Minyak Pelincir Boleh Hilang Walaupun Tak Bocor

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 26 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 458

  • @muhammadsyahrulnaim6273
    @muhammadsyahrulnaim6273 2 роки тому +21

    Setelah lama berdiri. Akhirnya Tuan Syarah mengambil keputusan untuk duduk di atas kerusi.

  • @rahman090266
    @rahman090266 2 роки тому +6

    Cara paling baik untuk memeriksa paras minyak hitam ialah sewaktu pagi iaitu sebelum enjin dihidupkan atau selepas enjin dihidupkan, sebabnya pada dua keadaan ini, paras minyak hitam sudah tentulah berbeza, jika diperiksa selepas enjin dihidupkan sudah tentu parasnya tak sama, selepas enjin dihidupkan parasnya sudah tentu sedikit kurang....

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 2 роки тому +2

    Assalamualaikum.. Mari sama-sama kita mengucapkan Selawat buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
    ‎ ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
    ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD🤗

  • @anassafwan7959
    @anassafwan7959 2 роки тому +20

    Inilah satu chanel automotif terbaik yang pernah Saya jumpa

  • @rafir15
    @rafir15 2 роки тому +16

    Keluarga saya banyak kena, selalu motor LC dengan Fz kalau selalu lenjan dan lupa check paras minyak pelincir memang engine jem la..

  • @pololubricantsmalaysia
    @pololubricantsmalaysia Рік тому +8

    Maaf prof, tiada niat untuk mengganggu channel prof, cuma nak berkongsi jika ada pengguna yang menghadapi masalah minyak enjin kurang, boleh cuba bertukar kepada minyak enjin baru yang lain yang berteknologi baru seperti API SP & ILSAC GF-6A yang Insya Allah boleh mengatasi masalah tersebut. Saya telah jumpa banyak pengguna yang berbuat demikian dan berjaya menyelesaikan masalah mereka, testimoni pun ada jika berminat. Sekali lagi saya mohon maaf atas post ini.

    • @ridwanabdkadir7964
      @ridwanabdkadir7964 Рік тому

      Ada contoh brand?

    • @pololubricantsmalaysia
      @pololubricantsmalaysia Рік тому

      @@ridwanabdkadir7964 brand Polo

    • @WRX-vl9vi
      @WRX-vl9vi 8 місяців тому

      Bos, API SP / CI boleh tak pakai?

    • @Anonymous_user1223
      @Anonymous_user1223 7 місяців тому

      Saya dah cuba guna minyak pelincir grade GF-6. Sama je minyak enjin tetap kurang. Enjin semua mmg takde leaking.

  • @stonecold3400
    @stonecold3400 2 роки тому +3

    Minyak adalah cecair...bila minyak terbakar dan alami kepanasan melampau minyak akan bertukar menjadi wap...konsepnya seperti kita masak/jerang air dalam cerek..

  • @zulfaizi8513
    @zulfaizi8513 2 роки тому +3

    Pernah kena kes minyak hitam kurang secara tiba2...sampai saya jem kepala siap nanyi lagu daripada steelheart "she's gone out from my car"...sekali cek rupa2nya...leaking dekat bahagian oil sum..servis2 ok dah sampai sekarang....bawa pun steady lancar je relaks tak risau..dah boleh karoke dalam kereta

  • @DrBoo-b9b
    @DrBoo-b9b Рік тому +1

    Tip mudah nak tngok injin kreta licking. Lepas guna kreta, letak surat kabar lama atau kotak yg dah x pakai tu rata kn lpstu simpan bawa injin. Esok pagi just tarik jer kotak tu, klu ada tompok2 merah tu mksd ny kreta anda dah period dah tu. 😅

  • @NazrenStoriesChannel
    @NazrenStoriesChannel 2 роки тому +32

    Saya no 449🤪🤪🤪🤪, enjin yg pakai turbo dan hp tinggi lebih cenderung untuk minyak pelincir hilang atau terbakar..

    • @akimiismail6304
      @akimiismail6304 2 роки тому +7

      Btl bila engine turbo atau hp tinggi tak kan kita nak bawak kereta rpm bawah 3000. Bila rpm tinggi mkin byk pergerakan dlm engine kn

    • @hariharen702
      @hariharen702 2 роки тому +4

      Bhp berapa tinggi bang kereta apa tu??

