myMECHSPROS- Mechanical Student Project System

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 сер 2023
  • myMECHSPRO - Mechanical Student Project System
    sites.google.c...
    Kursus Projek Akhir Pelajar merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat kelayakan penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kursus ini memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan idea, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah ke arah penghasilan projek yang inovatif, mempunyai nilai komersial dan berdaya saing. Pelaksanaan projek merangkumi semua proses pengajaran dan pembelajaran iaitu secara teoritikal, praktikal, penulisan ilmiah, pemantauan, penilaian dan lain-lain. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh pensyarah untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Pengurusan dan penyelarasan projek pelajar juga melibatkan kerjasama penyelaras, panel penilai dan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK). Sebelum ini, tidak terdapat satu sumber maklumat dan panduan khusus untuk kursus Projek Akhir di Politeknik Banting (PBS) yang mudah untuk diakses. Kebanyakan panduan yangsedia ada adalah umum bersumberkan Jabatan Pengajian Politeknik. Justeru itu, Kumpulan Penyelaras Projek Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Banting mengambil inisiatif membangunkan satu sistem untuk pengurusan maklumat, data dan capaian berkaitan dengan kursus Projek 1 dan Projek 2 untuk kegunaa pelajar serta pensyarah yang dinamakan myMECHSPRO - Mechanical Student Project System. myMECHSPRO - Mechanical Student Project System merupakan satu sistem yang dibina ini bertujuan untuk dijadikan panduan, rujukan dan keselarasan pelaksanaan projek pelajar di Politeknik Banting bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Portal ini juga turut berfungsi sebagai platform kepada pelajar dan pensyarah untuk mempamerkan keupayaan dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari melalui perkongsian idea dan penyelesaian masalah secara inovatif bagi menghasilkan projek/hasil kerja yang bermutu. terdapat beberapa bahagian yang mudah diakses di dalam sistem ini antaranya borang dan format projek yang boleh dimuat turun, nota/slaid, contoh-contoh projek akhir tahun sebelum serta pautan kepada laman web yang berkaitan. Dengan adanya sistem pengurusan data ini, diharapkan dapat memberi impak positif terhadap pelajar serta pensyarah. Maklumat dokumen dan data lebih mudah memperolehi dan diakses serta semua format penyediaan dokumen projek dapat diselaraskan.
    Copyright © 2023 LIM YEE KAI. ALL RIGHTS RESERVED.
    Permission granted to reproduce for personal and educational use only. Commercial copying, hiring, lending is prohibited.

КОМЕНТАРІ •