Kisah Habib Muhammad 'Alawi Al-Maliki || Syeikh Zainul Asri

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 сер 2024
  • [RIWAYAT HIDUP DR. SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI AL-MAKKI R.HM.]
    NAMA DAN KELUARGA:
    Al-Alim al-Allamah al-Musnid al-Muhaddits al-Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani r.hm. berketurunan mulia yang bersambung dengan Junjungan Nabi Muhammad SAW. Beliau r.hm. merupakan waris keluarga al-Maliki al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah SAW, melalui cucu Baginda SAW, Imam al-Hasan bin Ali r.hu.
    Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak berkurun lamanya. Lima orang daripada keturunan Sayyid Muhammad r.hm. telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, as-Sayyid Abbas al-Maliki r.hm., merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau r.hm. memegang jawatan ini ketika pemerintahan Usmaniah serta Hashimiah, dan terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan.
    PENDIDIKAN:
    Sayyid Muhammad r.hm. menghafaz al-Quran ketika usianya tujuh tahun dan menghafal kitab al-Muwatta' pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau r.hm. memperolehi ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan pangkat mumtaz (cemerlang) dalam Ilmu Hadis di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Syeikh Muhammad Abu Zahrah r.hm. Pada 2 Safar 1421 (6 Mei 2000), beliau r.hm. dikurniakan gelaran ustaziyyah atau profesor daripada Universiti al-Azhar asy-Syarif, Mesir.
    PENGUASAAN ILMU DAN KARANGAN:
    Beliau r.hm. menguasai ilmu-ilmu yang pelbagai di dalam Islam.
    Kitab-kitab karangannya mencecah ratusan buah dalam bidang akidah, tafsir, hadis, sirah, fikah, usul fikah, tasawuf dan lain-lain. Sebahagiannya sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia.
    Bukunya yang terkenal iaitu Mafahim Yajibu an Tushahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), telah mendapat pujian dan pengiktirafan ramai ulama besar dari seluruh pelosok dunia Islam. Antara para ulama besar dunia Islam yang menulis taqrizh dan Taqdim bagi buku tersebut ialah Syeikh Hasanain Makhluf r.hm, Syeikh Muhammad al-Khazraji r.hm, Syeikh Muhammad an-Najjar r.hm, Habib Abdul Qadir as-Saqqaf r.hm, Sayyid Abdullah Kanun al-Hasani r.hm, Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim r.hm, Syeikh Abdullah al-Ghummari r.hm, Syeikh Abdul Aziz al-Ghummari r.hm, Syeikh Muhd Ubaidulah al-Mufti r.hm. dan ramai lagi; lebih 40 orang kesemuanya.
    SANAD DAN IJAZAH:
    Sayyid Muhammad r.hm. mendapat penghormatan dengan menjadi Syeikh dengan bilangan ijazah (Sanad) terbanyak dalam waktunya. Beliau r.hm. juga memiliki rantaian Sanad terpendek atau terdekat dengan Rasulullah SAW. Sayyid Muhammad r.hm. mendapat lebih daripada 200 ijazah daripada alim ulama teragung pada zamannya dalam setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau r.hm. sendiri yang beliau r.hm. berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang didapati di dunia, yang menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar ulama agung.
    MURID-MURIDNYA:
    Muridnya mencecah ratusan malah ribuan orang. Di Indonesia khususnya, ramai di kalangan murid-muridnya yang telah menjadi ulama terkenal dan pengasas pondok-pondok pengajian; antara mereka ialah Habib Abdur Rahman Basurrah r.hm, wakil Rabithah Alawiyah yang lama bermukim di Arab Saudi, Habib Abdul Qadir al-Haddad r.hm, pengurus al-Hawi di Condet, Jakarta Timur, Habib Hud Baqir al-Attas r.hm, pemimpin Majlis Taklim as-Salafiah, Habib Saleh bin Muhammad al-Habsyi r.hm, Habib Naqib bin Syekh Abu Bakar r.hm. yang memimpin Majlis Taklim di Bekasi, Habib Novel Abdullah al-Kaff r.hm. yang membuka pondok di Parangkuda, Sukabumi, Habib Saleh bin Ahmad al-Aidrus r.hm, KH Abdur Rahman Nawi r.hm, yang memiliki tiga buah pesantren di Tebet, Jakarta Timur dan dua di Depok dan ramai lagi.
    Antara murid kanan beliau r.hm, K.H. Ihya' Ulumuddin r.hm. yang mempunyai pondok di Batu, Malang, Pesantren Riyadhul Solihin di Ketapang (Probolinggo) dan Pondok Pesantren Genggong, juga di Probolinggo.
    Antara muridnya di Indonesia yang mempunyai hubungan khas dengannya ialah Syeikhuna, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki r.hm. Gelaran al-Maliki adalah gelaran yang dianugerahkan oleh Sayyid Muhammad r.hm. kepadanya.
    Di Malaysia, muridnya yang mempunyai hubungan khusus dengannya ialah Syeikhuna, Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi r.hm. Semasa hayatnya, Sayyid Muhammad r.hm. amat menyayangi anak muridnya ini dan memberi keizinan kepada Syeikh Muhammad Fuad r.hm. untuk menterjemah, menerbit dan menyelenggarakan semua kitab karangan beliau r.hm. Seperti Syeikh Ahmad Fahmi r.hm, gelaran al-Maliki juga dianugerahkan kepadanya oleh Sayyid Muhammad r.hm. sebagai pengiktirafan dari segi keilmuan dan usaha dakwah yang dijalankan oleh beliau r.hm. kepada masyarakat.
    Facebook :
    / perindu-rasulullah-105...
    Instagram :
    @perindu_utusannya
    Telegram :
    t.me/PerinduUt...
    #AhlulBait