    • @NazrenStoriesChannel
      @NazrenStoriesChannel 2 роки тому +5

      @@hariharen702 subaru WRX V9 enjin 22B
      Dah kena banyak kali..tekan minyak memang sedap,tapi bila main high rev minyak pelincir dia bakar sekali...dulu masa baru lagi ingatkan enjin ada masalah,bila tanya owner² lain semua kata benda yg sama..start dari tu terus kurang rembat kereta... Mazda enjin rotary pun sama juga...

    • @mdhyekal
      @mdhyekal 2 роки тому +2

      😝😝🤪🤪🤪🤪

    • @HafidzHelmy
      @HafidzHelmy 2 роки тому +1

      Info best 👍🏻👍🏻👍🏻

  • @munawarseryati5264
    @munawarseryati5264 2 роки тому +2

    Sy beli kereta Honda Civic i vetc 2.0. First service tukar oil 10.000km. Ejen tak ambil kisal pun. Selepas itu saya pakai smi oil tukar setiap 5k/3 bulan. Oil filter yg ori boleh 2 x pakai. Sampai sekarang sdh 17 tahun, tiada kurang oil. Bila makenik buka head nak ganti seal terkejut dia tengok dlm bersih. Tapi jangan tiru mcm saya. Sy pun buat begini kerana sebab yg kuat.

  • @farizcuan9646
    @farizcuan9646 2 роки тому +3

    MasyaAllah bro...bro curahkan ilmu kepada kami smua...ilmu ni kmi akan ajar kepada org lain pula...bertambah la pahala kmu bro hinga ke akhir hayatmu .. MasyaAllah...beruntungnya dpt subscribe channel bro ni ..

  • @aminfadhli
    @aminfadhli 2 роки тому +2

    Dah Prof. Valve cover gasket licking dah bazir dah minyak hitam saye😂TQ prof

  • @letsdoitjustdoit9085
    @letsdoitjustdoit9085 2 роки тому +2

    Xpyah tgk video sir...dgr suare shje pown dh boleh paham....nmpk jalan crite yg sgt paham dn teratur mudah paham sir...mmg thorrrrrrrbaek sir....tq for infomation...

  • @tengkuafzal2992
    @tengkuafzal2992 2 роки тому +1

    yes baru kne haritu 2 hari sbelom gerak dh cek minyak hitam tngok ckup…dh gerak duk lenjan kt karak dgn tetibe cornrod berbunyi n enjin start loss power…paksa jgk lh gerak smpai ke genting sempah sbb lgi 5km je…brenti je kereta trus enjin mati sendiri…punca minyak hitam kering

  • @akiddd5596
    @akiddd5596 2 роки тому +6

    Disebabkan video2 abg, byk bende sy tau psl kete😂. Tq bang👍

  • @MZmz67
    @MZmz67 2 роки тому +35

    X3 tahun 2006 ada makan minyak hitam terutama sekali bila memandu jarak jauh. Saya dah check dan buat maintenance yang patut; gasket, cap, oil sump dll. Tiada kebocoran dilantai. Saya setuju dengan Prof, sebab piston dah haus dan ada gap sebab kereta tua. X3 ni ada sensor minyak hitam. Bila keluar signal sensor saya top up minyak hitam. Alhamdulillah, workshop saya berikan free topping minyak hitam. Dah lebih 10 tahun workshop ini jaga kereta X3 saya

  • @norizamdaud2894
    @norizamdaud2894 7 місяців тому +1

    Tips dia yg sy ikut sy cari maklumat syarikat pengedar kalau jenama castrol BHP tgok maklumat pengedar berdaftar. Dpt alamat dan nama dealer terus gi kedai penjual dan sy mintak nk tgok record on delivery order.. Bila mereka tunjuk maklumat yg sama dari alamat pengedar yg sama sbagsi contoh castrol dari bangunan berkembar petronas yg sama dgn maklumat yg di keluarkan..
    Sebenarnya itu semua di sebabkan dari pengalaman bekerja dgn syarikat penjual alat ganti ganti. Sy sbagai perkerja akan dpt D.o dari driver2 lorry yg nk hantar stock baru(delivery order) so dari situ lah sy dpt information maklumat bekalan dari mane dtg..

