PINJAMAN BANK 100% BELI KERETA - CARA, PROSES & IMPLIKASI

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 вер 2024
  • NAK BELI KERETA DENGAN 100% LOAN - TENGOK VIDEO NI DULU.
    Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Semasa berkhidmat dengan PEDA lebih pada 20 tahun, saya berpeluang untuk berdialog dengan pelbagai agensi kerajaan dan Bank terutamanya semasa pindaan Akta Sewa-Beli dibuat. Saya juga bukan seorang peguam yang bertauliah. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya menjadi panduan kepada awam. Pinjaman 100% mark-up ni tidak terhad kepada kereta nasional sahaja tetapi menjadi kebiasaan dalam industri jualan kereta dan saya pasti ramai pengedar dan pembeli yang tidak faham dan kurang pemahaman tentang risiko dan implikasi mark-up harga kereta ini.
    1. Kalau kita tengok iklan dalam internet, merata-rata kita nampak iklan beli kereta 100% loan. Iklan macam ni, memang berleluasa. Saya tengok, memang tak ada pemantauan atau penguatkuasaan yang melarang penjualan kereta melalui loan 100% walaupun salah dari segi undang undang. Ini terbukti melalui pelbagai iklan yang menawarkan pinjaman 100% dan zero downpayment.
    2. Diantara cara yang paling berkesan untuk menjual kereta ialah dengan membolehkan pembeli membeli kereta tanpa apa-apa bayaran downpayment. bakinya di biayai oleh pinjaman yang dipohon menggunakan harga ‘mark-up’.
    3. Dalam video ni, saya nak berkongsi sedikit proses-proses dan cara-cara untuk mendapatkan 100% loan dan implikasi kepada Jurujual, pengedar dan pembeli supaya semua pihak lebih arif, faham dan tahu implikasi menjual atau membeli kereta dengan memohon pinjaman 100%.
    4. Isu ‘Mark-up’ ni adalah salah satu isu yang tiada jalan penyelesaian dan termasuk dalam setiap agenda sepanjang tempoh saya menjadi Presiden PEDA dahulu. Sebab, kalau tak buat mark-up - dealer tak boleh capai target. Kalau buat dan kantoi - boleh bankrap.
    5. Dealer boleh di denda mengikut Akta Sewa Beli setinggi RM250,000 (Kesalahan kedua) dan/atau individu yang bersalah, dia boleh di denda setinggi RM50,000 dan/atau 5 tahun penjara (atau kedua-dua) (kesalahan kedua).
    Saya berharap, kalau video ini dapat menjadi pedoman kepada semua dan jika bermanfaat, minta tolong Like, share, subscribe + tekan butang loceng. Inn Sya Allah, ada banyak lagi pengalaman yang nak dikongsi.
    Terima Kasih di atas sokongan dan galakan.
    RUJUKAN:
    Act 212: HIRE-PURCHASE ACT 1967 (ONLINE VERSION OF UPDATED
    TEXT OF REPRINT) link - bit.ly/2vxWFlo
    UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1384
    Akta sewa beli (pindaan) 2010 - bit.ly/39ytRaQ

КОМЕНТАРІ • 127

  • @ARMINBANIAZ
    @ARMINBANIAZ  4 роки тому +18

    Ooops, minta maaf. Lupa nak letak rujukan Akta. Saya dah kemaskini description dengan link rujukan Akta Sewa Beli 1967 & Pindaan 2010.

    • @tomtommy9557
      @tomtommy9557 4 роки тому +1

      Tq so much brother,its good info for all buyer ya

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      You are welcome @Tom Tommy 🙏🏻 thank you for your comment

    • @honor8x222
      @honor8x222 2 роки тому

      Assalamualaikum encik sy dah terkena ni encik,sy beli kete saga premium tapi sy punya loan untuk premium S dan sy bayar bulanan ikut harga premium S tapi sy dapat kete premium... Mcm mana ye encik sy dah sign aggrement cuma yg pelik knp loan sy dan bulanan sy yg sy bayar premium S tapi sy dpt premium sahaja... Apa tindakkan yg perlu sy bt encik...

    • @honor8x222
      @honor8x222 2 роки тому

      Tolong sy encik... Sy mmg xtahu menahu semua ni encik.. Sy baru first time beli kereta...dealer ni byk makan duit sy encik tanpa pengetahuan sy

    • @muhammadhunainshah5648
      @muhammadhunainshah5648 2 роки тому

      Seelok-eloknya semak dlu aggrement dan geran klau ada sebelum sign..itu yg sy thu..takut pihak sana silap saja

  • @julianashafie6801
    @julianashafie6801 4 роки тому +6

    Info yang sangat baik & berguna
    Teruskan usaha niat murni serta terima kasih tuan.mantap minda 👍👍

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      @Juliana Shafie, Masya Allah. Terima kasih diatas dorongan. Inn Sya Allah saya buat yang terbaik.

