2 Doa Demam dan Kaedah Rawatan - Ustaz Syawal Al-Kdasi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 тра 2024
  • 2 DOA DEMAM & RAWATAN
    عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَابْرُدُوهَا بِالْمَاءِ
    Daripada Aisyah dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Demam itu adalah sebahagian dari bahang neraka Jahannam maka sejukkan ia dengan air.”
    (Riwayat Al-Bukhari)
    Didalam hadith yang lain :
    عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ الْمُنْذِرِ أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا كَانَتْ إِذَا أُتِيَتْ بِالْمَرْأَةِ قَدْ حُمَّتْ تَدْعُو لَهَا أَخَذَتْ الْمَاءَ فَصَبَّتْهُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ جَيْبِهَا قَالَتْ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَبْرُدَهَا بِالْمَاءِ
    Daripada Fathimah binti Mundzir bahawa Asma` binti Abu Bakar r.a bahawa apabila didatangkan kepadanya seorang wanita yang menderita sakit demam, dia akan mendoakan untuknya. Dia akan mengambil air, lalu ia mencurahkan pada bahagian depan kolar bajunya. Kemudian dia berkata; “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menyejukannya dengan air.”
    Punca Demam, Di dalam kitab Tibbun Nabawi karangan ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan punca demam ada beberape sebab :
    1. Cuaca yang terlalu panas, aktiviti yang berlebihan.
    2. Disebabkan oleh penyakit.
    3. Gangguan Makhluk Jin. (Pengalaman Perawat).
    DOA DEMAM 1
    Di dalam riwayat at-Tirmizi menyatakan :
    Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai
    yang mengalir.
    Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan :
    بِاسْمِ اللهِ ، اللهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ وَصَدِق رَسُولَكَ
    Bermaksud : Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-
    Mu ini, dan benarkanlah bimbingan Rasul-Mu."
    Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut.
    Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi
    hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari.
    Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
    Didalam kitab, الرقية الشرعية ارق نفسك وأهلك وكن أنت شيخا؛ Karangan Dr. Khalid bin Abdul Rahman Al-Jarisi mendatangkan riwayat At-Tirmizi didalam kitab At-thib, bab : Kayfiyyah Tadrib Al-Huma bil Ma' daripada tsawban ada menyatakan lafaz yang sedikit berbeza iaitu :
    اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَكَ أَوْ أَمَتَكَ، وَصَدِّقْ رَسُولَكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
    "Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu) ؛lelaki atau perempuan) dan buktikan kebenaran
    Rasul-Mu.
    DOA DEMAM 2
    Kaedah yang kedua boleh beramal dengan Doa ini atau membacanya pada air dibuat minum dan juga mandi.
    بسمِ اللهِ الْكَبِـيْرِ ، أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرقٍ نَعَّارٍ ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
    Maksudnya :
    Dengan nama Allah yang maha besar, aku berlindung dengan Allah yang maha agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.
    Hadith Riwayat Al-Tirmizi didalam kitab At-tibb bab : Du'a al-huma wa al-ajwa' kulliha daripada Ibnu Abbas r.a, Al-Tirmizi berkata : Hadith ini gharib dimana kami tidak mengenalinya selain daripada Ibrahim bin Ismail bin Abu Habibah dan Ibrahim ini di anggap sebagai da'if dalam meriwayatkan hadith.

КОМЕНТАРІ •