Tadabbur: Membina Jiwa Dengan Surah Al-Fatihah | Ustaz Syaari Abdul Rahman

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 4 сер 2021
  • Slot tadabbur di Hospital Pakar An-Nur bersama Ustaz Syaari Abdul Rahman (Jurulatih Utama Tadabur Centre)

КОМЕНТАРІ • 11

  • @syuhadan8824
    @syuhadan8824 Рік тому +33

    Isi penting perkongsian:
    01: Hikmah dinamakan “al-Fatihah”
    - Kerana pembukaan membaca al-Quran perlu dimulakan dgn membuka fikiran dgn mengajukan soalan2.
    - Keterujaan dan kepuasan membaca al-Quran hadir apabila kita membacanya dgn membawa persoalan/permasalahan.
    - 4 persoalan besar setiap hari yg dijawab sewaktu membaca al-Fatihah dalam solat:
    i) Dari mana kita datang (ayat 1-3)
    ii) Ke mana akan pergi (ayat 4)
    iii) Tujuan ada di sini (ayat 5): jadi hamba Allah dan meminta pertolongan kepada Allah
    iv) Cara selamat sampai ke sana (ayat 6-7): dengan membaca cerita2 inspirasi dari al-Quran
    - Membaca al-Quran dgn membawa persoalan dan harapan utk mendapatkan jawapan bermakna kita sedang merendahkan diri utk mendapatkan petunjuk Allah.
    - Membaca al-Fatihah sebanyak 17 kali dalam solat bermakna manusia merupakan makhluk yg pelupa dan perlu diingatkan selalu.
    - Panduan (hudan) hanya diberikan kepada mereka yang memerlukan petunjuk dgn merendah diri.
    02: Kenapa al-Fatihah dinamakan sebagai “al-Mathani=7 yg berulang”
    - Sesuatu yg mempunyai banyak nama (i.e: al-Fatihah ada lebih kurang 20 nama) bermaksud ia mempunyai pelbagai kemuliaan dari satu surah yg sama.
    - “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yg amat besar kemuliaan dan faedahnya” (al-Hijr ayat 87).
    - Al-Mathani bermaksud berulang-ulang utk melengkapkan kelemahan dalam kehidupan.
    - Antara peristiwa yg sentiasa berulang-ulang:
    i) Matahari terbit dan terbenam
    ii) Degupan jantung
    - Orang beriman dan berfikir (ulul albab) tidak akan pernah bosan dgn perkara yg berulang kerana dia akan melihat perkara yg sama (fenomena alam) tetapi dari sudut pandang/peringatan Allah yg berbeza.
    - Kadang-kala kita kurang menghargai (take for granted) nikmat yg Allah berikan kerana nikmat tersebut (pendengaran, penglihatan dsbgnya) adalah perkara berulang yg dirasakan biasa.
    - Maka, bergaullah dgn orang yg kekurangan/kehilangan nikmat (i.e orang sakit) atau pengkaji yg berkaitan (i.e doktor pakar) supaya kita lebih mensyukuri nikmat Allah.
    - Hargai sudut pandang berbeza (i.e: suami/isteri) kerana setiap orang Allah cipta dgn kelebihan yg berbeza-beza.
    - Lihat sesuatu dengan pandangan tersurat dan tersirat (don’t judge a book by its cover).
    03: Adab-adab berdoa
    - Berdoa dgn hati yg penuh kesedaran akan apa yg dipohon.
    - Buka pintu hati semasa berdoa, agar Allah buka pintu kemustajaban.
    - Apabila berdoa, taati dahulu perintah Allah.
    - Ayat 1-4: Pujian kepada Allah (mulakan doa dengan sudut pandang yg positif kepada Allah).
    - Ayat 5-7: Permohonan.
    - Ramai org berdoa dgn hanya mementingkan diri sendiri (fokus kepada masalah diri) dan lupa Allah hendak hak-Nya dipenuhi (memuji Allah yg Maha Sempurna dalam perancangan-Nya).
    - Sedar diri dan merendah diri sebagai hamba dan hargai Allah sebagai Raja.
    - Iktiraf ujian daripada Allah dan tutup doa dgn bersangka baik kepada ujian yg Allah beri seperti Nabi Ayub a.s.

    • @hamba_
      @hamba_ Рік тому +1

      Alhamdulillah.. Terima kasih saudari.. Semoga peroleh manfaat.. Aamiin

    • @nmi8903
      @nmi8903 Рік тому +1

      Alhamdulillah.t.ksh nota2 nya.semoga didlm redha Allah.Aamiin.

    • @sitihanis1954
      @sitihanis1954 Рік тому +1

      moga Allah membalas setiap ilmu dgn kebaikan sis Jazakillahu khairan khatira

    • @anoirasarah
      @anoirasarah 5 місяців тому

      ❤❤❤

    • @syazanasafiyah741
      @syazanasafiyah741 3 місяці тому

      Terima kasih ❤

  • @rosslirashid4569
    @rosslirashid4569 2 години тому

    Subhanallah ❤❤❤❤❤ channel terbaik

  • @zainunhashim1271
    @zainunhashim1271 2 роки тому +3

    Assalamualaikum Ustaz....terkesan di hati dgn tazkirah yg begitu padat,mendalam.Alhamdulillah ,terima kasih tiada terhingga.

  • @hamba_
    @hamba_ Рік тому +2

    Alhamdulillah.. Terima kasih

  • @dendenju
    @dendenju Рік тому

    Jazaakumullahu kheiran

  • @sitihanis1954
    @sitihanis1954 Рік тому

    terima kasih byk ustaz.. terlalu abundance achor AlFatihah..Jazakallahu khairan kathira