BELI KERETA SAMBUNG BAYAR? KENA FAHAMILAH HAK, CARA, PROSES DAN RISIKO

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 5 вер 2024
  • KERETA SAMBUNG BAYAR - PANDUAN KEPADA PEMBELI
    Jualan kereta sambung-bayar ni dah berkembang sehingga menjadi satu sektor yang teramat besar tetapi tidak dipantau dari segi pengiklanan dan penguatkuasaan (oleh mana-mana agensi kerajaan) walaupun dah terlalu banyak kes pembeli & penjual kena tipu.
    Macam mana sekalipun kita nak menghalang seseorang dari membeli kereta secara sambung bayar dengan memberi sebab undang-undang la, sebab tak sah la, atau apa-apa sebab sekali pun, hakikatnya ada orang yang terpaksa membeli dengan cara ni oleh sebab-sebab seperti:
    1. Tidak dapat kelulusan pinjaman Bank sebab Bank terlalu ketat dalam meluluskan pinjaman.
    2. Nama dah disenarai hitam sebab pinjaman lampau atau sejarah pinjaman.
    3. Warga asing seumpamanya, tidak ada dokumen yang cukup untuk permohonan pinjaman
    4. Untuk peniaga atau usahawan, mungkin tidak mahu nama atau rekod pinjaman terjejas dengan pinjaman kereta. Sekarang ada CCRIS, semua jenis pinjaman akan direkodkan.
    5. Tidak mampu membeli kereta baru atau terpakai tanpa pinjaman
    6. Lebih senang & mudah membeli kereta sambung bayar.
    Oleh kerana itu, demand atau permintaan untuk kereta sambung-bayar ni memang banyak dan akan sentiasa ada. Ini semua terbukti dengan semakin pesat dan rancaknya pengedar-pengedar kereta yang menjual kereta secara sambung bayar. Cuba la Google kereta sambung bayar.. berjela-jela iklan yang ada.
    Jadi saya sediakan video dalam 2 bahagian. Video pertama ni disediakan supaya boleh dijadikan panduan kepada pembeli untuk memahami proses-proses, risiko dan juga hak-hak sebagai pembeli kereta sambung bayar. Video selepas ini (minggu depan) disediakan khas sebagai panduan untuk sesiapa yang nak jual kereta secara sambung bayar. Seseorang memang ada sebabnya yang tersendiri kenapa dia nak jual kereta sambung bayar (seperti tidak dapat menjual kereta tanpa membayar baki pinjaman yang tinggi kepada Bank).
    Full HD 1080P Car Camera Dash Mirror DVR Cam Front & Back Dual Lens Recorder GOQ D208 (No Brand) t.productlink....
    DashCam (No Brand) t.productlink....
    Tapi sebelum tu, kalau you all belum subscribe, tolong tekan butang subscribe, klik loceng untuk mendapat notification video terbaru.
    Rujukan:
    Akta Sewa Beli - bit.ly/2vxWFlo
    Akta Kontrak 1950 - bit.ly/2v9gdN2
    Penal Code - bit.ly/330tYtM
    Disclaimber/Penafian - Saya tidak menggalakkan pembelian kereta sambung-bayar ni tetapi kalau dah terdesak dan terpaksa, you all kena faham sedalam-dalamnya sebelum membeli kereta sambung bayar. Bila dah faham, kalau masih nak meneruskan hajat, itu risiko tersendiri. Saya bekas pengedar kereta baru & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Semasa berkhidmat dengan PEDA lebih pada 20 tahun, saya berpeluang untuk berdialog dengan usahawan/pengusaha/pengedar kereta , pelbagai agensi kerajaan dan Bank terutamanya semasa pindaan Akta Sewa-Beli dibuat. Saya juga bukan seorang peguam yang bertauliah. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya menjadi panduan kepada awam.
    #keretasambungbayar #belikeretasambungbayar #hakprosesrisikobelikeretasambungbayar

КОМЕНТАРІ • 135

  • @awang647
    @awang647 2 роки тому +5

    Bagus abg ni dia jwb setiap soalan, panjang2 pulak tu. Susah nk tgk youtubers reply mcm abg ni buat. Peneranagan pun sgt jelas & mudah difahami, tgk byk buku kt blkg tu mmg jenis org belajar & tggi knowledge bab undang2. Ape2pun tqvm bang, dh subscribe & like tanda support.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      MasyaAllah 🙏🏻 Terima kasih diatas support dan dorongan.

    • @Shoothimday
      @Shoothimday 2 роки тому

      Assalamulaikum Tuan, saya nak tanya. 2 tahun lalu sy terpaksa jual kereta dengan agent sambung bayar. Dan sekarang sy nak ambik balik kereta tu walaupn sy kena bayar sikit. Sebagai owner/penama kereta apa patut sy buat?. Mohon pencerahan tuan.
      Terima kasih

    • @gitarbesi9298
      @gitarbesi9298 Рік тому

      Betullll sokong

    • @leesyamy3012
      @leesyamy3012 7 місяців тому

      Assalamualaikum bang.mcm mna nak buat surat future sale

  • @muhammadmarkzuckerberg521
    @muhammadmarkzuckerberg521 2 роки тому +1

    Alhamdulillah jelas..hampir2 xbuat kesilapan.terima kasih

  • @a-tv5410
    @a-tv5410 4 роки тому +7

    Kesimpulannya..sangat berisiko.kalau nak buat jugak buatlah dengan saudara yang dipercayai.sebab bila ada kematian,dengan saudara dia boleh lagi bagi kerjasama..kalau bukan saudara memang redha saja lah..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Ya betul bro. Kalau terpaksa beli sambung bayar, terpaksa terima risiko. tapi bukanlah pilihan yang sesuai not a perfect solution.

