MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-18 (MKK-18) UMPSA 2023

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 сер 2024
  • GAMBANG, 20 Oktober 2023 - Majlis Konvokesyen Ke-18 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menyaksikan seramai 4,854 graduan bagi tahun 2023 yang terdiri daripada graduan doktor falsafah (70), sarjana (161), graduan sarjana muda (2,181), ijazah dual (34) dan diploma (961) serta graduan program pembelajaran sepanjang hayat UMPSA Advanced (1,447) yang menerima ijazah dan diploma masing-masing yang berlangsung pada 21 hingga 24 Oktober di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang.
    Daripada jumlah tersebut, seramai 81 orang adalah graduan antarabangsa yang terdiri daripada 14 buah negara.
    Hadir mempengerusikan sidang media memperkenalkan graduan penerima anugerah, Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
    UMPSA raikan 4,854 graduan konvokesyen mulai Sabtu ini
    Pada hari ketiga (24 Oktober 2023), Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin juga akan menyampaikan ijazah kepada graduan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) seramai 811.
    Manakala seramai 1,447 graduan UMPSA Advanced bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing.
    Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, kebolehpasaran graduan UMPSA berjaya melepasi 98 peratus iaitu 98.67 peratus mendapat pekerjaan.
    “Pihak universiti juga berbangga dengan pencapaian penyelidik apabila seramai 21 penyelidik UMPSA tersenarai sebagai World’s Top 2% Scientist (released by Elsevier BV, Stanford University),” katanya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan para graduan.
    Malahan, seramai empat penyelidik UMPSA turut dianugerahkan sebagai Top Researchers Scientists Malaysia (TRSM) 2023 oleh Akademi Sains Malaysia.
    Mereka adalah Profesor ChM Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim dan Profesor Dr. Chong Kwok Feng daripada FSTI, Profesor Ts. Dr. Jolius Gimbun daripada FTKKP dan Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran a/l Kadirgama daripada FTKMA.
    Sesi penganugerahan 2023 Conferment of ASM Fellowship & Recognition of Top Research Scientists Malaysia (TRSM) telah berlangsung di Resort & Hotel Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Sejak majlis konvokesyen yang pertama pada tahun 2006, UMPSA telah melahirkan seramai 39,664 graduan dalam pelbagai lapangan pengajian sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah.
    Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

КОМЕНТАРІ •