  • @noorsham6088
    @noorsham6088 3 роки тому +2

    Informasi yg sangat jelas dan telus...teruskan tuan memberi ilmu berkenaan hal2 berkaitan

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Jazakallah Saudara Noor Sham. Terima kasih

  • @Syedbcb
    @Syedbcb 3 роки тому +2

    Terbaik Bro Armin, info yang tepat dan penyampaian yang sangat jelas dan teratur. Bravo.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Alhamdulillah Saudara Abu. Terima Kasih kerana sokongan.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      MInta maaf terlambat reply. terlepas beberapa komen dalam kesibukan harian.

  • @mohamadzaid2590
    @mohamadzaid2590 3 роки тому +7

    Bagi jurujual kereta bila tengok video ni memang susah nak 'cari makan' lah selepas ini.
    Bagi pembeli kereta (golongan marhaen) bila tengok video ni memang susah nak beli kereta baru lah selepas ini disebabkan kebanyakan 'pembeli' ni kurang berkemampuan untuk menyediakan deposit sekurang²nya 10%

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +7

      Saudara Mohamad Zaid, ya betul. Begitulah hakikatnya. Tetapi sebenarnya kereta ni bileh jadi liabiliti besar kepada pembeli. Jadi kalau tak mampu, lebih baik tunggu dahulu. Ada hikmat disebalik menunggu. Lebih baik dari dimufliskan oleh Bank atau kereta direposes kearana tunggakan.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +3

      Maaf terlambat reply dah sampai 1bulan. Terlepas pandang komen ni.

  • @megatrahizaadramly7075
    @megatrahizaadramly7075 2 роки тому +1

    Terima kasih saudara Arman.info yg amat berguna.semoga Allah SWT murahkan rezeki anda.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      Ameen ya rabbal alamin. MasyaAllah. Terima kasih diatas komen Megat 🙏🏻

  • @user-yl7tk2uy9k
    @user-yl7tk2uy9k 3 роки тому +2

    Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang terbaik ini.👍

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Alhamdulillah Saudara. Jazak Allahhu khayran

  • @ariffadly6273
    @ariffadly6273 3 роки тому

    Terima kasih atas byk perkongsian yg bermanfaat. Byk betul ilmu yg dpt dari video-video tuan. Semoga sihat-sihat selalu. :)

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Alhamdulillah bro. Ameen ya rabbal alamin. Terima kasih diatas dorongan.

  • @harithrazali3642
    @harithrazali3642 2 роки тому +1

    good info.Spe stuju harge krte mlaysia mahal wlaupun krte 2nd blambak.

  • @emeyateng90
    @emeyateng90 2 роки тому +4

    saya pun baru planning beli kereta dan tunggu temujanji sign agreement. saya ada minta dengan SA full loan.
    tuan ada sedikit pertanyaan. menurut pemahaman saya ye.
    memang tidak dapat 100% full loan @ tidak ada official zero downpayment hanya menggunakan MARK UP. Bila kes mark up harga ni jadi, bagaimana dengan pembayaran balik pinjaman sekiranya telah di tandatangan?
    bagaimana pihak2 tertentu boleh mengesan kes seperti ini.

  • @Nisa-bn9nh
    @Nisa-bn9nh 3 роки тому +1

    info yg sgt baik 👍

  • @odinkabul1702
    @odinkabul1702 2 роки тому

    Trbaik trma ksi maklum pnglasaan nya⭐⭐⭐⭐

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      Sama sama Tuan. Terima kasih diatas komen dan sokongan

  • @chiechristovlog4734
    @chiechristovlog4734 4 роки тому +3

    Yg dislikes, penipu jual keta la tu...blood suckers...saya pernah kena...sbb masa tu jahil sgt pasal beli kereta..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +2

      Memang ramai yang sebenarnya tak tahu prosedur beli kereta sebab tu senang kita kena tipu. Terima kasih diatas komen

  • @nikhamidi5200
    @nikhamidi5200 4 роки тому +3

    Maksudnya, seperti yang saya faham, memang tidak ada lgsg official zero downpayment termasuklah zero downpayment utk pakej student? Semua tu hnya menggunakan helah markup ni je la?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +5

      Ya betul kecuali kalau pegawai kerajaan; ada peruntukan untuk 100% financing secara rasmi (dari bank Islam dam bank rakyat). Untuk graduan baru ada step up financing- bermakna bayaran bulanan rendah pada beberapa tahun pertama Dan kemudian bayaran semakin naik.

    • @zaimi5240
      @zaimi5240 4 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ kakitangan kerajaan 100% loan hanya bank rakyat n islam saja?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Zaimi , kalau tak silap Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank muamalat.

    • @karldai6152
      @karldai6152 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ macam mana tu ye?

  • @azlanlan6951
    @azlanlan6951 3 роки тому +2

    camtu kalu nak bli keta baik ada 10% deposit r kan...tak de istilah markup kat sini..

