Mengapa ETS Menggantikan Ekspres Antarabandar KTM yang Lama

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 жов 2024
  • ETS merupakan perkhidmatan rel ekspres elektrik yang beroperasi di bahagian barat Semenanjung.
    Dengan kelajuan operasi maksimum 140 km/j, ETS telah meningkatkan kelajuan dan keselesaan perjalanan kereta api di Malaysia.
    Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa ETS menggantikan ekspres antarabandar yang tiketnya mampu dibeli oleh semua orang?
    RUJUKAN
    Azmi, N. A., Mohd Isa, H., & Md Sakip, S. R. (2019). Provision of disabled facilities at the Malaysian electrical train service (ets) station towards social sustainability.
    Sukor, N. S. A., Jarani, N., & Fisal, S. F. M. (2017). Analysis of passengers’ access and egress characteristics to the train station. Engineering Heritage Journal, 1(2), 01-04.
    Ong Kian Ming, Atticus Poon Teck Seong and Jurleo Jurit (2017) What is the future of KTM? Available at: penanginstitut....
    Media sosial Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Facebook, Twitter.
    _______
    Patreon: / fami_worldfacts
    Wang Ihsan: www.buymeacoff...
    KATA KUNCI: ETS, Kereta api Malaysia, kereta api ekspres, kereta api elektrik, ktm ipoh padang besar

КОМЕНТАРІ • 121

  • @bhmy67
    @bhmy67 Рік тому +24

    Benar apa yang diperkatakan oleh Fami, saya sendiri sering gunakan perkhidmatan ETS dari Alor Setar ke KL Sentral. Perjalanannya amat menarik, selesa dan pantas. ETS perlu diperluaskan demi maruah dan integriti KTMB kebanggaan rakyat Malaysia..insya Allah

  • @zafir7007
    @zafir7007 Рік тому +15

    Saya tak sangka saya akan lihat video ini sampai habis.
    Tahniah kerana mengeluarkan video yang sangat bagus dan penuh maklumat.

  • @zahirahharun8496
    @zahirahharun8496 Рік тому +9

    affordable utk anak saya balik cuti semester dari KL ke Perak.. Tak payah susah2 mama nk kena kutip di kampus 😄. Servis pun makin bagus dan selesa sekarang. Tahniah KTM

  • @Jamie-yz5hs
    @Jamie-yz5hs Рік тому +13

    Bagus cara bercerita...Dah macam tengok rancangan dokumentari 😂....👍😎

  • @GoodjobSkill
    @GoodjobSkill Рік тому +9

    Salam abang. Saya suka bila abang selitkan background music berentak melayu tradisional… membuatkan video abang terasa sungguh kemelayuan dan menarik 💕 luvvv

  • @thanimohamed893
    @thanimohamed893 Рік тому +15

    Ets mmng terbaik... Berdasarkan pengalaman menaiki Ets Platinum dr Kl Sentral - Alor Setar... Ets dpt mengeksploitasi kelajuan Yg lebih tinggi ketika melepasi area Juru menuju Alor Setar disebabkan trek Yg lurus bersebelahan sawah padi dgn kelajuan Yg tertera Di skrin bhgn penumpang selaju 152-155kmh... Cukup Bagus

  • @ShazwanBinSharif1987
    @ShazwanBinSharif1987 Рік тому +6

    Yg penting Selamat. Negara maju pun spt America pun Ada kemalangan keretapi penumpang. Keretapi Malaysia Sekarang lebih SELAMAT

  • @azmanjohari7853
    @azmanjohari7853 Рік тому +10

    Bagi student seperti aku .. walaupun ets ini masih lagi tidak memuaskan tapi sangat ii membantu, membantu mereka yang tidak berkesempatan untuk naik pengangkutan darat yang lain..harapan aku juga ets lebih maju dan laju untuk masa akan datang

    • @tunsri9257
      @tunsri9257 Місяць тому

      Kau nk laju mcm mn lagi..bersyukur la drpd keretapi dulu

  • @cheli8330
    @cheli8330 Рік тому +5

    Paparan yang sangat komprehensif. Mudah difahami dan penuh informasi. Tahniah.
    ETS sangat relevan untuk Malaysia. Semoga ETS dapat menjadi pelopor infustri keretapi yang lebih moden. Bukan sahaja di Semenanjung, bahkan Sabah Sarawak Brunei Kalimantan, pastinya ke seluruh tanah besar Asia.

