Siti Nurhaliza - Cindai(Official Lyric Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 вер 2024
  • “Cindai” merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. “Cindai” juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur”. Yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru.
    Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit. Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk; lagu di dalam album yang mempunyai nama yang sama dengan tajuk album.
    Album “Cindai” merupakan album pertama beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pencipta lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih.
    Album yang di lancarkan pada 17 November 1997 ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum.
    Trivia tentang Cindai
    1. Lagu ikonik ciptaan Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun ini merupakan single pertama yang di lancarkan untuk mempromosikan album tradisional pertama Siti Nurhaliza ini.
    2. Keseluruhan lagu "Cindai" ini menceritakan tentang kekecewaan seseorang yang cuba untuk bermandiri dalam hidupnya walaupun banyak dugaan mendatang.
    3. Secara bahasa, "Cindai" itu membawa maksud sejenis kain atau dalam lagu ini lebih kepada Pontianak ataupun lembaga, tetapi cindai itu boleh dianggap seperti seseorang yang sangat berduka dan mengasingkan diri kerana Cindai itulah hantu yang tak boleh dilihat, jadi dia cuba menganggap dirinya seperti hantu kerana orang lain sudah tidak memperdulikannya lagi dan dia rasa dirinya sudah mati akibat kekecewaannya.
    4. Muzik video Cindai menjalani penggambaran di Melaka Bandaraya Bersejarah, terutamanya di tinggalan pintu Kota A'Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).
    5. Lagu ini juga dipersembahkan oleh beliau sewaktu majlis penutupan Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.
    6. Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan "Cindai" sebagai sebahagian daripada medley lagu zapin daripada bersama-sama dengan "Mahligai Permata" dan "Ya Maulai" pada pengakhiran segmen Irama Malaysia konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London. Beliau juga menyampaikan lagu yang sama di Konsert SATU beliau pada 26-28 Julai 2009 di Istana Budaya, sebagai sebahagian daripada medley tradisional.
    7. Pada 5-7 Julai 2013, semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, beliau menyanyikan "Cindai" yang diberikan gubahan baru oleh Syed Sharir Faisal Syed Hussein.
    8. Beliau juga menyanyikan lagu "Cindai" yang diberikan gubahan baru oleh Ruslan Imam semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013.
    9. "Cindai" juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) yang dinyanyikan oleh penyanyi dari negara China, Chien Bai Hui dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui berpendapat bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.
    10. Lagu yang mula popular pada tahun 1997 ini masih dianggap lagu malar segar, malah ‘berhantu’ sehingga kini. Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut, termasuk sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak. Menurut penulis liriknya, Haiul Anuar Harun yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu, hampir keseluruhan seni kata lagu "Cindai" berbentuk pantun dengan setiap pembayang dan maksudnya selari dengan apa yang ingin disampaikan. Walaupun di dalam pantun, senikata lagu Cindai menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti metafora, paradoks, hiperbola, paralelisme, epizeukis dan aliterasi.
    11. Impak lagu "Cindai" ini kepada industri muzik Malaysia amatlah besar sehinggakan ia berjaya merangkul anugerah Juara Lagu dan Juara Kategori Etnik Kreatif pada Anugerah Juara Lagu 1998.

КОМЕНТАРІ • 158

  • @kavinair8894
    @kavinair8894 2 роки тому +102

    Cindailah mana tidak berkias
    Jalinnya lalu rentah beribu
    Bagailah mana hendak berhias
    Cerminku retak seribu
    Mendendam unggas liar di hutan
    Jalan yang tinggal jangan berliku
    Tilamku emas cadarnya intan
    Berbantal lengan tidurku
    Hias cempaka kenanga tepian
    Mekarnya kuntum nak idam kumbang
    Puas ku jaga si bunga impian
    Gugurnya sebelum berkembang
    Hendaklah hendak hendak ku rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah tidak tidak ku daya
    Tingginya tidak terlawan
    Janganlah jangan jangan ku hiba (rasa sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
    Merajuk bukan berpanjangan
    Akar beringin tidak berbatas
    Cuma bersilang paut di tepi
    Bidukku lilin layarnya kertas
    Seberang laut berapi
    Gurindam lagu bergema takbir
    Tiung bernyanyi pohonan jati
    Bertanam tebu di pinggir bibir
    Rebung berduri di hati
    Laman memutih pawana menerpa
    Langit membiru awan bertali
    Bukan dirintih pada siapa
    Menunggu sinarkan kembali
    Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah tidak tidak ku daya (rasa sayang)
    Tingginya tidak terlawan
    Janganlah jangan jangan kau hiba (rasa sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
    Merajuk bukan berpanjangan
    Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah (tidak tidak ku daya)
    Tingginya tidak terlawan
    Janganlah jangan jangan kau hiba (aduh sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah (bukan bukan ku pinta)
    Merajuk bukan berpanjangan

