Percutian 2H1M di Taiping memang berbaloi

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 18 січ 2020
  • Jika bercuti ke Taiping, tak lengkap rasanya tanpa mengetahui latar belakang bandarnya ini. Bandar Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut dan Selama.
    Di bandar inilah, jiwa klasikal dan fotografi anda sekeluarga dapat bersorak kegembiraan melihatkan peninggalan-peninggalan bangunan yang sudah tua dengan reka bentuk yang jelas sekali mendapat pengaruh Inggeris.
    Sebagai tempat pengeluaran bijih timah, bandar Taiping mendapat perhatian daripada para penjajah untuk dibangunkan dan oleh sebab itulah, terdapat banyak lokasi menarik di sini yang merupakan yang pertama sekali wujud di Tanah Melayu.
    Taiping baru sahaja disenaraikan sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia. Ia bukan pencapaian kecil untuk sebuah bandar yang agak kecil.
    Novotel Hotel terletak bersambung dengan Taiping Mall. Lokasi hotel ini terletak hampir dengan medan selera Taiping yang terkenal dengan sate dan yong tau foo. Hotel ini merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang berkonsepkan elegen dan kontemporari.
    Hotel ini menawarkan 197 unit bilik tetamu yang mewah dan elegan dengan pemandangan bukit dan bandar. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, set TV berskrin rata, peti sejuk dan cerek elektrik . Bilik mandi pula lengkap dengan pancuran air panas, jubah mandi, selipar, alat pengering rambut dan set mandian.
    Hotel ini mempunyai kemudahan mesra OKU seperti kaunter meja depan yang beroperasi 24 jam, liputan WIFI percuma, kolam renang luaran dengan teres untuk bersantai, gimnasium, kelab kanak-kanak dan restoran yang menyediakan bufet sarapan pagi dan sebuah bar gourmet. Antara perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada kemasan bilik harian, penghantaran makanan ke bilik, dobi dan panggilan bangun pagi.
    Rimbunan pohon yang sudah mencecah ratusan tahun ibarat kanopi semulajadi yang melitupi jalan daripada panas terik matahari di sekitar Taman Tasik Taiping, pemandangan biasa bagi penduduk tempatan namun mengagumkan buat mereka yang pertama kali melihatnya.
    Popular sebagai destinasi pelancongan menarik, selain lokasi di sini pernah diangkat di beberapa buah filem dan drama tempatan, menguatkan lagi daya penariknya dan tidak sah rasanya kunjungan ke sini jika tidak merasai sendiri keindahan tasik dan segarnya udara sekeliling.
    Untuk pengetahuan anda, Taman Tasik Taiping dibina di atas lombong bijih timah terbiar seawal tahun 1880 apabila perusahaan bijih timah semakin merosot akibat kehabisan sumber galian dan diubah menjadi kawasan rekreasi untuk orang awam sehingga sekarang.
    Selain Taiping yang juga terkenal dengan sejarah bangunan yang pertama di Malaysia Taman Tasik Taiping juga merupakan taman awam pertama di Tanah Melayu pada waktu itu sebagaimana yang terdapat di buku-buku sejarah.
    Antara filem yang pernah menggunakan latar belakang lokasi di sini seperti Hapuslah Air Matamu, Azura @ Sepi serta beberapa genre drama terkini yang begitu menghargai keunikan dan keindahan kawasannya.
    Barisan pokok yang terdapat di sekitar tasik iaitu Angsana dan dahannya menjalar dari jalan sehingga ke gigi air kelihatan sangat nostalgia dan sering dijadikan lokasi untuk para pengantin baru merakamkan detik-detik istimewa untuk tatapan anak cucu dan hari tua.
    Tidak ketinggalan juga bagi aktiviti bersenam dan riadah, anda boleh melihat masyarakat dari pelbagai peringkat umur memanfaatkan waktu senggang mereka. Ada yang membawa ahli keluarga berkelah, joging dan menikmati pemandangan semulajadi.
    Berkeluasan 64 hektar dan memiliki sepuluh tasik serta kolam teratai yang sering dikunjungi orang ramai.
    Terdapat juga trek untuk pejalan kaki dengan dikelilingi tanaman dan spesis pokok tropika. Pendek kata, aktiviti pagi dan petangnya tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti menarik.
    #taiping #bandartaiping #raintown #bandarwarisandunia #novotel #pusatpenjajataiping #yongtaufoobomba #taipinglakegardens #visitperak #visitmalaysia #rumahmakannasitalam #rotibakararangfadzil #dinner #breakfast #foodhunter #travel #travelforfood #kakimakan #vlog #percutian #holidays #schoolholidays #makansedap #foodheaven #hotel #taipingmall #hydrillia #lake #rotigoyang #nasilemak #cuticuti #fromtaipingwithlove #gnola79channel