  • @aeh624
    @aeh624 Рік тому +4

    Alternatif utk HSR yang tak jadi tu, ETS will serve it well. Hopefully semua station dari BSI sampai PB akan lengkap dgn segala kemudahan. KL Sentral perlu lebih di upgrade dan lebih modern. Keretapi perlu sentiasa efficient, laju, bersih, cantik dan selesa. Kekerapan perlu ditambah dan crisis mgtmnt perlu power. Kalau semua ni dah ok, HSR boleh tangguh at least 15 ke 20 tahun lg kot. Sambil tu boleh kumpul duit dan buat real bullet train dari Singapore - KL - Bangkok.

  • @RaifTanjiro
    @RaifTanjiro Рік тому +8

    ETS laju. KTM Antarabandar slow. Tapi kalau still nak buat KTM Antarabandar buat dari KL Sentral ke Tumpat dengan JB ke Tumpat je.

  • @mohdfauzigsan5511
    @mohdfauzigsan5511 Рік тому +4

    Penerangan yg sangat interaktif dan letopsssss👍💯

  • @HBC101TVStudios
    @HBC101TVStudios Рік тому +3

    Tarikh 19/05/2016 merupakan hari bersejarah buat tren KTM Antarabandar di mana tren Antarabandar dari Gemas ke Padang Besar dan Butterworth di tamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan tren ETS sepenuhnya.

  • @alexwong5836
    @alexwong5836 Рік тому +1

    Sebenar keretapi ETS jenis klas 93/2, buatan China boleh mecapai kelajuan maksimum 180km/j. Itu pun baru setengah percapaian HSR Jakarta-Surabaya yang boleh mengatasi kelaluan 350km/j.

  • @MrAkufauzi
    @MrAkufauzi 5 місяців тому +1

    Masa mula-mula diperkenalkan kelajuan dia 160kmsj, tp ada lak aduan rakyat menyatakan terlalu laju dan berasa mual dan menakutkan. Jadi selama berkali-kali sy naik ETS dr KL ke utara dan selatan, sy perhatikan kelajuan hanya mencapai maksimum pd 145kmsj shj...sy tertunggu kelajuan melebihi 160kmsj sbb sy pernah ke Tokyo naik Shinkasen...mmg desuppp laju, suka laju-laju ni. ECRL kalau dh siap sy nk cuba naik dgn kelajuan 330kmsj...kalu dia bg lg laju 660kmsj kan lg bagus

  • @mofb8331
    @mofb8331 Рік тому

    bes pulak video awak ni..teruskan usaha buat video tentang keretapi ni yg jarang2 dibuat dalam bahasa melayu

  • @a-gal22bul53
    @a-gal22bul53 Рік тому +3

    Bila ets siap keoerluan untul jalan raya bolih di perlahankan... Penggunaan ets mest di lakukan kerana. Keretaapi lama sudah tidak di buat lagi olih negara pengeluar.jadi keperluan untuk guna ets yg cepat efficent dan penggunaan electric yg lebih menjimatkan..kereta api ets akan menjadi kegunaan yg terbaik dan selesa untuk rakyat...dengan laluan dua hala membolihkann lebih banyak dan kerap perhidmatan bolih di sediakan...tanpa menlencong kan kereta bila bertembong...antara satu sama lain...ets mempunyai engine yg simple dan mudah di selenggara dan kurang kerosakkan...

  • @paanazmi8062
    @paanazmi8062 Рік тому +1

    Wow.tahniah fahmi,dapat 20k view video ni. Keep it up. Best video ni, sebab kebetulan plan nak cuba train ktm gemas ke wakaf bharu kelantan

  • @bungaraya19082013
    @bungaraya19082013 Рік тому +5

    Krn banyak yg pergi melancong, dn balik kampung semasa festive season guna kereta pribadi, dah bawa akibat ribuan nyawa yg terkorban dlm kemalangan maut di lebuh raya.
    Sy dn keluarga lbh suka guna ETS atau KTM Express bila pergi melancong ke penang, Ipoh, Alor Star, Arau, Kota Bharu, atau balik kampung, sbb lbh selamat, dn selesa.
    Sampai di Stesen KTM distinasi boleh guna grab car atau taksi utk sampai ke destinasi akhir.