  • @sarahaizumariffin1521
    @sarahaizumariffin1521 4 роки тому +1

    Terbaik la bro. Sy dah share dengan semua famili dn kwn kwn. Terima kasih diatas perkongsian

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Sama-sama @Sarahaizum ariffin. Thank you for sharing my video dan harap dapat membantu memberi pencerahan kepada semua.

  • @rayzorees1769
    @rayzorees1769 4 роки тому +1

    Skrg bnyk Pembeli hnya nak raih keuntungan, sanggup memperdayakn penjual, janji tu ini, sebaliknya mereka x peduli, hidup org lain,demi kesenangan wang ringgit,

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Ramai penjual nak raih keuntungan dan sama ramai pembeli nak mendapat lebih faedah. Pihak yang lebih terdesak biasanya yang akan kerugian lebih besar.

    • @rayzorees1769
      @rayzorees1769 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ mcm kes sya bagaimana ya bang armin, sya d perdaya hari tu dgn pembeli, tpi kenderaan mc atas nama sya, hnya tinggal 1tahun lgi, pebeli user car x byr 5 bln apa prlu sya buat bang armin

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +3

      @@rayzorees1769 Dalam kes Saudara Rayzo ni, dari segi undang-undang, Saudara Rayzo masih dan kekal menjadi pemilik berdaftar kepada kereta tersebut (walaupun telah dijual secara sambung bayar). Jadi segala saman, salahguna kereta atau segala pembayaran pinjaman yang tertunggak, akan mencemar dan akan ditanggung oleh Saudara Rayzo. Kalau masuk mahkamah pun inilah yang akan diputuskan.
      Sebagai Pemilik berdaftar, Saudara mempunyai beberapa pilihan untuk keluar dari dilemma ini.
      1. Ambil dan tarik balik kereta tersebut dari used car. Dari segi undang-undang juga, segala kontrak yang kononnya ditandatangani oleh saudara dengan used car adalah TIDAK SAH. Jadi tak payah & tak perlu fikir panjang, bawa salinan geran JPJ (untuk bukti saudara adalah pemilik) semasa menarik kereta dan tarik kereta.
      2. Buat report laporan polis kereta hilang dan tuntut dengan insuran. Dalam laporan, maklumkan bahawa kereta disyaki telah dicuri. Oleh kerana kereta tersebut masih mempunyai pinjaman, pihak insuran mungkin akan membayar terus kepada bank (dan bank akan membayar baki kepada Saudara). Saudara boleh minta penjelasan lanjut dari syarikat insuran.
      Tak perlu menceritakan cerita penuh kepada polis & syarikat insurance, memadai kereta didapati hilang dan dimana lokasi terakhir kereta tersebut (bagi alamat rumah pun tak apa).
      Harap penjelasan saya dapat membantu dan semoga dapat menyelesaikan masalah saudara.

  • @adymacho7698
    @adymacho7698 4 роки тому +2

    Lgi 1 risiko yg admin lupa nk bgtau,andai kte penama kreta kne sman jpj/polis..jgn tnya mgapa nk renew roadtax kndraan tu xbleh..klu penma xdpt d hbungi n xde duit,pmbeli sndri la kne byrkn sman tu ya..klu xbyr,mcm mne nk renew roadtax?..hal ni prnh brlku kpd rkn sya yg bli smbung byr kreta..ape2 pn,elakkn la bli knderaan scra smbung byr ni..risiko mmg tnggi...

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      ady macho oh ya betul Ady. Sia-sia kereta tak boleh Renew road tax. Terima kasih bro 👌🏼

    • @adymacho7698
      @adymacho7698 4 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ sma2..prkara yg mustahak,kite ptut kongsi..time kasih bro for d info yg amt brmanfaat kpd rkn2 yg lain..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      ady macho ya terima kasih bro.

  • @kingrobin93k30
    @kingrobin93k30 2 роки тому +1

    Kesimpulan nya jual beli sambung loan. Lebih tergantung pada kejujuran dari pemilik berdaftar. Sekiranya pemilik berdaftar mahu ambil balik kereta walaupun tiap2 bulan bayar mungkin tetap juga tida boleh buat apa2..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому +2

      Ya betul. Hak dan milikan kereta berdaftar atas nama dia. Kalau dia tak jujur, berbagai masalah boleh timbul. Dia juga tanggung risiko saman dan salah guna kereta (mencuri atau merompak atau jual dadah dsb)

    • @kingrobin93k30
      @kingrobin93k30 2 роки тому

      @@ARMINBANIAZ saya setuju dengan pe dapat tuan. Tentang tidak mengalakan pembelian dari kaedah sambung bayar..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому +1

      @@kingrobin93k30 🙏🏻 Terima kasih. Tetapi saya faham, memang ada sebilangan pemilik kereta dan pembeli yang memang terpaksa beli sambung bayar. Untuk golongan ni, kita sekadar boleh bagi peringatan dan nasihat 🙏🏻

  • @maxkho6224
    @maxkho6224 Рік тому +1

    Hi sir, so i have somewhat of a similar case. My uncle is planning to purchase a car, brand new and loan, under his name but he's planning to give it to me under his name as well but after a few months of working im planning to change the car ownership to mine and continue paying the cars monthly loan under my name.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  Рік тому

      Hi Max.
      1. You won’t be able to change the car ownership without terminating the existing loan contract under your uncle’s name.
      2. You will need to terminate the current loan agreement, apply a new loan under your name, once the loan is approve, your new loan can pay for your uncle’s loan and once your uncle’s loan agreement it terminated, you can then change the car ownership to your name with your new loan agreements
      3. The catch is the second hand value of the car may be lower than your uncle’s balance loan.