  • @maznah9290
    @maznah9290 3 роки тому +2

    Assalamualaikum tuan kalau trade in kereta macam mana pulak. Senang x salesman tipu kita.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +2

      Wa’alaikummussalam Saudara Maz. Maaf diatas kelewatan menjawab. Soalan trade-in ni teramat penting. Ya teramat senang untuk ditipu. Ini ada beberapa nasihat.
      1. Sesetengah dealer memang ada panel kereta terpakai yang mengambil trade-in. Panel ini memang selamat kerana:
      a. Bayaran downpayment akan dibayar oleh panel used car tersebut. Jadi kehilangan wang untuk pembayaran down payment dapat dielak. b. Masalah kedua yang biasa berlaku akibat trade-in kereta ni ialah masalah penyelesaian pinjaman kereta trade-in & tukar hak milik. Iaitu masalah used-car atau SA yang mengambil kereta trade-in tetapi tidak ditukar hak milik atau tidak dijelaskan baki pinjaman keatas kereta trade-in tersebut. Akibatnya, selepas beberapa bulan, bank akan saman atau mufliskan pelanggan kerana hutang pinjaman tidak selesai. Kalau trade-in diambil oleh pengedar dan bukan SA, pelanggan boleh mengambil tindakan keatas pengedar tersebut. Tetapi pastikan kereta trade-in tersebut dinyatakan secara rasmi dalam buyer’s order rasmi syarikat pengedar.
      2. Kalau pengedar tidak ada panel used-car, lebih selamat untuk jual secara kendiri melalui aplikasi www.mudah.my, Carlist dan sebagainya.
      Harap jawapan ini dapat membantu. Jika perlu maklumat lanjut, boleh tinggalkan pesanan.

    • @maznah9290
      @maznah9290 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ terima kasih byk2 tuan di atas penjelasan tentang trade in kereta.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      @@maznah9290 Sama-sama. Semoga semuanya selamat ya.

  • @AbuKaiyisah
    @AbuKaiyisah Рік тому

    Jd pembiayaan 100% secara teknikalnya sebenarnya adakah x wujud???

  • @user-ry4nj6id8r
    @user-ry4nj6id8r Рік тому

    assalamualaikum tuan, boleh ke berurusan terus ke bank atas sewa beli kenderaan tersebut? hanya nyatakan no. plat dan jenis kenderaan?

  • @MOTIVATION_BRO96
    @MOTIVATION_BRO96 9 місяців тому

    Salam tuan saya ada soalan,klu bekerja sendiri hanya ada payslip sahaja range 2k swasta,bolehke kita beli kereta depo 15-20% dan nak pinjam bank ckp utk beli kereta terpakai yg berharga 50k tolak depo tadi?dan tidak melalui dealer?

  • @nurulsyazwanibintiabdulrah5831
    @nurulsyazwanibintiabdulrah5831 10 місяців тому

    Tuan..kalau diberi rebate, cntoh 5k,dan kita guna utk byar depo sbb amik full loan,cmna yea?ada kmgkinan bleh mnjatuhkan pembeli tak?

  • @athirajailudin6556
    @athirajailudin6556 3 роки тому +1

    baru tahu.wajib la 10% deposit

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Ya betul Athira. Setiap kali dealer buat kes mark-up,, kedua-dua dealer dan pembeli mengambil risiko..

  • @sham5669
    @sham5669 3 роки тому +2

    kalau dh letak deposit sbb SA minta letak certain amount of money utk dia rundingkan harga kereta (kes kereta recond), kemudian pembeli decide utk tak beli kereta tu sebelum sign loan agreement..boleh ke pembeli minta balik duit booking tu? atau booking tu act as kita guna time SA, so booking tu burn sbb kita tak jadi beli pula kereta tu..terima kasih

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +3

      Salam Sham. Selamat pagi.
      1. Segala deposit untuk semua jenis pembelian, apabila pembelian dibatalkan mesti dikembalikan kepada pelanggan.
      2. Deposit yang Saudara Sham bayar merupakan deposit untuk pembelian kereta, jadi kalau tak jadi bbeli kereta - deposit itu perlu dikembalikan.
      3. Kecuali jika wang tersebut dibayar untuk fi rundingan dan kos untuk mencari kereta bagi pihak asudara. Jikakerja rudingan telah dibuat dan diselesaikan, tugas-tugas fi tersebut telah disempurnakan. (Saudara rujuk kepada resit samada ia ditulis deposit untuk pembelian kereta atau sebagai pembayaran untuk rundingan dan carian kereta). Kalau tertulis dalam resit pembayaran untuk carian dan rundingan kereta, maka fi tersebut tak dapat dikembalikan kerana kerja rundingan dan carian kereta telah selesai.
      4. Kalau deposit memang untuk pembelian kereta, maka saudara boleh bawa kes ke tribunal pengguna. Tribunal Pengguna memang memihak kepada pelanggan.
      Harap jawapan saya dapat membantu. Jika perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.