    • @PemadamGergasi
      @PemadamGergasi 9 місяців тому

      Mungkin ahli keluarga kamu tak ramaj

  • @rhmnhsn0
    @rhmnhsn0 Рік тому +1

    Terima kasih. Pencerahan terbaik dan mantap

  • @shaifan5443
    @shaifan5443 3 місяці тому

    Biasa aku skip atau lajukan je video mcm ni...tp mcm seronok pulak tengok sampai habis sebab ada fakta, kajian yang pada aku memberi maklumat tambahan yang aku tak tahu. Cuma kalau sebagai cadangan untuk menarik penumpang berkeluarga, mungkin boleh perkenalkan insentif tiket keluarga. Kalau bujang tak payah fikir pajang, dengan ETS je mudah nak ke sana sini. Dah 2 kali naik tren dari Gemas-KL Sentral-Taiping, memang terasa moden dan yang penting cepat sampai seperti dalam jadual. KL Sentral yang dulu wow, megah...eloklah ditambah baik dan dipermodenkan.

  • @mejust8392
    @mejust8392 Рік тому +8

    ETS ni k/pi zaman arang batu yg dimodenkan guna kuasa letrik sbagai penggerak dan diberi bentuk nampak macam train zaman moden.... malangnya ia masih lagi sistem k/pi zaman arang batu krana penggunaan narrow 1m track, umpama ford ranger guna gandar (axle) kreta kancil.
    Boleh begerak ttapi terlalu unstable (mudah terbalik) jika brgerak laju. 1m track ni skrg hanya ssuai digunakan di kilang2 klapa sawit utk heret tandan, dimana klajuan tidak diperlukan.
    Ini salah satu legasi pmerintahan DrM yg diagung oleh sbahgian rakyat tu. Hanya lebihkrg 680km mula 2003 hingga skrg 2023 dah 20thn pun masih blum siap sampai JB. China mulakan HSR 2007 skrg dah lebihi 40,000km.
    1m gage track ssuai diguna di zaman penjajah krana tujuan utamanya hanya utk bawak getah dan timah ke plabuhan sblum diangkut dgn kapal ke eropah utk diproses, bukan sbnarnya utk tujuan pengangkutan awam... jd masalah klajuan bukan hal kritikal, sama sprti kapal laut (freighter).
    Getah dan timah sendiri pun masing2 tidak lg jd bahan tanpa pengganti krn itu harga ke2nya relatif makin brkrg.

  • @AhmadAhmad-de7dx
    @AhmadAhmad-de7dx 4 місяці тому

    wow, menarik sungguh video ni. sangat2 informatif🤩🤩🤩🤩🤩

  • @hafizizinmohd4332
    @hafizizinmohd4332 Рік тому +7

    selaras dengan penggunaan sistem elektrifikasi 25kV dari Padang Besar ke Gemas dan akan ke Johor Bahru tidak lama lagi (2025 Insyaallah), penggunaan tren elektrik adalah efisien dan menjimatkan berbanding penggunaan diesel dalam kos pengoperasian tren KTMB. Serta saranan dari Kementerian Pengangkutan untuk penggunaan tren elektrik di optimumkan. Untuk sektor pantai timur masih lagi dikekalkan penggunaan tren diesel (intercity coach) dan juga DMU. Manakala penggunaan coach bagi laluan selatan akan ditamatkan sebaik sahaja landasan berkembar elektrik Gemas-JB lengkap disiapkan. Jika ada bertanya mengapa ekspres senandung wau sudah ditamatkan , hanya pengurusan KTMB sahaja ada jawapan lengkap. Mungkin pihak yang buat video ini boleh dapatkan jawapan lanjut dari Pengurusan tertinggi KTMB.

  • @sjneow
    @sjneow Рік тому +4

    ETS fits the definition of Higher Speed Rail(HrSR). Not to be confused with High Speed Rail(HSR) 😂

  • @amerhuzairy100
    @amerhuzairy100 Рік тому +1

    Gerabak² dan lokomotif adalah milik Railway Assets Corporation, KTMB hanya mengoperasikan sahaja.

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому

    19:54 keretapi ke pantai timur dari gemas ke kota bharu tu pun dah pakai train baru yang ada 4 gerabak dan ia sangat baru ,sangat selesa tapi tak ramai naik ,sayang patutnya train baru tu pakainya kat klang la bagi satu dua

  • @man106181
    @man106181 Рік тому +2

    Maaf, train buruk kat Jepun kelajuan 150km/j

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому

    bole ulas tak kenapa projek hsr kl singapore dibatalkan atau masih ditangguh sebab ia menarik boss keretapi laju ,pastu ada tak video pasal ecrl??