    • @maxkho6224
      @maxkho6224 Рік тому

      ​@@ARMINBANIAZ ​ Hello, so let's say my uncle terminates the current loan and apply a new loan under my name what will happen to the car during the time of processing and deciding to accept or reject the new loan?
      After being accepted will the new loan amount be the orignal loan amount minus off the amount paid till date?
      If the new loan application is rejected what will happen to the car, will my uncle continue the cars payment?
      ​ @ARMINBANIAZ Hello, so let's say my uncle terminates the current loan and apply a new loan under my name what will happen to the car during the time of processing and deciding to accept or reject the new loan?
      After being accepted will the new loan amount be the orignal loan amount minus off the amount paid till date?
      If the new loan application is rejected what will happen to the car, will my uncle continue the cars payment?
      How do i make sure that i can apply for the loan without worrying it getting rejected?
      is there anyway i can contact u directly?

  • @orangorang214
    @orangorang214 4 роки тому +1

    Ni cerita psal mak anjang saya dgn mak andak saya. Mak anjang bagi mak andak pakai kereta dan suruh smbung bayar sbb x payh beli kereta baru. Last2 mak anjang saya amik balik kereta tu... Risiko la even dgn fmly sndri payah betul

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Siti Nadhirah ye betul tu Cik. Memang risiko lebih banyak pada penjual berbanding pembeli. Kalau boleh, memang kena elak dari menjual cara sambung bayar tapi juga, memang ada situasi yang tak dapat dielak. Saya pun pernah kena, bagi sambung bayar dekat adik ipar dulu.

  • @fareezez6294
    @fareezez6294 3 роки тому +2

    Jangan beli sambung bayar untuk nampak acah acah kaya...huhu

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Fuh ya betul. tapi ada juga yang beli smabung bayar kerana amat memerlukan kereta untuk kerja tapi tak dapat lulus loan. Saya setuju dengan Fareez, lebih baik elak terus dari beli kereta sambung bayar.

    • @fareezez6294
      @fareezez6294 3 роки тому

      @@ARMINBANIAZ kene cri kete cash 5k mcm tu kalau nak jugak g keje naik kete,bukan letak leher ke tali ...huhuhu

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      @@fareezez6294 ya setuju bro. Pinjaman ni memang jadi beban jangkamasa lama. Hidup bayar loan je seumur hidup

  • @mohamadnasrol3505
    @mohamadnasrol3505 Рік тому

    Sounds effect tu agak bising dan susah nk dengar..kalau boleh jangan letak sound effects tu..sebab tidak berapa jelas bila boss bercakap..

  • @erizlovectchannel6058
    @erizlovectchannel6058 4 роки тому +1

    Tambahan..kena buat perjanjian hibah antara penjual dan pembeli.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      ERIZLOVECT CHANNEL (1) harta yang masih dibawah pinjaman dan (2) harta yang mempunyai susutnilai ketara seperti kereta - tidak mencukupi syarat untuk perjanjian hibah 🙏🏻

    • @lufiasramo
      @lufiasramo 3 роки тому

      hibah tu hadiah klu islam lebih jaga hak pengguna dari bank

  • @ananaambonaananaambona.4294
    @ananaambonaananaambona.4294 3 роки тому +2

    Asllkm.. Nak tnya saya dah beli kereta sambung byr. Bila dah bayr habis owner tak nak tukar nama.. Minta solusi dr abg... Pening..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Ini risiko terbesar beli kereta sambung bayar. Masalahnya, semua hak sebagai pemilik diatas penama berdaftar. Kalau Cik ada apa-apa dokumen yang menunjukkan pemilik dah menjual kereta tersebut kepada cik, cik boleh bawa dia kemahkamah. Kalau tak ada apa-apa dokumen yang menunjukan pemilik berdaftar telah menjual kereta tersebut kepada Cik, agak sukar untuk mengambil tindakan.

    • @irwanshah5168
      @irwanshah5168 3 роки тому

      Abg ugut je dia..kalau x nak bayar aq bakar kereta ni

  • @shahrizanrapidah7927
    @shahrizanrapidah7927 4 роки тому +2

    Askum bang,,,sye nak tnya ni,,,,,mcm mana klu keja kita ni stakat keja jadi sukeriti je,,sbb bnyak kli dah sye nak loan kereta tpi asik tak lepas je,,,,,ada insentif lain tak yg bleh sye dpt loan kereta..,,,,,,,,tolong bgi pendapat sikit bang...,,,tq....

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Wa’alaikummussalam En Shahrizan. Kerja sekuriti tak menjadi masalah. Bank mungkin tengok dari segi gaji bersih dan rekod kredit sedia ada. Kalau lepas kiraan gaji bersih teramat rendah & sejarah pembayaran apa-apa kredit yang sedia ada kurang memuaskan, bank mungkin akan tolak permohonan.

    • @shahrizanrapidah7927
      @shahrizanrapidah7927 4 роки тому

      Tq,,bang....atas penjelasan nya...

    • @shahrizanrapidah7927
      @shahrizanrapidah7927 4 роки тому

      Abang ada kwn ejen kreta tak,,,yg boleh terima slip2 gaji sukeriti ni...😂😂😂😂

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Shahrizan Rapidah nanti saya tolong tanyakan: kalau boleh bro pergi Bank negara, dekat Lobby tu boleh print laporan kredit. Percuma je. Dengan laporan tu Cik boleh semak laporan kredit Dan boleh guna laporan tu (kalau elok) untuk support permohonan pinjaman.

