Siti Nurhaliza Kesilapanku Keegoanmu (Official Lyrics Video)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 14 тра 2024
  • “Siti Nurhaliza” atau lebih di kenali sebagai “Siti Nurhaliza II” ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit.
    Tiga single utama album ini, “Aku Cinta Padamu”, “Wajah Kekasih” dan “Bisikan Asmara” menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, “Aku Cinta Padamu” tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1997 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-5.
    Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.
    Sepertimana album “Siti Nurhaliza I”, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza. Album “Siti Nurhaliza II” dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013. Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).
    Trivia tentang "Kesilapanku Keegoanmu"
    1. Selain "Aku Cinta Padamu", "Kesilapanku Keegoanmu" adalah sebuah lagi lagu hasil gandingan pasangan LY dan Baiduri yang mendapat tempat di dalam album ini.
    2. Merupakan single keempat yang di lancarkan untuk tujuan mempromosikan album ini.
    3. Hampir 11 tahun selepas pertama kali di lancarkan, lagu ini menjadi siulan ramai semula apabila "Kesilapanku, Keegoanmu" dijadikan sebagai lagu tema drama TV Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose yang bersiaran di Astro Ria. Lagu "Aku Cinta Padamu" juga digunakan sebagai muzik latar drama ini.
    Lyric
    Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
    Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
    Kau cuba menyatakan aku
    Menbuat kesilapan
    Yang tak mungkin kau maafkan lagi
    Ku tak mungkin kau perlu di sisi
    Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
    Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
    Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
    Dan terbakar oleh perbuatanmu
    Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku
    Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
    Waktu begini diusik kenangan silang yang bertandang lalu ku biarkan
    Ia menabahkan hati ini
    Kekasihku cukup engkau buat ku begini
    Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
    Aku masih cinta padamu
    Aku masih setia padamu
    Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
    Di dalam rindu ku menangis
    Di dalam kalbu ku terasa
    Teringatmu di kala derita
    Yang memisahkan kita
    Di dalam sendu ku berseru
    Yang terukir dalam hatiku
    Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
    Aku cinta kepadamu
    Kekasihku cukup engkau buat ku begini
    Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
    Aku masih cinta padamu
    Aku masih setia padamu
    Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
    Di dalam rindu ku menangis
    Di dalam kalbu ku terasa
    Teringatmu di kala derita
    Yang memisahkan kita
    Di dalam sendu ku berseru
    Yang terukir dalam hatiku
    Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
    Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
    Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
    Kau cuba menyatakan aku
    Menbuat kesilapan
    Yang tak mungkin kau maafkan lagi
    Ku tak mungkin kau perlukan lagi disisi

КОМЕНТАРІ • 3

  • @SailorChibiMoon141
    @SailorChibiMoon141 Місяць тому +4

    Lsgu Air mata Ibu siti nurhaliza

  • @Qu3st_Qu33n
    @Qu3st_Qu33n 9 днів тому +1

    Ku cuba menyatakan anda membuat kesilapan dan typo pada subtitlesnya. 😁