  • @AdistiArul
    @AdistiArul 11 місяців тому +30

    Siti nurhaliza sangat terkenal di hati masyarakat indonesia ,lagu nya yes❤

  • @syafiqahauliya7702
    @syafiqahauliya7702 2 роки тому +24

    Cantik lirik dia sangat berseni. Tak semua org mampu buat lirik yg penuh tersirat mcm ni. Penulis lirik sekarang banyak yg biasa2 je

  • @abahtunggaraabahtunggara1622
    @abahtunggaraabahtunggara1622 Рік тому +3

    DATUK SITI NURHALIZE VERY BUSY🤭😘😘😘😘🌈🌈🌈🌈💝🍸🍸🍸🍸🕌🕋🙏😇
    MOMS🤲🤗😂😂😂😂
    SUDAH JADI IBU IBU🤭

  • @tokgajah7131
    @tokgajah7131 Рік тому +14

    Tokti nyanyi live lagu ni masa abg ayie dia kawin kat kuala lipis dulu.saya ada hadir masa tu.cantik sgt orgnya wey🥰🥰

  • @mbonroliez6727
    @mbonroliez6727 Рік тому +14

    Siti nurhaliza,artis malaysia yang terkenal dan banyak penggemarnya di indonesia.😊

    • @Ms.Dear9690
      @Ms.Dear9690 8 місяців тому

      Tok ti ❤ mmg kesayangan kat Indonesia ❤❤❤

  • @sitiaminah6499
    @sitiaminah6499 Рік тому +8

    david nizar,,,,,,,,,,,,,,,,,,,love,,,,,,,,,,,,,,,,,siti nurbaya

  • @petersonjambi3009
    @petersonjambi3009 Рік тому +11

    Bgs tdk diragukan lagi soal olavokalnya keren abis

  • @HelikopterKopter
    @HelikopterKopter Рік тому +9

    Semua lagu mu sangat menghibur hati ku semoga sulalu berjaya ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

  • @ahmadmujahidin7932
    @ahmadmujahidin7932 Рік тому +10

    Salam dari sulawesi selatan hadir mendengarkan lagu nya enak banget

  • @cucukamarudin8973
    @cucukamarudin8973 2 роки тому +122

    Zaman ke skang ni lagu nak biat lirik macam ni..berpuisi camni..yang ada pun still orang2 lama jugak..budak2 baru aq tngok xde yang nyanyi lagu berpuisi macam ni....zaman berganti,budaya semakin menghilang

    • @suistaliaishak7088
      @suistaliaishak7088 Рік тому +4

      Setuju..lgpun skrg org x fhm puitis2 ni

    • @humbaemarakancung7043
      @humbaemarakancung7043 Рік тому +1

      Tenang...tenang.....lagu ini akan enak didengar sepanjang zaman.
      Dan para pencipta lagu muda akan bermunculan dgn lirik lirik yg abadi.

    • @IrmaSafitri-q5n
      @IrmaSafitri-q5n Рік тому

      ​@@suistaliaishak7088kalau knn

    • @evisepriana4343
      @evisepriana4343 Рік тому

      E

    • @HadiMasbuchin
      @HadiMasbuchin Рік тому +1

      Lagu ini sangat bagus sastra dan bait2nya,waktu aku di Johor hingga keliling sampai tawao dan perjalanan2 hingga U pandang lagu sering ku putar