  • @abubakarothman9533
    @abubakarothman9533 Рік тому +1

    BOLEH BERI PENERANGAN & PENJELASAN MENGENAI LOKOMOTIF BERKUASA ELEKTRIK YG PERNAH DIGUNAKAN KTMB?
    BOLEH SHJ JIKA LOKOMOTIF BERKUASA ELEKTRIK DIGUNAKAN UTK MENARIK GERABAK2 PENUMPANG SEPERTIMANA LOKOMOTIF BERKUASA DIESEL.

  • @amerhuzairy100
    @amerhuzairy100 Рік тому +1

    Kalau nak rasa tren antarabandar boleh naik Ekspres Timuran JB-Gemas-Tumpat.

  • @RoyMcAvoy
    @RoyMcAvoy Рік тому

    Kalau nak pakai kereta api laju macam bullet train, kos mahal. Kena buat jajaran baharu sebab gauge sedia ada kecik, hi speed rail pakai gauge besar macam train pergi klia tu. Lagi satu, hi speed train kena rail yang straight, tak boleh bengkok banyak sangat. Bayangkan kos ground work dia nak buat jajaran baharu yang lurus

  • @muhammadsuhaimi5593
    @muhammadsuhaimi5593 Рік тому +2

    Bolih ke ETS berjalan sehingga 160 hingga ke 180km sejam...

  • @ahmadrijal9907
    @ahmadrijal9907 Рік тому +2

    Bila aku naik ETS aku expect service dan makanannya macam Eastern and Oriental Express dari Bangkok ke Singapore. Hello! Sekarang sudah 2023,wake up! Paling last aku naik 1st class itu pun tersemput semput dan terhenti kat Bank Negara sebab bad maintenance!

  • @raniahmad359
    @raniahmad359 Рік тому +4

    ETS buatan CRCC sykt China dipasang di Kompleks mereka di Bt Gajah Perak. LRT3 akan menggunapakai tren buatan CRCC. Begitu juga Tren Komuter KTMB 6 gerabak juga. keluaran CRCC. Keretapi laju Indonesia juga buatan China oleh CRCC juga kalau tak silap saya.

  • @muhammadabdulwahab123
    @muhammadabdulwahab123 Рік тому +12

    Dimintak KTM mengemaskan Seluruh track track rel yang sangat Kotor Dan Tidak kemas . Banyak besi besi rel ditinggalkan Saja di kawasan Dan tepi track keretapi Itu. Sepatutnya ia dibersihkan Atau diangkut ke tempat lain.Ini lah mentaliti Orang Malaysia Yg bertaraf dunia ke 3.
    Ia sangat memalukan bila melihat nya. Dan tolong lah indahkan lauluan keretapi Itu Dengan tanaman pokok pokok Dan pokok Bunga. Dan banyak jugak sampah Atau trash di sepanjang Jalan keretapi Dan di setesen KTM Itu.

    • @wansuhaimiariffin586
      @wansuhaimiariffin586 Рік тому +5

      Setuju- BERSIHKAN trek2 yg bersepah tu, kutip semua rel besi buruk dan tempatkan di satu tempat atau leburkan jadi keluli dan jual balik- tentu jadi hasil kepada KTM. Setuju juga cantikkkan trek rel dan stesen keretapi dari Gemas ke JB dengan pokok2 bunga seperti TECOMA dll- bulan April atau september berduyun orang naik keretapi sambil berfoto manis dengan suasana cantik pokok2 bunga sepanjang trek atau di stesen2 tertentu. Pengurusan KTM kenalah berfikir di luar kotak , kreatif, tambah nilai dan padankan dengan kesukaan generasi milinial dewasa ini

    • @ShazwanBinSharif1987
      @ShazwanBinSharif1987 Рік тому +2

      Betoi. Yg lain dh OK. Bab kebersihan 👎

    • @fariskamaruzzaman
      @fariskamaruzzaman 6 місяців тому

      Message railway asset corporation aka RAC, ktmb ni jaga operasi tren je

    • @muhammadabdulwahab123
      @muhammadabdulwahab123 6 місяців тому

      @@wansuhaimiariffin586 10000000% seuju. Bila yg pegang jawatan tidak kompiten ini lah jadi nya pada negara

  • @AlanCWL1989
    @AlanCWL1989 Рік тому

    19:00 saya nak tambah sikit bab ETS expansion plan , ETS Class 93/3 atau batch 3 , mempunyai 10 set order utk jajaran Johor Bahru akan membantu laluan ini , jangkaan 3.5 jam atau kurang daripada ini kalau ada ETS Platinum. Tiada sebarang pengumuman reka cipta koc dalaman buat masa ini.