КОМЕНТАРІ • 173

  • @danialazman840
    @danialazman840 3 роки тому +41

    Rasa tak puas dengar cerita hikayat Syeikhuna as Sayid Muhammad bin Alawi al maliki kalu buleh ana kalu panjang umur nak ziarah pusara beliau😍😍😌😌😭😭😭

    • @aisasri6143
      @aisasri6143 2 роки тому

      Aameen..semoga Allah menyampaikan.

  • @conankun6010
    @conankun6010 3 роки тому +35

    Salam dari saudara seumat Islam dari Indonesia 🤗

  • @user-lf4jr6ef9u
    @user-lf4jr6ef9u 3 роки тому +31

    Tuan Guru idola kami
    اللهم صل على محمد وعلى اله محمد

    • @ayonal-qodahi3327
      @ayonal-qodahi3327 3 роки тому +1

      😍 Allahuakbar.. Alhamdulillah. Semoga Sheikh Zainul Asri diberikan kesihatan yg sihat untuk terus berdakwah kepada kita

  • @alhaqdaud3404
    @alhaqdaud3404 Рік тому +2

    Sya ketemu Abuya Mhmad Alwi al maliki lps musim hj thn 1984 , sama persis yg Ustz crita, kmi ber4,d duduk kan atas kerusi, d bri duit dn kitab2,jga ijazah am kitab riwayat sisilah bliau, seorang2 bliau ijazah musafaha dg tangan bliau. Allah Karim.. jka lihat gambar bliau msih muda anda tdak dpat bayangkan bagaimna cantiknya Rasulullah, mlhat Abuya Mhmad AlMaliki aja sdh terpesona.

  • @krllagu7778
    @krllagu7778 Рік тому +1

    Allahumma shalli ala sayyidina Muhammad wa ala 'alihi wa shahbihi wassalam.......

  • @izhamismail6115
    @izhamismail6115 3 роки тому +33

    Allahumma Salli A'la Sayyidina Muhammad Wa A'la Ali Sayyidina Muhammad...

  • @janaensah1828
    @janaensah1828 Рік тому +1

    Allahumma salli ala sayyidina Muhammadan wa'alihi kama hum indak doqothilati adrikni ya Rasulullah... adrikni ya Rasulullah... adrikni ya Rasulullah... ✋✋🥺

  • @amirruslan2075
    @amirruslan2075 3 роки тому +23

    Habib Ali jaafar wali Allah yg tak ramai org kenal masa hayatnya

    • @muhammadfitri7803
      @muhammadfitri7803 3 роки тому +2

      ya beliau juga wali Allah

    • @natashahudson4575
      @natashahudson4575 3 роки тому +7

      Habib Ali bin Jaafar Al-Aydrus.. Seorang wali quthub.. Sangat zuhud orangnya..Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki pernah melihat Rasulullah SAW di rumah habib Ali... Masyaa Allah.. Hubungannya rapat sekali dengan baginda nabi...Maqamnya di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat.. Di situ banyak maqam para wali, ahli bayt dan orang soleh... Boleh ziarahi beliau..Dengan berkahnya, moga Allah berkati dan rahmati kita.. Moga Allah jaga iman dan tauhid kita.. Moga kita digolongkan bersama mereka.. Aamiin

