Kid Search "Lambaian" [Instrumental]

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 29 сер 2024
  • Catatan oleh pencipta lagu, Chevy Amry:
    "Lambaian adalah sebuah lagu penghormatan buat arwah kak Nin (Allahyarhamah Noraznin Yusuf). Lagu ini dicipta oleh Chevy Amry, manakala liriknya dipena oleh Kak Chah@Datuk Habsah Hassan. Lagu ini telah dirakamkan dengan nyanyian Dato' Hattan.
    Kid Search sebak ketika membaca lirik Lambaian nukilan Kak Chah. Ia kerana setiap bait lirik itu sangat relevan dgn situasi beliau ketika itu yang sedang diuji dengan penyakit kanser isteri kesayangannya. Namun, beliau amat meminati lagu ini yang baginya kuat dari sudut melodi vokal & susunan muzik.
    Lagu ini mempunyai "sentimental value'' bagi Kid Search, kerana setiap kali mendengar lagu Lambaian, Kid Search akan sebak terbayangkan arwah kak Nin. Bayangkan, dikala kesibukan Kid Search berulang-alik ke HUKM setiap hari, beliau masih sempat menyiapkan rakaman gitar lagu Lambaian. Namun, dalam beberapa jam selepas itu, beliau dikejutkan dengan berita kematian arwah kak Nin pada waktu Subuh keesokannya.
    Arwah Kak Nin sempat mendengar demo lagu Lambaian beberapa hari sebelum pemergiannya. Sebagai pendokong kuat karier suaminya, Arwah dengan sendirinya tahu itu adalah petikan gitar Kid Search dan sangat menyukai lagu ini.
    Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin, Kid Search secara spontan (dengan mata terpejam) telah merakamkan versi instrumental Lambaian. Note note yg terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya. Ramai yg tersentuh dan menangis ketika mendengar versi instrumental Lambaian versi Live di Rooftop Campbell ketika sesi soundcheck 10 June 2022: • Search Rockin' on Roof...
    Ini membuktikan bahawa Kid Search adalah gitaris yang penuh jiwa, ikhlas dalam berkarya. Kita semua dapat merasai penyampaiannya, pabila setiap solo2 Kid Search seolah-olah ada cerita yang ingin disampaikan olehnya."
    Sama2 kita mendoakan semoga arwah Kak Nin sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah."
    Title: Lambaian (Instrumental)
    Artist: Kid SEARCH
    Producer: Chevy Amry
    Arranger: Firdaus Mahmud
    Mixing: Zairi Ariffin
    Mastering: CL Toh
    Venue: RoofTop Campbell Shopping Complex, Kuala Lumpur
    Videographer: Risy & Abas (Photoclique Studio), Basri
    Editor: Feisal Kassim

КОМЕНТАРІ • 630

  • @chevyamryproduction
    @chevyamryproduction 2 роки тому +257

    Jutaan terima kasih utk abg Lanknob, abg Kid, Along Exist dan semua pendengar.. inshaallah akan ada instrumental baru menyusul.. sama2 kita doakan moga abg Kid sekeluarga terus kuat,murah rezeki & bahagia dunia akhirat. Aminnn.. Al Fatihah utk arwah kak Nin ❤️❤️❤️

    • @mrumia
      @mrumia 2 роки тому +6

      ❤❤❤❤❤❤

    • @muzzmuzz1482
      @muzzmuzz1482 2 роки тому +12

      "...akan ada instrumentl baru akan menyusul..." ini yang kita nak dengar.

    • @guitarmawa5265
      @guitarmawa5265 2 роки тому +8

      Sama2x ...semoga Allah SWT permudahkan urusan hambanya bahagia dunia akhirat terus kuat dan teguh tabah menghadapi ujian buat abg kid murah rezeki amin amin amin ya Rabbal Alamin...x sabar tunggu next konsert dan solo instrumental mcm lambaian ni..sedap trasa sampai ke hati ❤️❤️❤️❤️❤️❤️🤟🎊🎊 search forever

    • @guitarmawa5265
      @guitarmawa5265 2 роки тому +12

      Al-Fatihah buat Allahyarhamah isteri abg kid..

    • @lanknob
      @lanknob 2 роки тому +6

      Allahuma ameen. Mmg terbaik la lagu ni, baik Yang version vokal Dato Hattan mahupun instrumental ni. A good song akan selalu end up good. Semoga terus success bro

  • @NTV11182
    @NTV11182 2 роки тому +33

    "Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin (Noraznin), Kid secara spontan (dengan mata terpejam) merakamkan versi instrumental Lambaian. "Note-note yang terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya.

