Pam air - Masalah tidak sedut air dan overflow

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 жов 2024
  • Pam air berfungsi dengan menyedut air secara paksaan. Air yang disedut itu mengandungi pelbagai elemen bendasing terutamanya air tanah merah.
    Elemen ini untuk jangka masa panjang akan menyebabkan berlakunya hakisan dan mendakan pada seluruh bahagian pam air terutamanya pada komponen gasket.
    Gasket getah biasanya akan mengatasi proses mengeras dan menyebabkan berlakunya kebocoran vakum. Kebocoran ini boleh menjejaskan daya sedutan air.
    Enjin 2 lejang memerlukan komposisi tambahan pelincir 2T bagi menyejukkan kebuk pembakaran untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah enjin jem.
    Bagi enjin 2 lejang, setiap kali untuk proses penyimpanan enjin setelah selesai melakukan kerja, bahanapi perlu dikosongkan dari dalam karburator dan juga tangki petrol.
    Kegagalan berbuat demikian menyebabkan getah stop valve (berbentuk roket) di dalam karburator mengembang dan berlakunya isu overflow.
    Begitulah sedikit sebanyak perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat. Jangan lupa klik share jika ia memberikan manfaat ilmu kepada anda.

КОМЕНТАРІ •