  • @antotea2
    @antotea2 3 роки тому +17

    💯 saya suka lagu ini

  • @nurmuhammadbinabdullah
    @nurmuhammadbinabdullah Місяць тому +3

    "Cindai" adalah istilah yang berasal dari budaya Melayu dan memiliki beberapa makna bergantung pada konteks penggunaannya:
    Kain atau Kain Sutera Halus:
    "Cindai" sering merujuk kepada sejenis kain sutera halus yang biasanya digunakan untuk pakaian tradisional atau aksesori seperti selendang. Kain cindai terkenal kerana kehalusan dan keindahannya, sering kali dihubungkan dengan kaum bangsawan atau orang yang berstatus tinggi.
    Lagu "Cindai":
    "Cindai" juga adalah judul sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, seorang penyanyi terkenal dari Malaysia. Lagu ini menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan liriknya membawa makna mendalam tentang perasaan cinta dan kesetiaan, serta nasib dan takdir yang sukar diramal.
    Simbolik:
    Dalam konteks simbolik, "cindai" boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang halus dan berharga, namun mungkin juga rapuh atau sensitif. Ia sering dikaitkan dengan keindahan dan kelembutan, tetapi juga dengan cabaran atau dugaan dalam kehidupan.
    Secara keseluruhan, "cindai" mengandung makna yang kaya dan berlapis, mencerminkan kehalusan budaya dan tradisi Melayu.

  • @MZMA85
    @MZMA85 Місяць тому +2

    Arwah Pak Ngah sedang memandu kereta bersama isteri & anaknya
    Tiba tiba ilham melodi datang
    Pak Ngah hentikan kereta & suruh isteri dan anaknya diam seketika
    Selepas hafal melodi & gubah guna keyboard
    Maka terhasillah Cindai

  • @yunussudibyo9766
    @yunussudibyo9766 2 роки тому +9

    Kalaulah ada penyanyi cantik,dialah yg tercantik.

  • @Leosolos
    @Leosolos 2 роки тому +4

    People who don't know : 😀😃😄😄
    People who know: 💀💀💀💀💀💀💀💀

  • @wulanayu2543
    @wulanayu2543 Рік тому +6

    Kemaren pas aku wisuda lagu pentas seni nya lagu ini.
    Dan alhamdulillah semua sukaa tarian nya

  • @sagisagi5758
    @sagisagi5758 Рік тому +2

    Terbalik label tu. Music: Pak Ngah, Lyric: Hairul Anuar Harun baru betul

  • @arifzack6926
    @arifzack6926 2 роки тому +19

    Kalau lagu irama tradisional ni, lagu 'cindai' ni masuk dalam list aku. Dengar dari kecik sampai sekarang.

  • @kecekei4493
    @kecekei4493 Рік тому +6

    Mantap lagunya...salam dari maluku ambon👍👍👍

  • @hanzain2699
    @hanzain2699 3 роки тому +2

    Cam x tepat je
    Music: Hairul Anuar Harun
    Lyric: Pakngah
    ??????????????
    Terbalik tu

  • @puteridoyoung2676
    @puteridoyoung2676 2 роки тому +6

    malam minggu nyanyi bareng teman2 seru banget😭😭😭😭👍

  • @masribuyung6281
    @masribuyung6281 Рік тому +5

    Buat saya rindu kampung dirantau negeri orang.

  • @SaifunNiam
    @SaifunNiam 3 роки тому +7

    Lagu CINDAI sepanjang masa

  • @monisaaslinda3389
    @monisaaslinda3389 Рік тому +9

    Dari kecil udah jatuh cinta sama lagu ini bahkan sampai detik ini🙂

  • @kucinglalabong
    @kucinglalabong Рік тому +2

    dan kalau gak salah dia adalah istri kedua... atau yg merebut suami orang kalau gak salah dulu begitu gosipnya.

  • @sriharyati6517
    @sriharyati6517 4 місяці тому +4

    Lagu cindai lagu kesuksesan saya

  • @budihuwawei8208
    @budihuwawei8208 Рік тому +4

    Cinday,,, lagu toop banget, oke, kidemang lgb/bk, hadiiir, pas,

  • @frost_arlenofficial7132
    @frost_arlenofficial7132 Рік тому +9

    Irama melayunya buat aku rindu negara jiran

  • @mohdazwan8890
    @mohdazwan8890 3 роки тому +13

    Suka dngr lagu nie 🤩🤩

  • @er.gunawan
    @er.gunawan 3 роки тому +69

    Di Bandung, Indonesia, lagu ini sering dipilih untuk ujian praktek kesenian di Junior High School sebagai lagu Melayu. Disamping lagu Hindustan, Oriental, dan lain-lain, Cindai dipilih untuk Melayu nya 👍👍 sebagai fans Dato' Sri Siti, saya sih bahagia sekali bisa belajar di kelas sambil nyanyi lagu-lagu beliau wkwkwkwk