  • @fairuzismail9759
    @fairuzismail9759 2 роки тому +18

    Menitik air mata ..saya pun kehilangan isteri akibat kanser.
    Begitulah rintihan seorg suami spt instrumental lambaian ni..😢

    • @Nocturnesince
      @Nocturnesince 2 роки тому +8

      Bertabah sahabat...semua tu dah tertulis dlm takdir yg ditentukanNya...hikmahnya mungkin satu hari nanti Akan Allah perjelaskan pada kita

    • @rahamitv5959
      @rahamitv5959 2 роки тому +4

      Salam takziah bro .

    • @danganum8665
      @danganum8665 2 роки тому +2

      Salam takziah.wlupn x blm lgi rsa khlngan.rsa pedih sgt kan shbt.byk kn bdoa n bsabar.Insha Allah

  • @afrinfatini2872
    @afrinfatini2872 2 роки тому +17

    salam bro kid
    sy meminati bro kid bukan sbb bro kid pandai main gitar
    tp sbb akhlak bro kid..bersahaja, santai, lemah lembut, dan baik

  • @openheartsurgery35
    @openheartsurgery35 2 місяці тому +4

    Sedih, sepi, pasrah dan mendoakan..
    Itu yg dapat ku rasa..

  • @Den_Adendra
    @Den_Adendra 2 роки тому +20

    Gitaris yang memainkan solo gitar dengan penjiwaan sangat lah jarang dan sulit di temui. Salah satunya Abang Kid. Menyayat hati, mengiris haru, tersentuh, meresap dalam kalbu yang dalam. 🙏🙏
    Salam dari Indonesia.. The Best Search..!!!

  • @putraandikamohdakmalfauzi9348
    @putraandikamohdakmalfauzi9348 2 роки тому +29

    Tak pasti berapa kali dah aku ulang lagu ni dlm sehari sejak 1st day video ni kluaq... Dan setiap kali tu laa ayaq mata aku kluaq... Menipulah klu sapa yg dgq lagu ni tak rasa apa yg Abg Kid nak smpaikan...

  • @nadzapires
    @nadzapires 2 роки тому +27

    Abang kid ni dah macam mozart gitarist kat Malaysia. Harap ada album solo instrumental dari abang Kid n abang Din. Kadang2 layan instrumental lagi best daripada ada penyanyi. Moga dipermudahkan.

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +3

      Indeed... Aminnn

    • @adnanharis6394
      @adnanharis6394 2 роки тому +2

      Sepatutnya dah ada satu kompilasi gitar solo sebagai masterpiece dari Hamzah Mohd Taib aka Kidd

  • @Wakakagaban
    @Wakakagaban 2 роки тому +13

    Solo yg simple dan ade soul di situ.. Itu la pemuzik yg asli... Muzik yg dihasilkan mmg ade seni

  • @jaisempoi1814
    @jaisempoi1814 2 роки тому +20

    Ikhlas seorang rokers malaysia dlm berkarya...aura kiddin lagi berbisa dari amy .....

  • @ejaninfection5005
    @ejaninfection5005 2 роки тому +19

    Aku ni kan pengemar solo guitar yg penghayatan dia yg bikin kita jauh terbang melayang ke satu alam penghayatan lagu tu.. Jadi cerita dia mlm rehearsal tu aku ada tgk dia main lagu ni dua kali memang gila babik best syahdu sedih kejam pun ada time aku hayati mlm tu.. Aku tertanya2 lagu siapa ni? X pernah dgr.. terpikir jugak oh mungkin lagu solo guitar utk live show esok tp aku tggu mlm concert tu xda plak.. sebab best padu sedih giler feel dia.. Lepas pengmumuman keluarnya video ni oh baru aku faham.. So kitanya Aku bertuah gilak malam tu dapat tgk dia main secara live depan2 mata 2x dengan beliau main sambil feel2 tutup mata tangkap penghayatan lagu tu perghhh!! Thanks Abg Kid ❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥 Salam 🤘🏻dari Tawau.

    • @rahamitv5959
      @rahamitv5959 2 роки тому +4

      Itu akan menjadi kenangan di suatu masa . Terbaik bro .

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +2

      ''Lambaian'' cover by Kader Khaos from singapore: ua-cam.com/video/c0_uCjDlZ58/v-deo.html

  • @dwibriandwi2902
    @dwibriandwi2902 2 роки тому +20

    usia bliau telah senja namun insting bliau masih sangat tajam... Bg kid adalah motivasi musisi masa depannya khususnya melody... Sehat selalu abg kid 🙏salam dari Indonesia

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +3

      ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : ua-cam.com/video/c0_uCjDlZ58/v-deo.html

  • @gcolacoco4264
    @gcolacoco4264 2 роки тому +11

    Allahhu... Ayaq Mata tiba2 kluaq.... Gila meruntun jiwa...

