EPIC PINK OKTOBER 2023'

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 січ 2024
  • Bulan Oktober dan riben bersilang merah jambu cukup sinonim dengan kempen kesedaran kanser payudara. Bagi menyuarakan sokongan buat kempen tersebut, EPIC Berhad telah mengadakan program ‘PINKTober Visit 2023’ yang merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi menyantuni pejuang-pejuang kanser payudara di Pusat Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
    Rombongan syarikat yang diketuai oleh Encik Rusdi Ngah, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Keselamatan Kumpulan EPIC, dan Haji Mohd Sukeri Muhammad, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan EPIC, telah disambut oleh Dr. Dzawati Amalin Basemin, Timbalan Pengarah Perubatan HSNZ, dan juga Dr. Norhisham Muda, Ketua Jabatan Pembedahan HSNZ.
    Selain mendengar perkongsian pengalaman melawan kanser, pihak syarikat berkesempatan mengagihkan hamper buah-buahan dan kek cawan, simbolik sokongan moral, kepada pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan dan juga kepada petugas-petugas hospital yang bekerja keras memberikan sokongan perkhidmatan di sana. Di akhir kunjungan, EPIC Berhad turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pusat Rawatan Harian HSNZ dengan harapan dapat membantu usaha memupuk kesedaran tentang penyakit tersebut.
    EPIC Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak HSNZ, khasnya Pusat Rawatan Harian HSNZ, atas kesudian menerima kunjungan pihak syarikat. Bersama-samalah kita berganding bahu dalam menghapuskan stigma penyakit tersebut. Buat mereka-mereka yang sedang berjuang melawan kanser payudara, kami doakan agar perjalanan anda untuk sembuh dipermudahkan. Insya-Allah.
    #EPIC
    #EPICBerhad
    #EPICGroup
    #HSNZ
    #PinkOktober2023
    #PINKToberVisit2023

КОМЕНТАРІ •