  • @pakyimdigi6935
    @pakyimdigi6935 2 місяці тому

    Tapi Jujur.. aku lebih suka naik keretapi Diesel KTM lama tuh cuma masalahnya keretapi lama tuh.. habis semua stesyen kecil di ladang dan kampung.. KTM berhenti walopun tak ada penumpang. Patut cuma berhenti di bandar utama yang ramai penduduk aja. Itu baru betui !!

  • @hasnizamhaliza8317
    @hasnizamhaliza8317 Рік тому

    Saya mula guna ktm senandung langkawi masa bljr kt penang masa 2007 utk balik ke kl.. Lps tu kluarga sy gunakan utk dari kl ke alor setar balik kg tiket rm20 je mmg mampu bg fmily kteorg yg xde kenderaan sndri.. Berebut2 tempah tiket on9 kelas ekonomi..klu tiket bas xde atau tiket ktm ekonomi hbis boleh ambil yg 2nd class hrga mcm tiket bas.. Bila dh tamatkan dh xnaik dh sbb ets tiket mahal n selalu habis.. Kdg2 trbayang2 jgk apa la nasib siapa yg dlu guna senandung lgkwi tp skrg dh xmampu nk gunakan dh mst option yg paling mampu ialah bas

  • @AMAM-ml5fp
    @AMAM-ml5fp Рік тому +2

    Dah pernah menaiki eta Dari klcentral to padang besar.mengaharakan pekhidmatan ets dari Jb ke Kl,.

  • @lizaabubakar4710
    @lizaabubakar4710 Рік тому +1

    Bagi saya releven guna ets saya rasa jimat masa sikit dan tak alami kesesakkan jalan raya dan cepatlah sikit nak ke bandar2 yg lain dan agar kerajaan dpt memajukan lagi kenderaan seperti lrt, mrt, dan ecrl ke bandar2 yg lain seperti negara2 jepun, korea untuk peluang pekerjaan dinegeri2 yg lain diseluruh tanah air kita ini. Ini akan menyebabkan kita dpt menaikkan sosio ekonomi dan maju dgn ini jimat masa dan rakyat x tertumpu berkerja dibandar dengan ini akan dpt memajukan ekonomi dan dpt membangunkan negeri2 yg kecil suatu hari nanti akan jadi bandar yg maju dan berwawasan dan mempunyai peluang pekerjaan kepada penduduk2 setempat.

  • @aizadsyafiq8714
    @aizadsyafiq8714 Рік тому +2

    saya tiada bantahan kepada ETS tapi pandangan saya, antarabandar patut dikekalkan untuk memberi pilihan yang lebih murah dengan kelajuan yang lebih rendah tapi tidak sekerap dahulu mungkin meggantikan gerabak baru kuasa elektrik. Mungkin melakukan perjalanan malam sahaja 3 kali seminggu pada hujung minggu dan sebagai tampungan di musim perayaan. KTMB boleh menjana dengan harga yang lebih premium mengikut kelas antarabandar. Antara perjalanan yang boleh dicadangkan sleeper night train. setakat pengalaman saya, menggunakan antarabandar rasa lebih relaks dan tidak terkejar2 dan masa diatas tren digunakan untuk berehat. saya rasa lebih penat bila menggunakan ETS berbanding antarabandar

    • @hasmizahabdul2867
      @hasmizahabdul2867 Рік тому +1

      Sokong spttnya ant bandar....dkekalkn utk pjalanan mlm shj cthnya dr pdg besar ke jb sentral....dh memadai...shari skli hr biasa ....
      Hari ct mingguan dan kelepasan am...tren ant bandar.dberi kkrapan ...2x shari
      Sleeper train perlu diadkaan

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 Рік тому +3

      Mungkin kos akan lebih tinggi. Tunggu KTM dapat menjana keuntungan dulu kot

    • @RoyMcAvoy
      @RoyMcAvoy Рік тому +2

      Betul. Jat Korea pun walau dah ada keretapi laju ktx, tapi still keretapi lama lokomotif diesel di gunakan di luar waktu puncak sebagai option perjalanan lebih murah untk rakyat

  • @ris019
    @ris019 Рік тому +1

    Perkhidmatan ets ni ok. Tpi musim cuti mmg tiket habis dijual. Kecewa aku..