    • @AbdulHafiz-is5hf
      @AbdulHafiz-is5hf 3 роки тому +1

      saya baru pagi tadi ziarah ke makam beliau bukit cermai batu pahat..Subhanallah trcium bau wangi enth dari mna..byk makam para wali sya prgi tadi..disemadikan di tempt..itu..seblhnya istrinya.anknya dari muar mnggl 2018.sblh kubur habib ali..jga.ada lgi picnya sya ambk tadi..sebak rsa

    • @eydashida8932
      @eydashida8932 3 роки тому +1

      Setahu saya Wali Allah SWT dipelihara agar tidak ketahui org lain melainkan ulama2. Nama pun wali Allah SWT maka Allah SWT sembunyikan kekasih² Nya. Wajah seorg wali bercahaya walaupun kulit gelap (Nur).Bila org lihatNya tenang dan ingat Allah SWT.

    • @munir9091
      @munir9091 3 роки тому +1

      Betul tuan, saya dpt info setelah arwah habib ali meningal... Dpt juga ziarah makam habib ali

  • @ududxhdjdu8915
    @ududxhdjdu8915 Рік тому +1

    Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad.

  • @mohdkhir8658
    @mohdkhir8658 3 роки тому +11

    Semoga saya jumpa dengan para ulama di akhirat nanti Aamin

  • @user-mv1xe6eq2t
    @user-mv1xe6eq2t Рік тому +1

    Ya habib.aku rindu.dengan guruku.hanya habib maliki alwi alhasani.yang selalu aku rindukan.semenjak hijrah nya membawakan bendera panji panji hitam.terus bangun pondok pesantren.nama pondok nya di malang daerahku.darul haditis.aku cintai

  • @poziahothman4335
    @poziahothman4335 3 роки тому +17

    Semuga tok guru berada didlm rahmat kasih sayang mu 😥 ya Allah

  • @user-mv1xe6eq2t
    @user-mv1xe6eq2t Рік тому +1

    Dan juga aku masih ingat.pas aku datang.ke haul nya.habib maliki alwi alhasani.aku cintai mulai dari haul ke satu dan kedua nya.wajah nya terus terbayang terbang di hatiku.aku rindukan.habib maliki alwi alhasani guruku aku cintai❤️❤️❤️❤️❤️

  • @nur9737
    @nur9737 Рік тому +1

    اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

  • @telem0th
    @telem0th 3 роки тому +30

    Sedihnya sy kerana dpt kenal2 ulama’ besar ni lewat selepas wafatnya mereka spt Sayyid Muhammad Alawi Maliki dan Sheikh Muhammad Zaini Abdul Ghoni.

    • @muhdhafizahmad5660
      @muhdhafizahmad5660 3 роки тому +7

      Guru skumpul..wali qutub..

    • @zamzaarinazamzaarina5720
      @zamzaarinazamzaarina5720 3 роки тому +2

      Btul.... Hati sedih sgt... Sbb ramai yg dah pergi tgglkan Kita... Lps mereka pergi br jumpa cerita2 mereka😭

    • @syedqadr2875
      @syedqadr2875 3 роки тому +2

      Tak apa.. Kita kenal Sheikh Zainul yg ni.. Kita ada Ustaz Ebit.. Ada lagi ulamak lain yg hebat.. Cuma sy kagum dgn Sheikh Zainul ni, tungkah laku, percakapan bak wali2 Allah.. Moga Allah sentiasa mengasihi, lanjut usia dlm sihat, beri manfaat unk semua umat Islam..

    • @nuaclyzer1
      @nuaclyzer1 3 роки тому

      Dalilnya aku? Itu bkan dalil.. sape boleh sahkan itu adalah benar? Wallahuallam.