  • @aazrulismail9947
    @aazrulismail9947 2 роки тому +1

    Pak2 politik bawa2 la belajar dgn Prof cara brief pada kami camni. Faham dan buat kami tertunggu2 episod Seterusnya. 😊

  • @tiniegrace
    @tiniegrace 2 роки тому +1

    Semalam check minyak engine haaa dah tinggal suku ...cepat2 dulu..dan sekarang buka UA-cam ternampak video ni thanks for sharing.

  • @amchannel4536
    @amchannel4536 2 роки тому +6

    Alhamdulillah kereta iswara aeroback saya dah banyak tahun enjin tak ada masalah. Minyak enjin saya titik beratkan. Nak sayang 100 lebih nak melayang beribu ribu. Anda fikirlah sendiri. Ibarat kita goreng ayam, makin lama kita goreng minyak itu akan berkurangan didalam kuali. Begitulah minyak pelincir enjin

  • @kucengkuraps4157
    @kucengkuraps4157 Рік тому

    Nasib baik jumpa video ni.. sbb last service hr tu, minyak hampir penuh.. skrg check tinggal separuh.. rupanya ia mmg akn kurang, walaupn enjin x mkn minyak dan xde leaking..

  • @iqmalhamidi9626
    @iqmalhamidi9626 4 місяці тому

    terima kasih bang , datang sini sebab baru ja tadi timbul simbol kurang mnyak enjin 😂 tak leaking tapi tiber je timbul simbol

  • @muhammadhadif5822
    @muhammadhadif5822 2 роки тому +4

    Prof,nti buat penerangan pasal minyak brek dot 3,dot 4 dan dot 5.. Apa perbezaan antara tiga ni.

  • @kahar_diy3955
    @kahar_diy3955 2 роки тому +33

    Terbaik prof..👍..dan ada lagi faktor penyebab minyak bole hilang adalah minyak itu sendiri..proses oxidation..bergantung pada kualiti minyak itu sama ada cepat atau lambat proses oxidation bole berlaku..dan juga kualiti additive dlm minyak itu..ada minyak yg bole tahan 1 tahun atau 15000km tanpa minyak tu berkurang sehingga next service..sebagai cth minyak yg ada Ester atau PAO dan kualiti anti oxidation additive yg terbaik..

    • @rodsdk
      @rodsdk 2 роки тому +1

      ble bagi contoh brand minyak yg baik mcm tu tak? contoh mcm enoes ke, castrol ke..dll.tqtq

    • @pakwanchampion4018
      @pakwanchampion4018 2 роки тому

      ni dah masuk bab lain...prof xsmpai topik ni lg ..

    • @kahar_diy3955
      @kahar_diy3955 2 роки тому +6

      @@rodsdk dia sebenarnya bukan brand..jenis produk drpd brand tu..cth brand yg ada ester n pao yg sy pakai (Mizu, Chemlubes) kalau brand lain seperti Mannol, Castrol, liqy molly, Mobil dan byk lagi..bukan brand tapi jenis keluaran produk fully synthetic dan 100% synthetic, API SN, API SP..jgn paki API SM minyak teknologi lama mmg cepat kurang..

    • @emysufahlee20
      @emysufahlee20 2 роки тому +2

      @@rodsdk brand minyak x kisah , yg penting bahan dalam minyak tu kita nk kena tahu , semua minyak saya rasa okey cuma mahal atau murah je hahaha.

    • @syubemjournal6992
      @syubemjournal6992 2 роки тому +6

      @@emysufahlee20 setuju… sebab ada jenama yg claim mcm2 tp bila pakai minyak cepat burn…
      Sy bg contoh kereta sy sendiri. Proton saga blm 08.
      Dari dulu pakai shell helix semi 10w-40…. Total guna 4L, servis setiap 10000km(mileage terkini 340000km). Tiap kali drain sy ukur oil loss sekadar 30-70ml.
      Tp penah la layankan kawan2 support minyak dia jual…
      Katenye bole pergi lebih dari 10000km…
      Tp normal drain interval measurement buat oil hilang sampai 500ml…
      Paling best bukak rocker cover internal engine jadi cooper plated effect.
      Herm… kene pilih lubrication yg betul….

