TADABBUR - Surah al-Masad

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 гру 2024

КОМЕНТАРІ • 5

  • @syuhadan8824
    @syuhadan8824 Рік тому +8

    Inti pati tadabbur al-Masad:
    - cerita sejarah (Abu Lahab dan isterinya) dan berita gembira utk masa depan akan kemusnahan orang2 yg bangga diri dan kafir.
    - Abu Lahab (bapa saudara, jiran Rasullullah s.a.w tetapi penentang yg kuat, ketua penyeksa orang2 beriman)
    - Ummu Jamil (isteri Abu Lahab, mengeji dan menyebarkan fitnah tentang Rasullullah s.a.w)
    - M: masa depan sentiasa benar dan akan berlaku
    Semasa surah al-Masad diturunkan di Mekah, Abu Lahab masih tetap kaya dan tidak ditimpa musibah pada diri dan keluarganya, terus memusuhi Islam.
    "Tabbat ya da..." bermaksud "telah binasa" merujuk kepada kebinasaan pada Abu Lahab selepas Perang Badar (10 tahun selepas turunnya surah al-Masad).
    Ketaatan dan kemungkaran pada ALLAH adalah pilihan individu, bukan semata-mata kerana hidayah ALLAH.
    - A: ancaman materialistik selepas kemenangan Islam
    Biasanya rakaat pertama, surah an-Nasr (surah berkaitan kemenangan Islam).
    Diikuti dengan surah al-Masad pada rakaat kedua.
    Kerana musuh paling besar selepas kemenangan Islam ialah penyakit cinta akan harta benda. Seperti harta benda Abu Lahab yang tidak membantunya terhindar dari azab ALLAH.
    Orang beriman sangat berhati-hati dengan perkara berkaitan harta benda seperti pengajaran dari Perang Uhud.
    - S: sejarah sentiasa berulang
    Musuh boleh muncul dari orang yg rapat dengan kita sendiri.
    Hidayah bukan dari kita. Tetapi, tanggungjawab kita adalah berdakwah berterusan pada insan-insan terdekat.
    3 Qul selepas al-Masad adalah surah2 berkaitan memohon perlindungan pada ALLAH daripada pelbagai jenis musuh.
    - A: azab neraka setimpal dgn perbuatan di dunia
    Abu Lahab bangga dgn gelaran tersebut yg berasal dari peristiwa pipinya terkena api pedang semasa peperangan. Maka, di neraka ALLAH memanggilnya dgn gelaran yg sama sebagai perlian atas kebanggaannya.
    Manakala, Ummu Jamil yg semasa hidup suka membawa kayu berduri utk menghalang perjalanan Rasullullah s.a.w, maka di neraka dia membawa kayu api utk membakar dirinya dan suaminya.
    Masad bermaksud tali yg mengikat leher hamba perempuan yg mencari kayu api sebagai suatu tanda penghinaan semasa zaman Jahilliyyah. Maka, ia juga menjadi suatu penghinaan dari ALLAH pada Ummu Jamil di akhirat.
    - D: dengki dan dendam adalah penyakit yg sangat berbahaya
    "Hamma lattal hatab" membawa maksud pembawa kayu api. Juga bermaksud penyebar api perkauman (suka mengadu domba, membawa fitnah).
    Penyakit ini merentas zaman.
    - Kesimpulan: 1/4 dari al-Quran adalah kisah dari ALLAH yg menjadi ibrah (kisah merentas). Abu Lahab sudah mati, tetapi keAbu Lahaban masih ada.

  • @afidahmohamad7496
    @afidahmohamad7496 Рік тому

    Terima kasih ilmunya😢

  • @kacangjerr496
    @kacangjerr496 3 роки тому +1

    suka la dgr suara dj ni... sweet aje..

  • @Yosukei22
    @Yosukei22 Рік тому +1

    Mula 3:50