    • @shahrizanrapidah7927
      @shahrizanrapidah7927 4 роки тому

      ARMIN BANIAZ PAHAMIN
      Terima kasih bang....👍🏻👍🏻

  • @zaidenawa5249
    @zaidenawa5249 Рік тому

    Asllkm...bang mcm mane nk buat agreement future sell sy sedang nk beli kereta sambung bayar harap tolung sy

  • @sultonamangkabumisekeperha8218
    @sultonamangkabumisekeperha8218 4 роки тому +3

    Sebenarnya tiada undang2 khas untuk beli kereta sambung bayar.. buat lah macam mana pun, penjanjian tepi, laporan polis, etc dan jika ada masalah hujung2 nanti ianya masih tertakluk pada perjanjian asal yg mengikut undang2 iaitu akta sewa beli diantara pembeli asal dengan bank. Benda ni dah lama ada sebenarnya. Masalah yg akan muncul dari beli kereta sambung bayar ni banyak dan sy malas nak ulas panjang sebab makan masa berjam2. Sy dulu ada pengalaman tolong kawan yg buat business rental dan pajak kereta, sebahagian kereta2 dia dari beli sambung bayar.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Jep The Fighter ye bro. Itulah kesimpulanya. Risiko lebih banyak ditanggung oleh penjual sebenarnya berbanding pembeli.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Jep The Fighter kalau boleh kongsi pengalaman beli kereta sambung bayar masa buat car rental dulu, elok juga. Boleh dijadikan pedoman kepada viewer.

    • @Badzmotorsport
      @Badzmotorsport 2 роки тому

      Bng kalau owner nk buat report psl sy tipu dia jual beli kete bole ke polis tu terima, sbb sy nk ambik kete sy balik nama geran nama sy geran ori kt sy, sbn dia tunggk kete tu itu sy nk ambik balik

  • @Badzmotorsport
    @Badzmotorsport 2 роки тому +1

    Saya ada sambung byr kt org, owner tk byr sy nk ambik balkk dia enggan mcm mna ye, tolong reply tuan

  • @zielailla7135
    @zielailla7135 Рік тому

    Salam tuan...boleh atau tidak pemilik berdaftar mangambil tindakan undang2 pd pembeli sambung bayar kereta nye kerana tidak menjelaskan bayaran bulanan...tq tuan

  • @alifarfan874
    @alifarfan874 2 роки тому

    cara selamat utk beli kereta smbung bayar mcm mna. .dripda owner kereta sendiri deret

  • @jannatulmardiadia2662
    @jannatulmardiadia2662 3 роки тому +1

    Dari video 7:50second. Perjanjian tu bole di buat pada jabatan bahagian????

    • @jannatulmardiadia2662
      @jannatulmardiadia2662 3 роки тому +1

      Bole bagi penjelasan mr armin.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Saudari Jannatul. Minta maaf banyak-banyak. Terlepas pandang komen ni. Baru terjumpa.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Perjanjian yang dibuat ni adalah perjanjian diantara Penjual dan pembeli dan boleh dimatikan stamp. Kira macam perjanjian apabila pinjaman telah selesai.

  • @suhaimyemy8010
    @suhaimyemy8010 3 роки тому +1

    Macam mane cara nak buat perjanjian dengan pembeli? Apa langkah dan cara2 perlu buat?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Saudara Suhaimy, perjanjian untuk membeli kereta sambung bayar ni rumit sedikit untuk diterangkan dalam komen. Nanti kalau ada kelapangan masa, saya cuba buat video.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      MInta maaf terlambat reply. Terlepas pandang komen ni.

  • @bahardien5672
    @bahardien5672 3 роки тому +1

    Hai admin..macam kes saya..saya ada sambung bayar tapi bukan dgn owner kereta...saya berurusan dgn org tengah iaitu sykt yg buat kereta sambung bayar...sudah setahun 6 bulan saya pakai...dah saya sudah serahkan balik pada sykt itu kerana rasa macam bermasalah dah membebankan pada saya...segala urusan kereta diurusakan oleh sykt ini...dari segi Insurance,Roadtax,atau segala.masalah kereta sy kena berurusan dgn sykt ini...sykt ini tidak bagi sy berurusan dgn owner...cuma saya ingin wang deposit saya sebanyak 8k semula..kerana saya serahkan kereta dalam keadaan yg baik...Jika sykt itu tidak beri deposit pada saya...sy akan buat aduan pada Pusat Khidmat Aduan Prngguna ( NCCC ) menyesal saya...langsung tiada hak keatas kereta itu...

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +2

      Salam Saudara Bahar, selamat pagi.
      1. Dalam isu kereta sambung bayar terutamanya apabila berurusan dengan syarikat dan bukan pemilik, hak pembeli memang susah untuk dilindungi.
      2. Susah sedikit untuk mendapatkan kembali wang deposit yang dibayar kerana (a) masa yang diambil untuk minta refund dah 18 bulan.(b) perjanjian beli kereta tidak sah di mahkamah kerana berurusan dengan pihak ketiga.
      3. Saya tidak pasti samada Pusat Khidmat Aduan Pengguna atau Tribunal pelanggan mempunyai bidang kuasa keatas pembelian yang tidak sah mengikut undang-undang. Saudara boleh cuba dan tolong update saya di sini ya supaya boleh dijadikan panduan kepada umum.
      4. Yang seelok-eloknya, buat laporan polis terhadap pengedar tersebut diatas kesalahan penipuan yang membabitkan kerugian RM8,000. Itu pun belum tentu boleh mendapatkan ang deposit tu balik tetapi sekurang-kurangnya pengedar tersebut telah ada rekod penipuan jika berlaku kepada pelanggan lain.
      Harap sedikit sebanyk saya dapat membantu. kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen seterusnya. Terima kasih

    • @irwanshah5168
      @irwanshah5168 3 роки тому

      Saman je 100k

  • @rayzorees1769
    @rayzorees1769 4 роки тому

    Slmt ptg abg armin, sya da prgi tpt use car tpi keputusan sgt² mengecewakn bang

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      @Rayzo Rees, jangan putus asa. Ini soal nama baik & sejarah kewangan yang terjejas. Ikut pilihan-pilihan yang saya berikan sebelum ini. Buat yang terbaik, termasuk dengan bekerjasama dengan Bank

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      @Rayzo Rees, memang used car tak kan bagi kerjasama, jadi ikut pilihan seterusnya untuk membersihkan nama & sejarah kewangan yang dah terjejas. Buat apa yang patut termasuk bekerjasama dengan bank untuk tarik kereta dan membuat laporan polis. Jangan putus asa.