  • @chairulkusnan9577
    @chairulkusnan9577 5 місяців тому +2

    Cindai Siti Nurhalizah, Mantul coyy Keren.... 👍👍👍👍👍⭐⭐⭐⭐⭐💙💙💙💙💙🌹🌹🌹🌹🌹🌻🌻🌻🌻🌻🍀🍀🍀🍀🍀❤❤❤❤❤😍😍😍😍😍😘😘😘😘😘😊😊😊😊😊😷😷😷😷😷

  • @mulyadisyufriatna7229
    @mulyadisyufriatna7229 3 роки тому +4

    Lirik grip alur cerita lagu memegang cahaya secepat kilat dan menangkap gaib kasad mata dengan ....daaaaarr halo hai..!

  • @sandiubaidillah1991
    @sandiubaidillah1991 3 роки тому +5

    CINDAI

  • @ajisaputra6368
    @ajisaputra6368 3 роки тому +5

    Assalamualaikum src lagu ini bag lama 😀😊

  • @aprillaqinasyaarfani2657
    @aprillaqinasyaarfani2657 Рік тому +6

    lagu melayu itu identintik dengan pantun. mantap.

  • @GozaliAbdulAzis
    @GozaliAbdulAzis Рік тому +4

    paling suka lagu ini irama melayu..

  • @syifaaofficial5135
    @syifaaofficial5135 2 роки тому +4

    Sedap

  • @venikunalanveni1561
    @venikunalanveni1561 3 місяці тому +2

    Masa dulu i dengar lagu ini dari TV 3 sampai skrg i suka lagi lagu ni.

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 3 роки тому +32

    Terbaik SRC... terbaik Dato' Seri Siti Nurhaliza... popularnya lagu ni 👍..

  • @Suntencifia
    @Suntencifia Рік тому +5

    Suka sama suaranya ❤

  • @dickiaprian9776
    @dickiaprian9776 8 місяців тому +2

    puisi, pantun, syair menjadi satu. wow

  • @hartini2434
    @hartini2434 2 роки тому +2

    Assallamu'allaikum Warhmrullhi Wabrktuh, Selmt Siang Semuanya, Msya Allah Merdunya Suara IDOLAku, DATUK Siti Nurhaliza, Smfa Sukss dgn Lgu2 Indah, Semga Idola ku, Dt Siti Nurhaluza Sellu Senantiasa Dlm Lundgn ALlah SWT, Amiin Ya Rabball Allamiin mks🤝🤲🙏👍🤜🤛👌💃💃

  • @AisyiSiaisyi
    @AisyiSiaisyi 7 місяців тому +1

    Cantik sekali lagi ya

  • @Paktani25
    @Paktani25 11 місяців тому +2

    Salam dari sukabumi

  • @ibnijalibrahim5573
    @ibnijalibrahim5573 Рік тому +9

    Lagu nie pernah top di zamannya .. Sehingga bnyk budak sekolah pada masa dahulu yg hafal lirik lagu nie.. Masih mndngr 2023..

  • @niponkanyason3596
    @niponkanyason3596 3 роки тому +4

    รอๆ ครับผม 👍👍👍💯💯

  • @hakimsolemanharahaphakim4245
    @hakimsolemanharahaphakim4245 Рік тому +1

    Saya penasaran apa sih maksud dari lagi ini,kek nya seram

  • @fadlifirza6695
    @fadlifirza6695 5 днів тому

    Salam dari Tanah Banjar Kalimantan Selatan indonesia

  • @ritasusanti6132
    @ritasusanti6132 Рік тому +3

    ❤❤❤😘🌺👍🔥

  • @merrymeriana8363
    @merrymeriana8363 3 місяці тому +1

    Alahai kene nyanyi lagu ni rupanya cikgu suruh😮

  • @aljimalfaisal4063
    @aljimalfaisal4063 6 місяців тому +1

    di Filipina lagu raya datok siti Nurhaliza terkenal aku bangga degan malaysia punya penyanyi yang suara nya sedap ❤❤❤❤

