EPIC GCEO Engagement with PAC

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 31 тра 2024
  • EPIC Berhad bersama-sama anak syarikat telah mengadakan program ‘EPIC GCEO Engagement with PAC’ bagi mengukuhkan hubungan dan jalinan rangkaian perniagaan. Bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, sesi libat urus ini melibatkan wakil-wakil daripada 10 Kontraktor Pengendali Petroleum (PAC).
    Ketika sesi tersebut berlangsung, Ts. Haji Muhtar Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, berkongsi perkembangan semasa syarikat selain perancangan pembangunan serta projek-projek terkini oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) di Kemaman Supply Base (KSB) dan Kuala Terengganu Support Base (KTSB), perkembangan projek pembesaran Pelabuhan Kemaman dan aktiviti-aktiviti EPIC OG Sdn Bhd (EOG).
    Turut diadakan perbincangan dua hala interaktif berkaitan kolaborasi HSSEQ, penambahbaikan operasi serta kerjasama komprehensif ke arah memastikan semua inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
    Pihak EPIC Berhad menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program dan berharap dapat terus mencipta nilai tambah bersama rakan perniagaan serta para pelanggan sambil menjana kemajuan signifikan bagi industri minyak dan gas menerusi penawaran dan perkhidmatan syarikat.
    #EPIC
    #EPICBerhad
    #EPICGroup
    #PBKSB
    #EOG
    #KSB
    #KTSB

КОМЕНТАРІ •