  • @juslahudinbuhari5892
    @juslahudinbuhari5892 2 роки тому +12

    Terus ke jiwa..syahdu..menceritakan satu kisah..topi merah berhuruf A yg brother kid selalu pakai tu rsanya ada makna disebaliknye..Al fatihah utk arwah kak nin..🤲🏻🤲🏻🤲🏻

  • @ALQATRAZZ
    @ALQATRAZZ 2 роки тому +14

    apabila King of Tremolo berbicara melalui gitar, pastinya banyak hati yg akan terusik.. Teruskan berkarya abg Kid!! love itttt 🔥🔥🔥 ❤️❤️❤️

  • @acacegorgon5041
    @acacegorgon5041 2 роки тому +13

    Speechless aku dgn instrumental yg ada soul sebegini.. melayang, sayu dan sadis. Bagi aku ini instumental yg ada cerita nya tsendiri.. syabas dan terbaik utk Kidd Search..

  • @izarfaizal7041
    @izarfaizal7041 2 роки тому +8

    MEREMANG
    Innalillah untuk Allahyarhamah kak nin,moga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

  • @DiAwanBiru86
    @DiAwanBiru86 2 роки тому +15

    Sedap best.... Yg pertama adalah rasa.., bohong lah kalau yang dengar tak ada rasa sentuhan ini... Perasaan diluah kan segalanya melalui petikan Dr jari jemari kittos

    • @putraandikamohdakmalfauzi9348
      @putraandikamohdakmalfauzi9348 2 роки тому +6

      Betul tu... Sy baru lepas play video ni kat kedai kopi... Sahut sorg dlm usia 65th "mendayu, sedih, ada rasa.." padahal dia tak tau pon sapa yg main guitar dan dia tak minat sgt muzik...

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +4

      @@putraandikamohdakmalfauzi9348 wahh.. ini membuktikan bahawa sentuhan KID SEARCH bisa menyentuh perasaan seluruh lapisan masyarakat, tak kira jantina.. tak kira usia..

  • @zahasaltiga9636
    @zahasaltiga9636 2 роки тому +11

    untuk seketika,diriku seolah berada di dimensi lain..solo ini amat menyentuh perasaan.

  • @fattahmuzakka2783
    @fattahmuzakka2783 10 місяців тому +10

    Kid ni main dgn hati dia....tu yg sedap dgr

  • @fadzalieemohd4391
    @fadzalieemohd4391 Рік тому +11

    Kid tak perlu speeding laju2 mcm gitaris2 lain.. Tp stiap solo kid feel dia smpai.. Stiap yg dtg dari hti akan smpai ke hati..kita dh boleh agak instrumental ini dicipta utk siapa 😢😢

  • @taliblateh4481
    @taliblateh4481 2 роки тому +14

    Sebak dan sayu mata pun dah masuk habuk bila hayati lagu ni. Kid dedikasi lagu ni buat arwah isterinya.

  • @kalakay89
    @kalakay89 2 роки тому +21

    SPEED : ❌
    SOUL : ✅
    FEEL : ✅
    Permainan guitar brother Kid memang lain dari guitarist lain, bukan speed yg dikedepankan, melainkan Soul & Feel yg menjadi khas dari beliau. Good luck!

    • @wanbazooka115
      @wanbazooka115 2 роки тому +3

      Betulll bro, semua solo kid feel dia lain mcm, smpai terusss...mmg suka tone n feel kid...

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +3

      setuju bro.. ibarat Kid sedang memandu kereta di kawasan tanah perkuburan,.. atau memandu Ferrari di kawasan kampung/sawah padi, tak perlu speeding.. bawak relax2 menikmati pemandangan yg indah... itulah Kid..
      laju dia pada tempatnya.. bukan laju suka2 sbb nak show off.. sbb tu mesej lagu ni sampai, ramai nanges, terkenang orang2 yg dah takde.. Kid dah bagi "rasa".. Al Fatihah utk arwah Noraznin Yusuf❤️🌹❤️🌹

    • @bilengnopew4448
      @bilengnopew4448 2 роки тому +3

      Kat Malaysia ni hanya kid yg paling minat

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +2

      @@bilengnopew4448 sama la kita

    • @ujangwangsa
      @ujangwangsa 2 роки тому +2

      setuju bro.... bukan cakap saja2 tangkap nangis yg biasa kita dengar... this is real...
      berapa ramai matrock meleleh air mata rockers dgr solo ni...
      sama la ngan aku... x yah bayangkan... mmg melodi ni sampai mesej lambaian terakhir. 😭😭😭

  • @shamsulkamarsahkadri5292
    @shamsulkamarsahkadri5292 2 роки тому +11

    This tribute is too touching... Terasa tangisan abg Kidd...