    • @rayzorees1769
      @rayzorees1769 4 роки тому

      Hri ni sya telah pergi kebalai polis, tpi sepertinya mereka x dpt membantu, dan seorg penarik kereta brdaftar tlh d panggil oleh abg polis berbincang ttg pnarikan kereta,sya sememang abg² polis ingin sgt² membantu ,sepertinya info d ketahui, kebnykan ejen kereta berdaftar ada la sekutu melindungi user car,

  • @jefryrahman812
    @jefryrahman812 4 роки тому +1

    Salam min.. nk tanya panduan utk sewa beli bagaimana caranya

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Wa'alaikummussalam @Jefry rahman. sedikit sebanyak panduan untuk pohon pinjaman sewa beli ada saya berkongsi dalam video 5 proses pembelian kereta di ua-cam.com/video/W7p56J6q7h4/v-deo.html .Nanti saya buat video yang lebih terperinci.

    • @jefryrahman812
      @jefryrahman812 4 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ Terima kasih En Armin... untuk pengkongsian ilmu..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      jefry rahman Alhamdulillah. sama sama bro.

    • @jefryrahman812
      @jefryrahman812 4 роки тому +1

      Adakah sama proses beli sambung byr dgn sewa beli?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      jefry rahman lain bro. Kalau boleh, elak beli sambung bayar. Pohon pinjaman sewa beli.

  • @luthfi8792
    @luthfi8792 3 роки тому +1

    masa u keje jual keta dlu.. u ada buat video x

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +1

      Masa tu belum berjinak dengan video

  • @muhammadazfar97
    @muhammadazfar97 4 роки тому

    Nak tanya macam mana nak mengelak daripada tarik kereta? Sebab banyak orang kes tarik kereta.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Cara terbaik untuk mengelak kereta dari kena tarik, jangan bagi ada tunggakan pembayaran lah. kalau ada tunggakan jangan tak angkat kalau bank call dan kena selalu berhubung dengan pegawai bank. Kalau tunggakkan melebihi beberapa bulan, sistem akan secara automatic mengeluarkan notis dan memulakan proses tarik kereta. Paling penting, jangan tak berhubung dengan pegawai bank kalau pegawai call. Sebab kalau pegawai letak nota dalam sistem, dapat berhubung dengan pelanggan dan pelanggan berjanji akan membayar pada satu tarikh, notis tarik kereta tidak akan dikeluarkan.

    • @muhammadazfar97
      @muhammadazfar97 4 роки тому

      Dan lagi satu kalau pihak bank boleh kasi kurang x untuk bayaran? Macam orang yang tak mampu bayar rm1k lebih macam tu

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Azfar Azman , bayaran setiap bulan tak boleh dikurangkan sebab jumlah tu jumlah tetap yang telah dipersetujui dalam perjanjian sewa beli dengan Bank. Cara lain untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan ialah dengan refinancing atau menjual kereta tersebut.

  • @erahshaheerah9556
    @erahshaheerah9556 Рік тому

    Walaupun kita sendiri yang sambung bayar di bank..kereta itu masih bukan nama kita ke?

  • @jefryrahman812
    @jefryrahman812 4 роки тому +1

    Bagaimana dgn kereta sewa beli?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      @Jefry rahman, sedikit sebanyak panduan untuk pohon pinjaman sewa beli ada saya berkongsi dalam video 5 proses pembelian kereta di ua-cam.com/video/W7p56J6q7h4/v-deo.html .Nanti saya buat video yang lebih terperinci Inn Sya Allah.

  • @faizulls205_kv8
    @faizulls205_kv8 4 роки тому +1

    Salam bro...saya ade membeli kereta sambung byr,dan pd awal januari saya telah disaman oleh JPJ atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh wlupn lesen saya masih hidup...persoalan saya disini saman perlu ker saya membayar saman ats nama owner? Sbb saman dikeluarkan ats dua nama,nama saya (pemandu) dan owner (pemilik)...skang saya ade skit masalah utk renew r/tax...mohon penjelasan bro,tq so much

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Wa'aalaikummussalam Saudara Faizul. Dalam kes kereta sambung bayar, saya cadangkan bro membayar kedua-dua saman termasuk saman yang dikeluarkan kepada pemilik kereta (sebab sebenarnya secara theory, bro yang pemilik). Sebabnya (1) Saman akan menjejas rekod kereta dan boleh di senarai hitam dari pembaharuan cukai jalan. (2) Tanggungjawab bro untuk pastikan penggunaan kereta mengikut undang-undang (3) Kalau pemilik tidak berpuas hati dengan saman, dia boleh menimbulkan pelbagai masalah. Lebih baik untuk elak dari menimbulkan apa-apa masalah.

    • @faizulls205_kv8
      @faizulls205_kv8 4 роки тому +1

      Oo ok2....so the best way is saya perlu membayar saman tu atas nama saya n owner utk mengelakan drpd tidak renew r/tax nnt...

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Faizulls 205_kv ya bro. Untuk elak kereta dari disenarai hitam yang boleh menimbulkan masalah semasa pemhaharuan cukai Jalan dan juga pada masa hadapan bila kereta dah habis di bayar & nak tukar Hak milik.