    • @arif1441
      @arif1441 3 роки тому +5

      @@nuaclyzer1 Sheikh tersebut adalah wali Allah..malah beliaulah antara cucu cicit nabi kita Sallallahu Alaihi wassalam..adab kita xyah nafikan bahawa kata mereka itu dusta. Ini antara kemuliaan yg luar biasa tuhan berikan kepada mereka..(waliyyullah)

  • @blackswift7252
    @blackswift7252 Рік тому +1

    ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD SAW WA ALA AALIH

  • @alongmawi7388
    @alongmawi7388 3 роки тому +15

    kenapa sy menangis tiba2.... ALLAHU AKBAR

  • @mh6733
    @mh6733 3 роки тому +25

    Ingin sgt utk bertemu sheikh zainul..
    Rsa tenang sungguh dgr ceramah dia..
    Ya Allah, Kau pertemukan lah kami..🤲

  • @ucapkanlahselawat
    @ucapkanlahselawat Рік тому +1

    Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Sayyidina Muhammad ♥️🤲🌹

  • @serigasri4407
    @serigasri4407 3 роки тому +9

    Sifat tawadduk, pemurah, dermawan Sayyid Muhammad bin Alawi.. T_T

  • @energycinta3179
    @energycinta3179 3 роки тому +9

    Assalam Ramai mengatakan keturunan nabi muhamad s.a.w ...salasilah shahih betul² baharu kita kenali betul² dna keturunan ada tanda² nya......Banyakkan² selawat la pd Rasulullah s.a.W

  • @MTIS-fd3oj
    @MTIS-fd3oj 3 роки тому +2

    Tak terkata rasanya..rupanya ada manusia begini di bumi tanah melayu..

  • @013neutron013
    @013neutron013 3 роки тому +7

    ini kisah benar. saya pernah dengar kisah ni 14 tahun lepas.

  • @rere-gz7ot
    @rere-gz7ot 3 роки тому +9

    AllahummasollialaMuhammad
    Waala'aliMuhammad❤️

  • @chezulkifly1984
    @chezulkifly1984 3 роки тому +8

    Teringat satu kisah nbi msuk rumah disitu jarum jahit hilang kemudian msuklah nbi mulia,dlm kegelapan tpi crah wajah nbi,ringkas cerita nbi bersabda setiap muslimin muslimat atau orang musrik,ingin melihat wajah ini,,celaka celaka jika tdk dpat melihat wajah nbi,

  • @poziahothman4335
    @poziahothman4335 3 роки тому +4

    yA Karim 😥yA Karim 😥yA Karim

  • @muhamadhazim4474
    @muhamadhazim4474 3 роки тому +5

    Auliya Allah tu...Abuya

  • @rayzackahmad6551
    @rayzackahmad6551 3 роки тому +5

    ALLAHU NIKMATNYA

  • @firdausibrahim9026
    @firdausibrahim9026 3 роки тому +3

    Allahuakbarr..terima kasih Ustaz... Terima kasih..terima kasih.. aAlhamdulillah

  • @lalala3466
    @lalala3466 3 роки тому +4

    Bestnya dapat duduk dengan orang soleh

  • @hahihuchannel3729
    @hahihuchannel3729 3 роки тому +3

    Allahumasollialamuhamad...

  • @nazrolnizam5046
    @nazrolnizam5046 2 роки тому +2

    Terharu tgk sayyid dgn habib ali batu pahat

  • @asyrafmuhaimin4866
    @asyrafmuhaimin4866 3 роки тому +7

    Guru AL Habib Umar bin hafidz

  • @ichaechacomel435
    @ichaechacomel435 3 роки тому +9

    Banyak karomah Habib Ali Batu Pahat.Disenangi ramai juga.

  • @hadijahhadijah4076
    @hadijahhadijah4076 2 роки тому +3

    Alhamdulillah..
    Terima kasih Tuan Guru.

  • @saifidollah4344
    @saifidollah4344 3 роки тому +16

    kalo tak silap, beliau jalur Saiyyidina Hasan as. betulkan saya kalo silap

    • @izzathaq1729
      @izzathaq1729 3 роки тому +1

      iya betul..dari Sidi Ahmad Idris, dari Morocco...

    • @nanayana6806
      @nanayana6806 3 роки тому +1

      sayyid muhammad amin al idrisi al hasani al maghribi

  • @aburahman3310
    @aburahman3310 3 роки тому +3

    Sollu 'Ala Nabbiy

  • @abdrazakamiruddin6090
    @abdrazakamiruddin6090 3 роки тому +2

    Allahu Akbar..