  • @agttt
    @agttt 2 роки тому +11

    hanya satu tiada dua.. itulah pasangan adik beradik din dan kid.. sentuhan kid bukan biasa2.. kita hanya mampu dengar bunyi petikan gitarnya.. tapi belum tentu memahami perasaan sedih bila dia sendiri yang mainkan lagu ni.. semoga diberi ketabahan dan kesihatan yang berpanjagan buat bang kid.. legend dari segala legend

  • @EMARTTV
    @EMARTTV 2 роки тому +11

    "Lambaian" utk arwah isterinya 🥹 penuh syahdu, semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh
    آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

  • @haidinhussin7280
    @haidinhussin7280 2 роки тому +11

    Dalam tak sedar..solo Kid paling byk aku copy utk praktis..padahal mlut aku kata Joe Branko adalah inspirasi ptama.Ternyata solo2 Kid lebih banyak aku belajar dari Joe.. Arrangements lagu ni cantik.

  • @rustambinmulud5876
    @rustambinmulud5876 2 роки тому +14

    Dal byk byk karya solo gitar kid..ramai dari kami amat meminati solo lagu sound terbaik..cintaku hilang bisanya..buatlah mcm lagu ni..nak sound sebijik kaset..lanyak cukup cukup solo gitar tanpa vokal utk lagu cintaku hilang bisanya...karya emas kid..idea yg tak terjangkakan..lu mmg lajen sebenar..bukan sebutan bibir..tp sebutan jiwa yg mengenal seni halus bunyi terbaik...genius dan idea lain dari lain dan amat sedap dan lu mmg juara sound...

  • @IDEASTRATEGICCHANNEL
    @IDEASTRATEGICCHANNEL 2 роки тому +10

    Utk Arwah Kak Nin (isteri Abg Kid)... Al-Fatihah

  • @gegakgempita7776
    @gegakgempita7776 2 роки тому +14

    Yang ni naik lagi satu level, bukan lejen tapi EPIK..

  • @imzekchannel553
    @imzekchannel553 Рік тому +14

    Guitarist Malaysia yg full of soul..itulah Kid..tiada galang gantinya

  • @ritz2243
    @ritz2243 2 роки тому +13

    Terima ksh kpd Din & Kid yg betul2 memperjuangkan bukan utk nama tapi legasi nama besar Search itu sendiri, dulu kini & selamanya 😊

  • @fadzalieemohd4391
    @fadzalieemohd4391 Рік тому +10

    Feel dia mesti smpai kehati pendengar.. Itula kelebihan kid..teknik tak berapa byk tp feel smpai.. Saya kalo takda mood nk praktis gitar, saya akan tgk video2 kid atau joe branko dlu..msti mood nk praktis gitar tu dtg.. Tak tahu la nk sebut aura kid n joe branko ni mcm mna.. Lain dri yg lain..

  • @safwanjohan6642
    @safwanjohan6642 2 роки тому +13

    Sebak sngt dngr lagu ni...Kita faham Dan memahami erti kehilangan... semoga bro kid sentiasa tabah...kami sentiasa di belakang anda...

  • @saudinhandu2760
    @saudinhandu2760 2 роки тому +10

    Konsert rooftop dr segi sound, show jd benchmark utk mna artis/kumpulan buat konsert

  • @royyusof5534
    @royyusof5534 2 роки тому +12

    petikan gitar Kidd seolah sdg menceritakan sesuatu..bunyi yg boleh dirasai.. brilliant piece of music..

  • @ardi.salasa
    @ardi.salasa 2 роки тому +16

    KALI KEDUA AKU KOMEN: Tiap kali aku dengar petikan gitar KID - LAMBAIAN sambil baca komen.. otomatik airmata memgalir. Tak pernah aku dengar apa jenis lagu sekali pun yang mampu buat aku jadi begini. Semoga Bro Kid selalu prektis dan mainkan lagu SEARCH sama macam dalam kaset untuk persembahan konsert nanti. Bro Kid adalah kunci utama selain Amy Search untuk kumpulan SEARCH.

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +1

      ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : ua-cam.com/video/c0_uCjDlZ58/v-deo.html

  • @pakcuusf7710
    @pakcuusf7710 2 роки тому +12

    Sejujujur sy kata,lepas search dgn dendez,sy mula minat abg kidd,pendengar setia search kata petikan soud muzik abg power tangkap jiwa ia terbukti benar.muzik ni sentuh hati sy..sy byk kali dgr tau.