    • @sham5669
      @sham5669 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ sedikit perincian, contoh : harga kereta OTR y dipaparkan dlm showroom adalah 150k, tapi SA beritahu, klu nk negotiate harga tersebut, letak duit booking 1k dulu dan amaun itu di transfer ke akaun personal SA tersebut, bukan accaunt syarikat..kemudian harga akan di'negotiate' diofis SA, dari 150K ke range harga y dirasakan setuju oleh buyer, kalau dh dpt harga y buyer rasa ok, tiba2 buyer rasa tak nk proceed atas personal issue..dalam kes mcm ni, boleh ke mohon SA pulang duit booking tu? Jika melihat jawapan En Armin, kes ni jatuh pada no 3, cuma dlm kes ni, kereta dah ada di showroom, duit booking digunakan utk runding harga diofis SA, dan tiada resit diberikan utk duit booking y dibayar..bayaran secara bank transfer..terima kasih banyak atas perincian/penerangan y diberikan

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +9

      @@sham5669 1. Duit booking maksima yang boleh dikutip ialah 1% dari harga jual kereta mengikut Akta Sewa Beli. Kalau jurujual meminta lebih dari harga ini, saudara boleh majukan komplen kepada Tribunal Pelanggan atau KPDNKK.
      2. Memasukkan duit booking kepada akaun bank personal jurujual menjadi satu kesalahan dan boleh buat laporan polis untuk CBT (pecah amanah). Saudara membeli kereta dari syarikat dan bukan dari jurujual, setiap pembayaran mesti dibayar kepada syarikat.
      3. Untuk semua pembayaran booking atau downpayment, pembatalan boleh dibuat dan dealer mesti kembalikan wang deposit. tetapi saudara membayar kepada akaun personal jurujual dan bukan dealer.
      4. Saudara boleh minta SA kembalikan duit yang dibayar dan jika dia enggan, saudara boleh buat polis report keatas kedua-dua dealer & jurujual dan juga buat laporan ke KPDNKK. Bukan senang nak cari duit sekarang ni dan memang apa yang SA buat tidak patut dan mesti diambil tindakan.
      5. Tak ada terminologi fi rundingan dalam pembelian kereta. ini satu penipuan. Memang tugas dia sebagai SA untuk runding harga dengan pelanggan.
      Semoga saudara dapat kembali wang deposit yang dibayar.

  • @shahazlinrahim7813
    @shahazlinrahim7813 4 роки тому +3

    Maksudnya, bank mmg taksedia kan full loan untuk pinjaman kereta ke?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +3

      Semua bank hanya menyediakan pinjaman maksima sebanyak 90% dari harga jua. Semua kereta yang dijual secara 'Full Loan' tu dilakukan secara pemalsuan dokument dengan harga mark-up. jadi apabila harga jual dinaikkan (mark-up), 90% itu bersamaan dengan harga sebenar yang dijual itu dinamakan full loan. Ada juga kes, beli kereta dapat lagi duit kerana 90% dari harga palsu itu melebihi harga sebenar yand dijual. jadi beli kereta dapat lagi duit lebih.

    • @nurayshaahnfii4936
      @nurayshaahnfii4936 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ lahh mcmtu ke?abis mcm sy dan suami dh submit dokumen cmne encik?tp kira blm ade tndatangan pape..bank pun bru kol je..xde pape kputusan lg

    • @nurayshaahnfii4936
      @nurayshaahnfii4936 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ jd boleh tak kita cancel..tknk beli dan xde pun tnde tngn pape encik???mohon reply ye encik

  • @dainoljejakachannel8107
    @dainoljejakachannel8107 Рік тому

    Minta maaf admin.. saya ada soalan.. kereta full loan ni 2nd hand .. contoh kalau kereta tu 23k.. selepas lulus loan tu , harga kereta jadi berapa? Adakah mencecah 30k

  • @rashidl.u4439
    @rashidl.u4439 4 роки тому +1

    Masalahnya bank pun komplot

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +2

      Bank biasanya cuma berpandukan dokumen invoice. Kalau dokumen invoice markup dan pinjaman tidak melebih 90% jumlah invoice, bank biasanya tutup sebelah mata. Kebanyakan dari kelulusan pinjaman lebih memberi tumpuan kepada kemampuan pembeli (untuk membayar ansuran bulanan & sejarah rekod kewangan yang baik).

  • @azrulhazmizi3624
    @azrulhazmizi3624 4 роки тому +2

    kalau beli kereta terpakai pon kira sama ke?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      azrul hazmizi ya bro. Sama kereta baru dan terpakai

  • @zharifmatzain9759
    @zharifmatzain9759 3 роки тому +2

    Boss ! loan 7 tahun bulanan rm462 . kalau kita bayar lebih cth dlm rm550 boleh ke ? sbb klau boleh tak nak lama2 nk cepat2 habis kan hutang .

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +3

      Saudara Zharif, nak bayar lebih boleh tetapi ia tidak mengurangkan kadar faedah sebab mengikut perjanjian faedah telah ditetapkan (fix interest rate) dan di kira sepanjang tempoh pinjaman.
      2. Apabila pinjaman diselesaikan awal sebelum tempoh, Bank masih mengira jumlah interest untuk tempoh yang penuh.

