Adakah jin berakidah dan bermazhab? - Ustaz Syawal Al-Kdasi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • ADAKAH JIN DIBEBANI HUKUM, BERAKIDAH DAN BERMAZHAB?
    وقال السبكي في فتاويه : فإن قلت : إنهم مكلفون بشـريـعته أصل الإيمان ، أو في كل شيء ؟ بل في كل شيء ؛ لأنه إذا ثبت أنه - أي رسول الله مرسل إليهم كما هو مرسل إلى الإنس ، والدعوة عامة ،
    والشريعة عامة - لزمهم جميع التكاليف التي توجد أسبابها فيهم إلا أن يقوم دليل على تخصيص بعضها .
    Di dalam fatwanya, As Subkiy telah berpendapat :
    "Sekiranya anda bertanyakan adakah makhluk jin itu dibebankan dengan hukum syariat (perundangan Islam)
    dalam masalah iman sahaja atau dalam semua segi, maka yang sebetulnya ialah dalam semua segi. Kerana
    sesungguhnya telah thabit bahawa Rasulullah SAW turut diutuskan kepada mereka, sebagaimana beliau diutuskan kepada manusia, lantaran agenda dakwah dan syariat itu adalah berbentuk umum. Justeru itu peraturan-peraturan Islam turut dibebankan ke atas mereka menurut sebab-sebab sebagaimana yang
    sepatutnya dengan tidak ada sedikit perbezaan pun, melainkan adanya dalil-dalil lain yang bertindak mengkhususkannya di antara satu sama lain.
    فنقول: إنهم يجب عليهم الصلاة والزكاة إن ملكوا نصابًا بشرطه، والحج وصوم رمضان وغيرها من الواجبات ويحرم عليهم كل حرام في الشريعة باختصار .
    Dengan itu kita nyatakan bahawa, mereka juga wajib mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat sekiranya harta yang dimiliki secara sempurna itu cukup kadar nisabnya (perkiraannya). Begitu juga ibadat lain seperti berpuasa, berhaji dan seterusnya kewajipan-kewajipan
    lain. Mereka juga turut diharamkan dari melakukan perbuatan-perbuatan yang telah diharamkan sebagaimana tersurat di dalam perundangan Islam.
    عقائد الجن ودياناتهم :
    الجن كالإنس تماماً في هذه الناحية فمنهم المسلم والنصراني واليهودي بل إن مسلميهم كمسلمي الإنس أيضا قدرية وشيعة وأهل سنة وأهل بدعة وغير ذلك ومنهم الطائع والعاصي والتقي والفاجر
    Jin dan manusia sama dalam masalah ini. ada diantara mereka yang islam, nasrani (kristian), yahudi. sebagaimana yang berlaku orang islam dari kalangan manusia, dari kalangan muslimin ada yang Qadariah, syiah, Ahli sunnah, ahli bid'ah begitu juga ada yang bertaqwa dan taat , ada yang ahli maksiat dan zalim.
    Rujukan :
    وقاية الإنسان من الجن والشيطان

КОМЕНТАРІ •