  • @harygamming1071
    @harygamming1071 Рік тому +1

    Sblm upin ipin tenar ini

  • @badrulmunier7890
    @badrulmunier7890 Рік тому +2

    Sajak dan syair Melayu yang bagus enak di dengar

  • @sitiamirah7711
    @sitiamirah7711 Рік тому +3

    18.12.22❤️

  • @sunvulcansunvulcan5337
    @sunvulcansunvulcan5337 10 місяців тому +1

    Cindai during the 1998 Commonwealth Games Closing Ceremony

  • @KontenaKontena-n3k
    @KontenaKontena-n3k Місяць тому

    Lagu penuh dengan pergertian dan pengaran

  • @annisahijab1422
    @annisahijab1422 2 роки тому +2

    Bagus banget lagu ini aku juga lagi latihan nari pake lagu ini soal nya aku mau tari di sekolah SD mau naik kelas2 doa in aku yah semoga bisa naik kelas amin

  • @titinask9014
    @titinask9014 23 дні тому

    Lagu sindai saya ada ditanjung pinang batam

  • @faizah4420
    @faizah4420 Рік тому +1

    Bu4t n4ri2 bgus y gyus lguny4 💖💟🕌😁

  • @gulammamu5160
    @gulammamu5160 3 роки тому +9

    Tahniah Dss Nurhaliza Terbaik mantap 💖💖💖❤❤❤💝💝💝

  • @DanilZulkhairi
    @DanilZulkhairi 18 днів тому

    Macam lagu pengantin

  • @IrwanSaputra-iw7nn
    @IrwanSaputra-iw7nn Місяць тому +1

    Mantap lirik nya❤

  • @fatimahmustar5534
    @fatimahmustar5534 Рік тому +2

    Q paling SUKE lagu ini walaupun SDH lama.👍😍

  • @niesaawaazir
    @niesaawaazir 2 роки тому +3

    klasik 💎

  • @noraneko8242
    @noraneko8242 10 місяців тому

    Cindai artinya apa?

  • @Avc395
    @Avc395 Рік тому +2

    Kalo dengar lagu bernuansa melayu hatiku trsa berbunga bunga...ingat tempo itu aku di kuala lumpur dari tahun 2001 smpai 31 agustus 2002 sangat rindu akan gadis2 melayu

  • @appleberry7068
    @appleberry7068 4 місяці тому

    Candy
    Cindailah mana tidak berkias
    Jalinnya lalu rentah beribu
    Bagailah mana hendak berhias
    Cerminku retak seribu
    Utta
    Mendendam unggas liar di hutan
    Jalan yang tinggal jangan berliku
    Tilamku emas cadarnya intan
    Berbantal lengan tidurku
    Nuyy
    Hias cempaka kenangan tepian
    Mekarnya kuntum nak idam kumbang
    Puas ku jaga si bunga impian
    Gugurnya sebelum berkembang
    Fahmi
    Hendaklah hendak hendak ku rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah tidak tidak ku daya
    Tingginya tidak terlawan
    Candy
    Janganlah jangan jangan ku hiba (rasa sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
    Merajuk bukan berpanjangan
    Utta
    Akar beringin tidak berbatas
    Cuma bersilang paut di tepi
    Bidukku lilin layarnya kertas
    Seberang laut berapi
    Nuyy
    Gurindam lagu bergema takbir
    Tiung bernyanyi pohonan jati
    Bertanam tebu di pinggir bibir
    Rebung berduri di hati
    Fahmi
    Laman memutih pawana menerpa
    Langit membiru awan bertali
    Bukan dirintih pada siapa
    Menunggu sinarkan kembali
    Candy
    Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah tidak tidak ku daya (rasa sayang)
    Tingginya tidak terlawan
    Utta
    Janganlah jangan jangan kau hiba (rasa sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah bukan bukan ku pinta (rasa sayang)
    Merajuk bukan berpanjangan
    Nuyy
    Hendaklah hendak hendak kau rasa (rasa sayang)
    Puncaknya gunung hendak ditawan
    Tidaklah (tidak tidak ku daya)
    Tingginya tidak terlawan
    Fahmi
    Janganlah jangan jangan kau hiba (aduh sayang)
    Derita hati jangan dikenang
    Bukanlah (bukan bukan ku pinta)
    Merajuk bukan berpanjangan

  • @MilaTuzakiya-nf4xn
    @MilaTuzakiya-nf4xn 17 днів тому

    Sedap niyan..❤

  • @secretsoul6882
    @secretsoul6882 5 місяців тому

    Ada kekeliruan pada informasi. Muzik oleh Pak Ngah, lirik oleh Hairul Anuar Harun. Tertukar kt situ

  • @fikriismail
    @fikriismail Рік тому +1

    Semangat terus lanjutkan terus

  • @ezjoyrivera5320
    @ezjoyrivera5320 3 роки тому +8

    sedap di dengar terbaik

  • @kathydavies4589
    @kathydavies4589 4 місяці тому

    Chindai meaning???