    • @zharifmatzain9759
      @zharifmatzain9759 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ baik tuan terima kasih

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      @@zharifmatzain9759 Sama-sama

  • @tonnykanang6659
    @tonnykanang6659 3 роки тому +1

    ni pasal submit auto debit nak kluarkan offer letter mcm mne nie ohh tuan

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Saudara Tonny, yang ni saya kurang pengalaman. Bagi saya masa sedikit saya selidik. Nanti saya reply atau buat satu video

    • @tonnykanang6659
      @tonnykanang6659 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ nak sediakan balance yang ckup ke di acc bank ke utk approve submit auto debit dan kluarkan offer letter ..

  • @rashidl.u4439
    @rashidl.u4439 4 роки тому +1

    Habiatu macam mana nak nk bli kereta 0 seposit? Bkn aemua org ada duit depo

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Kalau nak ikut undang-undang memang tak boleh. Tapi secara theorynya semua orang buat mark up case untuk elak bayar deposit.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +5

      Semua terpulang diatas bijak pandai pembeli. Kalau Tak mampu bayar deposit, saya ingat cari kereta terpakai mengikut kemampuan lebih baik dari dibeban bayaran bulanan yang tinggi akibat mengambil pinjaman yang lebih tinggi tanpa deposit.

    • @nurayshaahnfii4936
      @nurayshaahnfii4936 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ boleh cancel tak loan bank ni encik..kira dh submit loan kt dealer tp xde jwpn or tnde tngan pape lagi...

  • @farhanayusoff2888
    @farhanayusoff2888 3 роки тому +1

    sy nak tanya,sy br beli kereta exora,guna NCD kereta persona 55%..npe sy x dpt refund ye..sy dh kena tipu ngn seller ke mcm tu

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Selamat pagi Saudari Farhanah.
      1. Tak semesti kena tipu kecuali kalau saudari memang bayar harga penuh tanpa NCD sedangkan Premium insuran sepatutnya ada 55% NCD.
      2. Apabila Saudari pakai NCD dari Exora ke kereta baru Persona, Saudari juga perlu bayar baki insurance kereta Exora (yang tidak lagi mempunyai diskaun NCD).
      3. Kebiasaannya bila Saudari beli kereta baru Persona dengan NCD 55%, jumlah yang Saudari bayar tu mungkin jumlah bersih selepas telah ditolak NCD.
      4. Saudari boleh rujuk kembali dengan receipt bayaran.
      Harap soalan Saudari terjawab, kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.

    • @farhanayusoff2888
      @farhanayusoff2888 3 роки тому +1

      situasi sy,loan sy 58500 dh termasuk insurans 19**.00..then sy withdraw NCD kereta lama ke kereta baru 55%.jd insurans sbnr 9**.00..jd 19**.00 - 9**.00 = 1***.00(sy rs sepatutnya sy dpt refund amaun ni)..slh ke fahaman sy tu..

  • @din3365
    @din3365 Рік тому

    Salam, tumpang pencerahan ..Sy skrang apply full loan 100% lsptu dealer ckap dah lepas full loan tapi turun sikit,bukan 100%,sy kena bayar dalam rm6++ balance loan yang lulus, tolong ye

    • @din3365
      @din3365 Рік тому

      Dan lagi satu saya punya loan dh lulus, dealer ckap term n condition bank sy lulus tu kena bayar insuran dkt bank rm4++

  • @mohdzulfiqar3522
    @mohdzulfiqar3522 3 роки тому +1

    Assalamualaikum tuan armin, saya nk tanya sikit mengenai hire purchase, sy mohon pinjaman di Public Bank,loan dah lulus tpi perlu guarentor,mula2 bank cakap loan lulus 109k tanpa guarentor,loan saya apply 127k.. bermakna deposit saya perlu bayar 18k tanpa guarentor,selepas beberapa hari SA inform yg bank masih perlukan guarentor...dah cuba mohon wave guarentor,tpi tak ada jawapan dari bank.. tuan armin boleh bagi pencerahan sedikit x?

    • @mohdzulfiqar3522
      @mohdzulfiqar3522 3 роки тому

      Up

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +3

      @@mohdzulfiqar3522 Wa'alaikumussalam Saudara Zulfiqar.
      1. Semasa loan dah lulus kali pertama. untuk jumlah RM109k tanpa guarantor, Bank ada bagi LOU?
      2. Apabila bank meluluskan pinjaman dengan jumlah yang kurang dan memerlukan guarantor, ini bermakna kredit skoring Saudara dengan Public bank mungkin tidak menggalakkan.
      3. Dalam pengalaman saya, Public Bank memang lebih lebih ketat dalam meluluskan pinjaman terutamanya dalam kes borderline. Saudara boleh minta SA untuk mencuba Bank-bank yang lain.
      4. Setiap pengedar juga ada hubungan dengan Bank mengikut jumlah kes yang dihantar ke bank tersebut. Kalau pengedar ada menghantar banyak kes ke Bank contohnya Ambank, kelulusannya akan lebih cepat.
      5. Kalau Saudara kurang setuju dengan jumlah pinjaman yang di luluskan atau dengan syarat permintaan Guarantor, saya cadangkan tukar sahaja kepada Bank lain. Tak perlu deal dengan satu bank sahaja.