    • @faizulls205_kv8
      @faizulls205_kv8 4 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ ok2....thanks bro

  • @irwanshah5168
    @irwanshah5168 3 роки тому

    Kalau beli atas kedai mcm mana pulak.biasanya yg beli sambung bayar ni mereka yg kne blsck list dgn bank dan kereta yg dia nak susah nk buat loan

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Kesalahannya sama je bro. Cuma risiko lebih kepada nama pemilik kereta yang tertulis di geran kereta.

  • @ammarnaifah7009
    @ammarnaifah7009 3 роки тому +1

    salam tuan.saya ada beli kereta sambung bayar dgn syarikat jual beli tahun lepas.kereta tu saya da bayar cash 2minggu lalu dgn syarikat tu.masalahnya sekarang saya minta tukar nama dia kata owner asal nya dekat Singapore.lepas tu saya minta geran berbagai alasan dia bagi.dgn alasan tak logic.apabila sya call bank bank kata masih ada tunggakan.saya call syarikat tu dia kata dia akan selesaikan hutang tu,tapi dia kata perlu ambil geran tu dekat jpj baru dia akan bayar.kalau saya da kena tipu macamna sya nak selesaikan?perlu ke buat report dekat mana2 tempat?soalnya sekarang semua surat perjanjian tak da,yg ada cuma reset2 pembayaran.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому +6

      Wa'alaikumussalam Cik Ammar.
      1. Inilah salah satu dari risiko yang saya kemukakan dalam video saya. Masalahnya, semua hak terhadap kereta ditangan pemilik berdaftar. Untuk mendapatkan Geran kereta pun hanya Pemilik berdaftar sahaja yang boleh memberi kuasa.
      2. Untuk menukar hak milik, pemilik berdaftar perlu hadir di JPJ untuk pengesahan MyKad. Jadi tanpa mengenali pemilik berdaftar, agak sukar untuk dibuat dan perlu bergantug sepenuhnya kepada broker atau pengedar.
      3. Dokumen atau perjanjian, kalau adapun tak sah kalau nak bawa pergi ke mahkamah seperti yang saya maklumkan dalam video. Susah nak menang.
      Berikut adalah nasihat saya:
      4. Cik boleh membuat laporan polis dengan memberi laporan penipuan pembelian kereta. Cik boleh maklumkan dalam laporan, bahawa Cik telah membayar sekian-sekian jumlah (buat salinan semua resit pembayaran) untuk pembelian kereta tetapi apabila ansuran dan pembayaran telah dibuat, penjual menipu dan tidak dapat menukar hak milik kereta tersebut. Tujuan laporan dibuat supaya tindakan diambil terhadap penjual kereta yang menipu dan supaya penjual kembalikan bayaran yang dibuat atau menukar hak milik kereta seperti yang dijanji.
      5. Pada masa yang sama, Cik juga hubungi tribunal pelanggan dan memaklumkan perkara yang sama. Tribunal Pelanggan selalunya memihak kepada pelanggan. Dalam laporan, Cik maklumkan bahawa Cik ingin meminta refund kerana Penjual gagal menukar hak milik kereta kepada nama CIk. Cik boleh buat laporan melalui online sahaja kerana musim Covid-19 - ttpm.kpdnhep.gov.my/login
      6. Cik buat surat dan maklumkan kepada Pengedar/penjual secara bertulis bahawa jika pengedar tidak dapat menukar hak milik dalam jangkasa 2 minggu (atau 2 hari terpulang kepada Cik), Cik minta refund untuk semua pembayaran.
      7. Proses untuk mendapatkan balik wang pendaftaran mungkin agak sukar dan lama tetapi ianya perlu dibuat untuk mengelak kerugian lanjut.
      Cik tolong update saya bagaimana hasil dari laporan-laporan dibuat ya. Saya & viewer boleh belajar dan jadikan panduan dari pengalaman Cik. Harap nasihat saya dapat membantu Cik Ammar. Kalau perlu penjelasan lanjut, boleh tinggalkan komen.

  • @sharifahsyed1654
    @sharifahsyed1654 4 роки тому +1

    Salam , Nak tanya , haritu saya ada tnya seller kereta sambung bayar . dia ckp tk bahaya kalau ikut prosedur yg betul contohnya kita akan report polis dulu ckp kereta ni akan bertukar tuan .Boleh ke mcm tu?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Wa'alaikummussalam Saudari Sharifah, kalau nak mengikut Akta Sewa-beli dan Akta Jualan memang tidak boleh dan menyalahi undang-undang. Kalau nak beli kereta sambung-bayar, ianya sekadar gentlemen agreement dengan pemilik. Segala kontrak atau perjanjian tidak boleh digunapakai di mahkamah kerana ianya menyalahi undang-undang.

    • @sharifahsyed1654
      @sharifahsyed1654 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ Even kita report polis dulu kiranya tk valid la ?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +4

      @@sharifahsyed1654 ya betul. Laporan polis tu dibuat untuk apa sebenarnya? Untuk makluman semua, laporan polis ni ssesiapa pun boleh buat. Tapi ianya tidak bermakna laporan itu menghalalkan (atau membolehkan) sesuatau perbuatan. Perbuatan menjual kereta yang dibawah pinjaman bank dimana hak milik dituntut oleh Bank memang salah. Hanya Bank yang boleh bagi kebenaran untuk menjual kereta dibawah pinjaman bank. Segala kontrak atau perjanjian yang ditandatangani oleh mana-mana pihak adalah tidak sah tanpa kebenaran Bank; malah menjadi satu kesalahan besar.