КОМЕНТАРІ • 32

  • @cilimerah2514
    @cilimerah2514 2 роки тому +1

    tq review..tmpt mkn best

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Alhamdulillah... Terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @ikhlazz
    @ikhlazz 4 роки тому +1

    t.kasih for the info....

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      Tqvm kerana sudi view video dekat channel saya... Semoga info yg di kongsi memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin bercuti ke Taiping, Perak 😊

  • @JejakCutiRF
    @JejakCutiRF 3 роки тому

    mcm biasa, video yg lengkap dn berinformatif..terbaik tn

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  3 роки тому +1

      Terima kasih tuan... Segan rasanya bila tuan berkata gitu... Channel saya ni biasa² je... Edit pun guna hp je... Jauh benar kalau nk dibandingkan dgn channel tuan yg lg hebat & menarik... Semoga suatu hari nanti channel saya dapat menjadi seperti channel tuan juga😉

    • @JejakCutiRF
      @JejakCutiRF 3 роки тому +1

      @@Gnola79Channel sy plak segan, sbb sy pn edit pkai hp gak..hehe. content2 tn mnarik. Alhamdulillah bkongsi minat sama. Tahniah 1k!

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  3 роки тому

      @@JejakCutiRF ... Alhamdulillah... Tq👍

  • @langgarrules5083
    @langgarrules5083 3 роки тому +1

    😁😁😁👍👍👍

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  3 роки тому

      Tqvm bro sudi singgah Gnola79 Channel 😉
      Salam perkenalan....

  • @mohdhanif4709
    @mohdhanif4709 3 роки тому +2

    Saya minggu lepas sudah pergi saya sewa bilik 822

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  3 роки тому

      Ooo...ok... Mcmna?best ke?
      Tqvm kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @mohamadkamar2188
    @mohamadkamar2188 3 місяці тому +1

    Kdai kt mana

  • @RosliAnuar-zk9im
    @RosliAnuar-zk9im 7 місяців тому +1

    Taiping hadir 🥰

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  7 місяців тому +1

      Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍 👏 😉

    • @RosliAnuar-zk9im
      @RosliAnuar-zk9im 7 місяців тому +1

      @@Gnola79Channel sama2 😊

  • @HambaAllah91_
    @HambaAllah91_ 3 роки тому

    Ok ke kdi talam tu tgok review mknn xpanas

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Bg kami menu2 dia menyelerakan & kena ngn tekak kami sekeluarga... Lg pun kami nk mengamit kenangan zaman kanak² kami kerana kt situ guna pinggan mangkuk old school & cara barhidang guna talam... Bab lauk x panas tu psl setiap menu dah dihidang terus dlm pinggan...kita tinggal pilih nk makan lauk yg mana kita nak... Btw terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @ShaRoslan
    @ShaRoslan 2 роки тому +1

    Kolam renang tu kena pakai baju renang je ke? Atau boleh pakai t-shirt biasa untuk mandi?

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Wife & anak2 je pakai baju renang... Saya pakai baju biasa...lepas je mandi 😅... Seeloknya pakai baju jenis jersi bukan cotton kalau xde baju renang... Btw terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @mohamadkamar2188
    @mohamadkamar2188 3 місяці тому +1

    20 ringit usa

  • @adamazrai3064
    @adamazrai3064 3 роки тому

    baju hijau tu lama tak nampak dekat sekolah hmm

  • @songkuis9075
    @songkuis9075 2 роки тому +1

    ...apa saiz bilik yg Bro ambil tu....brapa rm 1 mlm

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Tak igt la tuan... Sebelum ni saya ada bgtau dekat ruangan komen... Cuba tuan scroll komen jika ada... Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