    • @mohdzulfiqar3522
      @mohdzulfiqar3522 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ loan dh approved syg pulak,xde solution lain ke selain guarentor? Mungkin bayar DP tinggi? Tuan rasa?

  • @zulkhairellmohdkhushaini1702
    @zulkhairellmohdkhushaini1702 3 роки тому +1

    Benda ni dah jadi macam open secret kan. :-). Tapi, ada yang sangkut ke, dan banyak dah ke yg masuk penjara pasal kes ni?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Salam Bro. Ada yang sangkut. banyak juga. KPDNKK raid showroom pengedar. Rasanya kena denda. Yang masuk penjara saya tak pasti.

    • @zulkhairellmohdkhushaini1702
      @zulkhairellmohdkhushaini1702 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ wslm. Ok. Tq for info.. Sebab dulu saya beli kereta pun buat cara gitu. Heh.. ingatkan legal. Sebab hakikatnya bukan kita tipu duit bank pun.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      @@zulkhairellmohdkhushaini1702 sama-sama. hakikatnya bro, cara begini memang kita sebenarnya tipu bank hehee

    • @zulkhairellmohdkhushaini1702
      @zulkhairellmohdkhushaini1702 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ oo.. Salesman la punya kerja, diorg yg offer benda² gini. Ha..ha.. Kes ni bukan macam sama kalau Kita beli rumah harga markup ke? Developer dah markup harga, Kita tak perlu keluar deposit, siap boleh dapat cashback lagi. Salah jugak ke.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      @@zulkhairellmohdkhushaini1702 markup harga rumah saya tak pasti boleh buat ke tak. Pinjaman rumah tak masuk bawah akta sewa beli

  • @majitmisnan4103
    @majitmisnan4103 2 роки тому +1

    Salam tuan...boleh saya dapatkan nombor phone kontek tuan ke supaya dpt hubungi tuan utk minta nasihat dan pandangan lbh lanjut atas perkara pembelian kenderaan melalui pinjaman penuh dr pihak bank.🙏

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      Wa’alaikummussalam Tuan. Kalau boleh, tuan tanya Saya dalam bahagian komen disini supaya boleh dijadikan sebagai rujukan kepada viewer lain 🙏🏻

    • @majitmisnan4103
      @majitmisnan4103 2 роки тому +1

      Terima kasih tuan, saya bercadang nk beli kenderaan terpakai yg mana kenderaan tersebut masih boleh diperolehi melalui pinjaman penuh olh pihak bank.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      @@majitmisnan4103 ya. Banyak kereta macam tu cuma kena pastikan harga beli di bawah jumlah pinjaman dari bank.

    • @majitmisnan4103
      @majitmisnan4103 2 роки тому

      Ya tuan, ini yg saya agak kurang faham sgt. Contohnya dealer jual dgn harga RM22,000 dan kereta itu masih boleh dibeli dgn pinjaman penuh olh bank, apa persediaan yg perlu saya lakukan utk melanjutkan urusniaga dgn pihak dealer kereta tersebut...? Terima kasih tuan 🙏.

  • @parunaangler17
    @parunaangler17 2 роки тому +1

    Boss, saya baru nk beli kereta, first saya apply full loan tanpa guarantor, dh lulus, saya belum sign apa apa agreement lg dgn pihak bank, kalau saya nk tukar pinjaman dari full loan kpd deposit 10% boleh tak selagi saya belum sign apa apa agreement dgn pihak bank, kalau boleh saya sedia nk bayar deposit bila fikir balik kos bulanan bila ambik fulloan walaupun dh lulus, boleh bg jawapan??

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      Ya boleh. Kalau nak kurangkan jumlah pinjaman sebab nak bayar lebih tak ada masalah. Bank pun biasanya tak ambil masa lama untuk meluluskan jumlah pinjaman yang lebih rendah.
      Kalau nak pinjaman lebih tinggi, agak susah sikit.

    • @parunaangler17
      @parunaangler17 2 роки тому

      @@ARMINBANIAZ thank u, akan refer dgn SA saya utk revise balik loan dari full kpd 10% deposit, thank u

  • @furqanyussof4565
    @furqanyussof4565 3 роки тому +1

    Jadinya tuan, kalau 100% loan ni, bank dapat dari mana ya duit downpayment tu? Siapa yg bayar ya?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Dalam kes 100% loan, tak ada pembayaran dibuat untuk down payment. Sekadar menipu dokumen.