  • @TheMrkipas
    @TheMrkipas Рік тому

    ape kate bro buat pasal sejarah sebelum keretapi komuter, iaitu railbus / relbas lama dah tak dgr berita, dulu pernah naik dari laluan port klang ke kuala lumpur

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому

    15:46 ahh gate tiket ni yang saya tak suka tak seperti dijepun yang pakai selak ja macam pintu daun ,yang ni jenis cepit jadi takut ,dia buat cmne saya xfaham yg saya harap dia bole tular pakai yang pintu daun ja lebih safe

  • @ammohd5779
    @ammohd5779 Рік тому

    Tkasih atas video dan informasi nye . Terbaik .....

  • @Snoopy-mr8qu
    @Snoopy-mr8qu 7 місяців тому

    Hope to hear more of gemas - jb update as of today ' announcement by yb loke

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому +1

    12:57 tak juga sebab dijepun mereka masih pakai keretapi lama yang tradisional dan even laluan dia tak de orang keretapi tetap ada tapi kekerapan dia rendah gila ,lama nak tunggu ,pastu dia punya bumbung org putih yg melancong ke jepun merungut auu kenapa dia pakai stesen lama yg bumbung besi sudah mula karat ,.sebab jepun ni negara yg kuat bos dia tahan lama even berabad ii pun ,jepun juga ada banyak jenis keretapi sama ada selesa ataupun sebaliknya ,shinkansen jepun juga menjadi keretapi utama yang paling laju beroperasi antara 240 km sampai 389 km mengikut wilayahnyaa ada 4 jr east ,jr west ,jr south dan jr north ,jr adalah syarikat keretapi jepun paling berjaya didunia sangat mewah stesen dia dibandar selalunya besar terutamanya di osaka dan tokyo mudah sesat jika tak tahu jalan ,kos dia pula memang mahal tapi kos sara hidup disana juga mahal ,jepun juga dikenali sebagai negara dengan keutamaan tertinggi pada keretapi sehingga tahap tak ramai naik bas dan juga kenderaan lain

    • @afizi1213
      @afizi1213 2 місяці тому

      dan fakta menarik ,jepun adalah negara didunia yang ada keretapi mewah dunia 7 bintang bossku ,eropah tak leh lawan

  • @rayap1239
    @rayap1239 Рік тому +1

    Kpn.xnaik taraf kelajuan ETS dr.180 - 200kph., kan blh.pendekan perjalanan antara utara ke selatan.

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 5 місяців тому +1

      Kena tukar dari Metre Gauge (1000mm) kepada Standard Gauge (1435mm).
      Utk upgrade ni kena ambil banyak tanah, kos akan jadi tinggi.

    • @muhdfazli5049
      @muhdfazli5049 26 днів тому

      Tak sesuai untuk rail sedia ada, Ibarat drive 120km/j dekat jalan kampung yg kecik dan sempit..

  • @zukimia
    @zukimia 4 місяці тому +1

    Mengapa keretapi tidak guna tolok standard semasa pembinaan keretapi letrik

    • @crowsboy92
      @crowsboy92 3 місяці тому

      mungkin sebab ruang…

  • @nazriwanshah1991
    @nazriwanshah1991 Рік тому

    Koc dua tingkat boleh diperkenalkan untuk meningkatkan kapasiti seperjalanana.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 Рік тому

      Mana lepas 2 tingkat. Kabel elektrik atas tu dah tetap. Nak tambah kapasiti kena tambah koc. Tak pasti boleh tak

  • @justcomment5759
    @justcomment5759 Рік тому +1

    ok je asal dpt balik kampung ku❤

  • @Helmetgelap
    @Helmetgelap Рік тому

    ets ni patut di sambung dgn ecrl kt pantai timur . baru snang keliling malaysia pakai train je ...

  • @orangkampung1048
    @orangkampung1048 Рік тому

    ECRL nti pun akan merancak kan ekonomi di bandar² utama d pantai timur...

  • @Snoopy-mr8qu
    @Snoopy-mr8qu 7 місяців тому

    Good videò

  • @muhamadazrie8466
    @muhamadazrie8466 Рік тому

    Lgi 1 bro. Ets EV. Green

  • @pakyimdigi6935
    @pakyimdigi6935 2 місяці тому +1

    Itu laluan ETS dari Gemas ke Johor Bahru City itu tidak memberikan pulangan ekonomi yang baik kerana laluan ETS itu bukan laluan yang menjadi tumpuan penduduk. Patut ETS buka laluan baru antara Tampin, Melaka, Muar, Batu Pahat, Pontian dan terus ke Tuas Singapore.. ini laluan yang menjadi tumpuan ramai penduduk di Pantai Barat.. baru ETS KTM ada untung.. ini bina laluan di tengah2 Johor yang penuh ladang sawit.. mcm mana ETS KTM nak untung optima? Kelajuan juga harus di tingkatkan kpd 160km/j. Ini baru betui !! Beri kat aku aja lah jawatan Pengurus ERT KTM itu.. aku pun ada kelulusan tinggi juga.