  • @rustamsyah9798
    @rustamsyah9798 Рік тому +14

    Amponn Bang Kidd menjunjung keLangit cintaMu smg Allah ridhaiMu "Bongkar semua Khazanah Sangar Yg anda tlh bangun seUsiaMu di Panggung Dunia Melayu saat mn mutiara itu direnovasi sbgmn sehrsnya dgn kualitas Bintang diLangit, berikan yg terbaik bagi khalayak Search saat ini hgga Allah u Alam dlm ketetapanNya
    (Gass kencang) u Fans Search semata ❤️💯🇲🇨

  • @chik7759
    @chik7759 2 роки тому +14

    *_Menikam Di Hati..Menitis Airmata Apabila Solo Guitar Seakan Berbicara_* 🥺🥺🔥🔥🤍🤍

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +2

      ''Lambaian'' cover by Kader Khaos : ua-cam.com/video/c0_uCjDlZ58/v-deo.html

  • @nilamsufi2014
    @nilamsufi2014 2 роки тому +9

    Bayangkan bermula dari gersang kamudian search hingga kini berapa banyak solo melodi telah dihasilkan oleh gitaris legand ini sebagai khazahah seni terpahat dalam industri muzik tanah air semoga terus diberi kesihatan dalam meniti senja

  • @imritz26
    @imritz26 2 роки тому +14

    Berair mata bila dgr🎧petikan intrumental dari bro kid nie...Seyes memang terasa sayu sgt.....Tajuk Lambaian tu menguatkan luahan perasaan sakitnye rindu terhadap sesorg yg tersayang..

  • @adriachudai8904
    @adriachudai8904 2 роки тому +11

    Teringat pesan arwah Kak Nin😭"dik,lps ni abg ada byk projek..nnt tlg akak ya😊"
    Tapi........Kak Nin PERGI😭😭😭
    Kita hanya merancang,Tuhan yg menentukan🥺
    AL-FATIHAH 🤲🤲🤲Tenanglah akak disana🤲

    • @mrumia
      @mrumia 2 роки тому +4

      Allahu.. so sad..😭😭😭.. moga kak Nin tenang disana.. Al Fatihah

  • @vesfx791
    @vesfx791 2 роки тому +12

    Owhh bang kid...suara 🎸 Abang bagaikan isyaratkan kegundahan,kesedihan dan kehilangan *ketika kita harus merelakan sesuatu yg kita sayangi* itulah kasta tertinggi arti ikhlas😔

  • @rustambinmulud5876
    @rustambinmulud5876 2 роки тому +9

    Nak dengar sangat sangat kid solo live lagu cintaku hilang bisanya..nak bunyi sebijik kaset..atau tutorial utk dpt sound tersebut...smua yg cover solo lagu tu..tak jumpa real..permintaan dari peminat tegar...mudah mudahan....salute

    • @pickyjackal7283
      @pickyjackal7283 2 роки тому +2

      Ya setuju ..lagu sutera dan rayon pun sekali

  • @MAmil-nh7hy
    @MAmil-nh7hy 2 роки тому +8

    Sedih dgr lagu ni.....rindu kid pada kak nin.....diluah.melalui solonya.... alfatihah....utk kak nin.....Aaminnn....

  • @tastjohn1889
    @tastjohn1889 2 роки тому +9

    Melody yg keluar dari permainan gitar @BigKKidd memang dari hati, sampai sya sendiri pun sayu mendengar lagu ini..

  • @MohdYusoffBakarBakar
    @MohdYusoffBakarBakar 2 місяці тому +3

    Beliau solo dari hati nurani yg ikhlas untuk arwah isteri tercinta.

  • @SamngadimunDimun-cc2bd
    @SamngadimunDimun-cc2bd 9 місяців тому +8

    Dngrknlah lagu ni diwaktu mlm yg sunyi,lagi2 tgh brsendirian,pasti airmata akn melelh tnpa disedari..ini keunikn sentuhan seorg lejen brnama hamzah taib..xde pmain gitar Di Malaysia yg mmpu buat MCM kid buat .petikan gitarnya mnangis ...Kid is KING..

  • @antmad9147
    @antmad9147 Рік тому +14

    Lambaian ni lagu spesial untuk arwah isteri bigkid.. Semoga Allah ampunkan segala dosanya.. Aamiin

    • @mrumia
      @mrumia Рік тому +2

      Amin Ya Rabbal Alamin

  • @mohdazrambakaradambakar5189
    @mohdazrambakaradambakar5189 Рік тому +10

    Kiddin la Band Search sebenar selepas ada Amy keluar dari search. Ade suara saje tapi pemuzik bapok..dop sedak di dengar di ttelinga. Tp pemuzik kelas otai di akui sendiri oleh brader Joe Branko yg kid is no 1..utk konsert cari je penynyi yg boleh bawak lagu lagu yg di mainkan kiddin tu dah memadai. Dgn hadirnye Dandan dlm search..Mantap..terbaik!!!

  • @nizamkechek1150
    @nizamkechek1150 2 роки тому +15

    Lepas ni setiap konsert mesti selit instrumental ni..

  • @nuralif9299
    @nuralif9299 2 роки тому +14

    Dalam Malaysia ni saya memang peminat berat Kid dan Shahrul EKAMATRA. Dua-dua saya akan demam kalau dengar solo mereka.