    • @furqanyussof4565
      @furqanyussof4565 3 роки тому +1

      Kiranya bank pun turut bersubahat lah ya dalam hal ni? Noted tuan. Terima kasih banyak 😁

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      @@furqanyussof4565 Bank tidak bersubahat kerana bank hanya memproses dokumen-dokument yang diserahkan oleh SA dan dealer. Penipuan dokumen berlaku di tangan dealer/SA.

  • @sarahaizumariffin1521
    @sarahaizumariffin1521 4 роки тому +1

    Kalau customer dah beli dah 100% loan macam mana ye? Customer boleh kena denda ke?

    • @sarahaizumariffin1521
      @sarahaizumariffin1521 4 роки тому

      Sebab adik saya ada beli 100% loan kereta Perodua. risau lak

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Good question. I dont have enough information to comment. Have not come across a car buyer yang kena denda. Biasanya KPDNKK akan denda dealer. Dah ada beberapa dealer kena denda tapi saya tak ada maklumat apa-apa pelanggan kena denda. Nanti saya selidik.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      @@sarahaizumariffin1521 jangan risau sebab beribu pelanggan lain, ramai yang buat mark -up ni. bukan dia sorang. lagipun kalau tak ada masalah (macam KPDNKK raid atau buat pemeriksaan kat pejabat dealer) (atau kereta accident ke atau kena tarik ke yang memerlukan pemeriksaan atau valuation) rasanya KPDNKK tak kacau. Saya pun tak berapa pasti, yang pasti - mengikut undang undang kalau didapati bersalah, memang boleh kena denda.

  • @JohnJenin88
    @JohnJenin88 2 роки тому

    Tuan kalau kakitangan awam nak buat loan kereta.. Bank mana yang interestnya rendah?

  • @halimhipnee9335
    @halimhipnee9335 3 роки тому +3

    Asalamulaikum,kalau abg ckp buat full loan ni salah kenapa proton or perodua ada buat iklan boleh loan kerata tanpa deposit,siap ada buat bayaran sebulan lagi

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +2

      Wa’alaikumussalam Saudara Halim. Kedua-dua Proton dan Perodua tidak pernah mengiklankan penjualan kereta tanpa deposit kecuali mungkin kepada kakitangan kerajaan dengan bank-bank yang tertentu sahaja. Semua iklan tersebut dilakukan oleh jurujual.
      Ia salah dari segi undang-undang dan jika ada yang komplen dengan kementerian perdagangan dapam negeri, saya pasti mesti kena saman atau penjara.

    • @halimhipnee9335
      @halimhipnee9335 3 роки тому +1

      Terima kasih kerana bagi kongsi maklumat berguna

  • @tomtommy9557
    @tomtommy9557 4 роки тому

    Hi saya nak tanya bulan lepas saya beli kereta second myvi dgn harga pinjaman bank 19800.yg saya heran betul ke kena bayar insuran lagi tu tanya saja

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +8

      Hello @Tom Tommy, kebiasaannya Penjual akan meletakkan harga kereta tanpa insuran dan road tax sebab ramai pembeli mempunyai NCD dan harga polisi insuran berbeza mengikut NCD.
      Bila pembeli dah bersetuju dengan harga kereta, penjual akan membuat permohonan pinjaman dari Bank dan kebiasaannya, penjual akan memohon sekali jumlah pinjaman termasuk dengan insuran, road tax dan caj-caj lain yang berkaitan.
      Jadi Saudara Tom kena semak jumlah harga kereta yang dah dipersetujui sama ke tak dengan jumlah deposit & jumlah pinjaman dan jumlah tu ada termasuk harga insuran atau tidak.
      Harap saudara Tom faham penjelasan saya dan kalau perlu penjelasan lanjut, tolong maklum.

  • @chiechristovlog4734
    @chiechristovlog4734 3 роки тому +2

    En Armin, bagaimana dgn Full Loan? Mohon penjelasan. Terima kasih

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Maksud Tuan macam mana tu? Saya ada jelaskan dalam video proses & implikasi full loan. Full loan tu bermakna 100% loan.

    • @chiechristovlog4734
      @chiechristovlog4734 3 роки тому +1

      Ya, saya sudah tonton👍

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      @@chiechristovlog4734 Kalau ada soalan, boleh tinggalkan komen

  • @tendopain9233
    @tendopain9233 2 роки тому +1

    ASSALAM, SAYA NAK TANYA SAYA MOHON LOAN BANK 38000 TAPI DAPAT 32000, SEBAB APA YA DAPAT KURANG DARI YANG DIPOHON.

  • @mohdsyafiq875
    @mohdsyafiq875 3 роки тому +1

    Klau kereta sec lpstu zero deposit mcm mna?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Pada asasnya, samada kereta baru atau terpakai, pelanggan perlu bayar deposit sekurang-kurangnya 10% mengikut akta. Kalau pelanggan tak bayar, ia menyalahi undang-undang.