  • @apaisitodak1854
    @apaisitodak1854 2 роки тому +2

    Jelas penerangan Dr Hasbullah. Moga cepat Naik Prof Madya dan Professor penuh DS 54 @ Jusa C

  • @foxfaisal82
    @foxfaisal82 Рік тому

    Waja CamPro saya dah 18 tahun. Tolerance antara piston ring & piston wall memang dah besar. Minyak enjin hilang sebab tolerance besar tu, tapi saya tak sedar. Saya siap drive macam biasa sampai enjin barai. Saya sedar enjin barai pun sebab tiba-tiba enjin takde pickup & hasilkan bunyi bising. Sekarang saya tengah beratur tunggu giliran kat bengkel untuk major overhaul.

  • @mohdrajabrajabmeng5481
    @mohdrajabrajabmeng5481 10 місяців тому +1

    Apakah gred yg sesuai tuk kereta proton aerobak LMST 20w-50 shell helix adakah sesuai!?

  • @Baba_oya
    @Baba_oya 2 роки тому +1

    Saya pernah kena.. Pasir gudang pergi CAMERON HIGHLAND minyak hilang 1liter

  • @azrulsafee5705
    @azrulsafee5705 2 роки тому +7

    Assalamualaikum,saya peminat tuan.. penerangan sngt baik dan senang fhm.. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

  • @abangkarat2055
    @abangkarat2055 2 роки тому +6

    Prof idola saya...tq share ilmu kt kami prof..smoga prof sllu sht dan murah rezki..

  • @shahrulazri5133
    @shahrulazri5133 2 роки тому +6

    Ilmu yg sangat bermanfaat..baru saya tau knp minyak pelincir selalu kurang walaupun tiada kebocoran pd enjin kereta saya..terima kasih prof👍

    • @blues4478
      @blues4478 Рік тому

      Samalah..sebab perasan kereta begitu n bukak utube study..Nilah kot jawapannya..

  • @cealsterj5354
    @cealsterj5354 2 роки тому +13

    Minyak pelincir juga boleh berkurang disebabkan daripada tekanan engine yang keluar dari lubang breather hos engin.selalunya lubang breather akan bersambung dengan throttle body dan menyebabkan throttle body kita kotor disebabkan minyak pelincir.

    • @nurulnadia2099
      @nurulnadia2099 2 роки тому +1

      Install OCT

    • @ladam2356
      @ladam2356 2 роки тому +1

      Boleh tutup tak hos tu? Kerap juga jumpa throttle body kotor ni

    • @ladam2356
      @ladam2356 2 роки тому

      @@nurulnadia2099 mcm mana tu boleh jelaskan

    • @khairulhelmihashim2510
      @khairulhelmihashim2510 2 роки тому +2

      @@ladam2356 , tak boleh tutup sebab kalau ditutup/tersumbat tekanan dalam enjin tak dapat dikeluarkan menyebabkan gasket2 akan bocor ('leaking').

    • @nurulnadia2099
      @nurulnadia2099 2 роки тому +1

      @@ladam2356 Dekat shopee ada jual.. oil catch tank

  • @qawiable
    @qawiable 2 роки тому +1

    Ape akan jadi kalau over fill??
    Prof lepas ni buat topic pasal formula E.

  • @testingaccount6733
    @testingaccount6733 2 роки тому

    Pengguna Mitsubishi triton 2021 bnyk mengeluh pasal ni...pakai kete tak sampai setahun minyak enjin dh pandai kurang...call tanya sc katanya normal pening gak... alhamdulillah triton sy cek dipstik takde kurang lagi...normal tu normal gak jgn sampai pecah enjin sudah tak sempat next service

  • @shahrezajohannoor1698
    @shahrezajohannoor1698 2 роки тому +3

    Enjin diesel,semulajadi minyak itu bersifat juga sebagai lubrikasi. Apakah ini satu kelebihan?

  • @seribusakura9021
    @seribusakura9021 2 роки тому

    Baru tau engin oil pun di spray dlm silinder selama ni ingatkan piston dip oil bawah.