    • @wannazirul1666
      @wannazirul1666 2 роки тому +5

      Makan ubat siap siap sebelum layan solo

    • @juanewanovic9953
      @juanewanovic9953 2 роки тому +3

      Dah bt pcr test lom

    • @mrumia
      @mrumia 2 роки тому +4

      Kid dgn Shahrul ni sepupu kan

  • @amaladdin2248
    @amaladdin2248 Рік тому +11

    Dengar kid solo hello kawan tak pernah puas,berulang kali dok ulang.

  • @zuhailizull7607
    @zuhailizull7607 2 роки тому +7

    Sayu bila dengar alunan muzik dan petik gitar bro kid.seolah mencerita kisah hidup seseorang

  • @OppoA-ik4ec
    @OppoA-ik4ec 2 роки тому +7

    Mang xdinafikan..sentuhan kid sgt menyentuh jiwaku ni..al fatihah istri tercinta kid search.

  • @Lepakseram
    @Lepakseram 2 роки тому +10

    Ada roh Abg kid sampai dalam jiwa 🔥🔥🔥
    Al Fatihah buat arwah isteri Abg kid semoga rohnya ditempatkan dgn org2 soleha amin..🥲

  • @zenkibnuahmadchannel5248
    @zenkibnuahmadchannel5248 2 роки тому +14

    Semoga bang kid tetap sehat....pengen rasanya nak jumpa... tapi apalah daya uang tak de 😀

  • @yusryahmad9767
    @yusryahmad9767 2 роки тому +10

    version Lambaian Dato Hattan padu...version Abam Kid 3000x terpaduuuuuu....love u 3000 !

  • @Tons3
    @Tons3 2 роки тому +9

    abang kid..terbaik..kita sebagai peminat kumpulan Search terus menyokong..maju terus kid..

  • @rahamitv5959
    @rahamitv5959 2 роки тому +8

    Cuba bayangkan , di sebuah konsert, dibanjiri ribuan fans , kid berdiri ditengah laluan , fans kiri kanan , dengan lampu trpadam, hanya lampu disuluh kearah kid bersama solo instrumental ni . perhhh

    • @shahrulanzai767
      @shahrulanzai767 2 роки тому +1

      Mcm konsert band band US ke

    • @rahamitv5959
      @rahamitv5959 2 роки тому

      @@shahrulanzai767 seem to be . Haha

    • @ALQATRAZZ
      @ALQATRAZZ 2 роки тому +1

      mcm music video Gary Moore - The Loner

  • @starfors6946
    @starfors6946 Рік тому +7

    Abang Kid and Din
    Aku selalu berdoa supaya Abang2 ni bisa bersatu lagi dengan Abang Amy .. Aamiin Ya Rabbalalamin

  • @khairulmk
    @khairulmk 2 роки тому +6

    Mcm luahan perasaan yg terkait dgn kejayaan konsert rooftop. Tahniah Kiddin dan line up Search yg lain.

  • @storyakmilabadinegara
    @storyakmilabadinegara 2 роки тому +12

    SEMOGA SEARCH KIDDIN 2022 TERUS BERJAYA DAN SEHAT SELALU BESERTA KELUARGA.
    SALAM METALLIZER INDONESIAN.
    THANK YOU BROTHER KID AND DIN.
    ROCK NEVER DIE

  • @muhammadnadzri7528
    @muhammadnadzri7528 2 роки тому +12

    Terbaeek..menjiwai..meruntun jiwa.. Rasa kehilangan.. Kerinduan.. Sedih dan Redha

  • @yonifzamri4480
    @yonifzamri4480 2 роки тому +8

    Search reborn kumpulan orang2 baik 😭👍salam serumpun 🇮🇩🇲🇾❤️❤️

  • @sapawimohdyusoff6997
    @sapawimohdyusoff6997 2 роки тому +10

    Idola..
    Tone sedap..
    Solo sentiasa soul n sangat² deep..
    Tak perlu speed..
    Guitarist bekarisma..

  • @latiffuzi5232
    @latiffuzi5232 2 роки тому +11

    Sampai kejiwa...mungkin perjalanan hidup abg Kid dgn penuh suka duka dan juga kejayaan konsert rooftop baru ini..teruskan berkarya Abg kid!!..🤘🤘

  • @glewo865
    @glewo865 2 роки тому +8

    *_Suara Hati Abang Kidd yg diluahkan dalam Petikan Gitarnya_* 🥺🥺

  • @meorfarhah4284
    @meorfarhah4284 Рік тому +11

    Betul2 teringat arwah Cik Nin..Semoga arwah Cik Nin bersama orang beriman..

  • @tokempat2164
    @tokempat2164 2 роки тому +7

    Tiada pengganti....petikan irama yg menusuk..hnya ade pd kid..