    • @mohdsyafiq875
      @mohdsyafiq875 3 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ okay tq baru tahu 👌👍

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      @@mohdsyafiq875 👌🏻

  • @rosdyanadyana2891
    @rosdyanadyana2891 3 роки тому +1

    Nak Tanya, klau dah bayar deposit tinggi 6k dan sign agreement smua lpas tu kreta dipakai oleh si pembeli slama 2 jam shaja, tetapi lepas tu kereta rosak Tiba2 Dan perlu overhaul. Si penjual yang hntar kereta ke bengkel. Lepas lebih sminggu tunggu, tak siap lagi smpai la ke hari dimana si pembeli kena bayar ccm kreta.. Boleh kah si pembeli tuntut balik Wang muka yang telah diberi kepada si penjual? Sbb kereta yg 'dibeli' belum diambil lagi? Mohon pnjelasannya.. Trima kasih.. Penjual kata, klau Nak tuntuk balik Wang muka, dpt 50% shaja.. Hmmm.. Rugila si pembeli, kreta tak dapat, duit pun hangus..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Selamat Pagi Cik @Rosdyana Dyana. Kereta yang dibeli ini kereta terpakai?
      1. Penjualan kereta hanya sempurna apabila Pelanggan menandatangani dokumen penerimaan kereta (Vehicle Delivery Order).
      2. Kalau kereta tersebut belum diambil secara rasmi dengan menandatangani dokumen penerimaan kereta, bermakna kereta tersebut belum dijual.
      3. Cik Rosdyana ada tandatangan dan mengesahkan pinjaman kereta? Kalau belum tandatangan dokumen bank, proses untuk pembatalan lebih senang.
      4. Kalau dah tandatangan dokumen Bank tetapi belum tandatangan dokumen penerimaan kereta, Cik perlu maklumkan kepada Bank dengan segera untuk membatalkan pembelian kereta (jangan maklumkan melalui pengedar atay melalui jurujual).
      4.Cik perlu membuat surat rasmi kepada penjual/pengedar untuk membatalkan pembelian kereta dan menuntut kembali wang pendahuluan. 5. Bagi masa sedikit untuk Penjual mengembalikan wang deposit dalam 3-4 hari.
      5. Wang deposit mesti dikembalikan sepenuhnya mengikut Akta (ada saya terangkan dalam video).
      6. Kalau dia tidak membayar, boleh fail tuntutan kepada Tribunal pelanggan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kebiasaannya, KPDNKK cepat mengambil tindakan.
      Harap jawapan saya dapat membantu. Kalau perlu apa-apa penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen

    • @rosdyanadyana2891
      @rosdyanadyana2891 3 роки тому

      Slamat petang tuan.. Trima kasih tuan atas penjelasannya. Ya, kreta ini kreta terpakai tuan. Perjanjian smua sudah sign.. Slepas pembayaran deposit haritu, memang kereta sdh pihak sya yg pegang.. Sebab dlm perjanjian, lepas pembayaran deposit, pembeli berhak menerima kenderaan trsebut. Tetapi Slepas 2 jam kereta itu dipakai, kreta trsebut Tiba2 rosak.. Dan smpai sekarang kreta trsebut brada d bengkel Dan dlm pengawasan penjual.. Dan sya tidak pasti jika pihak kami boleh/berhak membatalkan perjanjian trsebut Dan tuntut semula wang deposit kami tuan kerana Perjanjian Jual-Beli Kenderaan Secara Sambung Bayar sudah kami tandatangani.

  • @rashidl.u4439
    @rashidl.u4439 4 роки тому +1

    Habiatu macam mana nak nk bli kereta 0 seposit? Bkn aemua org ada duit depo

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Kalau nak ikut undang-undang memang tak boleh. Tapi secara theorynya semua orang buat mark up case untuk elak bayar deposit

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +5

      Semua terpulang diatas bijak pandai pembeli. Kalau Tak mampu bayar deposit, saya ingat cari kereta terpakai mengikut kemampuan lebih baik dari dibeban bayaran bulanan yang tinggi akibat mengambil pinjaman yang lebih tinggi tanpa deposit.

    • @rashidl.u4439
      @rashidl.u4439 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ skrg normal ramai yg beli kereta terpakai 0 deposit fulon bulanan 580 7tahun seperti kereta myvi. Kerata skg untuk keperluan

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +3

      @@rashidl.u4439 betul tu. tapi RM580 sebulan setiap bulan untuk 7 tahun tu satu komitment besar dan agak lama. Kalau beli kereta tanpa deposit & 100% pinjaman, memang sekurang-kurangnya kena bela kereta sampai 5 tahun sebelum boleh jual kereta tanpa bayar bank untuk baki pinjaman tengok keadaan semasa seperti model baru yang dilancarkan akan menjatuhkan lagi harga second hand kereta tersebut.

    • @rashidl.u4439
      @rashidl.u4439 4 роки тому +3

      @@ARMINBANIAZ apa yg bos ckpkan tu semua nya btul. Klu nk bli kereta simpan duit tuk bt depo tgi. Biasa org terburu asalkan kereta blh keluar