  • @kkhalifah1019
    @kkhalifah1019 Рік тому +1

    Evaporative losses ni sebenarnya memang diambil kira terutama sekali bila minyak enjin perlu melincirkan & menyejukkan turbo yg gilababi panas. Sebab itulah setiap enjin ada PCV valve yg salurkan kandungan wap minyak enjin dlm crankcase masuk kat intake valve utk dibakar.
    Sy kurang percaya bila manufacturer kata boleh jalan 10000km sebelum perlu tukar minyak enjin. Setidak-tidaknya owner masih perlu check oil level setelah 5000km. Kalau dah kurang sgt smp perlu top up banyak, mungkin berbaloi ditukar terus minyak enjin walaupun tanpa menukar filter.
    Sy ingat dulu Mobil 1 pukul canang tahan 100,000km.... pundek punya penipu.... manufacturer kereta mana yg sanggup bagi warranty x tukar minyak enjin smp 100,000km? Kalau 100,000km dah lama kering minyak enjin kot...

  • @fathuddinzainuddin1906
    @fathuddinzainuddin1906 2 роки тому +2

    0:44 apa tu ASMR! ?

  • @myrulsufi
    @myrulsufi 2 роки тому +1

    Prof leh buat video pasal piston slap dan macam mana leh jadi x🥺

  • @ZailanDin-mb9eg
    @ZailanDin-mb9eg Рік тому +1

    Wish d4, minyak enjin apa yg terbaik.. t/k

  • @aziq2250
    @aziq2250 2 роки тому +1

    Cuba terankang pasal perbezaan minyak fully synthetic,mineral dan semi prof

  • @darksideloneliness73
    @darksideloneliness73 2 роки тому

    Boxer..wankel.. dan sebagian enjin bmw ada yg mkn minyak itam. Kurang2 180-300ml kompem ade.
    Sbnrnya tak payah tukar enjin pon takpe.. asalkan silinder enjin di bore ikot spek dan pakai sleeve silinder. Tp...agak mahal sket la sbb bleh pakai up power tergantung jns kod jenis aluminium sleeve

  • @hafizakmar7999
    @hafizakmar7999 2 роки тому +1

    Esok la saya cek minyak hitam.. Ni dah malam la prof.. 😂

  • @amyrul_honeybee6743
    @amyrul_honeybee6743 2 роки тому

    Engine sy dah 4x jem n ni kali ke4 block baru....tak tahu laa nape terlalu cpt sngt engine jadi panas n lambat tuk sejuk🤦🤦 sedangkan minyak 3minggu sekali check...tapi tetap kena jugak.. bocor pun xde... sekarang ni memamg betul² double careful dah 2x top overhaul 😩

  • @wadyadams4912
    @wadyadams4912 2 роки тому +1

    Assalam tuan. Nanti cerita pasal steering dan komponen berkaitan dan apa yang biasa rosak.

  • @ahmadnizarisyrafothman8898
    @ahmadnizarisyrafothman8898 2 роки тому +1

    prof nk tanya.. kenapa tayar dah isi angin yang betul tapi still nampak kempis mcm kurang angin

  • @saifuddinmerecikchanel7026
    @saifuddinmerecikchanel7026 2 роки тому +2

    TERIMA KASIH ATAS PERKONSIAN ILMU ENCIK

  • @syahmie7509
    @syahmie7509 2 роки тому +1

    Cooling system perlukan air/coolant
    Engine perlukan lubricant oil

  • @sabbridarwis4629
    @sabbridarwis4629 2 роки тому +1

    mohon masukkan sekali peranan kepekatan minyak mampu mempengaruhi minyak hitam dari hilang, walaupun xde bocor. tq tuan

  • @emorider6804
    @emorider6804 2 роки тому

    and lgi satu moto 4stroke yg tkder water cooling.. and hnya harapkan oil and air cooling and lubrication sahaja.. mmg cpt kering.. sbb mnyk leh tersejat... sbb panas sgt.. dh ler panas.. pastu satu mnyk 4t tu kene jaga semua sekali.. dari gearbox dgn engine skli

  • @khairilwalijan1261
    @khairilwalijan1261 2 роки тому +2

    prof, bahas kenapa cecair power steering boleh berkurangan. terima kasih.

  • @kumpauchannel4423
    @kumpauchannel4423 2 роки тому +1

    Prof bole terangkan kenapa drum brake masih releven dari brake disc bt msa sekarang ni...

