Fitnah Di Zaman Kemunculan Imam Mahdi || Syeikh Zainul Asri

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 лют 2025
  • Bismillahirrahmanirrahim.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Para ulama membahagikan tanda-tanda akhir zaman kepada dua iaitu pertama tanda-tanda kecil dan kedua tanda-tanda besar. Tanda-tanda kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu., sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.
    Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)
    Allah SWT masih sayang kepada umat manusia, sehingga Allah SWT datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar datang menjelma.
    Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia kebelakangan ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar kiamat. Kerana di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang telah muncul. Hampir keseluruhan tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabi SAW sudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya menunggu waktu sahaja.
    Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.
    Dalam sebuah hadis Nabi SAW mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kerosakan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan corak pemerentahan diktator yang memaksa rakyat patuh kepadanya dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya. Proses tertegaknya sistem Khalifah Islam dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup baru saja bermula dengan tumbangnya beberapa pemerintahan diktator di timur tengah.
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 9435)
    Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan (sewenang-wenangnya). Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (Hadis Riwayat Thabrani)
    Sahabat yang dimuliakan,
    Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang mukmin berusia muda yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
    Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani di atas. Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
    Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam adalah pemimpin, dan perkataan Mahdi bererti "orang yang mendapat petunjuk"
    #ImamMahdi

КОМЕНТАРІ • 216