  • @asrimohamad9470
    @asrimohamad9470 7 місяців тому +7

    ❤sentuhannya masuk ke dlm jiwa,aku lahir 1988 sentuhan abg kid sebati dgn lagu2 search..terbaik🤟👍

  • @rustambinmulud5876
    @rustambinmulud5876 2 роки тому +16

    Ramai cuba cover solo gitar cintaku hilang bisanya..dpt sebijik tp feel tak sama..sound tak dpt sama..mereke dpt ikut sound 70persen sja...tak menepati kehendak halwa telinga dan halwa penjiwaan petikan magic lu hamzah....

    • @yusryahmad9767
      @yusryahmad9767 2 роки тому +3

      cintaku hilang bisa next concert Lejen Kid !

    • @muzzmuzz1482
      @muzzmuzz1482 2 роки тому +7

      Solo Nur Nilam Sari yang ramai cover kat youtube pun tak dapat feel camana Kid main. Even bagi kat otai cam Ritz Halim main note by note pun, feel tu rasa dlm 60% je.

  • @shahrilhadiabdulrahman6704
    @shahrilhadiabdulrahman6704 2 роки тому +7

    Menusuk syahdu mlayang trima ksih brader kidd buah tangan akan d kenang slagi hayat
    Smoga brader kidd sentiasa sihat,alfatihah buat arwah

  • @zamanismanman250
    @zamanismanman250 2 роки тому +13

    FTG CROMOK DLL UNDERGOURND.. Muzik Yang Gua Suka.. Apapun Dalam' Diri GUA Juga Ada Apa ITU Perasaan..JUJUR AIR MATA GUA KELUAR.. PENJIWAAN Segala MEMORI LAMA MENGUASAI SEKETIKA INGATAN GUA. Terima Kasih Pada Yang Mempoyokan GUA..SAYA..AKU..SALAM SENETIZEN UNTUK Yang Menyukai@Menyangi Abang KID.. Sesekali Cuba Dengar Lagu DREAM.. UNWANTED SON.. FTG.

  • @nasamustapha
    @nasamustapha 2 роки тому +10

    Instrumental meresap jiwa..Al-fatihah buat arwah Kak Nin(dibaca) 🤲
    🤘🤘🤘

  • @mohdzainimurad7056
    @mohdzainimurad7056 2 роки тому +10

    Apa yang terbuku diluahkan dgn solo "berhantu"..penuh roh & jiwa..only one king kid search in planet..Al Fatihah buat Almarhum kak nin..

    • @muhammadsafwan91
      @muhammadsafwan91 2 роки тому

      #nyatabukanillusi
      #namayangkaulupa
      #tehtarikkawmanis

  • @almamatokun
    @almamatokun 2 роки тому +11

    Petikan dia penuh soul

  • @musang1
    @musang1 2 роки тому +11

    ...petikan itu sungguh dalam menyentuh emosi sesiapa yg pernah alami...bkn skill yg mahu abang tampilkan tp melodi.. melodi yg sepi ... sedih ...dn terharu ..melodi sepi ini adalah terjemahan kepada kejayaan, kegembiraan dn penghargaan yg tak dapat diraikan bersama kerana cinta ini telah mati setelah yg paling memahani telah tiada lagi...

    • @cacophony5332
      @cacophony5332 2 роки тому +1

      'jom layan 'Lambaian'' cover by Kader Khaos : ua-cam.com/video/c0_uCjDlZ58/v-deo.html

  • @izwan_z_roslan
    @izwan_z_roslan 2 роки тому +8

    Syahdu betul solo uncle Kid yg merindui Arwah Isterinya .. mmg menusuk ke hati smpai sy pun teringat anak dan bini sekali dgr petikan solo ni 😭😭😭😭

  • @penggalikubur4937
    @penggalikubur4937 Рік тому +11

    Kid selalu dtg tempat aku… kid banyak kongsi kisah hidup dia dkt aku… seronok dgr

  • @akuaku8828
    @akuaku8828 2 роки тому +11

    Menangis aku dengar instrumental kid ini...

  • @bahagia650
    @bahagia650 Рік тому +11

    Sy jujur.. nti Deden Gonzales gabung Search baru sy tahu nama2 personil search. Sy skrg kagum dgn semua personil band search terutama buat Abang Kid dan Din. Kami tunggu konser di Indonesia 🙏🙏❤️

  • @samngadimun77jamal93
    @samngadimun77jamal93 2 роки тому +10

    Tiap mlm diwaktu aku sblum tdo aku mesti layan klip ni.. Mnangis aku trharu.. Petikan gitar kid bagaikn nyanyian yg sungguh syahdu.. Aku rasa sayu mcm aku dngr lagu uji rashid atau sudirman.. Huhuhu.. Mmg mnyentuh hati.. 😢😢😭😭😭