    • @sharifahsyed1654
      @sharifahsyed1654 4 роки тому +1

      @@ARMINBANIAZ notedddddddd . Thanks for the explanation 😊😁👍

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      @@sharifahsyed1654 You are welcome.

  • @arusharush9371
    @arusharush9371 2 роки тому

    Abg nk minta pendapat,kereta i dh bg sambung bayar pd ejen,dia dh jual pd pihak ketiga,dh 6 bulan tk bayar,skrg ejen dh tarik kereta simpan di showroom,masalah skrg dia tk nk bg blk kereta i...

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  2 роки тому

      Selamat pagi Saudara Arush.
      1. Ya inilah salah satu risiko yang akan dihadapi kalau jual kereta sambung bayar. Semua risiko dibahu pemilik kereta.
      2. Adakah kereta tersebut masih mempunyai road tak dan Insuran?
      2. Untuk mengelak dari dibankrapkan oleh Bank kerana tunggakan pinjaman, nasihat saya seperti berikut:
      a. Hubungi Bank dan maklumkan lokasi kereta tersebut. Bagitahu pihak bank yang kereta tersebut telah dijual tetapi pembeli tidak menyelesaikan pinjaman (tak perlu bagitahu kereta dijual sambung bayar sebab ini menyalahi undang undang). Biar Bank yang reposses kereta.
      b. Buat laporan di tribunal pelanggan (Kementerian perdagangan dalam negeri dan koperasi) memaklumkan pengedar kereta terpakai telah menipu dan tidak membayar penuh harga jualan kereta dan tidak menjelaskan hutang.
      c. Buat laporan polis terhadap pengedar kereta tersebut - mengatakan telah ditipu dan diperdaya oleh pengedar dan pengedar tidak membayar dan menjelaskan baki pinjaman. Dalam laporan polis juga maklumkan aktiviti pengedar mencurigakan dan besar kemungkinan lebih ramai yang tertipu. Minta bantuan polis. Semua pengedar kereta terpakai perlu berdaftar dengan polis. Jadi polis boleh tarik balik lesen.

    • @arusharush9371
      @arusharush9371 2 роки тому

      Masalah insuran pun dh mati abg, dh buat laporan balai polis.

  • @ampunkanaku9640
    @ampunkanaku9640 4 роки тому

    kalau pemilik berdaftar bankrap atau ada kesalahan jenayah contoh jual dadah kereta kena sita cane nk buat?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Kalau kereta kena sita disebabkan oleh jenayah seumpama dadah memang berat sikit nak dapat balik. Boleh dikatakan memang susah nak dapat balik sehingga kes selesai dan memang tak boleh tukar nama sehingga dilepaskan dari jenayah. Kalau pemilik berdaftar bankrap, kereta akan dituntut & dilelong oleh Bank.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      ampunkan aku , ini merupakan risiko terbesar kalau beli kereta sambung bayar.

  • @lufiasramo
    @lufiasramo 3 роки тому

    ade yg jual keta sambung bayar ni buat agreement dgn owner dan repot pdrm legal ke

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Tak legal dan tak boleh pakai. Jual/beli sambung bayar salah dari segi undang-undang.

  • @luckytroll309
    @luckytroll309 3 роки тому +1

    Tahun 1998...tahun tu negara dilanda krisis kewangan...saya nak ambik loan pun xleh...saya ambik motor kawasaki vulcan 500 dpd owner dari Melaka...sambung bayar dari Public Bank...kami buat perjanjian antara saya dan dia dan pihak Public Bank pun are aware dengan transfer of “hirer” ni...waktu itu Public Bank pun kira macam give a consent pada kami berdua sebab pihak bank tidak membantah pun....sekarang saya tak pasti la kalau pihak bank tahu akan hal ni semua atau pihak bank buat pejam mata sebelah sbb pada pihak bank janji mereka dapat duit...sambung bayar ke apa ke itu mereka tak ambil peduli....

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Masa tahun 1998 dulu bro, loan lulus dengan IC sahaja. Ramai beli kereta dengan IC orang yang dah meninggal pun. Sekarang masa dah berbeza, bank dipertanggung-jawab keatas setiap pinjaman dan banyak undang-undang dipinda untuk lindungi awam dan juga bank.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  3 роки тому

      Terima kasih diatas perkongsian. saya tak pasti macam mana saya boleh ter-miss perkongsian ni.

  • @jackquinjackquin4478
    @jackquinjackquin4478 4 роки тому

    Assalamualaikum bosku nak tanya bila kita dah sambung bayar kereta contoh nak sambung rodtek apa ke boleh nama kita di gandingkan sebagai penama kedua atau sebagai pemandu kedua mohon penjelasan nya boss tq..

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +2

      Wa'alaikummussalam.
      1. Gandingan nama sebagai Pemilik Kedua atau Pemandu Kedua tidak boleh dibuat dari segi Pendaftaran Pemilikan malah tiada peruntukan dalam Akta untuk gandingan pemilik kedua.
      2. Pembaharuan roadtax atau sambung road tax (selepas mengambil alih kereta melalui pembelian. sambung bayar) tidak memerlukan kehadiran pemilik. Jadi road tax boleh renew dan tak jadi masalah.
      3. Untuk penama pemandu kedua, ia lebih membabitkan insuran kereta. Untuk mendaftar dengan insuran pemandu kedua tidak menjadi masalah dan boleh dibuat tetapi pemandu kedua ini hanya untuk memberi lindungan insuran sahaja kalau ada kemalangan dan tidak memberi apa-apa hak dari segi pemilikan atau pembayaran tuntutan insuran. Segala pembayaran. tuntutan insuran akan dibuat kepada pemilik sahaja.
      Harap penjelasan diatas dapat menjawab pertanyaan saudara.