    • @muhdfazli5049
      @muhdfazli5049 26 днів тому

      ETS ni dia uprade Railway yang sedia ada, bukan jajaran baru
      Kalau yang kau sebut tu, yang tengah dipropose sekarang, HSR SG-JHR-KL
      Cuma tinggi lah kos

    • @pakyimdigi6935
      @pakyimdigi6935 25 днів тому

      @@muhdfazli5049 HSR SING - JB- KL.. dah senyap proposalnya.

  • @theahmadridhuan
    @theahmadridhuan Рік тому

    Geram dengan sebutan disel yang disebut "di-sell". Sepatut disebut seperti Selangor.

  • @roslanabdul5081
    @roslanabdul5081 Рік тому +2

    Yg cakap ni pernah naik train antarabandar x. Kalau pernah naik tau la harga tiket mahal ya amat dari KTM lama.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 Рік тому +3

      Kan dia dah cakap. Tren lama harga tiket dikawal kerajaan, KTMB rugi. ETS ni dapat tingkatkan pendapatan KTMB, boleh bernafas semula

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 5 місяців тому +1

      Yang lama tu KTM Intercity (KTM Antarabandar) lah wei, mahal kalau ambik yang katil atau 1st Class (Premier Class). Kalau 3rd Class (Economy Class) murah jer.
      Tapi sekarang paling bawah pun 2nd Class (Superior Class) je ada. 3rd Class dah tak ada.

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому

    ammm tak apaa ,akan datang menjelang 2033 sampai 2039 dia akan bina hsr dari singapore ke kl dan dari kl ke thailand sebagai sambungan perentas benua asia ,maksudnya nak ke china dh bole da naik keretapi hsr ni jika ia berjyaa dibina dan akan sambung ke korea ,satu ke jepun satu lagi ke rusia lalu mongolia sampai ke keretapi paling panjang didunia ,keretapi siberia

  • @herobandar8257
    @herobandar8257 Рік тому +2

    Salah Ejaan "Kejutan Electrik" Ejaan betul " Kejutan Elektrik"

  • @afizi1213
    @afizi1213 2 місяці тому

    18:25 ehh come on jr jepun juga shinkansen ada juga tawarkan minuman dan makanan yang boleh kita order pakai apps saja atau pun beli obento dan makan dalam tue ,makan pun pakai chopstik dan garpu sambil lihat ke tingkap betapa laju ya ampun klu melihatnya sepantas angin dia punya laju ,kita hanya lihat video org jepun punya pengalaman sgt menarik ,banding ngn eropah ,org jepun lebih suka ngn keretapi negara dia yg lebih maju

  • @faridjemain3929
    @faridjemain3929 Рік тому

    Train ETS perlu digantikan dgn "double decker" dan kurang tambangnya bagi menarik minat penumpang menggunakan perkhidmatan train.

    • @mohdk2299
      @mohdk2299 Рік тому

      Double decker coach or bed?

    • @faridjemain3929
      @faridjemain3929 Рік тому

      @@mohdk2299 double coach.

    • @asyrafdanish3000
      @asyrafdanish3000 5 місяців тому

      Tak boleh sebab ada Overhead Wire (Kabel Elektrik) yang dah fixed untuk bekalkan kuasa kepada ETS.

    • @faridjemain3929
      @faridjemain3929 5 місяців тому

      @@asyrafdanish3000 Boleh aje klu nak buat...Swiss dah lama ada coach double decker dan guna kable letrik dari tahun 90an.

  • @frankiesee2621
    @frankiesee2621 6 місяців тому

    👍👍

  • @nkri_milik_tiongkok
    @nkri_milik_tiongkok Рік тому +1

    Agak2"Malaysia akn buat kereta cepat macam indonesia..ada info x bos

    • @gingerteddy618
      @gingerteddy618 Рік тому +9

      Kalau buat, saya harap Malaysia buat HSR sendiri contohi Jepun dan Korea.
      Malaysia mempunyai kepakaran pelbagai bidang dalam hal keretapi dan Malaysia telah memberi perkhidmatan perkeretapian untuk 20 negara. Saya harap sangat Malaysia membangun HSR.

