Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa | Ulas Buku | Rehat & Baca

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 жов 2024
  • Buku ini adalah sebuah karya yang membuka mata. Ia meneroka hingga ke jantung tentang bagaimana budaya kesusasteraan itu secara alami diperkongsi bersama, dan bagaimana pengarang-pengarangnya menyerap budaya tersebut, dan di kala waktu mengarang sama ada sedar atau tidak mengutip petikan-petikan daripada kearifan lisan atau teks penulisan untuk menenun kisahnya. Di samping melakukan bacaan intim ke atas teks, tokoh dan peristiwa yang terkandung dalam perjalanan kisah Hikayat Merong Mahawangsa, Hendrik M.J. Maier turut memberi ruang kepada sumbangan sarjana British seperti James Low dan Richard Winstedt, dan meneliti bacaan mereka ke atas Hikayat dan bagaimana bacaan mereka itu mungkin boleh memberikan sedikit cahaya buat pembacaan teks-teks klasik warisan tradisi silam Melayu. Penelitian Maier ini seterusnya menekuni pelbagai edisi manuskrip dan teks-teks bercetak berserta dengan analisis-analisis ke atasnya dan melihat kemungkinan peranan yang dimainkannya dalam kurikulum pentadbiran kolonial British. Namun begitu, di penghujungnya Maier menemukan keteraturan, meskipun kesamaran masih berlegar-legar di fikiran.
    Ulas buku ini diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022, di ruangan Rehat & Baca, bertarikh 9 Jun.
    -
    Layari saluran audio #podcast:
    Spotify: open.spotify.c...
    Apple Podcasts: podcasts.apple...
    Google Podcasts: www.google.com...
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

КОМЕНТАРІ •