  • @draddan7275
    @draddan7275 2 роки тому +2

    Salam Tuan. Bagaimana pula jika minyak transmission pula yg kurang? Tiada kebocoran. Minta penjelasan Tuan. Terima kasih

  • @_Jenaka_
    @_Jenaka_ 2 роки тому +1

    Ty for this video bang. Boleh lebih bljr lagi. Sbb sya automotif

  • @ameerhanaffi383
    @ameerhanaffi383 2 роки тому +1

    Saya baru je lepas service kete mggu lepas😅...utk 10k yg pertama..

  • @rashidsintam5146
    @rashidsintam5146 2 роки тому +1

    Salam Hasbullah, trma ksi atas info yg sngat brguna. Saya nk brtanya, hasbullah tau ka berapa upah tukar lampu dpan grand livina. Tukar sebiji.. Trima ksi

  • @khairulnaimi5947
    @khairulnaimi5947 2 роки тому +6

    Tq atas ilmu dan penjelasan yg jelas dari prof👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

  • @silverbullet3422
    @silverbullet3422 2 роки тому

    Malas nak check sebab enjin dah minta overhaul tu. Baik motor, baik kereta dua dua sama. Minta overhaul. Block calar, piston ring haus. 😌

  • @chaare9084
    @chaare9084 2 роки тому +8

    Terima kasih prof atas perkongsian ilmu. 🤗🤗☺️☺️

  • @faridzmohd6511
    @faridzmohd6511 2 роки тому

    Kereta conti paling kerap eo hilang.smggu skli kena cek n top up mnyak

  • @emorider6804
    @emorider6804 2 роки тому

    yup.. mcm engine 2stroke especially yg perlu fuel mix mcm mesin rumput, moto..klau tkder 2t.. isi petrol jer.. mmg pakej nk jem la..tpi kos rebulid tk mhl sgt.. biasanya jem panas, calar or plg teruk piston berlubang ..🤣 bnda ni leh berlaku gak kt moto 4t..

  • @din3087
    @din3087 2 роки тому +2

    Terima kasih Dr atas perkongsian ilmu... Macam mana kereta bmw service interval dia 1 tahun boleh tahan minyak berkurangan disebabkan terbakar?

  • @apiq998100
    @apiq998100 Рік тому +1

    Terbaik Tuan ,,,, done subcribe..... Nak tanya Tuan ,,sy guna NISSAN Grand Livina 2010 ,,,, dah 10 tahun ,,,,, perasan bebrap hari engine pandai macam putus minyak/ Fuel Filter sumabt tpi tak kuat ,,,,, sekali cek ,,,adoii DIP Stick Minyak Hitam dia di bawah LOW - Tapi dia belum samapi ke alam lampu tu menyala ,,,,, masih OK tak tue TUAN????

  • @ridwanabdkadir7964
    @ridwanabdkadir7964 Рік тому

    Enjin 2AZFE kat Rav4, Alphard, Estima, Camry dan Harrier kebanyakkan berlaku hilang minyak. Takde simptom kebocoran. Kes saya akan hilang 1 liter/1000km😢

  • @myeg841
    @myeg841 7 місяців тому

    minyak tak hilang bang dia ada dekat situ jadi carbon lama-lama makin tebal kalau minyak tu naik atas piston nanti keluar asap sebab ada benda terbakar dalam.

  • @superbirdfpv
    @superbirdfpv 2 роки тому +2

    Sentiasa support...channel paling terbaik dan sentiasa dinanti2kan

  • @stray_j4
    @stray_j4 2 роки тому +3

    Terima kasih prof untuk perkongsian ini

  • @PRINCE-ju7rk
    @PRINCE-ju7rk 2 роки тому +1

    Salam prof, nk tnye, sy pakai minyak 15w40 dan engine saya ok dan xde kurg minyak tapi kalau sy pakai 5w40 kenapa minyak boleh hilang ye, bocor xde, yg beza minyak 15w40 ok bila 5w40 boleh kurang dan hilang, boeh Prof jawabkan. Tq Prof

  • @mohdfarishmddarji3989
    @mohdfarishmddarji3989 2 роки тому +5

    Pernah berlaku, ada leaking pada oil seal dan tukar piston ring, dh ok

  • @ZastavaM78
    @ZastavaM78 2 роки тому +1

    Tq Prof atas penerangan.Tadi sya check penuh lgi sbb kurang bwk.Tapi keta saya ade masalah wiring bhagian A/C.bila sya on A/C kipas A/C dgn kipas radiator Tak berfungsi tapi blower A/C ade dgn button A/C on.Tapi bila saya sambung wayar kipas A/C dgn kipas radiator ke bateri dia elok berfungsi takde rosak.Boleh Tak Prof terangkan masalah mcmni.Saya hargai sangat kalau Prof dpt terangkan.