  • @alizanabrahman6486
    @alizanabrahman6486 Рік тому

    Ya Allah jadikanlah keturunan kami ulamak amilin

  • @luqmansaini
    @luqmansaini 3 роки тому +5

    Allahummasolli ala sayyidina Muhammad

    • @zaitunismail7205
      @zaitunismail7205 3 роки тому

      banyak pengalaman uztaz iniasamualai kum uztaz cheramahnye moga beri pelajaran kepada kami inchaallah amin

  • @hanafihanafi3226
    @hanafihanafi3226 Рік тому

    Walaupun hamb tak bertemu Shyek dengar cerita pun sebak. ,ya Allah ALLAH HUMA SOLI ALLA SAIDINA MUHAMMAD

  • @Syahrol_Sueff
    @Syahrol_Sueff 3 роки тому

    Allah humma solli ala Sayyidina Muhammad

  • @aza00707
    @aza00707 3 роки тому +2

    Allahuakbar

  • @umaeiyrhafilzaissmile6861
    @umaeiyrhafilzaissmile6861 2 роки тому

    Salallah Ala Muhammad...
    Salallah Alaiyi Wasallam💞

  • @mawarfirdausmawarfirdaus3435
    @mawarfirdausmawarfirdaus3435 3 роки тому

    🌼اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌼

  • @norsilahhashim6841
    @norsilahhashim6841 3 роки тому +2

    Subhanallah

  • @absahawang9460
    @absahawang9460 Рік тому

    MasyaAllah..indah nian

  • @226Ahmad
    @226Ahmad 3 роки тому

    نْ الْمُغِيرَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ Dari al-Mughirah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya berdusta atasku tidak seperti berdusta atas orang yang lain. Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka”. [HR. Al-Bukhâri, no. 1229]

  • @muhammadnasrol9582
    @muhammadnasrol9582 3 роки тому +1

    Mmg powwwer

  • @faizalfaizal5922
    @faizalfaizal5922 Рік тому +1

    🕋🕋🕋🤲🏻🤲🏻🤲🏻☝🏻☝🏻☝🏻🥰🥰🥰❤️

  • @azrulazman8211
    @azrulazman8211 2 роки тому

    Alhamdulillah

  • @syukria.1080
    @syukria.1080 3 роки тому

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
    Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim

  • @azmafaisa7991
    @azmafaisa7991 3 роки тому +2

    ♥️♥️

  • @dimas.1977
    @dimas.1977 3 роки тому

    Nyimak mom's🙏

  • @muhdhafizahmad5660
    @muhdhafizahmad5660 3 роки тому +2

    😭😭

  • @shauqishau7155
    @shauqishau7155 2 роки тому

    ❤️❤️❤️

  • @muhdaabaa
    @muhdaabaa 3 роки тому +1

    Assalamualaikum Syeikh dan yang membaca

  • @zaliahadoter8378
    @zaliahadoter8378 3 роки тому +1

    😭

  • @erwinsmith5381
    @erwinsmith5381 3 роки тому

    اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم

  • @Umipiah519
    @Umipiah519 Рік тому

    tak tahu nak kata apa 😭❤️❤️

  • @abdulmalek9565
    @abdulmalek9565 Рік тому

    الله أكبر ولله الحمد لله رب العلمين و رب العرس العظيم مشاء الله صلى الله على سيدنا محمد ورحمة العلمين وعلى اله وصحبه اجمعين اللهم امين٣ برحمة يا ارحم الراحمين٣ لا حولا قوة الا بالله العلى العظيم العليم الحكيم ربنا اتنا في الدنيا حسنة و في الآخرة حسنة و قنا عذاب النار٣ ربنا انك انت الوهاب 😔 اللهم برحمة يا ارحم الراحمين٣ وسلم تريما كاسية عبده جهل فقر عبدالماك..

  • @neogeowan
    @neogeowan 3 роки тому +3

    Dah jadi mendewakan habib pulakk

    • @fahmiazman8548
      @fahmiazman8548 3 роки тому +4

      sapa pulak yg dewakan habib, hg punya bahalol turun drpd bapak atau mak hg? berasa kasih pd org baik dikatanya mendewakan org baik, dh hg tu mendewakan setan barangkali. hg kata cerita org semua salah, tp dlm masa sama hg xmampu bwk bukti nk kata hg betul. tuduh org mcm2 tp diri sendiri xdak bukti. tuduh org bwk cerita xdak bukti, tp hg sendiri xdak bukti yg hg tu betul. toksah duk ligan sembang kari sini bang kalau jumpa depan2 pon xberani. duk diam2 dh la bang, duk komen pon bukan nmpk cerdik pon, lg nmpk xmatang ada la. payah org minda x matang ni, minda sempit. nk buat jd ketua keluarga pon xsesuai. nnti duk ajar anak2 tuduh org mcm2 tp bukti xdak.

