Kota Iskandar - Iskandar Puteri Johor Bahru - JOHOR

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 16 жов 2024
  • Sejarah
    Ia mula diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007. Iskandar Puteri merupakan bandar baru yang dibentuk di Daerah Johor Bahru dengan banyak pembangunannya yang kini sedang berkembang pesat.
    Pembangunan Iskandar Puteri merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
    Pembangunan di atas kawasan seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan komponen-komponen seperti Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (KOTA ISKANDAR), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu. Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia. Kedudukannya yang hampir dengan tiga pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.
    Kota Iskandar
    Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Kota Iskandar merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar. Ia dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.
    #kotaiskandar
    #kotsiskandarputeri
    #iskandarputeri
    #iskandarputerijohor
    #johorbahru
    #johor

КОМЕНТАРІ • 11