  • @9Black9Tiger
    @9Black9Tiger 2 роки тому +1

    Salam Prof.. Boleh tak buat segmen untuk motor? Motor saya bergerak 100-200 km sehari.. Minyak hitam die selalu kurg.. Ada ckp sbb motor terlalu panas boleh kurg minyak hitam.. Betulke? Sedangkan takde bocor.. Exhaust pun tak berasap

  • @melonlemon93
    @melonlemon93 2 роки тому

    alamak,,tengok sini pun ada assignmnt..ingat zaman kolej je ada..haha

  • @myzss84
    @myzss84 2 роки тому

    Saya baru kena, tp minyak masih di paras baik. Dah p check di sc, flywheel oil seal leakage. Akan bawak utk repair sebab masih dalam warranty.

  • @hafizinali894
    @hafizinali894 2 роки тому

    Trbaik prof👍👍..sy pernah biar sampai setahun 8 bulan myak hitam kreta sy..jarang naik biasa sminggu sekali je naik tu pun pusing2 bandar jee..dah 8 thn pakai kia rio masih dgn minyak petronas syntium 5W-30

  • @muhammaddzulkarnain338
    @muhammaddzulkarnain338 2 роки тому +1

    Prof bg assignment pulakkk,satu kerja pulak aku nk pergi check mlm2 ni

  • @fitrilockyou9852
    @fitrilockyou9852 2 роки тому +1

    Abg crita sejarah relly bang

  • @khairulamirul9962
    @khairulamirul9962 2 роки тому +1

    Prof blh terangkan product engine oil flush

  • @zamribinhashimhashimbinwas5630
    @zamribinhashimhashimbinwas5630 2 роки тому +2

    Terima-Kasih Prof ilmunya..😨😨😨🙂🙂🙂👍👍👍🐈🐱

  • @kakigame9521
    @kakigame9521 2 роки тому

    Klu bab motor, motor Y15ZR yg aku pkai plg gila skali hilang myk itam.. kdg2 hilang smpai 500ml. Gila.. seram nk lajak smpai 2.5k km tiap servis. 2kali dh turun enjin. Motor manja nk mampus... Standard je pon.. Enjin LC135 lama aku lg lasak..

  • @moygigi7839
    @moygigi7839 2 місяці тому

    prof kalau valve seal bocor mmg x sempat interval tukar myk.

  • @meezan7074
    @meezan7074 2 роки тому +1

    Boleh beri info kenapa kereta ada pcd 114.3 pcd 100 pcd 113 apa beza dan apa akan terjadi kalau kita tukar pcd asal kereta kita pergi pcd size lain-lain? terima kasih

  • @astronomilovers6997
    @astronomilovers6997 2 роки тому +1

    Terbaiklah sir banyak ilmu yang saya belajar dari channel ni done subscribe

  • @firdausarbaan7482
    @firdausarbaan7482 2 роки тому +1

    Tuan,Service porting dalam engine kereta berapa kos agaknya.

  • @mohdmalrohazem9837
    @mohdmalrohazem9837 2 роки тому +1

    Cikgu...kalau convert wira ke evo...performance tetap sama tak?saya dlm planning nk convert wira ke evo 9 dan myvi ke tommy kaira

  • @mohdazhar2478
    @mohdazhar2478 2 роки тому

    Alhamdulillah.. Tk psl assignment ni, comfirm tak ada leaking takat ni..
    Tk jga dgn ilmu yang dikongsikn, semoga bermanfaat bersama..
    Tq prof.,moga terus sukses & dipermudahkan segala urusan..
    Aamiin...🤲

  • @jemyempire6817
    @jemyempire6817 2 роки тому

    Kte sy sblm ni pkai mnyk ptronas ok je.. Skg bru first time pkai mnyk proton.. Lps dkt 9k km chek mnyk kering.. Adoi😅

  • @mohdradzi8402
    @mohdradzi8402 2 роки тому +4

    2016 Perodua Bezza 1.3 liter
    - Guna pelincir gred 0W20
    - Service interval 10,000 kilometer
    - Pada takat 8,000 km, pelincir masih berbaki 80%.
    - Padang takat 10,000 km, baki pelincir turun kepada 70%.
    - Mujurlah ngam2 dah sampai masa untuk servis.