    • @neogeowan
      @neogeowan 3 роки тому +1

      @@fahmiazman8548
      Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
      “Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”
      “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”
      Hadis tu utk org macam ko la.. Yg perasan lebih, rasullullah pun benci sampai haramkan masuk syurga... Kesiannyaaa

    • @lukmanlukman8683
      @lukmanlukman8683 3 роки тому

      @@neogeowan yang kata mendewakan habib tue awakkk...org lain x kata pon mendewakan habib....mendewakan org nie macam ayah pin tue baru namanya mendewakan manusia smpi ada minum susu tapak kaki ayah pin laa...ada paham skeihkkk.....

    • @lukmanlukman8683
      @lukmanlukman8683 3 роки тому

      @@neogeowan kita menghormati orang² yang meyampaikan dakwah penyambung dakwah Rasullulah s.a.w....

    • @lukmanlukman8683
      @lukmanlukman8683 3 роки тому

      @@neogeowan orang yang macam awak macam saya x dapat gelaran habib tue malah nak dapat gelaran ustaz pon x laayakk tauu x.....

  • @myName24434
    @myName24434 10 місяців тому

    Kenapa ye tak hbs2 dgn kisah kehebatan habib ni

  • @user-rc5hz5mf4g
    @user-rc5hz5mf4g Рік тому

    Tu tempat beta. Kurang hajar depa ni.

  • @IzwanShah-gt7gr
    @IzwanShah-gt7gr 3 роки тому +7

    Yg dislike tu mesti kelompok anti habaib

    • @pecinta_dzurriyah_nabi9575
      @pecinta_dzurriyah_nabi9575 3 роки тому +1

      Assalamu'alaikum Akhi..

    • @IzwanShah-gt7gr
      @IzwanShah-gt7gr 3 роки тому

      @@pecinta_dzurriyah_nabi9575 وَعَلَيْكُمسَّلاَمُوَرَحْمَةُاللهِوَبَرَكَاتُهُ

    • @pecinta_dzurriyah_nabi9575
      @pecinta_dzurriyah_nabi9575 3 роки тому +1

      @@IzwanShah-gt7gr Salam kenal,salam satu Aqidah,yakni Aqidah AHLUS SUNNAH WAL-JAMA'AH ASSYA'IROH

    • @nizamsalleh4047
      @nizamsalleh4047 3 роки тому +3

      Puak wahh habiol anti habaib....

  • @norsilahhashim6841
    @norsilahhashim6841 3 роки тому +1

    Putih indah mta ku

  • @hazimliza9701
    @hazimliza9701 2 роки тому +1

    Jgnla mereka cerita

  • @epitepit8432
    @epitepit8432 Рік тому +1

    kenapa mudahnya kita biar nama nabi saw yg sangat mulia di perguna sesuka hati oleh org sufi dan percaya plk tu...jgn berlebihan dalam beragama...

  • @najibasyrafi6617
    @najibasyrafi6617 2 роки тому

    admin boleh tahu tak nama music ni?

  • @noerahmankhan8018
    @noerahmankhan8018 3 роки тому +2

    Ini org Malaysia?

  • @mohamadkhairul3326
    @mohamadkhairul3326 3 роки тому

    Assalamualaikum..saya ingin bertanya... sekiranya kita bertemu Rasulullah di dalam mimpi tapi tidak melihat wajah Baginda s.a.w adakah itu mimpi yang benar?

    • @luqman3722
      @luqman3722 2 роки тому

      Hanya org yg pangkat besar yg takde wahan ja boleh mimpi jumpe nabi. Kalo org biase susah nk explain..

    • @heavenearth6631
      @heavenearth6631 2 роки тому

      @@luqman3722 saya bermimpi baginda dahulu sebelum saya bertaubat dari aliran atau pengaruh wahabi. Dan ramai kafir yang bermimpi baginda nabi sebelum Muallaf.
      Parameswara juga bermimpi baginda nabi mengarahkan dia untuk terima pedangang dari Arab pada masa itu dan membuat kan Parameswara percaya mimpi tersebut kerana selepas dari mimpi itu Parameswara dapati dia telah di khatankan dalam mimpi.