    • @mofb8331
      @mofb8331 Рік тому +3

      @@gingerteddy618 kita takde expertise dlm high speed railways lagi...kalau mrt lrt dan monorail tu mungkin ade..tak pun jenis semi high speed mcm ets atau erl tu mungkinlah kite boleh buat..tpi utk hsr kite perlukan expertise dri luar negara dan hanya beberapa negara saja yg ade kemampuan dan teknologi ni mcm france jepun korea china jerman canada dan beberapa negara eropah lain...america pun takde teknologi hsr ni..jadi kite memang perlukan teknologi dan kepakaran luar dlm hal hsr.

    • @nkri_milik_tiongkok
      @nkri_milik_tiongkok Рік тому

      @@mofb8331 oww macam tu.. sayangnya..

    • @nkri_milik_tiongkok
      @nkri_milik_tiongkok Рік тому

      @@gingerteddy618 ye betul tu

    • @Zichoe
      @Zichoe Рік тому +2

      plan hsr kl-singapore rasenye akan dibincangkan balik, kalau tengok wikipaedia hsr status nye under revival

  • @oldbrain394
    @oldbrain394 3 місяці тому

    HSR indonesia 350km / hr canggi

  • @azwan1144
    @azwan1144 Рік тому

    Mudah..cepat..

  • @mohdnazrin7150
    @mohdnazrin7150 Рік тому

    Adakah JB - KL ets akan beroperasi akan dtg?

    • @hafizizinmohd4332
      @hafizizinmohd4332 Рік тому

      jangkaan 2025, dengan kadar masa 3jam 30minit (limited stop)

  • @hasikenmahmud859
    @hasikenmahmud859 Рік тому

    👍👍👍👍

  • @shaf3006
    @shaf3006 Рік тому

    Pengalaman naik komuter, EMS buatan Australia, Korea selesa bila ganti EMU China, bising dan goyang lebih, Mcm opera China make up lebih, ambient dalam pun tak selesa, emu empat segi lama dulu rupa mcm kotak tapi selesa ambient pun rasa mantap klas

    • @sc5252
      @sc5252 Рік тому

      KTM tak pernah guna EMS buatan Australia!!

  • @shakayla8532
    @shakayla8532 Рік тому

    Kereta madsalleh JB ganti lah

  • @ShazwanBinSharif1987
    @ShazwanBinSharif1987 Рік тому

    Mahal tk Pa, cepat. Aku Dari kL Balik perlis ambik sijil,balik pulak KL, lepas temuduga Balik semula ke perlis. Dlm 1 HARI. Kalau keretapi lama. Kalau Dari Arau perlis ke KL senteral pukul 6 ptg. 9pg baru Sampai. Buang masa ja. Yg Suka Buang masa boleh LA naik. ETS 1 boleh 4 Kali perjalanan.

  • @shahrullkameljamaluddin9386

    Entah apa2

  • @Wonpeing
    @Wonpeing Рік тому +1

    EtS slow sgt...x laju...

  • @jasniabu-hh4xf
    @jasniabu-hh4xf Рік тому

    tak payah di adakan keretaapi. buang masa .... ada 1 keretapi nak pakai hingga 50 tahun sehari jalan 1 kali setahun hanya 365 kali. naik kereta dilain negara 1 destanasi ada 4 atau 5 kali sehari. kalau ada yg dah pernah naik kereta jepon maka dimalaysia boleh tunggu 500 tahun lagi.

  • @ruslanshamsudin1644
    @ruslanshamsudin1644 3 місяці тому

    Banyak cakap buang masa

  • @akhmalhisham7545
    @akhmalhisham7545 Рік тому

    Lembab Dan lambat

  • @TheLUSMAYS
    @TheLUSMAYS Рік тому +2

    140km tak cukup laju.. Sepatutnya 150km baru relevan..

    • @NANA-le7lm
      @NANA-le7lm 4 місяці тому +2

      Laju sebenar 200 km/j tp ada tempat yg laju & ada tempat yg kurang laju, ikut situasi, kalau rel Juru ke Alor Setar yg lurus dgn pemandangan sawah padi blhlah lebih laju. Ada penumpang biasa naik & lihat kelajuan 155km /j.

  • @mz6228
    @mz6228 Рік тому

    tapi KTM komuter pulak lambat nak mampus…. patut kena perbaiki mutu perkhidmatan komuter… terlalu slow, tak ikut masa, sering berlaku kelewatan…