    • @mohdfarishmddarji3989
      @mohdfarishmddarji3989 2 роки тому +1

      macam cepat jugak kurangnya bagi enjin baru.....kaki lejan ke

    • @shaiksulaiman2858
      @shaiksulaiman2858 2 роки тому

      Kereta axia saya pun sama juga, kena top up, dan tiada leaking

  • @farnzawesome
    @farnzawesome 2 роки тому

    Kereta sy civic enjin d16 klau tkar mnyk hitam.. mula2 sbln tu ok x kurang.. lama skit dia start kurang.. lg lama minyk hitam tu lg cepat dia kurang..n memng ada peluh2 mnyk hitam bhgian head.. prnh tnya pomen ktanya bkn pnca.. Biasanya sy beli ja 5 litr trus.. gred 10w40..

  • @mrjoe7944
    @mrjoe7944 2 роки тому

    Encik Hasbullah..mcm mane pembakaran diesel berlaku dlm enjin? Xprasan lah video encik pnah buat ke tidak pasal ni.

  • @zainnazrai
    @zainnazrai 8 місяців тому

    Betul ke pemahaman saya, kalau masalah leaking ni kos repair nya tak semahal repair masalah cylinder wall calar? Sebabnya leaking ni dikira masih luar enjin, dan kalau piston calar ni akan kena overhaul. Mohon pencerahan

  • @ahmadfaizal6022
    @ahmadfaizal6022 2 роки тому +2

    Imformasi yg terbaik👍🏻👍🏻...

  • @adibfikhrullah1520
    @adibfikhrullah1520 2 роки тому +3

    Mantap prof👍👍

  • @izzatzaiton7261
    @izzatzaiton7261 2 роки тому

    Proff saya dah buat assignment prof, next video harap ada assignment jugakkkk

  • @ahmadfaizalishak3250
    @ahmadfaizalishak3250 2 роки тому +1

    Macam gel diantara tulang ditubuh kita...😉

  • @mohdshukri1450
    @mohdshukri1450 2 роки тому +7

    Info yg baik prof 👍 . Harap lepasni prof boleh buat video cara untuk kurangkan risiko kehilangan kereta kereta panas. Dan pemilihan diesel b7/b10. TQ prof 😊

    • @pololubricantsmalaysia
      @pololubricantsmalaysia Рік тому

      Salah satu cara ialah cuba minyak pelincir lain tuan. Sekarang dah ada minyak berteknologi baru yang sesuai untuk enjin lama.

    • @kucengkuraps4157
      @kucengkuraps4157 Рік тому

      ​@@pololubricantsmalaysiablh bg contoh x? Wira minyak apa yg sesuai?

    • @pololubricantsmalaysia
      @pololubricantsmalaysia Рік тому

      @@kucengkuraps4157 Polo SynMax 5w-30

  • @emorider6804
    @emorider6804 2 роки тому

    5:50 so bermakna engine modern 4stroke yg bukan oil burning pun akn kurang la kan..

  • @gajimurasan8158
    @gajimurasan8158 2 роки тому +1

    perkara sama jadi kat saya . kereta civic fd2 . setiap kali saya check mesti bawah minimum

    • @v3rstyl3
      @v3rstyl3 2 роки тому

      Sahabat baik enjin vtec ialah corong minyak🤣 tak kira model lama atau baru kalau kaki kick in vtec mesti ada corong dalam bonet

  • @mohamadfaizal6205
    @mohamadfaizal6205 2 роки тому +1

    Bagus laaa Dr.. sye lupa nk check.. nasib bagi assignment.. huhu

  • @samvanquish8169
    @samvanquish8169 2 роки тому

    Video sebelum ni pasal saiz tayar myvi..yg kali ni pulak buku jadual servis myvi😆😆..harap2 tercapai impian prof nk amek supercar malaysia ni..🤣