  • @madimadikeluarga5480
    @madimadikeluarga5480 9 місяців тому

    Janji janji saya 𓆉﷽al rahman al rahim mylive slow penyu mymoney work ok 🚩

  • @saifulahcoy2168
    @saifulahcoy2168 3 роки тому +2

    Lama pulak..❤❤

    • @saifulahcoy2168
      @saifulahcoy2168 3 роки тому

      @Sailormoon Etental : The Movie 2021 jom mari arr..CINDAI..wohh!lawa awek nyanyi lagu nih..❤❤

    • @saifulahcoy2168
      @saifulahcoy2168 3 роки тому

      @Sailormoon Etental : The Movie 2021 ia laa..1998'kita jumpa awak kt HQ haa haa..oOh sayangku'Ummmuah muahh i love you❤❤

  • @AmirSaefudin-d7b
    @AmirSaefudin-d7b Рік тому +1

    Sukses slalu!

  • @ayipsyaefulloh1858
    @ayipsyaefulloh1858 8 місяців тому

    Inget seseorang jika mendengar lagu ini .😢 Apa kabar nya kau disana seseorang yang di pulau anambas? ,semoga baik baik saja 🤲
    Banten,02 Januari 2024

  • @setapakcalisthenicsclub2472
    @setapakcalisthenicsclub2472 3 роки тому +2

    ❤❤❤❤❤🥰🥰

  • @praba4036
    @praba4036 Рік тому

    Dah ketahui bab zaman.. Baik ct nyanyi lebih Best pada tarikh taip..2023 sekian lagu Kum kum Lama ulang imbas ke bahasa malayasia

  • @cashmere07
    @cashmere07 3 місяці тому

    0:43 2:28

  • @hjsalmanhjmohdrashid204
    @hjsalmanhjmohdrashid204 2 роки тому +1

    Cindai nyanyian Siti Nurhaliza

  • @titinsuhartinah3198
    @titinsuhartinah3198 4 місяці тому

    😮😮😮

  • @rrq_benjol
    @rrq_benjol 5 місяців тому

    ☺☺

  • @jesnitirogumantijimain514
    @jesnitirogumantijimain514 5 місяців тому

    Gamba dato kat sini sebijik muka afiyah

  • @Lito1601
    @Lito1601 2 роки тому +1

    ☺ 🌍

  • @Lito1601
    @Lito1601 2 роки тому +1

    ☺ 🌍

  • @muhammadfaisal5612
    @muhammadfaisal5612 9 місяців тому

    Vibenya lagi ngambil nasi diprasmanan 😁

  • @Yanobless
    @Yanobless 4 місяці тому

    Terimakasih untuk jasa mu...pada ku......🙏🙏

  • @Berita-24Today
    @Berita-24Today Рік тому

    Seperti ustazah

  • @gulammamu5160
    @gulammamu5160 3 роки тому +2

    🙏🙏🙏

  • @sadgirl5661
    @sadgirl5661 3 місяці тому

    Bahasa Malaysia sangat lembut,,

  • @WeweOii
    @WeweOii 4 місяці тому

    Kofifah angkat pinggul

  • @archertrap6949
    @archertrap6949 Місяць тому

    lagu berhantu..

  • @nursyahirahfalzloveee6748
    @nursyahirahfalzloveee6748 3 роки тому +1

    虐啊呀介绍发两张里侧

  • @songkokgajahduduk5872
    @songkokgajahduduk5872 3 місяці тому +3

    Lepas bawak lagu ni, tapi confirm demam, sebab tinggi woiiiiiii hahahaha

  • @triayuastuti
    @triayuastuti 8 місяців тому

    cara downldnya gimana

  • @MayuniZaris
    @MayuniZaris 4 місяці тому

    ❤❤❤❤ Cantik

  • @GiginGigin-vc6wd
    @GiginGigin-vc6wd Рік тому

    fatwa pujangga

  • @MuhammadAkbar-um4wr
    @MuhammadAkbar-um4wr Рік тому

    Cinda😊

  • @Ferryagustaff
    @Ferryagustaff 2 місяці тому

    I LOVE THIS SONG...❤