    • @driverhl9757
      @driverhl9757 2 роки тому

      Mungkin la lagu ni bole membantu jawapan soalan dlm kubo nanti🤣

    • @ALQATRAZZ
      @ALQATRAZZ 2 роки тому

      @@driverhl9757 Kid Search & family selalu mendoakan, selalu melawat kubur arwah,baca yasin etc..
      "Lambaian* ni sekadar luahan kerinduan pada arwah melalui seni melodi utk mengenang memori.. sepertimana selepas kematian Sudirman, Datuk Habsah Hassan menulis lirik lagu "Dir" nyanyian Rahim Maarof. ibarat puisi yg bermelodi..
      Jgn suka prasangka buruk. takkan semua amalan nak tunjuk dekat fb/media sosial? jgn komen melulu..
      Lirik Lambaian pun ditulis oleh kak habsah hassan.. arwah kak Nin pun kenal kak habsah hassan.. pernah bekerjasama.. lagu sekadar tanda ingatan.. luahan rasa
      m.ua-cam.com/video/cFfTtVD_DaU/v-deo.html

  • @yatshredder1828
    @yatshredder1828 2 роки тому +11

    Tanpa Lyric.. tp lebih mnyentuh.. yg ade kisah² pahit tu trus je dtg.. aduhh.. nk cover gak le..

  • @Jai-6959
    @Jai-6959 2 роки тому +9

    Semoga roh allahyarham Yazid dan allahyarhamah Noraznin di tempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin...

  • @runiekamsin1678
    @runiekamsin1678 2 роки тому +13

    Brotherly love from Kota Singa brother. Keep fighting for the sake of your music and what you believe in. We are behind you 1000%

  • @mohdamiril3833
    @mohdamiril3833 2 роки тому +9

    Simple n legend..the best one in Malaysia today..No doubt

  • @engkaumemangcute4467
    @engkaumemangcute4467 2 роки тому +13

    Semoga Allah panjangkan usia abang kid dan abang din

    • @mrumia
      @mrumia 2 роки тому +5

      Amin Ya Rabbal Alamin

    • @lekkoaja6851
      @lekkoaja6851 2 роки тому +1

      Allahumma aamiin ya rabbal alamin

  • @melodijiwachannel8970
    @melodijiwachannel8970 2 роки тому +10

    sayu nya petikan brader kid dalam lambaian meresap mesej yg nk disampaikan terbaik brader kid

  • @ArdiSalasa
    @ArdiSalasa 2 роки тому +9

    Untuk mereka yang telah kehilangan isteri tersayang:
    "KINI TIADA LAGI NASIHAT DAN LETERAN YANG SELALU AKU ABAIKAN"
    Tanpa ku sedari.. mata berkaca menahan sebak then terus ku biarkan airmata mengalir di pipi. Petikan gitar mengungkap kata rindu pada insan yg amat dikasihi lagi amat dirindui yang tak akan kembali lagi. Al-fatihah utk arwah isteri Kid. Semoga kid tabah dengan dugaan ini.

  • @shahrulazahari5436
    @shahrulazahari5436 2 роки тому +10

    Melodi ni ditujukan lambaian terakhir buat arwah isterinya....Syahdu betul bunyi instrument muziknya...feel sampai ke hati..Al fatihah buat isteri abg kid, moga rohnya berada dalam kalangan orang beriman..Amin

  • @talikuzut2426
    @talikuzut2426 Рік тому +7

    Baru dngar ni solo intrumen dri kud search.aku dri indonesia sdah lama suka sm grup search.sejak album pertama isabella.chord nya kid luar biasa.

  • @hitamputeh955Official
    @hitamputeh955Official 2 роки тому +7

    KING of King......Sentuhan yang menusuk jiwa....Seolah² bercerita apa yang sedang bergelora dijiwanya.....🌹

  • @danishz.
    @danishz. 2 роки тому +13

    tak payah gulung2 , mampu buat hati terusik

  • @asamadchannel5953
    @asamadchannel5953 2 роки тому +10

    Wow.. baru dengar hr ini.. terus trsentak hati ini... . menitis airmata lelaki ini...sebuah karya dr hati yg paling dlm.. tahniah Kid

  • @papavolen3367
    @papavolen3367 2 роки тому +5

    terbayang filem KAMI,.feel nya..lagu pelangi senja

  • @sagitariusazas8780
    @sagitariusazas8780 2 роки тому +11

    Alfatihah.... Untuk istri tercinta kid search.... Aamiin....

  • @ALQATRAZZ
    @ALQATRAZZ 2 роки тому +10

    tiba2 air mata mengalir 🥺🥺😭😭😭 lagu ni akan tingalkn kesan smpai bila2.. so touching!

  • @ijalbugisofficial3541
    @ijalbugisofficial3541 2 роки тому +6

    Dia punya feel lain mcm.. menusuk betul kedalam jiwa. Sedih mendengarnya. Seolah olah ada sesuatu benda yg ingin disampaikan melalui muzik ini..