  • @serigasri4407
    @serigasri4407 3 роки тому +1

    Penceramah tersebut juga ada menyamakan Habib Umar dengan pendukung Al Arqam di Malaysia Ustaz Ashaari Muhammad, mohon penjelasan sangat tuan syeikh..

  • @mohdafiq7949
    @mohdafiq7949 3 роки тому +3

    Senang ja pakai buah mimpi

    • @muhammadazzi8098
      @muhammadazzi8098 2 роки тому

      Ni orang cam ni nnti takdak nk mimpi nabi la hg ni

  • @MTIS-fd3oj
    @MTIS-fd3oj 3 роки тому +2

    Dak eh...syeikh,perbetulkan dulu cara selawat tu..berselerak sangat bunyi nya..

    • @luqman3722
      @luqman3722 2 роки тому

      Die Selawat unlimited. Diam je lah.

    • @MTIS-fd3oj
      @MTIS-fd3oj 2 роки тому

      @@luqman3722 masih berselerak dan bersepah

    • @luqman3722
      @luqman3722 2 роки тому +1

      @@MTIS-fd3oj disebabkan terlalu byk tak terkira . Mcm tulah jadinye. Tiap perkataan ingat Allah Dan rasul. Agak2 mcm mne tu... Itulah zikrullah. Kalo konsisten insyaallah Allah Jaga tutur kata. Hati bersih insyaallah. Yg dgr dpt manfaat.

  • @jacobess
    @jacobess 2 роки тому +2

    (Minit 7: 16) Aku, Rasulallah, Habib Ali, ada sama dalam bilik tu, biar betul bro,,,,,,,

    • @muhdammarhafiz7593
      @muhdammarhafiz7593 2 роки тому

      maksudnya yang cakap aku tu Sayyid Muhammad Alawi Maliki. Dia cerita pada orng dia Sayyid Muhammad Alawi Maliki.

    • @myName24434
      @myName24434 10 місяців тому

      Maksudnya tak boleh pakai

  • @alikhumaini9979
    @alikhumaini9979 2 роки тому +1

    Macam mana dia tahu tu rupa nabi eh ?

  • @hajiwankhairuazwan8156
    @hajiwankhairuazwan8156 2 роки тому +1

    Adakah kita hanya nak sandarkan pada mimpi untuk segala bukti dan dalil?

  • @syafuanmisman6988
    @syafuanmisman6988 3 роки тому +1

    Geng2 wasabi mesti ramai dislike bideo ni

  • @russianthank6505
    @russianthank6505 Рік тому

    Sayyid Muhammad alawi al-malaiki Sayyid ya bukan habib

  • @Nagamura90a
    @Nagamura90a 3 роки тому +2

    Bukan ke zuriat terakhir nabi Muhammad berakhir dari Saiditina Fatimah..hmm

    • @anuarab5822
      @anuarab5822 3 роки тому +7

      Imam Mahdi yg akan muncul nnt dari keturunan Nabi Muhammad saw..

    • @syarifahhusin6453
      @syarifahhusin6453 3 роки тому +8

      Siti fatimah anak rasulullah ada anak, Hassan Dan hussin.. keturunan rasulullah yang Masih hidup, dari salasilah Hassan Dan hussin..

    • @ichaechacomel435
      @ichaechacomel435 3 роки тому +4

      Mohon cari kelas ilmunya,akhi..

    • @Nagamura90a
      @Nagamura90a 3 роки тому +1

      @@syarifahhusin6453 Hasan dan Husin waris lemah nabi Muhammad saw.kerana waris nabi Muhammad saw berakhir pada Siti Fatimah..Hasan dan Husin r.a nasab nya lebih kepada Ali r.a dan cucu waris keras Abu Talib..mana ada nasab ikut ibu.mestilah ikut ayah..darah terakhir nabi Muhammad berakhir pada Fatimah r.a..

    • @adamwaiz8567
      @adamwaiz8567 3 роки тому +9

      @@Nagamura90a "setiap keturunan perempuan terhubung melalui bapaknya kecuali keturunan fatimah.kepadaku nasab mereka tersambung Dan aku adalah bapak mereka."sabda nabi Muhammad.hadis riwayat thabrani dari Habib lutfi bin yahya..
      Fatimah itu keturunan rasulullah..Dan nasabnya bersambung.

  • @GhufyMuhammad
    @GhufyMuhammad 4 місяці тому

    Alwi almaliki itu bukan habib

  • @mohdnazirismail9026
    @mohdnazirismail9026 Рік тому

    mengarut. cerita dongeng