    • @jackquinjackquin4478
      @jackquinjackquin4478 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ terimah kasihh banyak boss🙏🙏🙏 saya kagum dgn balsan penjelasan tuan..kpda sy - sy sentiasa subcribe suport channel tuann sekali lagi terima kasih sgt.. jelas penjelasan nya semoga berjaya dan semangat aminn.🙏🙏🙏

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Jackquin Jackquin alhamdulillah bro. Terima kasih 🙏🏽

  • @aiueolife
    @aiueolife 4 роки тому +2

    Hi bang, nak tanye sikit mohon penjelasan... Selama sambung bayar ni muncul dlm Malaysia pasti ade ramai yg buat uruskan tersebut, tpi xkan la xde owner yg btul2 nak cari org sambung bayar dan buyer mmg habis kan loan kenderaan tersebut dan siap tukar name xjadi issue... Keburukan mmg terlalu bnyk, cuma nak tau xkan xde yg berurusan secara la car sampai habis dan tukar name?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Memang cantik soalan ni. Secara peribadi, saya ada ramai kenalan yang beli kereta secara sambung bayar dan ramai juga yang jual secara sambung bayar kerana terdesak dan yang diorang bayar sampai habis pinjaman dan kemudiannya selamat menukar hak milik kepada nama pembeli. Seperti yang saya maklumkan dalam video, yang penting pembeli dan pemilik kena selalu berhubung. Masalah memang sentiasa akan ada, seperti pemilik terima saman trafik, pinjaman bulanan lambat bayar sampai pemilik punya rekod CCRIS pun terjejas tetapi kalau tak putus komunikasi, masih boleh selesai masalah-masalah seperti itu. Bila urusan pembelian atau penjualan secara sambung bayar tidak ada isu, tak adalah masalah yang perlu dibincang sebab itu kes sambung bayar yang tak ada isu kurang bincangkan dan diberi perhatian.

    • @aiueolife
      @aiueolife 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ sebenarnya sy jugak salah sorg yg member kereta sy kpd bapak kawan utk sambung bayar sbb tiba2 ade job nak ke Singapore set up company baru, jadi terpaksa kene cari org sambung bayar, nasib la bapak kawan berminat kereta sy dan minta sambung bayar, bulan depan bulan 7 sudah bulan terakhir so far xde lewat payment xde pending dan jugak kereta dijaga dgn baik.. Mmg nasib la dpt owner baru yg btul tepat janji, cuma bgi cadangan la abg blh buat video utk share contoh contoh yg berjaya jugak, kesimpulan patut ke xpatut terpulang pd masing2 la kan, ape pe pun risiko tetap ade cuma depends kita mcm mne nak handle saja... Tip yg abg bgi mmg sy sgt bersetuju, terbaik bang

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      benwei Ho Terima Kasih diatas cadangan. Boleh dipertimbangkan cuma saya lebih nak bagi fokus kepada menolong seseorang yang memerlukan panduan dam pertolongan. Bro punya kes straight forward dan tidak ada rintangan atau cabaran. God bless.

  • @mohdhafizbinrahim7582
    @mohdhafizbinrahim7582 4 роки тому

    Kalau kita beli kereta sambung bayar bole kh kita ubah sports rim pasang tinted turbo bole ke

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      Mohd hafiz Bin rahim kalau beli kereta sambung bayar, nak tukar sports time, Tayar, nak masuk turbo, semua tak ada masalah sebab dah jadi kereta you. Yang tak boleh tukar hanya nama di pendaftaran JPJ sahaja.

    • @mohdhafizbinrahim7582
      @mohdhafizbinrahim7582 4 роки тому

      Kalau contoh lh saya nak pasang tinted kereta tidak d saman ke kalau pasang begitu & kalau sy cat pula tukar colour lain mau jumpa pemilik kereta tu kh atau tidak? Tolong beritahu sy bang 🙏🏼

    • @mohdhafizbinrahim7582
      @mohdhafizbinrahim7582 4 роки тому

      @@ARMINBANIAZ kalau contah lh sy mau pasang tinted kereta d saman kh & kalau saya cat kereta tukar colour lain mau jumpa pemilik asal kh atau tidak ?

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Mohd hafiz Bin rahim , bro, kalau nak letak tinted yang teramat gelap yang memang tak lulus kriteria JPJ , yang akan kena saman nanti, pemilik berdaftar kereta. Walaupun bro dah beli kereta ni tetapi pemilikan berdaftar kereta masih diatas nama pemilik asal. Jadi segala penukaran colour kereta yang memerlukan perubahan di geran JPJ, memerlukan tandatangan pemilik asal. Segala saman juga akan dikenakan keatas nama pemilik berdaftar.

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому

      Mohd hafiz Bin rahim , kalau nak tukar tinted dengan kegelapan yang dibenarkan (JPJ), tak perlu pemilik kereta tapi kalau nak tukar colour kereta, kena pemilik asal untuk tandatangan borang & sign Surat wakil / Surat kuasa kepada pihak ke tiga

  • @rayzorees1769
    @rayzorees1769 4 роки тому

    Sya da x tau nak buat lgi, user car x bgi kerjasama, bang, kini byran tunggakan da nak msuk 12 bln

    • @ARMINBANIAZ
      @ARMINBANIAZ  4 роки тому +1

      @Rayzo, saya cadangkan supaya buat laporan kepada Bank dengan memberi alamat lokasi kereta dan bekerjasama dengan Bank untuk mendapatkan balik kereta tersebut. Dengan baki pinjaman yang hampir nak tamat tempoh pinjaman, bank dapat melelong kereta tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman (mungkin ada baki lebih yang akan dikembalikan kepada Saudara). Dengan cara ini, Saudara Rayzo dapat membersihkan nama baik Rayzo dengan kredit scoring bank dan mengelak dari beban hutang.