh plumbum yang tebal
      4. Itu dinamakan separuh hayat, setiap bahan radioaktif mempunyai separuh hayat tersendiri... Jika sampai kepada separuh hayat tersebut maka bahan tersebut akan berkurang separuh daripada nilai asalnya, jadi sinaran radioaktif akan semakin berkurang, semakin tidak bahaya...
      5. Uranium mereput kepada beberapa bahan yg lain, kita namakan sebagai siri pereputan uranium, contohnya :
      Uranium-238 ➡️ torium-234 ➡️ proktanium ➡️ uranium-234 ➡️ torium-230 ➡️ radium ➡️ plumbum
      Harap menjawab persoalan😊

    • @Doudou5529
      @Doudou5529 4 роки тому

      Cikgu Taufik Ibrahim oh maksudnya uranium tu akan reput sampai plumbum ye cg?

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  4 роки тому +2

      Kalau ikut siri pereputan...ya betul

    • @Doudou5529
      @Doudou5529 4 роки тому +1

      Cikgu Taufik Ibrahim oh okay terima kasih cg😄

  • @thatonerandomf2878
    @thatonerandomf2878 3 роки тому +4

    Assalamualaikum cikgu . Saya tak faham soalan ni😅
    7. Separuh hayat Kobalt-60 ialah 5.27 tahun. Hitung masa yang diambil untuk keaktifan Kobalt-60 berkurang menjadi 6.25% daripada nilai asalnya. (jawapan dalam tahun) *

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +8

      Waalaikumsalam... Ok.. saya explain ya...
      Separuh hayat = 5.27 tahun
      Nilai asal kobalt = 100%
      Berapa kali separuh hayat kobalt menjadi 6.25% daripada 100%?
      Cuba awak kira😊..

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +8

      Separuh hayat maknanya separuh nilai kobalt akan hilang...
      100% - 50% = 1
      50% - 25% = 2
      25% - 12.5% = 3
      12.5% - 6.25% = 4
      4 kali separuh hayat....
      Jadi awak darab je, 5.27 tahun darab 4 kali separuh hayat;
      5.27 X 4
      = Jawapannya....😊

    • @thatonerandomf2878
      @thatonerandomf2878 3 роки тому +2

      @@CikguTaufikIbrahim ohhh macam tu . Faham dah. Terima kasihh cikguu. 😁

    • @CikguTaufikIbrahim
      @CikguTaufikIbrahim  3 роки тому +3

      Alhamdulillah... 👍👍👍💪

  • @mizu562
    @mizu562 3 роки тому +2

    knp ye view 10 k lebih subcsibe cuma 5 k 🤔🤔😐